CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4223|Reply: 23

Perkasakan permainan kutu di kampung, pejabat

[Copy link]
Post time 14-6-2011 11:58 PM | Show all posts |Read mode
Perkasakan permainan kutu di kampung, pejabat
Aziz Muda   

KUALA LUMPUR, 14 Jun: Aktiviti pengumpulan wang kutu yang dilakukan di kampung-kampung dan di pejabat-pejabat perlu diperkasakan bagi menjadikannya sebagai sesuatu yang cukup berfaedah kepada orang ramai.

Sehubungan itu, kerajaan BN diminta mengambil langkah perlu bagi memperluaskannya dengan memperkenalkan makanisme tertentu, sejajar dengan peranan penting aktiviti itu selama ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub (gambar) berkata, permainan kutu yang dilakukan di kampung-kampung dan di pejabat-pejabat memainkan penting bagi orang ramai dari pelbagai peringkat, sehingga ia menjadi satu permainan yang sudah tidak asing lagi kepada orang ramai.

Menurut beliau, antara keistimewaan permainan kutu termasuklah membolehkan seseorang ke Mekah untuk mengerjakan haji.

Katanya, selain itu, permainan kutu juga turut memudahkan seseorang melangsungkan perkahwinan dan memulakan perniagaan.

"Oleh itu, kerajaan perlu memperkasakan aktiviti ini bagi membolehkan industri kutu dijadikan satu kaedah yang menguntungkan kepada orang ramai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan pembentangan Rang Undang-Undang (Larangan) Kumpulan Wang Kutu (Pindaan) 2011 Bacaan Kali Yang Kedua pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Bagi pindaan rang undang-undang itu, mereka yang bersalah akan dikenakan hukuman denda RM500,000 atau penjara sehingga 10 tahun, berbanding undang-undang tahun 1971 yang mengenakan denda RM5,000 atau 3 tahun penjara.

Menurut Salahuddin, bagi memperkasakannya, beliau menyarankan pihak kerajaan memperkenalkan makanisme terbaik bagi membolehkan aktiviti tersebut menjadi suatu aktiviti yang lebih menarik dan lebih berfaedah kepada orang ramai.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS turut berharap agar aktiviti pengumpulan wang kutu dikecualikan dengan sebarang tindakan undang-undang, memandangkan ia jelas berbeza dengan pengumpulan wang kutu haram yang dilakukan secara besar-besaran dan secara komersial oleh pihak-pihak tertentu.

Malah lebih jauh dari itu, beliau berharap agar aktiviti tersebut digalakkan oleh kerajaan, dengan diperluaskan lagi menerusi makanisme terbaik.

Sementara itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan diingatkan agar tidak mengharamkan aktiviti pengumpulan wang kutu yang dimainkan di pejabat-pejabat dan di kampung-kampung.

Sebaliknya aktiviti pengumpulan wang kutu di pejabat-pejabat dan di kampung-kampung perlu digalakkan kerana ia tidak berasaskan keuntungan, malah mengukuhkan ekonomi keluarga.

Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria berkata, perkara itu amat berbeza dengan penganjuran pengumpulan wang kutu yang dimainkan (dilakukan) secara besar-besaran dan komersial oleh pihak tertentu walaupun atas alasan sumbangan ikhlas.

Menurut beliau, oleh itu, sebarang pindaan undang-undang yang hendak digubal oleh kerajaan perlu memperjelaskan perkara itu bagi membolehkan aktiviti pengumpulan wang kutu yang dimainkan di pejabat-pejabat dan di kampung-kampung dikecualikan dari sebarang tindakan undang-undang.

Katanya, sekiranya undang-undang yang digubal itu turut mengenakan tindakan terhadap aktiviti pengumpulan wang kutu yang dimainkan di pejabat-pejabat dan di kampung-kampung, ia pasti menimbulkan pelbagai kesulitan kepada orang ramai.

"Pada hal pengumpulan wang kutu di pejabat-pejabat dan di kampung-kampung itu apalah salahnya. Jadi yang itu tak patutlah diharamkan," katanya ketika membahaskan pembentangan rang undang-undang berkenaan.

Menurut Nasir, pindaan rang undang-undang tersebut, jika tidak mengecualikan pengumpulan wang kutu yang dimainkan di pejabat-pejabat atau di kampung-kampung, pasti akan menjadikan undang-undang tersebut amat zalim dan tidak praktikal.

Bagi mengelakkan kejadian itu, beliau menyarankan agar pindaan rang undang-undang tersebut hanya difokuskan kepada aktiviti pengumpulan wang kutu yang dilakukan secara komersial oleh pihak tertentu.

"Pengumpulan wang kutu secara besar-besaran itu sememangnya dilakukan secara komersial, mahukan keuntungan, penuh dengan kekeliruan, berunsur penipuan dan berunsur riba.

"Ia ternyata tidak jelas penganjurnya, sering berlaku penipuan kepada orang ramai, kadar pulangan yang tidak pasti. Yang itulah yang perlu diharamkan," tegasnya.

Selain itu, beliau turut kesal apabila aktiviti pengumpulan wang kutu turut diselewengkan oleh pihak tertentu, atas alasan pinjaman Tekun, yang turut membabitkan pemimpin Umno.

Terdahulu dari itu, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail turut mengingatkan pihak kerajaan agar mengecualikan para pemain pengumpulan wang kutu kecil-kecilan di pejabat-pejabat dan di kampung-kampung dengan pindaan rang undang-undang tersebut.

"Malah mereka sebenarnya yang kebanyakannya kaum wanita di kampung-kampung turut memainkan peranan penting bagi pertumbuhan ekonomi negara sehingga berjaya mengumpul RM2 bilion," katanya.

Manakala Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga AJK Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad ketika bangun membahaskan pembentangan rang undang-undang itu meminta pihak kerajaan memperjelaskan yang mana aktiviti pengumpulan wang itu yang tidak dimasukkan dalam perniagaan dan yang dimasukkan dalam perniagaan.

Ini kerana dalam Akta Pengesahan Wang Kutu 1974 tidak memperjelaskan perkara ini, malah mengatakan walau apa-apa pun undang-undang yang berlawanan sah di sisi undang-undang dan dikuatkuasakan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menggulung perbahasan itu menegaskan, kesemua pandangan tersebut akan diambil kira oleh kerajaan.

Dengan itu, pindaan rang undang-undang itu pasti akan mengecualikan para pemain pengumpulan wang kutu kecil-kecilan yang tidak berasaskan keuntungan di pejabat-pejabat dan di kampung-kampung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2011 12:00 AM | Show all posts
Undang2 nih untuk kutu besar-besaran rasanya, yakni yang mewujudkan syarikat dan mengutip wang dari orang ramai...yg main kutu kat felda2, pejabat mana ada affected....
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 12:08 AM | Show all posts
adehhh menteri2 pun nak main kutu ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2011 12:11 AM | Show all posts
adehhh menteri2 pun nak main kutu ke?
cik.panda Post at 15-6-2011 00:08



    Yang masuk uncang time ceramah tuh kira kutu gak ka???
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 12:12 AM | Show all posts
aku main kutu ngan makcik2 opis...terpaksa gituh..sbb tak cukup orng..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 12:14 AM | Show all posts
itu sodokah la.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2011 12:14 AM | Show all posts
aku main kutu ngan makcik2 opis...terpaksa gituh..sbb tak cukup orng..
skymania Post at 15-6-2011 00:12



   memang opis ko ni sume makcik2 ek? dulu ko citer pasal makcik2 yang suka bergosip ke bercerita tah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 12:15 AM | Show all posts
UMNO BN buat program main kutu.. owhh no.. tolak komisen, interest... baper sen yg dapat...belum kira songlap baut beli asset  bagai nanti...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2011 12:18 AM | Show all posts
memang opis ko ni sume makcik2 ek? dulu ko citer pasal makcik2 yang suka bergosip ke bercer ...
cik.panda Post at 15-6-2011 00:14



    yer noks.. majoriti makcik2 yg 2-3 taun lgk nak pencen.. sebaya mak aku gituh..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 12:20 AM | Show all posts
Selain itu, beliau turut kesal apabila aktiviti pengumpulan wang kutu turut diselewengkan oleh pihak tertentu, atas alasan pinjaman Tekun, yang turut membabitkan pemimpin Umno.


kah kah kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 12:25 AM | Show all posts
itu sodokah la.
cik.panda Post at 15-6-2011 00:14



    Yang Tabung Memali tu pun sodokah gak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 12:45 AM | Show all posts
Yang Tabung Memali tu pun sodokah gak ke?
xy_daen Post at 15-6-2011 00:25



   sedekah laa

aku bersangka baik ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 01:59 AM | Show all posts
Lagu yg berdasarkan permainan kutu (atau arisan di Indon). Mari kita dengar.

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 12:07 PM | Show all posts
adehhh menteri2 pun nak main kutu ke?
cik.panda Post at 15-6-2011 00:08


Dh xde keja la 2
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 12:24 PM | Show all posts
ada byk jenis cara main kutu ni kot...

dulu aku kerja dgn geng2 cina dia org pun main kutu. Kena cabut undi dulu nak tentukan sapa yg dapat bulan berapa. Tapi sapa dapat awal kira nasib tak baik la sebab dpt sikit. Tak tau mcm mana mekanisma pengiraannya. Kalau ada yg perlukan duit tapi bukan turn dia kenala nego dgn siapa yg punya turn. Selalunya akan bg dlm jumlah rendah la. Cthnya kalau dpt 2000 mungkin dia sedia bagi turn tsb dgn harga 1500. Yg ni kira menangguk di air yg keruh la...

Cuma kutu yg dimainkan oleh makcik2 dan kebanyakkan kita ni lbh kpd turn je. Nilai yg dia org dapat sama je. Kalau 100 sebulan setiap org akan dpt 1200 utk turn masing2. Masalahnya main kutu ni kalau jumpa yg tak ngam.. silap2 hilang mcm tu je. Sebab tu kena main dgn member kamcing, ada resit semua
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 12:36 PM | Show all posts
kat mesia ni kutu periuk belanga, kutu gelang emas 3 henci,  kutu tong beras tupperware, kutu set pinggan mangkuk lebih fofularrr ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2011 12:42 PM | Show all posts
aku kat opis ni main kutu gak..bukan yg ikan2 bilis jek ahlinya, bos2aku pun join sekali...masing2 main kutu tuk bt bayar insurans kereta..jadi awal2 lg dieorg dah pilih turn dapat duit pada bulan yg dieorg kena renew insurans kereta... tak la rase terbeban sgt nak kuarkan duit...lagi2 yg pakai keta 2,3 bijik..

aku yg takde kereta ni main kutu tuk beli benda2 yg dihajatkan cam nak beli tepon ke, peti ais ke... perabot ke..ape2 je lah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 02:44 PM | Show all posts
Post Last Edit by boyagombak at 15-6-2011 14:56

po cit Mo cit ahli ameno suka main kutu
hari2 Depa main kutu
pasai pa depa main kutu
pasai pojek dah tak masyuk3 dah

alahai yang, banyaknya kutu, nanti jangkit kat i ni (sambil2 nak menayangkan cincin dan gelang ku) pada jiran2ku


kutu luar rumah

kutu dalam rumah



kutu berkumpulan (besh nye kalau dapat dok depan skali

kutu anak beranak

kutu jaman dolu-dolu


kutu sama geng

kutu lain2 geng-tsk tsk tsk meow2 syodapnye
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 03:28 PM | Show all posts
apa beza main kutu ni dengan menabung secara berdisiplin tiap2 bulan?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 04:02 PM | Show all posts
aku nk tgk sejauh mane kaedah ni klu diteruskan...bank negara or konvensonal melalak x klu wat kutu berskala besar mcm ni...

mase dlu pon dh ade la pasal kutu berskala besar bagai mcm ni..tp last2 kne banned atas alasan terlibat dlm penipuan..padehal alasan sbnr bank2 mengalami kerugian dr segi modal pusingan utk menginvest pelaburan...

knp xpecaya ckp aku ?????? it up to you la...............
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.089309 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list