|
nak tanya, kalau dah bankrap boleh guna credit card tak? |
|
|
|
|
|
|
|
salam guys
nak tanya sikit ... boleh tak nak ketengahkan isu CTOS kat sini?
ker ada dah thread berkenaan CTOS ... terima kasih ? |
|
|
|
|
|
|
|
CTOS, rasanya dah ada. cuba cari... |
|
|
|
|
|
|
|
soalan teknikal sebegini, cuma pihak peguam je mampu jawab.
sebabnya, jawapannya mudah.
adakah ban ...
Gemukkkkkkk Post at 2-11-2010 22:02
mukkk, kalau seseorg tu bankrap dan dia ada loan bank untuk rumah, bank akan batalkan perjanjian loan tuh dan sebagai pemiutang bercagar bank boleh buat pilihan sama ada:
1. ada prioriti atas rumah tuh, pegang terus gadaian yg mereka ada atas rumah tu... dan lelong rumah tu untuk recover balik pinjaman mereka. Ada lebih hasil serah lebihan pada OA. Kalau tak cukup failkan bukti hutang untuk jumlah yg tak cukup tu klain drp OA, atau
2. serah rumah tu kepada OA untuk dilelong dan hasilnya dibahagi2 antara pemiutang. Dalam kes ni bank akan jadi pemiutang tak bercagar... tarafnya dah sama dgn pemiutang2 tak bercagar lain. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah muflis, memang OA ada hak nak lelongkan rumah tu. tapi biasanya OA tak akan buat. ini le ...
Gemukkkkkkk Post at 6-9-2010 20:40
tugas OA bukannya menolong org bankrap... tetapi cuba kutip duit drp bankrap sama ada tunai atau jual harta2nya dan hasilnya bagi kepada pemiutang.
bukan free tapi kena bayar.. hehe
tetapi ada perkara2 yg OA kena pertimbang sebelum rampas (by virtue of the bkcy dan receiving order) apa2 yg ada pada bankrap untuk bayar pada pemiutang.
apa menda2 yg OA tak boleh ambik ada dlm akta kebankrapan. |
|
|
|
|
|
|
|
"tetapi ada perkara2 yg OA kena pertimbang sebelum rampas (by virtue of the bkcy dan receiving order) apa2 yg ada pada bankrap untuk bayar pada pemiutang.
apa menda2 yg OA tak boleh ambik ada dlm akta kebankrapan."
Boleh tolong terang dgn lebih detail lagi tak mengenai akta diatas...Tkasih |
|
|
|
|
|
|
|
salam petola, sori lambat nak baca ni.
terimakasih atas info tu.
selama ni aku anggapkan kalau orang tu dah diisytiharkan muflis, bank kena file proof of debt kan. selepas itu, kalau rumah tu dicagarkan kepadanya, bank tu akan jadi pemiutang tak bercagar.
aku pun tak reti sangat sebab dedulu, tak pernah lagi la jumpa urusan camni. biasanya sebelum diisytiharkan muflis, pihak bank akan cepat-cepat foreclose dulu.
yang pasal OA tu pun aku setuju, bergantung kepada budi-bicara OA. kalau dia baik hati, dia tolong. kalau dia tegar nak settlekan hutang pun, itu memang tugas dia. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
salam petola, sori lambat nak baca ni.
terimakasih atas info tu.
selama ni aku anggapkan kal ...
Gemukkkkkkk Post at 8-1-2011 00:46
Ikut prosidur bank perlu ambil tindakan lelongan dahulu sebelum bankrapkan individu, dan sekiranya masih ada lagi hutang yang melebihi RM30K selepas tolak harga lelongan, barulah bank boleh ambil tindakan kebankrapan dan failkan bukti hutang/POD sebagai pemiutang tak bercagar. Tapi sekarang mahkamah akan tetap jatuhkan individu itu bankrap walaupun rumah masih belum berjaya dilelong atas alasan untuk menghentikan faedah terhadap pinjaman tersebut. Bila dah jatuh bankrap, individu tu akan selamat dari diggangu oleh semua pemiutang/bank yang dia berhutang (time ni boleh ignore surat tuntutan bang n ckp balik kat bank kata dah jatuh bankrap n nak tuntut hutang apa2 pegi jumpa insolvensi), tapi dengan syarat hadir ke insolvensi n beri kerjasama dgn pihak insolvensi. tugas insolvensi adalah untuk membantu seseorang itu menyelesaikan hutang yang dia ada dengan cara menghasilkan segala aset/harta si bankrap dan korang juga perlu membuat bayaran ansuran untuk setel segala hutang piutang korang mengikut kemampuan korang (tapi jgn kelentong sebab segala keterangan yang korang bagi tu akan dijadikan bukti di mahkamah sekiranya terdapat unsur penipuan ataupun masalah lain dikemudian hari) Perlu ingat hukuman bankrap sama seperti hukuman bagi kesalahan lain di mahkamah yg kena penjara, hanya kes bankrapsi ni special sikit korang di hukum di luar dari penjara (kalau korang masuk penjara mcm mana korang nak kerja n setel hutang kan)..tindakan penjara/waran tangkap boleh dikeluarkan oleh insolvensi sekiranya si bankrap melanggar kesalahan di bawah akta kebankrapan.
soalan tadi sekiranya property ada 2 nama n salah sorang tak bankrap, by hook or by crook pihak bank perlu ambil tindakan lelongan terhadap property tu walaupun yg buat payment kat bank adalah penama yg tak bankrap SEBAB akan jadi masalah sekiranya rumah tersebut 100% dah setel hutang dgn bank, 1)tindakan untuk menukar nama di atas geran akan jadi masalah bagi si bankrap ni..(bila dah bankrap segala tandatangan di atas aggrement segalanya tidak sah dah automatically terbatal- hanya Ketua Pengarah Insolvensi sahaja yang boleh tandatangan bagi pihak si bankrap) ..2) sekiranya bank tak check n terus buat tukar nama kat geran n dalam carian dah jadi hakmilik sepenuhnya 2 penama ni, bila insolvensi dpt tahu, insolvensi pulak yang akan ambil tindakan lelong property tu dengan cara tender...masalahkan...
so salah satu cara untuk selamatkan rumah tu atas alasan takde tempat tinggal, pergi jumpa pegawai insolvensi maklum kata nak buat permohonan triti untuk jual rumah kepada penama yg tak bankrap tu, tapi permohonan triiti ni jugak perlu dptkan surat kebenaran dari pihak bank. So kena mintalah penama yg tak bankrap tu beli balik rumah tu dan harga jualan akan mengikut harga nilaian kerajaan atau mana2 harga nilaian yang paling tinggi (ini adalah untuk bayar balik hutang kepada pihak pemiutang) dann yg penting perlu ingat segala hutang piutang korang tu bank hanya boleh kira faedah setakat tarikh individu tu diisyitiharkan bankrap sahaja...
kalau nak lebih faham lagi pegi kedai buku beli akta kebankrapan dan baca, segala masalah atau persoalan boleh refer di mana2 jabatan insolvensi ataupun di http://www.insolvensi.gov.my |
|
|
|
|
|
|
|
"tetapi ada perkara2 yg OA kena pertimbang sebelum rampas (by virtue of the bkcy dan receiving order ...
IdaJun Post at 4-1-2011 17:40
OA hanya akan mengambil tindakan harta/aset hakmilik bankrap sepenuhnya sahaja..sekiranya bankrap adalah pemegang amanah bagi harta/aset org llain dan mempunyai bukti, OA tak boleh rampas harta/aset ni..
OA juga boleh merampas harta bankrap yang disembunyikan untuk mengelak dirampas dan dilelong oleh OA, dengan cara menukar nama kepada org lain dalam masa 2 atau 5 tahun sebelum kebankrapan..dan sekiranya berlaku benda ni n ada bukti kukuh, bankrap juga boleh dikenakan tindakan undang2 di bawah akta kebankrapan dengan menghina perintah mahkamah.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salam
Nak tanya, klu nak kena declare muflis, guna alamat surat myurat kat umah parents.
Bole ker bank/mahkamah ada hak ?
-nak tampal notis kat alamat umah tu.
-sita rumah atau buat ape sahaja kat tanah/rumah alamat surat myurat tu
(tp rumah tu atas nama parent.)
tk |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 240# Gemukkkkkkk
tanya sikit...
katakan B ada buat loan rumah dan loan tu menggunakan nama A dan B, tetapi rumah itu hanya di miliki oleh B. payment rumah tu ok aka tiada tunggakan tiap2 bulan. tiba2 A memang ada hutang lapuk lain dan bakal di isyhtiharkan bankrap.
soalan
apakah terjadi pada rumah milik B yg penamanya B sahaja...adakah akan di lelong?
terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
salam
sapa ada tau lawyer pengalaman handle kes bakrap ..area slgor ke kl atau jhr...
aku keje jb...tapi dulu KL...ex wife aku rupa2nya bakrap..tahun 2004
ada beli rumah dua nama..tapi loan aku sorang....2009
dah cerai 2010...skang ni lak dia dah meninggal 2011...fuh.. nak jual umah masa cerai tu..laoan buyer tak lepas..rupa2nya xwife ni bakrap...adoyaiiii...
nak lantik lawyer arr selesaikan masalah nih...
pls emel... |
|
|
|
|
|
|
|
saya ade terbaca satu blog yang menolong orang2 yg menghadapi bankrap & muflis... tabung dana ehsan, boleh kah dipercayai tabung dana ini... ade sesiapa yg mengetahui tentang tabung dana ini? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by c_manis at 17-10-2011 21:56
salam
sapa ada tau lawyer pengalaman handle kes bakrap ..area slgor ke kl atau jhr...
aku keje ...
kudinabc Post at 7-10-2011 14:10
Your case betul2 complicated..
ex-wife dah cerai (ada tak perintah perceraian official dari Mahkamah?)
pastu ex-wife dah meninggal (kira boleh dibuktikan dengan sijil kematian)..
pastu ex-wife tu lak dah bankrap (siapa benefisiari yang akan dinamakan bg transaksi tarik balik Notis Kebankrapan - in case nak settle)..
For ur info, kebanyakkan lawyer area Klang Valley mesti ada handle kes bankrap..
Sebelum proceed mintak dulu legal advice.. |
|
|
|
|
|
|
|
As-salam,
Saya nak minta pandangan dari teman-teman dalam forum ini.
Kes saya begini:
Saya ada hutang cc dgn beberapa buah bank. Tunggakan kalau dicampur dengan interest, dah mencecah 200k. Dah pergi mahkamah dan buat pengakuan (2 tahun sudah9) tapi sehingga hari ini saya bayar dengan jumlah yang paling minimum pada semua bank berkenaan. paling minimum RM100 dan maksimum RM250 sebab gaji tak cukup nak cover semua hutang.
Soalan saya, bolehkah pihak bank sita atau jual property atau harta mudah alih tanpa mendapat surat dari mahkamah?
Sekiranya perkara itu berlaku, bolehkah saya membuat rayuan di mahkamah? Sebabnya, menurut kata debt collector, mereka tak perlu minta surat dari mahkamah lagi.
Di harap mendapat maklum balas dari teman-teman dalam forum ini.
Terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
As-Salam,
Saya pun ada beberapa persoalan:-
1) Jika rumah ada 2 penama A dan B. B ada masalah kewangan dan bank tengah mencari harta B yang boleh dijual untuk settle hutang B kat bank. Manakala A yang membuat loan syarikat untuk biaya rumah tersebut dengan potongan gaji A. Adakah bank akan melelong juga harta tersebut?
2) Jika buat agreement menyatakan rumah tersebut adalah pemberian dari B kepada A atas dasar kasih sayang dan menjadi hak mutlak A. Adakah bank atau mahkamah berhak merampas juga rumah tersebut?
3) Adakah agreement tersebut kena cop pesuruhjaya sumpah atau cop lawyer. Mana yang lebih baik?
terima kasih dan harapnya ada kengkawan dapat membantu menjawab persoalan diatas :-) |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhu... takder ke pakar2 nak menjawab persoalan diatas tu?
masih menunggu dan terus menunggu... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|