oh yer ker..sy pun kadang2 awal pagi,dan malam sekejap jer,cuma mlm ni terbabas sikit,sibuk mencari maklumat di internet..jap lg nak tidur dah,,reply post mencacus dulu..wassalam..
semalam sy baca tentang perang khaibar,dan sy tertarik dgn satu doa ni yg dibacakan oleh rasulullah setelah sampai di khaibar:
¡°Ya Allah, Rabb (Pencipta, Penguasa, dan Pengatur) langit-langit dan semua yang dinaunginya. Rabb bumi dan semua yang ditopangnya. Rabb para setan dan semua yang disesatkannya, dan Rabb angin serta semua yang diterbangkannya.
Sesungguhnya kami mohon kepada Engkau, kebaikan negeri ini dan kebaikan penduduknya, serta kebaikan yang ada padanya.
Kami berlindung dengan-Mu dari kejahatannya, dan kejahatan penduduknya serta kejahatan yang ada padanya. Majulah dengan nama Allah.¡±
Doa ini sering diucapkan beliau setiap kali tiba di suatu wilayah.
sy kira doa ni sesuai utk kita amalkan memandangkan kita selalu mana2 tempat utk urusan kerja dan sebagainya kan..versi bahasa arabnya ada,tp memadailah sy copy yg bahasa melayu utk mudahkan kita fahami doanya..
owh mencacus penyokong selangor ker?..anak jati selangor la ni..sy penyokong TRW..jangan mare..T ...
nickname Post at 29-5-2011 09:05
ha'ah , aku memang anak jati selangor , lahir di kajang .....biasalah , adat permainan ..... trw pun aku suka tengok cara bermain sebab ada strategi .... kalau kat astro arena ada tunjuk game liga super , memang layan semua pasukan ......tahun nie memang ada mutu peningkatan semua pasukan , semua jadi best ......epl pun dah kurang layan
tapi sedih lah malaysia kalah dengan korea selatan dalam game badminton sudirman cup (2-3).....
betul,masing2 pasukan ada peningkatan,,persaingan antara coash utk mempertingkatkan mutu pasukan masing2,tambah dgn club semua lg..
badminton sy kurang layan sekarang ni,sejak tidak mampu mempertahankan piala thomas yg dimenangi dulu,,kalau kebetulan terlihat siaran di tv sy tengok la..lagi pun agak bz dgn urusan2 lain,forum curi2 masa..sat lagi nak pi kemas dapur apa yg patut pulak,td buat breakfast mee basah,,lepas mkn rehat berforum sat..begitu lah rutin harian..di rumah bekerja,di tempat kerja pun bekerja..
nickname punya avatar tu sejuk mata memandang ..... teringat desa tercinta kat ...
mencacus Post at 29-5-2011 09:19
betul,sy akui,benar2 menenagkan hati tengok keindahan ciptaan tuhan,,ni baru di dunia dgn segala keindahan,di syurga tak tahu la mcm mana kan.,hari tu tengok filem fanaa,kajol dan amir khan,indahnya tempat yg mereka belayar disekeliling dipenuhi salji2..bestnya kalau dapat mengembara ke seluruh dunia melihat keindahan ciptaan tuhan,,betul2 maha kuasa..
sy pernah pi 1 x je kat melaka,tp bandar lah,mungkin di kawasan2 kg ada panorama sebegitu kan..indahnya..
betul,masing2 pasukan ada peningkatan,,persaingan antara coash utk mempertingk ...
nickname Post at 29-5-2011 09:49
baru je habis breakfast .....lepas nie nak motong rumput tepi rumah pulak ......maybe malam kang aku online ....jumpa lagi insya Allah .....
assalammualaikum .....
Hari ni dalam surat kabar NST tajuk ¡°Belittle Islam at you peril¡±. Pehak berkuasa akan ambil tindakan terhadap sesiapa yang menghina Nabi Muhammad SAW. dan Agama Islam dalam Facebook atau web social lain diNegara ini. Lawatan hormat akan dikendali kerumah mereka yang terlibat. Harap pehak berkuasa tidak ganggu web CariForum ni.
Hari ni sy terbaca kisah syam kamikaze..sy pernah dengar nama dia tp tak pernah kenal pulak rupanya..sejuk hati tengok air mukanya,,dah mendapat hidayah..masa dulu katanya siap pakai subang lagi..semoga Allah menetapkan hati beliau dan hati kita juga..
dalam video ni ada gambar Dr asri,sebab program ustaz asri,syam jemputan beliau..
pejam celik pejam celik dah masuk bulan rejab .....sesiapa yang rajin puasa 3 bulan sekaligus mudah-mudahan diberkati Allah ..... Rejab bulan Allah , Sya'aban bulan Rasul dan Ramadhan bulan umat manusia ......
pagi khamis , 16 hb jun ( 1.22 pagi ) start gerhana bulan penuh kat malaysia ...... pukul 4.21 pagi waktu kemuncak gerhana ..... sesiapa yang tak nak lepaskan peluang boleh dicatatkan di kalendar ataupun di diari untuk reminder .....
yang paling istimewanya tahun nie malaysia mengalami dua kali gerhana bulan penuh .....yang akan bulan disember ( maybe 10 hb ) ....
Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.