View: 5600|Reply: 5
|
[ASTRO OASIS] Telemovie HIJAB KEKASIH (tayangan dijangka 1 Julai 2011)
[Copy link]
|
|
Tajuk : HIJAB KEKASIH
Penerbit : SUHAN MOVIES & TRADING SDN BHD
Pengarah : ISMAIL YAACOB
Pelakon:
YUSWAISAR
ZAIDI OMAR
MISLINA
FARAH (menantu fauziah nawi tu)
YATT
NAS-T
MAZLAN TAHIR
mengutarakan isu tentang sikap masyarakat yang ambil remeh berkenaan wasiat dan harta anak yatim, HIJAB KEKASIH cuba untuk menunjukkan segala kifarah Tuhan kepada mereka yang sambil lewa dalam pengurusan harta anak yatim. Setelah Azmi (Zaidi Omar) berkahwin dengan seorang balu, Zakiah (Mislina), dia cuba untuk mempengaruhi isterinya menjual rumah yang dibeli oleh arwah suami Zakiah, Rahmat tanpa berbincang dahulu dengan anak kandung Zakiah, Rozaimi (Yuswaisar). Peristiwa itu, menyebabkan Rozaimi mula menjauhkan diri daripada keluarga baru ibunya, kerana tidak mahu bersubahat dengan harta ayang telah disalahgunakan, tambahan pula, pernah satu ketika Azmi bersikap tamak dan tidak merestui hubungannya dengan isterinya, Halima (Farah).
Satu demi satu malapetaka menimpa keluarga Azmi, bermula dengan kematian adik tiri Rozaimi semasa pulang dari mengambil keputusan SPM, sehinggalah kepada peristiwa Zakiah jatuh tangga dan mendapat traumatic brain injury yang menyebabkannya diam membisu, tidak mahu berinteraksi dengan sesiapa pun. Hj Sulaiman (Mazlan Tahir), rakan karib arwah Rahmat berpendapat, ada hijab yang menyebabkan Zakiah membisu dan tiada respon. Dia juga berpendapat, hanya Rozaimi sahaja yang dapat menghilangkan hijab itu.
dengan berbekalkan sebuah album lama bertajuk 'Kekasih' yang menempatkan segala memori indah Zakiah dan Rahmat, Rozaimi berserta anak Hj Sulaiman, Hamidah (Yatt) berusaha untuk memulihkan Zakiah dan melepaskannya daripada hijab yang membelenggu. |
|
|
|
|
|
|
|
skrip sangat menarik.
tak perlu perlakon2 yang meletup sekiranya skrip sudah meletup begini. |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih. insya Allah ceritanya dekat sgt dgn masyarakat kita, bagi pengajaran dan meruntun jiwa. lakonan, 80% orang yg basic teater yg berlakon so secara jujurnya, bg sy lakonan mereka sgt mantap.nanti sy update kan masa dan tarikh tayangannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk ulangan kat astro aosis..tp dh nk hbs..mmg mantap lh..heeee |
|
|
|
|
|
|
|
byk kali dok ulang2 kat oasis.. tp tak jemu tgk.
sbb byk pengajarannya..
lakonan yg mantap. berkesan dgn dialog yg bermanfaat.
suatu kisah yg byk terjadi pd masyarakat skrg.
peringatan pd kita, cara mana kita tak sedar yg kita dah menafikan hak anak yatim. |
|
|
|
|
|
|
| |
|