CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31090|Reply: 196

Cikgu Syafi kecewa

  [Copy link]
Post time 16-5-2011 04:36 PM | Show all posts |Read mode
Cikgu Syafi kecewa


TENAGA pengajar Akademi Fantasia musim sembilan (AF9), Syafizawati Sharif sudah bersama-sama dengan program realiti popular ini sejak musim keempat dan masih setia menjadi seorang tenaga pengajar sebagai guru vokal teknikal sehingga musim terakhir tahun ini.
Sudah ramai penyanyi kelahiran AF yang menjalani latihan vokal dengan Cikgu Syafi sepanjang pembelajaran mereka di akademi dan sehingga hari ini, masih ada antara pelajar AF yang masih lagi menjadikan Syafi sebagai pakar rujukan mereka.

Bagaimanapun, kekecewaan Syafi terhadap vokal pelajar program realiti Akademi Fantasia (AF) bagi musim kesembilan ini jelas terpancar di wajah manisnya dan pada sorotan matanya yang suram apabila diajukan soalan mengenai perkembangan suara pelajar musim ini.

“Semua pelajar pada musim kali ini mempunyai asas vokal yang sangat rapuh. Saya terpaksa mengajar mereka bermula dari peringkat paling asas.



“Umpama mengajar mereka untuk mengenal huruf dan mengeja. Tidak dinafikan, mereka boleh menyanyi, tetapi hanya sekadar menyanyi tanpa sokongan vokal yang solid.



“Mereka sesuka hati meletakkan legato dan stekato pada tempat-tempat yang pada fikiran mereka adalah tempat yang sesuai walhal ia sama sekali tidak sesuai. Selain itu, mereka juga sesuka hati meletakkan vibrato pada lagu yang mereka nyanyikan,” katanya.

Syafi turut berkata mereka hanya minat menyanyi dan kurang berminat untuk mempelajari teknik vokal untuk menyokong suara lunak mereka.

Mereka beranggapan bahawa vokal mereka sudah cukup mantap apabila pengkritik menyukai persembahan dan nyanyian mereka ketika konsert berlangsung walhal masih banyak lagi yang mereka perlu pelajari untuk memantapkan lagi teknik vokal mereka.

“Sudah menjadi tabiat orang Malaysia apabila seseorang penyanyi itu mampu menyanyikan lagu bernada tinggi mereka akan bertepuk tangan sebagai tanda berpuas hati dengan persembahan itu, tetapi bagi pandangan pihak profesional seperti kami, telinga kami mampu mendengar kekurangan pada vokal mereka.

“Vokal mereka ketika menyanyikan lagu bernada tinggi tidak ‘round’ dan perlu menyuntik lebih teknik vokal. Nera contohnya mempunyai vokal lebih mantap dan solid jika dibandingkan dengan pelajar lain. Sebutannya sangat jelas,” katanya.

Tambah Syafi, walaupun pada malam konsert Sabtu lalu Nera lebih banyak dikritik pada lakonannya berbanding nyanyian, tetapi  lagu-lagu yang diberikan tenaga pengajar kepada Nera tidak menguji kelebihan vokal sebenarnya. Beliau berharap agar Nera diberikan lagu yang lebih mencabar vokalnya.

Tabiat  mereka menyanyi di pentas juga sebelum menjadi pelajar AF terbawa-bawa ketika mereka membuat persembahan konsert AF.

Pelajar tidak dapat membuang kebiasaan mereka dan gagal mengaplikasikan teknik vokal yang sudah diajar oleh Syafi.

“Menjadi seorang penghibur bukan hanya mereka perlu menyanyi atau menari ketika membuat persembahan, tetapi mereka perlu menyanyikan menggunakan IQ mereka. Tetapi apa yang saya lihat pelajar-pelajar kali ini sangat malas memahami lirik lagu yang akan mereka nyanyikan. Mereka terlalu bersandar pada pujian pengkritik semata-mata.

“Nada rendah Fina sangat lemah, tetapi dia langsung tidak datang dan berjumpa untuk bertanya cara memperbaiki nada rendahnya. Hazama pula digambarkan sebagai seorang yang terlalu banyak alasan. Hazama sering memberikan alasan demi alasan apabila diminta membuat latihan vokal.

“Saya mengajar mereka dengan ikhlas. Saya bukan hanya mengajar mereka secara berkumpulan, tetapi saya juga memeriksa teknik vokal mereka seorang demi seorang. Tidak ada yang terkecuali. Semua mereka mendapat perhatian dari saya,” katanya.

Syafi melihat Erul sebagai seorang yang boleh pergi jauh. Apatah lagi dengan kelebihan Erul yang suka membuat improvisi pada lagu yang akan dinyanyikannya, tetapi masalah yang ada pada Erul ialah setiap hari improvisi pada lagu itu akan berubah.

Menurut Syafi, sepanjang beliau mengajar, beliau sangat kagum dengan AF7 kerana semua mereka mempunyai vokal dan sikap yang serius dan paling membanggakannya ialah Stacy kerana akan melakukan dan mengaplikasikan setiap yang diajar.

Katanya, sehingga hari ini,,  Stacy masih lagi akan berjumpa dengannya bagi memantapkan lagi teknik vokalnya.

“Selain Stacy, pelajar yang patut dijadikan contoh ialah Akim. Pertama kali dia menyertai AF, dia bermula dengan kosong. Dia langsung tak tahu apa-apa mengenai vokal. Tetapi setiap minggu saya lihat peningkatan yang ketara. Dia betul-betul menumpukan perhatian ketika dalam kelas,”  katanya.

Syafi juga melahirkan rasa kecewa apabila ada antara pelajar AF yang sudah menghasilkan album datang kepadanya meminta tunjuk ajar untuk memantapkan vokal mereka membuat persembahan nyanyian.

Keadaan itu memberikan gambaran bahawa sebelum ini bekas pelajar itu tidak mengambil serius ketika pembelajaran teknik vokal dengannya.

Oleh Hellinie Sina
am@hmetro.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2011 04:55 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 04:56 PM | Show all posts
emmm ....... ajar macam mana pun kalau tak ada aura macam Mawi, Dafi, Stacy, Hafiz, dan Adam. Tak akan kemana pun bekas-bekas pelajar AF ini. Sesetengahnya masuk AF hanya untuk dieksploitasi dan dimalukan untuk merai undi. Berlambak-lambak orang lebih bagus daripada MAS, MIZA, BOB, dan lain-lain artis AF tetapi yang memilih itu bukannya tengok bakat, kebolehan, dan rupa sebab dia bukan pilih guna otak dan mata, mereka pilih guna kepada lutut
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 04:57 PM | Show all posts
AF? Where got quality one.......like shit-to...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 05:02 PM | Show all posts
go go scotty mccreery
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 05:05 PM | Show all posts
mrk ni sume gila glamer je.walhal x bwk mrk kemana pun,sekejap je dlm industri seni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2011 05:09 PM | Show all posts
undi sbb muka jah...

cth... Aizat.... semanjang kene kutuk mase AF... laa ni... dah menang juara lagu dah pon...
da kurus.. ramai gediks tergila2kan....bior pon idung ttp menten
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2011 05:12 PM | Show all posts
Reply 6# zanij72

betul tu.. sekarang kualiti pelajar AF da kurang..
da takde mOOd nak tengOk n undi pelajar AF~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2011 05:20 PM | Show all posts
af yang paling hancus .. sama tarap macam af1 jerrr
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 05:22 PM | Show all posts
yang nyanyi pekik2 tu cekeding kepala besar tu hampahs je.. tak tau pesal orang duk tepuk lepas dier duk mekik..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 05:26 PM | Show all posts
cikgu kena guna kaedah lain utk mgajar...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 05:27 PM | Show all posts
off topic jap...err cikgu syafi ni n cikgu aris ada connection ker?hubby n wifey?I' m sorry..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 05:29 PM | Show all posts
sy rasa amy tak fit utk jd pengetua.
semalam sy tertengok diari.. nmpk amy cam terpinga2 time diskus dgn ning & cikgu syafi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 05:30 PM | Show all posts
boooo pada af!!hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 05:32 PM | Show all posts
Syafi juga melahirkan rasa kecewa apabila ada antara pelajar AF yang sudah menghasilkan album datang kepadanya meminta tunjuk ajar untuk memantapkan vokal mereka membuat persembahan nyanyian.

Keadaan itu memberikan gambaran bahawa sebelum ini bekas pelajar itu tidak mengambil serius ketika pembelajaran teknik vokal dengannya.



siapa ni.. Hafiz ke..
dulu si Sapi ni anti betull dgn Hafiz.. muka dia macam tercekik tulang kalau hapiz perfom..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 05:36 PM | Show all posts
cikgu Syafi ni mmg kelihatan x bermaya la ..natural gitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2011 06:34 PM | Show all posts
erm.. iols skrg nih tgk mentor xtinggal.
af kdg2 jah tgk
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 06:42 PM | Show all posts
boooo pada af!!hehehe..
chekacheku Post at 16-5-2011 17:30

boooo gak pd af..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 06:46 PM | Show all posts
daripada dok sibuk didik anak orang yang memang dijangka tak akan popular macam pelajar-pelajar AF bagus duduk rumah didik suami, didik anak sendiri supaya sekolah pandai-pandai. ini tak .......... gagal mendidik orang menyanyi terus kecewa bagai nak runtuh dunia wahal tak ada apa-apa pun yang berlaku.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 07:02 PM | Show all posts
emmm ....... ajar macam mana pun kalau tak ada aura macam Mawi, Dafi, Stacy, Hafiz, dan Adam. Tak ak ...
cruisekeanu Post at 16-5-2011 16:56


pasal guna kepala lutut la dorg pilih dafi dlu...nyanyi tahap sampah sarap..harapkan muka je la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.071832 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list