CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 170|Reply: 0

Taiwan rancang hantar bot misil ke Spratly

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
  Anggap pengawal pantai tak mampu kawal konflik\rTAIPEI: Taiwan mengumumkan rancangan menghantar bot berkelengkapan misil dan kereta kebal ke kepulauan di laut China Selatan, ketika keadaan semakin tegang di wilayah kaya dengan sumber asli itu yang dituntut beberapa negara serantau.\r\n\n\n\n\rKementerian Pertahanan Taiwan dilaporkan  berkata pihaknya berpendapat  pengawal pantai yang ditempatkan di kepulauan Spratly  tidak memadai   jika konflik meletus.\r\r\n\n\n\n\n“Pada masa ini pengawal pantai di Nansha (Spratly) dan Tungsha (Pratas) hanya dilengkapi  senjata ringan,” kata jurucakap kementerian pertahanan Taiwan David Lo.\r“Bot misil dan kereta kebal adalah pilihan yang kami tawarkan kepada pengawal pantai,” katanya, tanpa memberi butir terperinci mengenai jumlah kerahan.\rBeliau berkata,  pengawal  pantai belum membuat keputusan muktamad berhubung tawaran itu.\rMedia tempatan berkata, kehadiran bot misil itu adalah  langkah pecegahan. Setiap satu bot 47 tan kelas Seagull dimiliki Taiwan dilengkapi dengan dua misil Hsiungfeng I - peluru berpandu kapal ke kapal dengan jarak sasaran 40 kilometer.\rKenyataan Taipei  dibuat ketika China kian tegas dalam menekankan tuntutannya di wilayah itu.\rTaiwan, Vietnam, Brunei, China, Malaysia, dan Filipina kesemuanya menuntut keseluruhan atau sebahagian daripada kepulauan Spratly yang mungkin terletak di atas rizab minyak yang besar.\rPengawal pantai Taiwan kini menempatkan pasukan berkekuatan 130 anggota di Taiping, pulau terbesar di kepulauan Spratly yang mempunyai landasan pesawat.\rTentera Filipina pada  April lalu mengumumkan rancangan untuk menggunakan kapal baru yang diperolehnya dari Amerika Syarikat untuk mengadakan rondaan di perairan yang dipertikaikan itu, selepas menerima aduan bot ronda China mengganggu kapal cari gali negara berkenaan di perairan terbabit. –   AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.289456 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list