CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13219|Reply: 63

Empayer Melayu

[Copy link]
Post time 2-7-2003 11:30 PM | Show all posts |Read mode
Dulu orang melayu cukup terkenal dengan Empayernye macam Melaka, Johor riau dan terkenal dengan pahlawannya macam Tuah,Jebat,Tun Anis eh Tun Teja dan lain lain.

bila jatuh kerajaan Melayu melaka pada 1511 beratus tahun Kerajaan Johor Riau cuba tawan balik melaka tapi gagal sampai seluruh Malaya jatuh pada tangan British.

Secara logiknye kenapa orang Melayu gagal tawan balik Melaka sebab dia orang bodoh ke?(Macam kata mushi Abdullah), Tak handal ke?(Silat melayu nih lembek ke) atau apa-apa je lah pada pendapat korang untuk kita belajar dari sejarah.

note: Sejarah tidak pernah mengajar kita berbangga dengan apa yang kita ada tapi seharusnya kita mencari apa yang kita hilang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2003 01:05 AM | Show all posts

hmmm

salam semua..
sebenarnya ade  beberapa faktor ( mungkin sbb ini FOrm 1 la Tengku ANIS, tak ingat dah..)

1) pertama raja melaka dan kauum kerabtnya may be dah berpecah bina kerajjan di ..johor ? batu sawar ? riau lingga  tapi mula -mula Pulau Bintan..percubaan gagal..sebab tak cukup perancangan
2) teknologi ketenteraan ..portugis may be lebih maju / perthn kuat ..sebab dibina kota Melaka  
3) tak de master of strategist/ lemah perancangan
4) semangat berjuang? luntur mungkin sebab moral dah rendah..sebab pemerintah dah cabut so ..akan berpecah pengikut kan...
5) kerajan melayu lain terfikir pulak saya kenapa kerajjan takluk melaka tak nak tolong Melaka langsung?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2003 01:31 AM | Show all posts
Originally posted by mbhcsf at 3-7-2003 01:05 AM:
salam semua..
sebenarnya ade  beberapa faktor ( mungkin sbb ini FOrm 1 la Tengku ANIS, tak ingat dah..)

1) pertama raja melaka dan kauum kerabtnya may be dah berpecah bina kerajjan di ..johor ? ...


Betul pendapat you ..dari segi senjata Partugis memang hebat tapi orang Melayu ketika itu jugak handal dari segi ilmunya, kalau kita mengkaji ilmu persilatan penuh dengan kebatinan yang bukan sesuatu yang tidak wujud walaupun tak diterima oleh akal.

Anis rasalah faktor utama kejatuhan Empayer Melaka adalah adanya pengkhinat dalam kerajaan Melaka itu sendiri dan betul kata you antaranya pepecahan. Tu yang Anis heran tu kita tahu akibat pepecahan tapi kenapa orang melayu hari ini masih berpecah....agaknya bila kita baca buku sejarah kita hanya nak lulus periksa :bg:
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2003 01:57 AM | Show all posts

salam...

Originally posted by Tengku Anis at 2003-7-3 01:31:
Betul pendapat you ..dari segi senjata Partugis memang hebat tapi orang Melayu ketika itu jugak handal dari segi ilmunya, kalau kita mengkaji ilmu persilatan penuh dengan kebatinan yang bukan sesua ...

salam..
siapa yg jadi pengkhianat?
bukan ninachatu and si kitol ke?
lagi satu ...saya fikir ( ini di luar linkungan kepulauan melayu le) adakah INI KESAN LANGSUNG DR KEJATUHAN empire abbasiyyah kat well middle  east? ( remember ( it's 1511MAsehi  jth kerjaan abbasiyah pada 1255 M)

lagi satu sebab empire islam ni saya gelarkan renaissance dlm  context yg  positive bkn bercorak humanisme  renaissance eropah ...kita pernah fikir tak kenapa kerajjan melayu mlekal tak dapat ilmu sains sejarah intensive ye lah hikayat and those stuffs tu ade lah tapi i am talking about bende seperti chemistry / medicine / falaq dah dapat..okay alhamdulillah..tapi  yg lelain tu..tak sempat ke?:re:

p/s : bertuah nye awak betul ke kat sweden ? sure boleh tengok aurora borealis ..eh waktu summer ade ke ? winter ke? skdr tanye je...kalau silap betulkan segera ..maaf ..

[ Last edited by mbhcsf on 3-7-2003 at 01:59 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2003 03:44 AM | Show all posts

Hmmm...



Rasanya punca utama kejatuhan empayar tu adalah sikap tamak manusia tu sendiri... Penjajah nak meluaskan empayarnya manakala puak Melayu pula ada yang bersikap tamak mahu jadi pemimpin... Berpakat dengan panjajah dan menjadi duri dalam daging... Maka dengan sendirinya kita boleh kata kaum Melayu pada zaman itu bodoh... Tidak memikirkan masa depan... Sanggup gadaikan maruah negara demi kuasa...


[AURA]  [EFEK]  [NOTA]
Dan ini adalah bukan pelik kerana tamak itu sebahagian dari sifat manusia...Wallahualam...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2003 05:24 AM | Show all posts

Satu tajuk yang bagus ...

boleh juga saya baca sejarah zaman dahulu kala tanah Melayu kita.

Kalau ada buka thread sejarah Nabi nabi pun saya suka hendak baca,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2003 06:30 AM | Show all posts
Originally posted by mbhcsf at 2003-7-3 01:05 AM:
5) kerajan melayu lain terfikir pulak saya kenapa kerajjan takluk melaka tak nak tolong Melaka langsung?


aku krg paham ayat ko....cuba explain..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2003 10:13 AM | Show all posts

salam monsieur,

Originally posted by yellow belmont at 2003-7-3 06:30:
aku krg paham ayat ko....cuba explain..

macam ni,
kan Melaka ade buat peluasan empire depa masa depa berkuasa ..tapi bila bangsaEROPAH ni datang...then you tengok tak de satu kerajjan tu yg berada di bawah jajahan takluk MELAKA pun bantu..melaka ..why?
tapi saya rase sebhgn ny SDR ACe  yg jawab thanks...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


omong kosong This user has been deleted
Post time 3-7-2003 01:11 PM | Show all posts
aku rasa jawapan Ace tu pun ada benarnya....
begitu juga pemerintah pada waktu itu dah lemah....kerana tak tunai tanggungjawab..asyik berjoli sakan sahaja dengan kemewahan macam yang berlaku pada kejatuhan kerajaan abasiyah di timur barat pada waktu itu....
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2003 01:20 PM | Show all posts

hmm

Originally posted by omong kosong at 2003-7-3 13:11:
aku rasa jawapan Ace tu pun ada benarnya....
begitu juga pemerintah pada waktu itu dah lemah....kerana tak tunai tanggungjawab..asyik berjoli sakan sahaja dengan kemewahan macam yang berlaku pada  ...

salam ,
timbul pulak satu persoalan
apakah faktor -faktor kejatuhan kerajjan Abbasiyyah?

1) mewah
lagi?????
sama kah dgn faktor -faktor kejatuhan mane -mane k'jaan lain di dunia???
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2003 02:30 PM | Show all posts

madame

ohh camtu..
why?..maybe sbb diorg pun bukannya suka sgt duduk bawah Melaka ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2003 03:02 PM | Show all posts
Originally posted by mbhcsf at 3-7-2003 01:20 PM:
salam ,
timbul pulak satu persoalan
apakah faktor -faktor kejatuhan kerajjan Abbasiyyah?

1) mewah
lagi?????
sama kah dgn faktor -faktor kejatuhan mane -mane k'jaan lain di dunia???


Betul gak Empayer Islam jauh lebih besar dan kaya dari Empayer melaka itu sendiri tapik terjelepuk dilanggar orang asing. Maka tak semestinya kekayaan dan intelektual dapat mengukuhkan sesuatu negara. Masa zaman kebangkitan Islam mereka cuma ada satu perkara "Kepercayaan yang kuat" pada agama itu sendiri dan kesetian pada Amirul yang beriman maka kekuatan itu satu caturan Allah.

ps: Sekarang nih kat sini Summer lagik lah "mbhcsf"  tapi hujan renyai-renyai tiap hari boring...:bg:
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2003 03:20 PM | Show all posts

tulah

salam
tapi persoalan lain kenapa ilmu -ilme lain tu kita tak dapat sama ?  tak sempat ke? atau ape ke faktor geografi may be...dan takkanlah pedagang tu nak ajaq chemistry and so on..yg best belajar sejarah ni sebab kita boleh tengok pertembungan tamadun atau budaya ...dgn k'jaan lain...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2003 03:36 PM | Show all posts
kenapa ilmu2 tak sampai ke melaka? aku rasa tujuan asal pedagang nih nak berniaga n berdakwah.....kalau kiter tengok pun...byk culture  pedagang arab nih di serap dalam budaya kiter contoh macam hadrah... macam ......

but pasal chemistry n sains tuh....aku pun wonder.... takkan tak ada langsung...atau pun benda2 tuh ada but mayb musnah ketika melaka diserang portugis... mana kiter tau...then belanda lak serang.... hancur lar sumer2 nyer.....

aku agak2 jer...tak tau sgt....sorry kalau melalut n kuar topic
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2003 03:48 PM | Show all posts
Agak Anis le orang melayu masa tu suka pada calture sebab tu dalam budaya melayu ada India,Ade Arab dan Cina bercampur aduk,  tapi bila suruh baca buku sains atau ilmu lain diaorang malas, lagipun mungkin pendedahan terhadap pendidikan amat kurang dan terhad. So kalau generasi kita sekarang ikut contoh yang sama asyik ikut calture orang rock le punk le maka tak mustahil kita akan mengulangi sejarah...:bg:
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2003 02:47 AM | Show all posts

Heh! Heh! Heh!



Aku rasa aku lebih suka kata orang Melayu ni mudah lupa... Orang Melayu sebenarnya sudah banyak ilmu pada masa dulu tu tapi tak ramai yang nak gunakan ilmu tu... Dia orang ni semua lebih percaya kepada benda sihir lagi... (Masa dulukan orang kuat pakai ilmu hitam...)


[AURA]  [EFEK]  [NOTA]
Wallahualamm...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2003 11:36 PM | Show all posts

okay...

SALAM semua topic ni menarik berilmiah tak de sape daj ke nak ..go on?
lagi satu saya nak tanya

SETELAH ROBOH RANAP COLLAPSE EMPIRE MALACCA ...so k'jaan lain muncul

persoalan sekarang
adakah mereka lebih berjaya dr melaka ?
kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2003 03:13 PM | Show all posts

Hmmm...



Sebenarnya banyak kerajaaan lain yang juga maju contohnya Kedah Tua tapi tidak dapat  menandingi kehebatan Melaka... Mungkin juga disebabkan kapal kapal yang banyak berlabuh di Melaka berbanding Kedah...


[AURA]  [EFEK]  [NOTA]
Tapi Johor Riau yang mempunyai faktor geografi yang strategik juga tidak dapat menandingi Melaka mungkin disebabkan oleh faktor pemerintahan dan politik...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2003 02:18 AM | Show all posts
AKU RASA mbhcsf punya teori agak plausible. Tekonologi, strategi perang dan pengalaman. Secara dasarnya bumi timur agak ketinggalan tika Eropah mula datang ke sini.

Nak tuding jari kata salah siapa, aku rasa salahnya lebih pada sistem pemerintahan otokratik ketika itu; walaupun tak menyumbang sepenuhnya pada kekalahan, tapi sedikit sebanyak mengongkong kemajuan.

Lagipun Melaka bukannya ada pengalaman dalam hal-hal perang, tak macam Eropah yang asyik dilanda perang sebelum lagi kebangkitan Islam. Setelah pemerintahan Islam jatuh, segala teknologi yang dipelopori budaya Islam diambil dan digunakan untuk memajukan Eropah secara keseluruhannya. Jadi berlaku tak keseimbangan dalam pembahagian kuasa (antara timur dan barat).

Lagi satu yang agak penting; Eropah bukanlah sebuah negara, ia merupakan gabungan negara-negara yang mempunyai kepentingan sendiri dan sering bersaingan. Jadi setiap negara terpaksa berusaha untuk memajukan diri mereka sendiri (Arms and technology race is a fact of life) untuk bersaing. Ini tak berlaku di Timur kerana kebanyakan negara di Timur berada di bawah lingkungan kuasa-kuasa Gergasi (Di Asia - India dan China) Di timur Tengah (Empayer Ottoman), jadi kebanyakan merasa terlindung.

Ilmu sampai ke Melaka (dan negara-negara timur), tapi untuk memperkembangkannya amat lambat kerana tiada urgency/ tiada sebab.

Macam sekaranglah. Second wave of colonialism melalui Globalisasi (yang sebetulnya bermakna eksploitasi). Pemerintah sekarang asyik dengan short-term vision, dan reactive stance masing-masing, tengoklah apa jadi nanti...

M.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2003 02:31 AM | Show all posts

salam

boleh SDr terangkan lagi tentang the threat of globalisation yg org semacam sedar tak sedar shj ..saya pun aktahu..ade buku tak or any authorised website??
bless you.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.091194 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list