CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: cikyahus

Bengkak Kelenjar Leher

[Copy link]
 Author| Post time 27-5-2011 02:02 PM | Show all posts
Reply 18# farahanafarah

Mula-mula bengkak sebelah kanan (bawah telinga) pastu gi klinik panel sebab ingatkan kena
beguk/benguk tapi dr kata bukan. Lama pastu dia lagi besar dan mula sakit bila disentuh/ditekan.
sekarang ni belah kiri pun dah mula bengkak sikit pun sakit bila disentuh/ditekan.

yang sya ingat benda nie jadi masa cuaca panas sangat ari tu.. bila saya teliti statement
yang Shah>ayu bagi tu banyak yang betul mengenai diri sya... susah buang air... kurang
minum air/buah....Thank a lot to Shah>ayu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2011 01:51 AM | Show all posts
Reply 21# cikyahus


   saya pernah jadi bengkak kelenjar ni...sy cadangkan jgn urut or usik2 benda tu...biar je...kalau tak sentuh or tekan tak sakit kan?so buat xtaw je..kalau makin membesar tu baru pergi general hospital or swasta..jgn pegi klinik...jangan urut bengkak tu...sambil2 tu buat cam ada forumer cadangkan tu...byk minum air n makan serat...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 12:44 PM | Show all posts
itu yang saya kata lebih baik dirawat tonsil tu..rawat puncanya.


sy setuju dgn shah ayu, jangan dibuang tonsil tu...pendapat sy sama mcm awk,dulu sy pn ader masalah yg samer, sejak dr kecil... hampir2 nak kena buang dlm umur 4 thn

tp ada sorang doc pakar ni bagi ubat tuk rawat tonsil sy, bayangkan dulu tengah makan antibiotik pun sy still demam kerana tonsil

lepas tonsil tu dirawat untillll now sy dh sembuh, n tonsil sy selamat x yah dibuang

sekarang sy kena jaga sebaik tonsil sy agar x dijangkiti

tonsil ibarat polis dlm tubuh kita, menapis segala baktiria

terpulang pd individu masing2, itu saya tp anda bagaimana?

tiada paksaan
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 12:47 PM | Show all posts
saya pernah jadi bengkak kelenjar ni.


anak sy baru sembuh dr bengkak kelanjar ni sebulan yg lalu 2 minggu makan antibiotik

skrg dh ok...

mmg merisaukan sangat masa bengkak tu, 2 biji besar belah kiri bwh telinga, n yg kecil2
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 07:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by mbhcsf at 29-5-2011 19:38
salam semua.
nak tanya ada sape2 yang pernah mengalami bengkak kelenjar leher.
camne nak menguba ...
cikyahus Post at 24-5-2011 13:30


i am NOT a doctor tau ...so ....nak tanya  jugak laa sebab dok risau tapi macam u risau suam suam kuku jer , why not pi jumpa doktor tu balik ? or tanya dia bebetul apa sebab kelenjar saya bengkak?

dengan memaklumkan pada seluruh warga forum - bengkak kat leher - dan saya pasti warga lain pun you think akan faham maksud you  ..tapi sebenarnya ...bagi saya  penerangan anada adalah tidak begitu jelas lagi ya saudari/a

- sebab i tak tahu kat mana spesifik lokasi  ..yessss kena bagi precise / spesifik  kat mana bengkak tu - dalam tekak ke
- luar leher ke? kalau luat  kat bagn mana bawah rahang ke , kat belakang telinga ke , where ??????
- sakit ke tak?
- adakah dia bengkak selaras dengan bila u demam, sinus?
-  adakah bengkak tu kat bhgn halkum [adam's apple -  kalau u lelaki] dan bengkak tu bergerak bersama dengan pergerakan peti suara you ketika u cakap ke , atau minum air?

so u know banyak benda laaaaaa so oleh itu lebih baik pi jumpa doktor  tu balik

dan nyatakan

a) mengapa u tak puas hati atas penerangan diberikan - adakah sebab you tak faham akan anotomi kelenjar limfatik / lymph nodes [ now google mymph nodes , google juga apa tugas lymph nodes]
b) adakah u takut u dapat penyakit tertentu  tapi tak nyatakan pada doktor tu ? like u takut cancer ke apa tapi u tak berani nak cakap kat doktor, like  - eh doctior i am afraid of having certain form of cancers ke because my  blablabla , or i  have read somewhere [ u boleh nyatakan ni yeeeeeeeeeeeeeeee kat doktor tu ..sebab ? kalau doktor tu tak address / highlight / tekankan apa your IDEAS , expectation ( E) and Concern ( C) = ICE ) maka dia failed laa dalam consultation tu sebab dia tak address u punya underlying concern - u bimbang pasal something obviously tapi u tak let your dokctor know - it is your JOB to actually habaq benda ni so that doktor tu BOLEH BAGI PENERANGAN - dengan bertanya kat forum maka you akan dapat lebih banyak jawapan yg agak merapu.... hehehehehehe muahahhahhahhha [ gelak sikit ni nak bagi relaxxxxx sebab nanti ada org cakap saya marah, saya relax jer   muahahahahahahahahaha  ]

so your homework - google thyroid glands  google thyropid problems
google sinusitis

tapi logic lah  sinusitis sebab kan kelenjar limfatik / lymph nodes you bengkak sebab kelenjar kat leher tu / adalah kelenjer limfatik yg masa you belajar form 5 ke form 4 dalam biology atau sains  ada kan depa sebut untuk sistem pertahanan badan so apa apa  jangkitan pun yg ada kat kepala you ka, tekak  you ka , mulut , muka you ka mmg akan sebabkan bengkak kat bahagian kelenjar limfatik leher sebab depa dok buat kerja...

so pada i why worries so much - and your doctor sepatutnya bagi u tahu ini ...kalau u tak puas hati gi pakar ...i mean itu lagi bagus...sebab i takut jugak doktor GP yg asal boleh kat malaysia ni lainlah i knwo yg ada depa train yg i know  bagus  punya ...



    dah berapa lama dah ? makin  teruk ke makin sakit ? ada demam ke tak ? gegatal badan? ada  weight loss / berat badan turun dengan teruk tak? ada deman malam malam tak?

tapi u cakap u ada sinus - so far - makan ubat apa for your sinus ?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 07:39 PM | Show all posts
Reply 22# farahanafarah


    sapa suruh jangan pergi klinik ni ...as if doctors ni jahat benar atau hehehheh you ke yg takut ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2011 08:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by Hla at 29-5-2011 20:31

baru baru ni musim panas anak saya kena bawah telinga membengkak bila tekan sakit saya
husband kata panas dalam sebab dulu dia pernah kena gusi bengkak jumpa doktor doktor suruh cabut gigi kebetulan dia pergi satu kedai ubat cina kat tmn midah apek tu dah tua juga dia nak minta ubat apa apa untuk tahan sakit dia apek tu beritahulah ini bukan sakit gigi panas dalam dia cakap apek tu bagi ubat dia makan sehari 3 kali terus surut bengkak tu dan baik dan apabila dia rasa bengkak terus pergi ambil ubat panas dalam kalau kena macam tu

jadi anak saya risau juga sebab membengkak saya nak jumpa doktor husband xbagi dia suruh jumpa apek tanya panas dalam atau penyakit lain sebab husband tak suka jumpa doktor sangat sebab antibiotik dan selalu diagnos lain saya pun pergi lah bawa anak uncle tu tengok dan tekanlah ini panas dalam jgn makan kfc,sotong,benda goreng dia cakap makan ubat ni dan sapu ubat 3 hari dah boleh baik ubat yg sapu tu macam tepung

balik anak saya makan mlm sy sapu 3 hari terus surut bengkak dan dah baik
memang iyalah panas dalam rupanya kalau nak pergi jumpa apek kedai kat tmn midah bersebelahan kedai jahit
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 10:16 PM | Show all posts
Reply  farahanafarah


    sapa suruh jangan pergi klinik ni ...as if doctors ni jahat benar ata ...
mbhcsf Post at 29-5-2011 19:39



   im telling her my own experienced je....takat doctor buat pe nak takut..hari2 i jumpa doctor...almost every second....hahhaahha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2011 10:18 PM | Show all posts
baru baru ni musim panas anak saya kena bawah telinga membengkak bila tekan sakit saya
husband kat ...
Hla Post at 29-5-2011 20:30

oh my goddddddddddddddd......................
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 10:18 PM | Show all posts
im telling her my own experienced je....takat doctor buat pe nak takut..hari2 i jumpa docto ...
farahanafarah Post at 29-5-2011 22:16



    huhuhuhuuhu .....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2011 01:40 PM | Show all posts
Salam semua.
Last week sya dah g jumpa pakar ENT.
Dr buat scan (masukkan cam camera kecil pastu boleh tengok kat monitor) nampak lah
keadaan dalam hidung saya.  Dalam hidung dah bengkak....ada hingus n sikit berdarah.
Dia bagi ubat dan saya kena jaga makan......

Kepada semua former thank for the info...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 03:57 PM | Show all posts

Patut kah saya rasa bimbang?
Ada banyak penyebab bengkak di leher.Ia mungkin sebahagian dari proses pembesaran yang biasa,atau disebabkan sesuatu yang merbahaya dan memerlukan pemeriksaan /perhatian doktor.

Apakah ia sebenarnya?
Ia mungkin:
• Bengkak pada kelenjar tiroid adalah perkara biasa dan sebahagian dari proses
pembesaran
• Mungkin disebabkan jangkitan biasa pada tekak, mulut dan telinga
• Kemungkinan ia sesuatu yang merbahaya seperti ketumbuhan

Bengkak boleh terjadi di:
• Bahagian tengah leher.
• Bahagian tepi leher anda.
• Bahagian tengah leher

Sebab yang paling biasa ialah goiter:
• Ini adalah bengkak pada kelenjar tiroid
• Bengkak akan bergerak bersama semasa anda menelan

Sebab-sebab lain jarang berlaku.
Goiter
Bahagian tepi leher
Kelenjar parotid (kilang air liur):
• Ia terletak di bawah cuping telinga dan mungkin mencapai hingga ke hadapan telinga
• Berfungsi menghasilkan air liur dalam mulut anda
• Biasanya tidak jelas kelihatan
• Bengkak ini perlu diperiksa/dirawat oleh doktor

Kelenjar limfa (Lymph nodes):
• Boleh dirasai pada kedua-dua belah leher dari dagu hingga ke tulang selangka
• Bertindak sebagai agen pertahanan dalam badan
• Sekiranya ia menyakitkan dan anda sedang demam, ini bermakna anda ada jangkitan
kelenjar dan perlu berjumpa doktor untuk rawatan
• Sekiranya ia masih bengkak selepas dua minggu, sila jumpa doktor

Bengkak kelenjar tiroid?

Kebanyakan remaja akan perasaan terdapat bengkak pada kelenjar tiroid pada peringkat
akhir baligh atau mengandung.
• Ia tidak menyakitkan dan bengkaknya tidak jelas kelihatan
• Ini adalah perkara biasa dan dipanggil physiological tiroid
• Ia akan berkurangan apabila usia semakin usia meningkat atau selepas melahirkan
anak
Pada sesetengah orang ia disebabkan oleh kurang kandungan iodin dalam darah.

Jika saya ada bengkak kelenjar tiroid. Patutkah saya merasa bimbang?
Anda perlu berjumpa doktor sekiranya:
• Bengkak semakin membesar
• Ia menyakitkan (tiroiditis)
• Anda mengalami penurunan berat badan, rasa berdebar-debar atau selalu rasa panas,
gelisah atau berpeluh-peluh (thyrotoxicosis)
• Sekiranya berat badan anda meningkat, sembelit, selalu rasa sejuk atau tidak dapat
berfikir secara pantas, cepat, cekap (hypothyroidism)

Siapa yang patut saya hubungi sekiranya saya rasa bimbang?
Doktor keluarga anda adalah orang yang terbaik untuk dihubungi. Dia mungkin akan:
• Meyakinkan anda
• Melakukan beberapa ujian
• Memberi rawatan biasa
• Merujuk anda kepada lain-lain pakar (Pakar Bedah,perubatan dan Endokrinologi)

Iodin
Iodin ialah bahan galian yang terdapat dalam sesetengah bahan makanan. Ia perlu untuk
proses pembesaran. Jika anda tidak mengambil iodin mencukupi:
• Pembesaran anda mungkin lambat
• Tahap pemikiran anda berkurangan
• Anda mungkin mengalami bengkak kelenjar tiroid

Bagaimana memastikan pengambilan iodin saya mencukupi?
Iodin boleh diperoleh dalam makanan seperti:
• Makanan laut
• Sesetengah jenis garam yang telah
dicampurkan dengan iodin

Sesetengah jenis sayuran boleh menyebabkan kurang kandungan iodin meresap ke dalam badan. Sayuran ini dikenali sebagai goitrogens. Elakkan pengambilan terlalu banyak sayuran seperti
• Kubis
• Bunga kubis dan brokoli
• Pucuk daun ubi kayu dan ubi kayu. Tetapi sekiranya anda potong kecil-kecil dan rendam dalam air selama setengah jam, ini boleh mengurangkan kadar amaun bagi goitrogens
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.052919 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list