CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16302|Reply: 108

Koleksi Kisah Seram Aku

[Copy link]
Post time 14-6-2011 02:55 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by ungu_merah at 15-6-2011 11:41

Banyak citer nak dikongsi , memandangkan sebelum aku tumpang kat rumah org lain dan dah ade 3 citer. Tapi bila dah nak  tambah citer cam segan2 gitu jadi aku amik keputusan untuk bkk rumah. Kat bawah ni ade aku kasi link rumah yg aku pernah post citer.

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=545746&extra=page%3D2&page=4

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=545746&extra=page%3D2&page=5

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=545746&extra=page%3D2&page=8


TULISAN BIRU ADALAH CERITA YG SAYA COPY DARI LINK DIATAS ( SUPAYA XFENINNN

Last edited by Santeira on 17-2-2014 02:09 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-6-2011 02:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by ungu_merah at 15-6-2011 14:07

Kisah seterusnya masa aku 1st posting kat satu IPT di Behrang. Masa ni staff xramai lagi, ade beberapa orang jer. Kampus baru sangat dibuka dan belum beroperasi sepenuhnya. Student pun xde lagi. Aku dapat je surat posting tgk alamat aku dah kecut perut yelah aku xpernah pergi lagi area tu. Mana nak cari rumah sewa lagi. Dalam aku dok risau tuh sampai hari aku lapor diri dan aku bersyukur sbb disediakan kuarters bagi semua staff. Selesai satu perkara. Tapi nak dijadikan cerita tny jgk pada pegawai tu aku duduk dengan siapa kan. Rupenyer aku dok rumah tu sorg2 sbb xde siapa lagi yg lapor diri selain aku utk dijadikan housemate. Sebb nya klu ikutkan staff bujang satu rumah 3 org.

Dalam seumur hidup aku mana pernah aku tinggal sorang2 , besar pulak tuh rumahnya. Bayangkan satu aras ade 4 buah rumah dan aku salah satu penghuni tingkat 3. Waaaaaaaaaaaaaa..camne ni. Huhuhuhuhu, tapi nak wat camne kan kena hadap jgk. Tapi masalah aku bkn takat tu je, lps aku byr utk penyambungan elektrik dan dimaklumkan esoknya baru penyambungan dibuat. Satu hal lagi aku kena tidur dalam gelap hanya bertemankan lilin aje. Masa ni hubby aku masih berstatus boypren je lagi. Dia pun takat leh hantar aku jer. Pastu kena balik lank an. Aku rase cam nak soh mak ayah aku je dating, tp jauh tuh. Tapi tak mungkin la kan lain lah klu mak ayah aku ade pintu ajaib kan. So bermulalah kisah aku…….jeng…jenggg..jengg

Malam yang pertama

Dalam aku sibuk2 kemas dan bersihkan rumah dalam xsedar hari dah menginjak petang. Sedar2 dah pukul 6.30 ptg. So aku pun siap2 pasang lilin dan bersihkan diri nak solat sumer. Ayah aku pesan banyak2 doa sbb duduk sorg2 kan dan baca Surah Al-Baqarah. Rumah aku ade 4 bilik termasuk 1 stor. So aku amik bilik utama. Masa nak tunggu maghrib dah dgr bunyi org mengemas rumah, ubah kerusi meja, ketuk paku dan paling bingit pintu ditarik dengan kuat.

Tapi masa aku fikir mybe org tingkat atas yg macam aku jgk baru masuk rumah dan tgh sibuk mengemas. So selepas solat dan ngaji aku pun duduk lah dlm bilik jer. Yelah bkn ade tv pun nak tengok. Tapi korang tahu tak, betapa panjangnyer malam tuh sbb aku xleh tido. Bila aku nak tido dan terlelap cam ade org tarik kaki seolah2 nak kejut xbagi aku tido. Masa ni aku dah xleh tahan rase cam nak menjerit je. Tapi aku fikir balik klu menjerit pun sape yg dengar, HAbis tuh kemana aku nak lari. Last2 aku cakap kuat

“aku nak tido, jangan kacau aku”.

Korang bayangkan bunyi org mengemas dan alih kerusi meja tuh sampai pagi pun xsudah2 lagi. Ni yang buat aku pelik sangat. Semangat betul derang kemas rumah sampai xtido. Bukan derang je dengan aku sekali xleh tido. Last2 pegi keje dgn mata sembab yerlah xleh tido. Nasiblah masa xramai staff. Kebetulan aku minta ½ day sbb byk urusan belum selesai so settlekan basuh rumah dan sebagainya. Kebetulan aku cakk ayah aku lagi citer sumer yg jadi. Tapi cam biasa ayah aku ckp perasaan aku jer. Dia kata jgn dok layan . Adoiiiiii camne ni nak tempuh bende ni sorg2. Waaaaaa.

Malam kedua

Petang2 belum malam pun mmg dah dgr sumer yg aku dgr semalam. Jadi aku beranggapan mmg sekarang musim org mengemas rumah kot. So aku ignore lagi. Tiba part nak tido ni yang buat aku xtahn. Siap je solat sumer dlm pkl 10 aku dah ready nak tido. Masa ni dah ade letrik so aku tido dgn pasang lampu. Elok jer aku terlena tetibe aku terkejut …sebb cam ada orang tarik kaki. Waaaaa dia buat lagi. Aku pun pe lagi tarik la kaki aku dan terus sambung tido. Pastuh dalam dok lena tuh terkejut lagi. Korang baygkan cam tu la sampai pagi. Aku xleh lena pun.

Pastuh masa kat tempt kerja aku citer la dgn salah sorg anak buah aku. Dia lama jgklah lapor diri sebelum aku. Dia kata mmg camtuh, ade org lain lg teruk kena. Alamak……ni yg buat aku lg xtahan nak tinggal sorg2. Tapi nak wat camne kan aku kena berani la tempuh sumer tuh yelah dah namakan tempat keje kan. Adooiiiii . Aku nekad utk wat tak tahu je. Last 2 mlm ketiga aku still kena ganggu jgk Cuma aku leh tido sampai pagi.Macam tulah seterusnya , selama 4 bulan jgk aku dok sorg2 lps tuh baru ade housemate . Kira aku ni baru dgr bunyi-bunyian dgn maintarik kaki jer. Org lain siap Cik Lang Tido kat sebelah atau tido kat bawah katil. Seremmmmmmmmmmmmmmm.


Macam tulah seterusnya bunyi-bunyian tuh. TAk kira pagi, petang siang atau malam. Kadang2 terkejut jgk sbb bunyi macam gotong royong wat nak pasang kehmah kenduri kahwin. Tapi lama2 aku dah terbiasa dan buat xtahu jer. TApi syarat die kena tido sebelum pkl 10, klu lewat sampai pg lah korang xleh tido.

Pas ni nak citer psal hubby yg xleh duduk rumah tu

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 03:07 PM | Show all posts
hehe.. poli kan? byk sawit kat sane. kuar poli, blah kanan hala tg malim, ade selekoh maut. sorg mmb penah eksiden kat situ, koma, skrg ni ok da tp kdg2 selenga. huhu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2011 03:14 PM | Show all posts
hehe.. poli kan? byk sawit kat sane. kuar poli, blah kanan hala tg malim, ade selekoh maut. sorg mmb ...
bridex Post at 14-6-2011 15:07



    hehehehehe...ye betuiiiiiiiiiiii...sceri betul. klu pg pasar musti ade org2 tue tny camne kat rumah tuh boleh tido ker.. leh tny soklan camtuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2011 03:15 PM | Show all posts
citer seterusnya psl hubby aku lak

Hubby kena ganggu
Aku kawen thn 2004. Masa ni hubby aku kerja kat bangsar so dia balik weekend jerlah. Yelah nak ulang alik tak larat pulak . Tapi dia selalu cakap dgn aku dia ssh nak tido sbb dia kata slalu ade budak main tombol pintu dan plastic dkt dia.

Aku dah naik seram pulak dgr camtuh. Yelah aku kan dok sorg2 . Satu hari dia balik agak lewat la sampai lebey kurag pkl 9.00 cam tuh. Lps makan dan tgk tv lebey kurang pkl 11.30 cam tuh aku dah tido. Tetibe hubby aku kejut aku ckp dia xleh tido asyik jaga2 jer ade budak kacau dia. Aku naik pelik jgk budk mana?, dalam mamai leh fikir camtuh. Yelah selama ni aku tido hny dgr bunyi-bunyian jer xder sampai diganggu mcm tuh sekali.

So sbb aku kesian kat dia , aku tkr tempat. Masan i elok aku nak lena aku dgr tombol pintu bilik cam ade org nak bkk. So aku tunggu jg kan. Xder apa2 so aku tido la. Tetibe hubby aku kejut lagi kata ade budak main plastic kat tinger die. So aku pun xtahu nak wat camne aku soh hubby aku amik wat sembyg sunat dan ngaji kejap. Pastu baru dia dpr lena.

Nasiblah gangguan tu xde kat aku. Tapi hubby aku mmg dia xselesa lgsung klu tido kat umah tu. Dia bkn sorg yg penakut tp tulah gangguan xleh lena.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2011 03:34 PM | Show all posts
karang aku sambung dgn misteri hilang alat tulis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2011 04:14 PM | Show all posts
cerita bessss   
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 04:14 PM | Show all posts
tepek sj la di sini cerita dr tred lain tu  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-6-2011 04:16 PM | Show all posts
tepek sj la di sini cerita dr tred lain tu
MeeSai Post at 14-6-2011 16:14



    ok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2011 04:17 PM | Show all posts
Post Last Edit by ungu_merah at 15-6-2011 12:57

kisah ni UM paste dari rumah lain- mungkin ade yg dah baca


3 entiti mengamuk sbb tasik dikambus
Kisahnya dekat depan asrama ni ada kolam yg agak besar jugklah tp kitaorg panggil tasik. Kolam ni sebenarnya lebih dkt dengan dewan makan. Sejarah kewujudan kolam ni xder pulak sorg senior pun bgtau. Sebelum kejadian amukan tuh kitaorang selalu bergambar dkt kolam tu tau, nak2 lah dah habis musim exam. Pemandangan dia mmg cantik sangat tp rupa2 nyer ade misteri di sebalik kolam yang cantik tuh.

Masa kejadian ni berlaku aku form3 , masa ni dah dengar ura2 pengetua nak kambus kolam untuk jadikan tapak bangunan kelas baru sbb student dah bertambah so kelas mcm xcukup kan. Misteri yang pertama masa proses timbus pakai tanah , memula ok lama2 cikgu aku cakap sampai berpuluh2 lori ke masa tuh kolam tu xjuga boleh kambus still lembik la. Seminggu lepas tuh mula la babak jeritan sana sini dari tingkat atas. Selama seminggu la histeria ni xkira pagi atau petang, siang atau malam. Sesape yg lemah semangat mmg ade potensi la.

Tengahari tuh macam biasa lps balik sekolah pg beratur kat dewan makan utk lunch. Kebetulan masa tuh kitaorg dah ramai yg tgh kusyuk menikmati hidangan tetibe sorg junior ni menjerit2 dan lari2 dlm dewan. Pastuh pelagi terkejut semua orang. Tapi nasiblah ade senior2 yg alim ,mmg pandai jgk bab ni. So pastuh budk tuh ok. Bila org tny dia ckp ade pompuan marah dkt dier. Perkara berlanjutan lps sorg sampailah seminggu.

Part yang paling tragis dan teruk masa malam pulak lps smyg isyak siap2 nak pergi prep tetibe dgr kecoh lagi, rupanya ade sorg budak ni dah terjerit2 nak terjun dari tingkat 2, sambil ckp kenapa korang kambus kolam tuh. Pastuh elok senior2 dan kumpulan2 yg berani handle budk ni tetibe dgr jeritan lagi kat lg sorang pastuh bersambung lagi dan meleret2 sampai xterkira. Masa ni aku dah xleh tahan last2 aku nanges je lagi sbb rasa mcm terseksa sgt. Tetibe senior kat bilik bawah ckp sambil tarik aku cakap jagn nak nanges2 camni dalm situasi ni kita kena berani, pastu dia siap cakap lg soh teman dia hadapi ade budk yg ptg kat dewan mkn tuh dah kena lagi sekali. Klu korg nak tahu rasanyer dah xder org dah nak handle so aku terjebak kena teman kakak nip g kat atas.

Masa aku naik kat atas sambil dlm takut ni aku tengok daun pintu ( pintu belakang) dah tercabut ko bayangkan tenaga bdk 13 thn tendang pintu, pompuan lak tuh. Huhuhuhuhuhu dlm hati takutnyerrrr knp la kakak ni ajak aku. Pastu aku tgk uztaz dan uztazah dah baca2 ayat quran utk tenangkan die. Pastuh dlm beberapa minit tgk dada dia dah tak berombak laju, cam tenang jer, Aku tengok uztazah ade pegang limau dgn lada hitam. Pastu pelan 2 uztazah tny dia kenapa sampai mcm ni sekali kacau anak2 dia nak belajar.Pastu dgn mata yg bulat dia tenung setiap sorang yg ade kat tepi tuh. Dia cakap kenapa korang pandai 2 nak kambus kolam tuh. Tu tmpt tinggal dorg dah bertahun2 derang dok kat situ. Pastu uztazah ckp lg tp bdk2 ni xbuat apa pun yg nak kambus tuh org lain sbb nak bina bangunan sekolah. Dia jawab aku tak kira klu korang kambus jgk ade yg mati dia ckp. Huhuhuhuhu aku dah kecut perut masa ni. Pastu dia ckp kat belakang tuh ade 3 org tgh berkawal kat bukit tuh. Lagi la aku seremmmmmm.

Pastuh uztazah dan uztaz pujuk baru dia keluar dan budak tu sampai lebam mata dan kaki tergeliat rasanyer sbb tendang pintu. Pas kejadian tu aku tgk dah xder lori yg nak kambus kolam tuh. Pastu senior aku cakap lg dah ade org nak pagar asrama tuh tp xboleh. Alih2 masa aku form4 kitaorg pindah asrama baru.Tapi kesian kat bdk tuh la brp lam dia nak pulih sampai cuti lama kat kpg penangan rasukan ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2011 04:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by ungu_merah at 15-6-2011 11:32

KISAH NI PUN PASTE DR RUMAH LAIN

Citer kalau ayat lebeh kurang lah ek sbb dah lm aku pun xbrp ingat.

Citer dia camni. Klu korang pasan kat post aku sebelum ni aku ckp aku pindah asrama baru kan. Aku describe sikit persekitaran asrama aku ni. Asrama yang baru ni mmg la bersebelahan dgn Asrama Putera ( sesape ade pakwe tuh lwh ngintai….gateeeiii..hehehehe). Tapi yang sceri nyer di sebelah pagar asrama puteri ni adalah hutan kebun lah lebih kurang dan hutan ni macam bebukit. Tapi asrama baru ni best sbb xde lah cam asrama lama. Dorm dibahagi ikut bilik2, dalam satu bilik lebeh kurang 20 org. Masa i aku nak SPM  so aku duduklah sekali dengan akak form6. Sesame nak  peksa kan.
Masa ni rasanyer dah nak dekat bulan 7 atau 8 kot. So memasing tgh ligat memulun study maklumlah nak trial dah. Ade sorang kakak ni dia mmg berani sagt tp badan dia sangat lemah sbb dia selalu sakit. AISEHHHH korang faham tak pe aku tulis. Dia bukan sorang yg penakut dan lemah semangat tp dia ni selalu xsihat lah. Contohnyer klu dia period mesti dia pengsan. So kalau kat sekolah cikgu dan kwn2 kelas dah tahu klu dia pengsan tu sbb ape.sabau jerlah

Satu malam rasanyer mlm sabtu kot, tinggal dia sorang jer study kat library asrama tingkat 2. Kitaorg pun majority xtido lagi sbb ramai yg sambung study kat dalam dorm jer. Tetibe dalam pkl 2 pagi camtuh dia turun dan masuk dgn selambernyer  dan cam tegak jer jalan, tak pandang kiri dan kanan. Terus dia duduk kat katil dier. Sorang akak tu tegur so aku letak nama liya je ek.

“ wei Liya pesal ko ni, menonong jer salam pun xder. Kena rasuk ek. Sambil gelak2 dia cakap camtu”.

Kitaorg sumer terkejut sbb akak tuh cakap mcm tuh, yerlah giler pe pepagi ckp pasal rasuk. Tetibe dalam xdisangka2…jengggg…jengggg. Kak Liya jawab pe tau

Dengan suare yg tkr jadi garau “ hishhhhh bebudak zaman sekarg ni tak reti nak hormat org tue”

Pelagi terkejut la kitaorg, memasing dah melompat turun dr katil. Akak yg tegur td aku bg nama kak Phia la ek. Kak PHIA ni brand2 berani gak. So dia la yg pi tny kak Liya

“Wei Liya ko ni kenapa, tetibe cakap camtu”

“aku ni dr atas bukit , turun bawah ni nak cari penutup mulut . sekarang banyak sangat jerebu. Pokok habis kena tebang sumer. Hishhh sampai tak tahu nak duduk mana dah”

Kitaorg pandang muka satu sama lain dah. Ni bukan Kak Liya dah ni. Hmmmmm seremmmmnyer masa ni. Tetibe akak ketua dorm ckp dia nak panggil warden merangkap uztazah lah. Aku dah berpeluk dah dgn kawan sebelah katil aku. Rasanyer ayat qursi pun tunggang terbalik dah. Cuma bezanyer Kak Liya tenang dan cool tak meracau atau menjerit2. So xderlah kitaorg nak lari ke hape.
Masa uztazah sampai dia soh bwk Kak Liya kat bilik Sakit. Pastuh elok jer Kak Liya jalan dia ke bikik sakit tuh dia cakap lagi

“ Zaman sekarang ni mcm zaman dulu, dah panas sangat bumi ni”.

Kitaorang drp seram terus jadi relak dan rase nak tegelak pun ade. Maklumlah 1st time jumpa yg kelako.
Masa uztazah dah baringkan die tuh dia siap ckp lg tak yah la baringkan sbb dia nak duduk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2011 04:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by ungu_merah at 15-6-2011 11:41

sambungan

Uztazah : Pagi2 ni buat ape kacau anak2 saya nak belajar. Diaorang nak amik pekse xlama lagi

Kak Liya : mana ade kacau, aku ni turun bawah ni nak beli penutup mulut. Sekarang asyik jerebu jer. Bila aku turun aku nampk budk ni dok kusyuk jer baca buku. Jadi aku pglah kat die.

Kalau korang igt tahun 1997 kan jerebu masa teruk kan. So masa ni kitaorg dah terkekek dah gelak.

Uztazah: Kalau macam tuh balik lah kat sini xder penutup mulut tuh.
Lps uztazah ckp macam tuh, dia diam dalam agak lama jgklah.

Kak liya : alaaaa…kejap lagi la. Aku nak tny kat korang pasal sejarah.

Ah sudahhh kitaorg cakap. Xpasal2 bersoal jawab pepagi ni pasal sejarah.

Kak Liya : Korang kenal tak sape Tunku Abdul Rahman.

Kitaorg : Kenal , PM yang pertama

Kak Liya : baguihhh…bagiuhhhh, tetibe dah tkr pelat utara dah. Pandai pun no. kalau hampa nak tau aku ni dulu kawan sekelas dengan TUNKU LA. kAmi sama2 sekolah kat Victoria Int.

Kitaorg: oooooooo……( sambil berbisik dh tue lah dia ni). Sambung sengih lagi . drpd nak soh dia keluar kitaorg dah asyik lah pulak berborak dgn ’ kwn Tunku’. Tetibe kena sound dgn uztazah

Uztazah: Awak sumer jangan nak mengade2 yer layan , saya suruh pujuk dia keluar.

KAk PHIA : ok..maaf uztazah.

KAK LIYA : Pernah pergi lorong haji taib?

Kitaorg: xpernah la, tempat tu kan xelok.

Kak Liya : tu la psal, korang jgn jadi cam tuh. Tak baik. Aku selalu gak turun sana nak tgk derang tuh. Best jgk. Lagi satu pe bende yg orang dok panggil sekarang BOHSIA ke hape ker.

Sabo jerlah atok ni. Zaman ni mmg gejala BOHSIA. Pelik gak sumer bende dia tahu.
Masa kitaorg tgk jam dah dkt pkl 4 pagi. Rasanyer dia mmg xnak keluar lagi. Byk pulak borak nyer. Uztazah lak amik alih sbb tgk Kak Phia nyer pujukan xjalan sbb Kak PHIA lak
yg kena layn dia borak.

Uztazah: Dah lewat ni, dahlah balik anak2 saya nak tido ni. Saya cakp baik2 ni. Kalau degil saya buat cara kasar. Nak balik ke tak

Kak Liya : alaaaaa…kejap la. Nak citer pasal sejarah lagi.

Uztazah: xpayah lah nnti anak2 saya pg kelas blajar sejarah

Kitaorg dah terkekek2 dah kat belakang. Sambil aku tgk uztazah dah baca ayat2 quran sambil pegang garam dah.

Uztazah : nak balik ke tidak ni

Kak Liya : ok..ok..nak balik lah ni, tp leh tak hantar ke tmpt aku parking kapal aku.

Uztazah : kat mana pulak

Kak Liya : kat tangga tu jer, tak jauh pun

Uztazah: jangan nak macam2 ek, saya kira sampai 3, klu x

Kak Liya : ok..ok…sblum tuh aku nak pesan nnti bgtau dorg jgn dok tebang pokok la sangat . kami ni dah xde tempt tinggal. Pastuh jgn jadi bohsia.tak baik

Tetibe kitaorg tgk Kak Liya dah terkulai lembik. Sambil2 tuh uztazah suruh masuk bilik dan tido. Yg kitaorg smbung gelak dalam bilik. Tapi takut gak bende tu dtg balik. Tapi bila tgk Kak Lita lena jer. So kitaorg sambung lah ketawa. Mana nak tido dah masuk subuh, tunggu jelah subuh . PG besoknyer terus kitaorg bukk citer kat Kak Liya dia punpelagi terkekek ketawa. Sabo jerlah.
Tapi tulah tulah pengalaman kitaorg gelar SEREM-SEREM MANJA…KEH..KEHHHHH
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2011 04:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by ungu_merah at 15-6-2011 11:42

Kisah ni berlaku masa UM blaja kat Poli. Masa ni roommate ade 3 orang. Sorang tu UM letak nama Siti dan sorang lagi Liza la yer. Course yg kitaorg blja xsama so setiap mlm mmg UM yg akan tinggal dlm bilk sorang2 atau yg tido dulu la. Derang berdua tuh amik engineering jd lg lambt la tido dan akan stay kat bilik kwn2 memasing. Masa ni xde la terpikir pasal gangguan atau something yg mistik sbb sumer student jadi kelawar. Yerlah kdg2 ade yg smpi pagi tak tido. So klu 2-3 pg nak amik air kat Water cooler pun riuh rendah lg bunyik student yg berjaga.

Kisahnya bermula cam ni , Siti ni dia nyer habit dalam 1-3 pagi musti nak bergayut kat public phone kat aras bawah. Kitaorg nyer bilik kat aras 3. Mmg tetiap malam mcm tuh. Dah berbuih dah mulut UM dgn Liza nasihat tp xjalan. Yerlah pepagi buter merayap kat bawah. Kang apa2 jadi sapa yg susah. Kitaorg bising bkn aper dia pernah citer pasal sejarah dia sebelum ni yg selalu kena rasuk. Dalam masa yang sama Liza pun cakap dia pun ade ‘lubang’, maknenyer org2 yang pernah kena histeria. UM yer kan ajer sebb xfaham sangt psal bende2 sumer kan. Walaupun masa zaman sekolah ade pengalaman tp masa tu ramai yg tolong , tp masaklah klu si Siti dirasuk kat bilik….xdapat UM bayangkan nak handle camner.

Satu malam tuh dalam pkl 2.30 pagi tetibe UM terjaga , masa ni UM tido sensorang sbb Liza balik kampong kalau xsilap. Si Siti mana lagi melayan ganggang telefon dia la. Masa ni tetibe jer UM terjaga macam ade orang gerak dan terus bangun dan mengadap pintu. Pastu dgn xsemena2 dgr org berlari laju sagt dan masuk kat bilik. Dari dlm bilik dgr Siti jerit nama UM minta tolong. Dalam mamai tuh UM terfikir pehal dgn si Siti ni. Pastu tgk Siti dah tercungap2 dah lari masuk bilik.

Siti: UM tolong aku, cik Pon kejar aku. Tolonggggg aku

UM: pehal ni?, ,masih dok mamai lagi

Siti: aaaaa…dia nak sampai dah kat bilik kita…tolonggggg

Dalam pada tuh terus Siti peluk UM dan nangis2 minta tolong. Masa ni UM dapat rasa ade something yang sedang berdiri kat luar pintu, tp dia xmasuklah. Scerinyerrr dalam pada masih mamai tp sempt berfikir rasional lagi dan tahu tak UM buat per kat Siti…

UM: Siti ni ko ker, bukan?. Sambil tampar2 manja pipi dier. Ada ka ptt dlm situasi cam tuh leh tny soklan tuh…hehehehehehe

Siti: Aku la….pe ko ingt antu ker…..waaaaaa sambung nangesss lagi.

UM: mana tahu , ko jgn nak jd bende lain. Hehehehehe xptt kan.

Pastu bile dah rasa cam xder apa kat pintu pelagi UM bkk la ceramah dan tazkirah nenek kebayan di pagi yang hening pada Siti . padan muka dier dgr ceramah free pkl 3 pagi.

UM: kan aku dah ckp jgn keluar lewat2 mlm. Ko degil , tgk skrg sape yg susah.

Siti: Aku janji xwat lagi. Tp aku takut lah aku nak tido dgn ko leh tak.

UM: Weiii ko biar betuiii katil dah leh kecik. Tp xperlah. Wei klu ko jd apa2 pe jgn cekik aku tau.

Ya Allah leh UM ckp macam tuh kat dier. Hehehehehe xsenonoh nyer kawan. So tido lah aku behimpit dgn dier kat katil single ni. Padahal tempt Liza kosong jer klu dia mlas nak panjat katil dier kat atas tuh. Dalam masa UM dah tido tuh tetibe rasa mcm bingit telinger macam ade orang ketuk dinding dgn kuat. Hadooooo…pelagi ni, ni Siti nyer pasal la ni. Aku tgk dia dah membute aku jgk yg kena layan bende2 ni. Aku soh die cuci kaki sblum tido dia xnak. Gasaklah tp yg jadi mangsa aku. So wat xtahu pusing badan mengiring kat die, pastuh terus pejam tido sampi pagi.

Pagi Sabtu ade Sukaneka tahunan ke ape, dah xingt tp ade game la dr pg sampai ptg. Makneyer hr tuh sumer penghuni bergembira sakan sampai lupa donia. Hehehehehe…sekali sekala. Rupanyer kegembiraan tu xberkekalan sebb…..ni lah die rentetan dr kes semalam pada Siti. Dalam kita dok gembira siang so ‘dia’ nak wat game plak waktu malam.

Kisahnyer camni, lps dah selesai sumer game kitaorg pun rehat sementara nak mandi dan siap2 utk solat Maghrib. Alkisahnyer Si Siti ni lps penat2 bersukan tertido kat tmpt Liza. Aku dah kejut utk smyg asar dia tak bangun sampailah nak maghrib , tak juga jaga2. Smpai aku dah selesai solat dan nak amik quran aku tgk dia lena lagi. So sekali lagi aku kejut.

UM: Siti..ooo Siti bangunlah nak nak masuk Isyak ni , ko xnak bangun ke. Agak keras gakla sore aku.

Tiba2 dia bangun mengejut dan terus duduk bersila ngadap aku.

Siti: Aku tau nak bangun bila. Yang hang sibuk sangat kejut aku dr tadi kenapa?.

Mak ai garang nyer…tergezut aku sambil mata yang merah tenung aku lama2. Seram gak aku , tp tak terfikir la tuh bkn Siti.

UM: Yerlah aku kejut dr tadi lagi, langsung xberkutik sikit pun. Tadi ko yg pesan soh kejut. So aku kejutlah , janganlah nak marah.
Kali ni sore aku dah lembut dah. Mana tahu dia mengamuk ke hape….xnak aku.

Siti: hang keluar sekarang, jangan nak kacau aku.

Dengan suare yg garau dia soh aku keluar. Aku pelagi terus keluar dan panggil kawan bilik depan.Aku namakan Ayu la ek

UM: Ayu …tolong Ayu ,Siti macam bukan dia jer.

Ayu: betul ke, nnti aku panggil akak Imarah.( Imarah=akak2 alim yg sentiasa ke surau)

Pastu si Ayu pas dia panggil  akak tu , dia leh lak pergi tengking Si Siti ni. Lebeh kurang cam ni la ayat dier.

Ayu: wei ko saper, baik ko keluar jangan nak kacau dier ni. Pergi balik.

Adoiii pelagi Siti drp xbergerak terus jd agresif habis tangan org ditepisnyer. Pastu aku cakap dgn derang tak yah la tengking2 cakap baik2 dgn dier. Aku dah rasa cam sedih sbb tgk Siti siap kena sepak lagi dgn budk2 lain. Masa Kak Maya tu dah masuk bilik (aku nm kan Maya) , dia dah soh org lepaskan Siti dan jangan kerumun ramai2. Masa ni bilik kitaorg dah sepadat2nyer dgn kwn2 yg prihatin.

Kak Maya ade baca something dan pastuh dia cakap pada Siti

Kak Maya: Siti kenapa Siti jadi mcm ni?

Siti: Ha la siang tadi kemain lagi hampa seronok2 , sampai xingt

Kak Maya sambung lagi baca ayat2 quran untuk soh bende tu keluar.  Masa ni xbyk sesi borak sbb Kak Maya xnak berborak sbb die pun kata dia bkn pndai sgt. Tapi sikit2 tu bolehlah. So makne nyer klu xleh terpaksa panggil Uztaz jgklah.Tp agak lama la , tetibe Siti bangun dan lari keluar bilik . Pelagi terkejut aku dgn telekung2 aku lari. Bdk2 yg ramai td sumer masuk bilik memasing. Hampeh betuiiii so tinggal aku dgn Ayu, KAk Maya dan bbrp org senior la utk handle. Masa kitaorg sampai kat hujung tuh tgk Siti dah terjelepuk pengsan. Seb baik pengsan kat atas koridor tu je, buatnyer dia terjun ke hape ke. Kes Naya jgk.

Pastu kitaorg angkat dia masuk bilik, so Kak maya minta aku temankan dia tido. KAk Maya akan call uztaz dan Ayah Siti. Memula tuh cuak jgk lah kan buatnyer jang Siti bangun dan cekik aku ker…hehehehehe. Aku ajak org lain teman aku ….hempehhh sorg pun xhengen nak teman aku. Last2 aku gamble jerlah teman Siti sensorg. Aku nekad dah klu bkn aku yg tolong sape lg nak tolong kan. Pas tu smyg isyak aku pun ngaji Surah Al- Baqarah smpai habis. Alhamdulillah aku boleh lena dan Siti lagi la sampai pagi baru jaga. Alhamdulillah xde pe gangguan sepanjang aku tinggal berdua dgn die. Pagi tuh jgk bapak dia dtg amik dia bawak balik. Bapa dia siap ckp kat aku Siti mmg xsihat.

So sekali tu je la kejadian kat bilik aku tuh, sbb pastu Siti dah insap xnak turun lewat2 mlm lagi dah. Sem 1 je aku dgn dia pastu aku menyewa dgn kengkawan.
So tu jela…nasib baik kali ni agak ringan sbb UM bkn la org yg pandai nak handle bende2 ni sumer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2011 04:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by ungu_merah at 14-6-2011 16:36

abaikan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2011 04:36 PM | Show all posts
Misteri hilang alat tulis kat pejabat
Kisah ni masih dekat kampus ni lagi. Macam biasa bila dah asyik pinjam meminjam peralatan kadang tu sampai xingat kat mana dah kita letak. Kisahnya macm ni. Kitaorg nyer opis kat bangunan Admin la. Opis aku sebelah kiri dan ade 2 bilik satu dan salah satunya bilik aku la.Kat luar  bilik aku ade 4 workstation. So klu derang kecoh2 ke haper ke aku dengar la sbb bilik aku bkn nyer rapat pun tutup pintu. Lagi pun pintu kaca.

Satu ptg sambil aku siapkan minit mesyuart aku dgr budak2 kat luar kecoh pasal puncher hilang. Yang nak dijadikan citer bila sorg cari puncher xde dan pinjam kat org lain , pun xder jgk. So masing2 sebuk la cari puncher dan ape yg musykil sgt tu semua org xde puncher. Budak2 tuh ketuk bilek aku dan tny psl puncher. Aku check dan puncher elok jer ade dlam laci.

Pastuh derang kecoh lagi sbbnyer kebetulan sehari sebelum tuh ade sorg staff dok bebel pasal puncher dia slalu hilang dan kalau guan pastu letak balik. So kecohlah ptg tuh pasal puncher. CC dah bising2 ckp pasal ade org dah pandai curi alatulis. Hehehe klu pikir kogik sape pulak nak curi kan.

Keesokkannya pagi2 la budak2 tuh dah kecoh. Korang nak tahu kenapa. Puncher yg dorang dok bising sangat tuh elok jer tersusun kat meja budak yang mula2 kecoh pasal puncher. Haaaaa amikkk nak sangat puncher. Masan i mula la aksi tuduh menuduh org nak wat lawak ke hape ker. Belum reda kesah tuh, muncul pulak kisah pen warna biru lak hilang. Adoiiiii penin dah kitaorg. Kalau nak ikut logic xder saper koser nak main aci sorok2 bende tu sumer kan. Sampai kitaorg cakap lah . Kalau nak pinjam xper nnti pulang balik reta kerajaan tuh. Sah esoknyer bersusun pen biru penuh kat atas meja.  

Masing2 dah tercengang . pastuh kitaorg dah rase lain macam dan sebulat suare malas nak kecoh2. Biar jer. Tp mmeng hari2 ade jer bende yang dia akan kumpul dan susun. Lps pada tuh masing siap2 tulis nm sbb nnti ade org inform pae bende yg ade atas meja dia. Huhuhuhuhu. Sabor jerla
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2011 10:01 AM | Show all posts
misteri alat tulis akan menyusul lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2011 11:21 AM | Show all posts
TT...memula baca kisah TT kat Quarters pekerja......
Pastu kisah kat sekolah pulak masa form 3....
Kenapa TT tak ceritakan satu-satu dulu bagi habis......
Maaf saya ni lambat nak paham sikit....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2011 11:29 AM | Show all posts
TT...memula baca kisah TT kat Quarters pekerja......
Pastu kisah kat sekolah pulak masa form 3....
...
jazaa Post at 15-6-2011 11:21



    sorry....sbnrnya...kisah masa kat sekolah tu UM paste atas permintaan. klu ikut UM bagi link jer kat post yang pertama tu. So minta maaf la yer. klu rase agak pening nanti UM delete jer. sorry
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 12:16 PM | Show all posts
Oooo.....tak pe....memula baca tu mcm mengong le jugak.....
Apa kata TT tulis kat atas tu (cerita form 3) tu, pengalaman kat sekolah.....atau nak lagi cantik, TT habiskan cerita kat quarters tu dulu, pastu baru paste cerita2 kat sekolah.....


Menarik cerita TT ni......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2011 02:03 PM | Show all posts
Oooo.....tak pe....memula baca tu mcm mengong le jugak.....
Apa kata TT tulis kat atas tu (cerita f ...
jazaa Post at 15-6-2011 12:16



    UM dah cuba nak ubah tp xpandai.alih2 jadi xsemenggah dah entri kat atas. Boleh la yer xreti nak pinda2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.085494 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list