CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
12345678910... 20Next
Return Post new threads
Show: 66815|Reply: 499

Al-Hin?

  [Copy link]

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 3-6-2011 11:56 AM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Dapat dari emel......tak pasti sahihnye...


Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di Pusat Rawatan. Pesakitnya adalah anak lelaki mereka.

Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya.

Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin 'masih belum ada rasi ubat' . Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuh lah penyakitnya..

Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan..

Maka, saya ambil pendekatan segera dengan 'teknik scan' dan hampa kerana tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii...hairan sungguh.. lelaki tu nampak normal jer..

Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin 'badan' tengah kotor. Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak...

Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di Pusat Rawatan. Selepas mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak..

Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba...

Pesakit: "Ermm..wanginya... lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa ni..?"

Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan.

Saya: "Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ker?"

Pesakit: "Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit? "

Saya: "Boleh.. Tapi kena kerjasama la.. Setakat minyak wangi, apalah sangat.."

Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya..

Pesakit: "Boleh..tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.".

Saya: "Ish...tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ker?"

Pesakit: "Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah Allah, tapi aku bukan Islam.."

Saya: "Hah...sembah Allah tapi bukan Islam..? Agama apa kamu ni?"

Pesakit: "Agama Monoteisme"

Saya: "Agama apa tu..?"

Pesakit: "Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah...Tak sekolah ker?"

*Terkena jugak aku.

Saya: "Kamu jangan main-main pasal agama ni...!..Kang...."

*Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang jer...

Pesakit: "Aku tak tipu lah...Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku Poppy..Nama aku Mizari"

*Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya..

Saya: "Poppy..? Makhluk apa tu..?"

Pesakit: "Wahai hamba Allah...banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia.."

Saya: "Ceritakan...aku nak tahu.."

Pesakit: "Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi... Sebelum banyak puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri.."

Kemudian dia menangis teresak-esak..

Pesakit: "Puak kami dah kurang dari 1000.. Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami.."..

Terduduk saya mendengar cerita si Mizari... Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut..

Saya: " Kalau begitu, betul kah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?"

Seraya itu dia mengangguk..

Pesakit: "Al-Hin adalah nama makhluk.. Kami hidup berpuak-puak.. Aku dari puak Poppy..Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa...."

Saya: " Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?"

Dia terdiam sejenak..

Pesakit: "Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu..."

Saya: "Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat 'scan' kau tadi? Mana kau menyorok?"

Pesakit: "Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni. Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah..."

Saya: "Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku..macam mana pulak tu?"

Pesakit: "Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu.. Bukan semua tau aku suka manusia...Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin kan la.."

Saya: "Tak payah la...aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah kan..?"

Pesakit: "Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri kamu.."

Saya: "Erm..boleh kamu bagi sebab..kenapa kamu duduk dengan budak ni?"

Pesakit: "Sebab dia kasi aku duduk dengan dia.."

Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia..

Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut..

Saya: "Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?"

Pesakit: "Maaf ya..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin kan...?"

Saya: "Memang lah..tapi agama akhir zaman kan Islam..Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni..?Agama yang disuruh dan dijamin Allah..."

Pesakit: "Aku tahu...tapi aku bukan dari Jin dan Manusia.. Tiada satu pun nama kaum aku dalam Al-Quran..."

Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56

Maksudnya:
'Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.'

Pesakit: "Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang.. Aku tidak pernah menduakan Allah.."

*Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar hujahnya..

Saya: "Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi.. Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku tengok mak bapak budak ni.. Kamu tak rasa kesian ker..?"

Pesakit: "Kesian jugak.. Banyak jugak la duit diorang habis pergi berubat.. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi..."

Saya: "Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai..?"

Pesakit: "Sekarang..tapi dengan syarat.."

Saya: "Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la.."

Pesakit: "Aku nak salam kedua mak bapak budak ni..Aku nak mintak maaf sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa aku...boleh?"

Saya: "Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit mengangguk sama).. Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu..Kenapa?"

Pesakit: "Ada tak bapak budak ni cerita perangai pelik anak nya ni masa sakit tadi?"

Saya: "Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ker?"

Pesakit: "Yelah...kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?"

Saya: "A'ah...kenapa?"

Pesakit: "Aku tengah kira umur aku la tu...Kiraan masa aku sama macam kalendar Islam.. Puak kami mana pakai Kalendar masihi..."

Saya: "Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu.."

Pesakit: "Sabar lah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku.. Dah lama sangat aku hidup.. Sunyi betul hidup aku...Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat..."

Saya: "Ooo...macam tu..Berapa dah umur kamu?"

Pesakit: "Sikit jer...baru 4 juta 130 ribu tahun.."

Saya: "Mak aiiii...lama nya kau hidup.."

Pesakit: "Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku.."

Saya: "Insyaallah, kalau itu yang kau nak...Tapi, aku nak tanya soalan terakhir ni..Boleh?"

Pesakit: "Tadi kata suruh aku keluar...? Ni makin banyak tanya pulak ni..Hah..apa dia?"

Saya: "Boleh tak aku tengok kamu...Rasa nak tengok jer diri kamu tu..."

Pesakit: "Boleh dengan izin Allah...kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur...Mintak pada Allah nak tengok aku.. Bukan aku yang izin..Allah yang izin.. Sekarang, boleh aku keluar..?"

Saya: "Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam orang-orang yang beriman.."

Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka.. Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar.. Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain..

Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah untuk dibuat mandi dan minuman di rumah.. Pesakit pulang selepas itu..

---------

3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya.. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan..

----------

Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari.. Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya..

Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap... Wallahu'alam.. Mungkin itu mainan mimpi....

Sekian..

---

Ada sesiapa ada info lanjut? Leh tolong sahkan?
1

View rating log

Geng Gagak Hitam (GGH) 013
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 3-6-2011 12:05 PM |All posts
aku nak sahkan tak le berani sangat, takut timbul kontroversi dan takut ada yg tuduh aqidah lari


Ikut yg aku tau, makhluk Al-Hin ni memang ujud, dia bukan manusia, mukan malaikat bukan juga dari golongan jin jin..... dia bangsa yg tersendiri tetapi hampir serupa kejadiannya dengan golongan jin..... Golongan makhluk yg tak didaftarkan dalam mana mana kitab


Banyak yg islam, dan hampir pupus
http://hantukiller.blogspot.com/
019-7516287
http://darulhantu.blogspot.com/
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 3-6-2011 12:07 PM |All posts
new stori.... nice......
ignored bad person.....
Reply

Props Report

Rank: 6Rank: 6

Post on 3-6-2011 12:08 PM |All posts
sgt menarik, tapi x pernah dengar lagi tentang al-hin. mungkin masih kurang pembacaan aku.
:::::::::::::::
Reply

Props Report

Rank: 6Rank: 6

Post on 3-6-2011 12:14 PM |All posts
x tau pasal mende ni....
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 3-6-2011 12:21 PM |All posts
aku nak sahkan tak le berani sangat, takut timbul kontroversi dan takut ada yg tuduh aqidah lari

...
hantukiller Post at 3-6-2011 12:05



    maksudnya makhluk awal mendiami bumi sebelum kejadian adam dan hawa turun ke bumi, gitu?
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 3-6-2011 12:21 PM |All posts
wah..seronok seronok seronok..

tu je ke?takde sambungan lagi?
~~Love me For Who I am~~~
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 3-6-2011 12:25 PM |All posts
maksudnya makhluk awal mendiami bumi sebelum kejadian adam dan hawa turun ke bumi, gitu?
kenesep Post at 3-6-2011 12:21
tak dei info yg jelas, tapi keujudan mereka macam lebih tua dari golongan jin jin lagi, dan mereka lebih dulu menghuni dunia sebelum golongan jin dilempar dari syurga... waulohualam
http://hantukiller.blogspot.com/
019-7516287
http://darulhantu.blogspot.com/
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 3-6-2011 12:44 PM |All posts
penah baca pasal neh kat buku muhamad isa dawud. tp Allah je yg tahu betul ke tak.
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 3-6-2011 01:20 PM |All posts
Dapat dari emel......tak pasti sahihnye...


Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami  ...
nik2121 Post at 3-6-2011 11:56


Dalam novel Ramlee Awang Murshid (Trilogi Cinta Sang Ratu), ada dimasukkan golongan Poppy ni. Khabarnya mereka adalah golongan yg mempunyai jasad sama seperti manusia, cuma mempunyai dua sayap di belakang, dan mereka terbang menggunakan sayap ini. Tempat tinggal mereka (dalam novel itu), jauh merentas gunung2 salji yg tidak didiami manusia. Tapi tidak pula dikhabarkan yg mereka mampu merasuk jasad manusia. Tidak banyak info yg boleh didapati mengenai makhluk ini, tapi mungkin ada dalam kitab2 manuskrip lama... wallahua'lam...
~ Tika diri tiada sesiapa, Allah itu mencukupi segalanya... ~
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 3-6-2011 01:52 PM |All posts
sgt gentlement bende ni...kalu manusia..dah lame mak bapak pesakit tu buat bende ni jadi menantu...
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 3-6-2011 02:58 PM |All posts
menarik..klu x silap dlm forum ni ada citer psl makhluk yg menghuni dunia ni jin dan manusia..kisah ala2 citer dongeng tu..t
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 3-6-2011 03:09 PM |All posts
Reply 10# andria


    aku t'imagine cam salah sorg watak dlm x-men la plak.. huhu
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 3-6-2011 03:15 PM |All posts
Dalam novel Ramlee Awang Murshid (Trilogi Cinta Sang Ratu), ada dimasukkan golongan Poppy ni. Kh ...
andria Post at 3-6-2011 13:20


anak akk pun ada beli novel ni... memang ada golongan Poppy dalam novel tu ...
golongan ni lah kowt yang dimaksudkan mendampingi pesakit diatas....
wallahualam...
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 3-6-2011 03:43 PM |All posts
nice info.. xpenah pn dgr pasal golongan al-hin sblm ni..
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 3-6-2011 03:44 PM |All posts
Dalam novel Ramlee Awang Murshid (Trilogi Cinta Sang Ratu), ada dimasukkan golongan Poppy ni. Khabarnya mereka adalah golongan yg mempunyai jasad sama seperti manusia, cuma mempunyai dua sayap di belakang, dan mereka terbang menggunakan sayap ini.
andria Post at 3-6-2011 13:20


mcm angel citer org putih tu ker?
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 3-6-2011 04:07 PM |All posts
Subhanallah maha suci Allah...
ak pun baru tau info yg menarik....
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 3-6-2011 07:36 PM |All posts
Post Last Edit by andria at 3-6-2011 19:38
mcm angel citer org putih tu ker?
BiancoFisso Post at 3-6-2011 15:44



Cite angel yg mana yer.. mereka ni bukanlah angel, tapi juga bukan manusia.. cuma dikhabarkan, jasad mereka sama mcm manusia, yg membezakan cuma 2 sayap di belakang, yg mana dgn sayap itulah, mereka mampu terbang seperti burung... Dalam novel RAM, mereka dipanggil dgn nama bangsa Polip. Mereka wujud lama sebelum Nabi Adam a.s. wujud di bumi namun kaum mereka hampir musnah sewaktu peperangan dgn manusia...  sebab itu mereka menyembunyikan diri jauh di pergunungan, jauh dari manusia...  wallahua'lam...

P.S Kpd peminat RAM, dah ada buku ke 5 Laksamana Sunan, tajuk episod ke 5 ialah Sutera Bidadari (tak silap ada sambungan kisah tentang bangsa Polip di sini).
~ Tika diri tiada sesiapa, Allah itu mencukupi segalanya... ~
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 3-6-2011 08:38 PM |All posts
aku tertarik dgn kisah TT nie..xpernah lak dgr ttg nie...
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 3-6-2011 09:06 PM |All posts
sungguh terharu aku membaca cerita rawatan nih.... moralnya, jgn angkuh sesama makhluk....

   Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya..

Pesakit: "Boleh..tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.".
huuuuaaaaaarrrrrrggggHHHHHH...
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 3-6-2011 09:33 PM |All posts
anak akk pun ada beli novel ni... memang ada golongan Poppy dalam novel tu ...
golongan ni lah  ...
ladygempak Post at 3-6-2011 15:15



    dlm novel tu namanya bangsa Polip ..makhluk bersayap yg beragama Islam...
Chriszen -RM 48 / BVRC - RM50/ Secret Laxing / B'Vite - RM 29
call/s
Reply

Props Report

Rank: 19Rank: 19Rank: 19Rank: 19Rank: 19Rank: 19

Post on 3-6-2011 09:43 PM |All posts
Dapat dari emel......tak pasti sahihnye...


Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami  ...
nik2121 Post at 3-6-2011 11:56



    Pesakit: "Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu..."



tersentuh dan sedih pulak bila baca tang ni....memang manusia terlalu banyak melakukan kesalahan dan kerosakan...
But I'm only human
And I bleed when I fall down
I'm only human
And I crash and I break down
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 3-6-2011 09:56 PM |All posts
Pesakit: "Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kam ...
noor2 Post at 3-6-2011 21:43



aku pun kekadang benci pada manusia, termasuklah diri aku sendiri.
Semoga dihujung jalan, sinar cahaya menanti.
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 3-6-2011 11:08 PM |All posts
aku pun kekadang benci pada manusia, termasuklah diri aku sendiri.
Saat Post at 3-6-2011 21:56


aku fhm apa yg ko rs, sbb aku pun sm gak..aku plg benci dgn diri aku bila buat perkara bodoh lg b'dosa..tp nk buat caner, kita hanyalah manusia
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 3-6-2011 11:22 PM |All posts
Reply 10# andria


aku rasa ciri2 golongan al hin nie ada Ramlee Awang Mursyid gunakan infonye utk novel Rayyan Fantasi...kalau x silap aku la..dlm siri trilogi Cinta Sang Ratu ada ek mention pasal golongan nie?
Reply

Props Report

You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 29-11-2014 04:25 AM , Processed in 0.153493 second(s), 40 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top