CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4473|Reply: 14

syarikat yg berfungsi memasarkan produk

[Copy link]
Post time 10-6-2011 12:06 PM | Show all posts |Read mode
salam kepada semua forumer,

saya mempunyai satu produk makanan iaitu murtabak yang boleh dikatakan amat famous di negeri saya terutama bila tiba bulan Ramadhan. pada musim cuti sekolah spt sekarang ini, murtabak kami menjadi tumpuan perantau dan boleh habis sebanyak 500biji sehari.
pada bulan puasa,saya terfikir untuk membuka cawangan tapi kaedah ini memerlukan kepakaran tertentu dan pemantauan serta barangan spt kuali,meja dll. kepakaran seperti contoh orang yang pandai tebar roti, yang pandai menggoreng murtabak. tapi saya rasa kalau boleh difrozenkan produk berkenaan adalah langkah yang amat baik. saya pernah mencuba untuk frozenkan sendiri tapi tidak berjaya. saya terfikir mungkin ada sebuah syarikat yang boleh menjalankan tugas untuk memasarkan produk saya ini.
produk ini telah berada di pasaran lokal selama lebih 25 tahun dan dimulakan oleh bapa saya. orang tua, faham2 lah...dia tidak memikirkan produk ini untuk mencapai pasaran jauh. cukup sekadar pasaran sekitar daerah sahaja. baginya itupun sudah cukup.
saya ada ternampak website yang menjual murtabak frozen ini dan boleh dikatakan sambutan yang mereka terima amat menggalakkan terutama dari pelanggan di sekitar KL.
saya amat berharap jika ada forumer lain yg tahu tentang sykt yg memberikan perkhidmatan memasarkan produk.

(saya budak yg baru belajar berforum, kalau salah tolong tunjukkan)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2011 10:26 AM | Show all posts

SALAM, MACAMANA NAK CARI SERVIS PENGHANTARAN BAGI PRODUK FROZEN FOODS

Saya baru berniaga secara offline dan online produk Frozen Foods berasaskan tepung serat (wholemeal flour). Benda ni pertama kali ada di Malaysia. Kalau ada yang dapat membantu macamana saya nak hantar tempahan menggunakan khidmat servis penghantaran bagi Frozen Foods. Saya buntu lah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 10:31 AM | Show all posts
dari mana ke mana?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 11:41 AM | Show all posts
Buat masa ni saya tumpukan kawasan Selangor dulu. Yang untuk PJ and Puchong, no issue, saya boleh hantar sendiri, sebab saya stay kat PJ. Tapi yang untuk kawasan selain dari PJ and Puchong, mungkin KL ke, atau yang jauh-jauh sikit, saya ingat nak hantar tru kurier atau pos.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 11:43 AM | Show all posts
kamu search this keyword:

LOW TEMPRETURE LOGISTIC DELIVERY

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 03:17 PM | Show all posts
boleh google, tiap je apa ko nak....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2011 09:53 AM | Show all posts
Salam Kak,

Murtabak Diraja Kelantan ni sememangnya tidak asing lagi. Sekali makan murtabak Kelantan, murtabak mamak, murtabak Singapore dan Murtabak Mesir anda tak mau makan lagi. Murtabak SeriMas (Nik Faizah jalan Merbau Kota Bharu Kelantan), Nik Yah (Kg Tikat Jalan PCB) dan Muslim Best (Shaik Ahmad Dasuki, kilang di Halal Hub Pengkalan Chepa) merupakan yang famous.

Antara masalah untuk memasarkan murtabak ini di Kuala Lumpur ialah:

1) Pelanggan mahu yang made in Kota Bharu. Jadi kita terpaksa buat di Kota Bharu dan jual di KL. Kalau makcik yang jual 'main-main' sahaja di KL, mereka boleh kirim 20 biji pakai bas ekspress.

2) Masalah timbul apabila kita mahu import dan edarkan secara komersil di Kuala Lumpur. Kita perlukan VOLUME untuk mencapai tahap ECONOMIC OF SCALE. Modal sebijik RM10, jual di pasaran RM12. Dengan untung RM2 sebijik, kita masih tak cukup % margin untuk tampung perbelanjaan logistik.
- kos peti sejuk/stor dingin beku.
- kos lori KB-KL dan KL-KL
- Gaji pekerja
- dan lain2 macam jadah kos lagi.

Kalau ada cara untuk mengatasi isu di atas, no problem. Boleh jual di KL. Tapi akak boleh jual ker kalau pengedar minta harga kos RM5 sebijik? Pengedar takda masalah borong secara kontrak 100 ribu bijik. Harga tu kena very low.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 09:59 AM | Show all posts
Dan sebijik lagi yang baru buka di Kota Bharu iaitu selang 2 biji rumah daripada rumah Tan Sri Wan Azmi di Jalan Atas Banggol, Kota Bharu, Kelantan. Saya pernah tulis pasal Tan Sri Wan Azmi Hamzah ini dalam forum ini. Proksi Tun Daim Raja Duit Melayu ini pernah berkata kepada bapak saya - masih segar di ingatan saya: " I was at the right place at the right time. Nasib i baik dapat kerja dengan Tun Daim masa tu".
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2011 10:20 AM | Show all posts
Realiti yang perlu diterima:

1) Jual sendiri untuk pasaran domestik di sekitar Kota Bharu: Untung memang besar sebab anda sebagai pengilang boleh 'tolak' harga borong RM10 sebijik.

2) Bila anda nak luarkan pasaran ke pasaran Kuala Lumpur, anda terpaksa SERAP/ABSORB banyak kos baru iaitu kos logistik, kos pemasaran dan lain-lain hidden cost. Anda tak boleh naikkan harga produk untuk pasaran Kuala Lumpur (kalau nak jual mahal pon cuma beza RM1 atau RM2 sebungkus lebih mahal).

3) Lepas tu pulakkk... anda kena tambah daily manufacturing capacity untuk kejar volume.


Banyak lagi kak ..... banyak .....

Dan yang saya nak ingatkan akak ...... bila jual kat KL, dealer/stokist maybe AMBIL SECARA KREDIT. Inilah yang bisa membunuh kamu ..... Jangan lupa kisah Chef Li semasa mengusahakan kilang burgernya ....


Akak perlu CONSULTANT ... banyak benda kena kira. Kena buat jadual, kena buat graf. Dan ramai orang yang berjaya pada hari ini, mereka bermula dengan kecil-kecilan. Bermula daripada peti sejuk Singer (sekarang tukar brand name jadi Berjaya tapi kilang sama juga), bermula van second hand dan dengan bantuan anak2 dan adik beradik di Kuala Lumpur. Daripada pengalaman setiap hari, mereka tahu kombinasi yang terbaik yang paling menguntungkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 10:25 AM | Show all posts
Saya minta maaf sebab saya tidak menjawab soalan akak pasal company mana yang jadi distributor untuk frozen food ini. Tapi saya tanya akan semula beberapa perkara asas yang distributor sendiri akan tanya akak juga ....

1) Berapo harga kos paling rendah yang akak boleh tolak (harga kilang). Akak jangan terperanjat jika mereka minta harga rendah sangat.

2) Berapa kapasiti pembuatan yang akak boleh buat- berapa bijik murtabak sebulan secara konsisten ?

3) Berapa lama akak boleh tahan jika distributor lambat bayar (ini bukan masalah sebab saya tahu semua tokey murtabak ini jutawan beli kereta, tanah semua cash beratus ribu ringgit).
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 10:39 AM | Show all posts
Nice info Wonbin...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 02:10 PM | Show all posts
tengah gigih mencari company menyediakan penghantaran barang dari kl ke semua outlet giant dan mydin,kalau ada tolong pm ek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2011 02:27 PM | Show all posts
thanks a lot wonbin for the info...mmg appreciate sesangat.
itulah byk kengkawan mintak bukak je kat kl. buat kat sana jual direct panas2. takyah frozen2 nih. 2,3 hari nk raya bley inform masa customer kl yg beratur panjang tu then bagitau dah ada kat kl murtabak ni. dan bapa saudara akak pernah juga cadangkan buka di k.bharu juga.
byk yg akak fikir2kan sbnrnya nk 'naikkan' murtabak ni kat pasaran luar. sayang laa kalau nak biar camtu je.lagipun rezeki luar biasa kalau cuti sekolah sume pakat balik kampung dan time nak raya mmg pergi cari kat pasar tu je lah. ni jualan utk normal saiz la.
kalau menjawab soalan wonbin tu...1pcs akak bley tolak RM7 pada saiz 15x10cm ketebalan 1cm. daily 100pcs tu boleh sbb normaly biasa buat 500pcs kalau normal size. tapi masalah sikit laa kalau ada distributor amik barang dulu bayar kemudian ni. kalau last2 bayar takpe la. tapi kalau first1 amik..last2 senyap...masalah la sket.
anyway timakasih sekali lagi...nantilah akak fikirkan option lain.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 02:43 PM | Show all posts
Sistem bayaran itu amat penting

Saya bagi contoh kepada tidak ramai yang mahu deal dengan Tesco. - sebab Tesco liat nak bayar. Tak ramai yang mampu tahan kemarau tanpa bayaran.

Macam Serimas, memang kena booking. Kalau tidak - sold out. Dia pun jual secara QUOTA. Tidak boleh borong 10 bijik nanti orang lain tak dapat beli. Customer sampai merayu - TOLONG LAH JUAL KAT SAYA SEBAB FAMILY SAYA RAMAI, MANA CUKUP 2 BIJIK ....

Inilah kehebatan orang KELANTAN ....
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 03:00 PM | Show all posts
Ada satu company kat Sunway, specialize dalam low tempreture logistic. Saya lupa dah nama dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.052414 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list