View: 205|Reply: 0
|
Tentera Filipina juga ke Spratly
[Copy link]
|
|
Benigno Aquino beri amaran tidak benarkan Beijing buli Manila\rMANILA: Filipina semalam menghantar kapal tentera lautnya ke perairan Laut China Selatan yang menjadi pertikaian berikutan ketegangan dengan Beijing mengenai tuntutan bertindih kedua negara terbabit di Kepulauan Spratly.\r\n\n\n\n\r Bagaimanapun, jurucakap jabatan pertahanan, Eduardo Batac menegaskan bahawa penghantaran itu adalah tugasan rutin dan tidak mempunyai kaitan dengan pengumuman oleh China bahawa satu kapal maritim rondaan lautnya lalu kawasan terbabit.\r\r\n\n\n\n\n “Saya tidak fikir ini ada kaitan. Tentera laut menjalankan rondaan laut biasa dan kita tidak perlu kaitkan penghantaran Rajah Humabon dengan penghantaran kapal tentera laut China,” katanya kepada media.\rBatac tidak mengetahui sama ada kapal China sudah menghampiri perairan yang dituntut kedua-dua negara itu dan tidak menyebut bila kapal Filipina itu akan dihantar atau ke mana ia akan dihantar.\rRajah Humabon, bekas milik tentera laut Amerika Syarikat dibina ketika Perang Dunia ke-2 yang menjadi antara kapal perang tertua di dunia. Ia memulakan perkhidmatan dengan Tentera Laut Filipina pada 1980.\rMeskipun Batac membuat kenyataan menafikan kena mengena dengan China, Presiden Benigno Aquino terus terang memberi amaran kepada Beijing agar tidak mencabul kawasan tuntutan Manila.\r\n\n\n\n\r“Kami tidak akan benarkan dibuli hanya kerana kami negara kecil. Kami juga ada sebab kukuh untuk menyuruh mereka tidak mencabul wilayah kami dan itu bukan sumber atau punca pertikaian,” katanya.\rBenigno berkata, Filipina sudah menamatkan tinjauan gas dan minyak di Tebing Reed Bank, kira-kira 130 kilometer dari wilayah Palawan dan menyifatkan hasilnya menggalakkan.\rFilipina mempunyai tuntutan bertindih dengan China, Taiwan, Vietnam, Malaysia dan Brunei mengenai kawasan yang kaya dengan sumber di Laut China Selatan itu.\rKetegangan sejak sekian lama tercetus semula dalam masa beberapa bulan kebelakangan ini berikutan dakwaan oleh Filipina dan Vietnam bahawa China meningkatkan tindakan agresif untuk menguasai wilayah yang dituntut itu.\rFilipina mendakwa China bulan ini menghantar kapal tentera laut di sekitar Pulau Spratly di Laut China Selatan terbabit, selain mendakwa bahawa China memasang pos dan pelampung berhampiran kawasan terbabit. – AFP/AP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|