|
Tengahari itu matahari memancar dengan sangat terik. Bahangnya sangatkuat. Peluh keluar sesuai dengan keringat yang dicurahkah. Rasanyabegitu enak kalau dapat minum air bersama ais. Tapak pembinaan itusungguh bising. Bunyi deruman mesin disamping jeritan-jeritan pemantaukontraktor menambah lagi kebisingan di kawasan pembinaan itu.
Dari tingkat atas pembinaan, seorang pemuda sedang tekun menyapusimen pada dinding bangunan baru yang sedang dibina. Setelah penat, diaberhenti sekejap. Memandang dengan asyik pekerja di bawah yang sedangbertungkus lumus sedang mencampurkan adunan simen. Masing-masing sibukdengan tugasan masing semata-mata mencari sesuap rezeki.
Matanya tiba-tiba berhenti pada sesuatu.
Dia dapat melihat sebatangbesi besar telah hampir untuk jatuh dari atas. Dia perlu cepatbertindak memberitahu orang di bawah sana. Jika tidak, tentu ada yangtercedera. Bencana di tempat pembinaan bukanlah boleh di buatmain-main. Terleka sahaja, ia mungkin mengundang maut. Dia cubamenjerit dengan kuat dari atas.
Tetapi jeritannya itu ditenggelami olehbunyi deruman mesin. Nyata dia tewas. Suaranya tidak berjaya menarikperhatian orang di sana. Lantas dia mendapat idea. Dikutip beberapa batu yang terdapat dalamadunan simen itu.Dibalingkan batu itu kepada rakannya yang berada dibawah. Batu yang mengena kepala mereka membuatkan mereka memandang keatas. Mesej dapat disampaikan. Malapetaka dapat diselamatkan.
Kisah yang dikongsikan merupakan analogi tentang kehidupan kita.Pekerja di bawah adalah umpama kita. Pekerja yang di atas adalah tuankita dan manakala batu yang dilemparkan itu adalah ujian, ataukesakitan atau malapetaka.
Kehidupan kita sentiasa sibuk. Seperti mana bunyi mesin itu,kehidupan kita tidak pernah sunyi dan tidak pernah habis dengan urusandunia. Sibuk dengan urusan keluarga, sibuk dengan urusan kerja, sibukdnegan urusan rakan-rakan dan banyak lagi. Ia berlarutan danberlarutan, menyebabkan kita lupa untuk mendongak ke atas. Kita begituasyik dengan masalah di bawah.
Oleh itu, kadangkala batulah yang dilemparkan kepada kita. Bukanuntuk menyakitkan tetapi untuk menyedarkan kita untuk melihat atas.
Begitu juga dengan cubaan, ujian yang dilemparkanNya kepada kita.Tujuannya adalah supaya kita melihat ke atas. Melihat ke atas supayakita tidak leka dengan urusan dunia. Melihat ke atas supaya kita seringmengingati-Nya dan melihat ke atas untuk kita memperolehi petunjuk-Nya.Melihat ke atas supaya kita dekat dengan-Nya.
Maka itu, jika kita ditimpa bencana, usah difikirkan adakah tuhantidak menyayangi kita. Tetapi ini mungkin perkara disebaliknya. Mungkinkita terlalu sibuk dengan urusan dunia dan maka itulah dilemparkan batukecil kepada kita untuk kita memandang ke atas dan dekat dengan-Nya.
Yakinlah bahawa sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Penyayang. Lebih-lebih lagi jika hamba-Nya begitu hampir dengan-Nya. |
|
|
|
|
|
|
|
waa...best2 artikel ni |
|
|
|
|
|
|
|
Nice sharing... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# gegirlz
sungguh bermakna. thanks for sharing |
|
|
|
|
|
|
|
Sungguh bagus artikel ni..menarik untuk diberi pada kekawan..thankz |
|
|
|
|
|
|
|
tq for sharing........ |
|
|
|
|
|
|
|
diuji ini bagus...membuatkan kita memerhati dan melihat dunia dengan sudut pandangan yang berbeza sebenarnya , juga memperlihatkan kepada kita betapa cantiknya ALLAH SWT itu , to be honest...dan ini penting ya - dan juga menyedarkan kita walau apa pun jerih payah dan pahit, sakit, bisanya ujian itu - DIA mahukan yg terbaik..sebenarnya ...tapi yg susahnya kita sebagai manusia ialah ? sabar............hehehe...though you repeatedly saying to yours;lef which part of the word sabar didn't i understand?
well...c'est la vie - such is life ...tapi ujian ni bagus - sebba ia buatkan kita count our blessing, jadi org yg bersyukur dan berlapang dada dengan apa rezeki kurniaan-Nya... |
|
|
|
|
|
|
|
setiap yg berlaku itu ada hikmahnya dan pasti akan berbaloi bagi orang yang tidak mudah melatah... |
|
|
|
|
|
|
|
pernah baca, tapi lumrah manusia, lupa
terima kasih kerana mengingatkan
manusia itu kalau tidak ada ujian, tidak ramai yang memandang ke atas dan meminta. |
|
|
|
|
|
|
|
terasa insaf btw tqsm tt |
|
|
|
|
|
|
| |
|