CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cikieda

Tiada niat baling handphone pada pengarah - Nur Fathia

  [Copy link]
Post time 24-6-2011 11:36 AM | Show all posts
Post Last Edit by myralupilato at 24-6-2011 11:38

ai xheran pun apa yg fathia buat...harmless jah bg ai....

yg pong pang pong pang neh silap2 klu marah lg teruk..baling2 kerusi meja kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2011 11:45 AM | Show all posts
Post Last Edit by lordvoldemort at 24-6-2011 11:46

baling handfon ja bukan baling kerusi pon
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 11:49 AM | Show all posts
kalau da mik law 2 konpem ckp pusing2...asalkan dia menang..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 12:44 PM | Show all posts
selain di ats...
cheryl samad,um
azwan ali,um
yuna uitm

graduan law hokey..tp tak kemana kalau ...
KUDABELANG Post at 23-6-2011 14:43



    tapi yang ni blagak lebih sket... sampai adlin perli dier 'lawyer tak abis belajar'....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 12:46 PM | Show all posts
ai xheran pun apa yg fathia buat...harmless jah bg ai....

yg pong pang pong pang neh silap2 klu ...
myralupilato Post at 24-6-2011 11:36



    dah lama dok geram ler nih... skali ader point terus ler hentam..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 12:54 PM | Show all posts
grad law:

- lisa surihani
- fahrin ahmad
- nur fathia (still belajar)

semua stok2 bersandar  ...
beta_carotene Post at 22-6-2011 14:31



    lisa kan ker dapat gelaran primadona melayu... kat mana ntah aiollsss penah baca...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2011 01:04 PM | Show all posts
bebudak law semua nak jadi artis...dari sudirman, aznil, azwan. elain daly..serel samat....aaa sape lagi..boring benor gamaknya degree tu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 01:52 PM | Show all posts
dia x sengaja.
jgn beranggapan negatif..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2011 02:10 PM | Show all posts
mmmmm....ntah apa2 lah ko ni, agaknya bila dah kawin ada anak, anak buat bising,p baling je anak2 cam roti canai, control sikit marah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 02:13 PM | Show all posts
kalau cam ni perangai... kalaupun citer tu malatop.. disebabkan pelakun2 lain tuu... tp secara tak langsung dia ni akan naik jugak laaa...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 03:11 PM | Show all posts
lisa kan ker dapat gelaran primadona melayu... kat mana ntah aiollsss penah baca...
bbalik Post at 24-6-2011 11:54


jika begitu saya pun boleh menggelar nenek saya seniwati agung tanahair gitu
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 03:17 PM | Show all posts
jika begitu saya pun boleh menggelar nenek saya seniwati agung tanahair gitu
beta_carotene Post at 24-6-2011 15:11



    ahhaha buleh2...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 03:46 PM | Show all posts
kaver le..kot yer stress pun mana logiknya sampai terbaling phone?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 03:49 PM | Show all posts
bg aku takde hal apa pun...dia pun mcm org lain gak...asalkan dia minta maaf,kira okla..
lepas ni aku rasa dia tak berani dah nak temper tak tentu pasal...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 04:30 PM | Show all posts
aku tgk stanza gak hr tu.. dia mcm xde aura nk menarik minat laaa.. nasib ada aaron..
tuberose Post at 24-6-2011 00:00



muka jah cun, tapi bimbo gak, watak yang dibawa tak berapa arr sian pengarah.

terminate ja watak tu, ganti ngan yang pandai mendalami & menjiwai cam tizz zakya hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2011 06:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by cikieda at 24-6-2011 18:15

Nur Fathia mengaku terpaksa ulangi lakonannya 15 kali

MENYEDARI dirinya akan dihujani persoalan berhubung insiden telefon bimbit melayang ke arah seorang pengarah di lokasi penggambaran baru-baru ini, riak wajah pelakon yang kian meningkat naik namanya, Nur Fathia dilihat tenang apabila berdepan dengan media.

Seperti berada di dalam kandang pesalah, dia tenang menjawab segala pertanyaan mengenai tindakannya membaling telefon bimbit ke arah pengarah, Along Kamaruddin ketika penggambaran drama Stanza Cinta.

Akur dengan kesilapan yang dilakukan, Nur Fathia menolak dakwaan yang menyatakan tindakannya itu ditujukan kepada pengarah kerana menegur lakonannya sehingga babak yang dilakonkan terpaksa dibuat berulang kali.

Belum pernah berlaku dalam mana-mana produksi filem atau drama pelakon bertindak sedemikian terhadap pengarah, namun Nur Fathia berulang kali memohon maaf di atas tindakannya yang dianggap kurang matang.

“Tidak ada apa yang berlaku cuma saya tiba-tiba terlepas dari genggaman. Lagipun masa itu saya baru lepas terima panggilan telefon yang membuatkan saya menjadi semakin tertekan.


“Ia tidak disengajakan dan saya sudah memohon maaf pada Along. Saya akui masa itu memang tertekan dengan lakonan saya, ditambah dengan panggilan telefon yang saya terima menyebabkan insiden itu berlaku,” katanya.


Mengakui insiden terbabit meninggalkan kesan buat dirinya disamping memberikan tanggapan negatif peminat menunjukkan gambaran awal tentang karektor sebenar gadis berusia 24 tahun ini.
Malah, Nur Fathia sedar dirinya gagal mengawal emosi dan tidak berhati-hati ketika berdepan dengan situasi sedemikian sehingga boleh menjejaskan karier seninya. Malahan dia juga menafikan sengaja tidak datang ke lokasi untuk meneruskan penggambaran.

“Saya sakit kepala sampai migrain. Bukan seminggu, cuma sehari, malah sudah dimaklumkan kepada pengarah,” jelasnya.


Nur Fathia juga dikatakan tidak dapat menerima teguran mengenai lakonannya menyebabkan pelakon yang pernah muncul di dalam drama Nur Kasih ini dianggap besar kepala dan mula naik tocang setelah diberikan watak utama.

Bahkan, sebelum ini dia juga dikatakan tidak pernah ditegur oleh mana-mana pengarah tentang lakonannya menyebabkan dirinya tertekan apabila ditegur Along sehinggakan babak yang dilakonkan terpaksa di ulang sebanyak 15 kali.

“Saya tahu lakonan saya tak bagus tetapi tidak bermakna saya tak boleh terima teguran,” katanya.


Terkejut dengan insiden terbabit yang tersebar luas di media, Nur Fathia mengakui dirinya menjadi perhatian walaupun masih baru dan menganggap kesilapannya itu sebagai kayu pengukur buat dirinya memperbaiki diri.

“Saya akan cuba mengawal emosi saya selepas ini dan tidak membawa masalah peribadi ke lokasi. Memang betul saya kena ulang babak lakonan sampai 15 kali tetapi bukan keseluruhan drama cuma satu dua babak saja. Saya risau insiden ini orang akan ingat saya jahat dan biadap,” katanya.


Dia perlu banyak belajar

MENGAKUI insiden itu tidak ditujukan kepadanya mahupun krew produksi, Along tetap menganggap kejadian itu tidak disengajakan Nur Fathia serta tidak mempunyai motif dendam pada sesiapa.

“Dia mengaku tertekan menyebabkan secara tidak sengaja telefon bimbitnya terpelanting tetapi tak kena muka saya, cuma kena lengan saja.

“Saya terkejut juga tengok telefon itu melantun ke arah dan kena seorang krew. Masalah sudah selesai, jadi tak ada apa yang nak diperbesar-besarkan. Dia pun sudah minta maaf,” katanya.


Menyedari pelakonnya itu tertekan dengan watak yang dibawa selain babak yang diulang berulang kali, Along menganggap ia satu proses pada pelakon baru seperti Nur Fathia untuk lebih menghayati watak.

Baginya, pelakon seperti Nur Fathia bukanlah satu masalah kepadanya tetapi memerlukan banyak belajar dalam membawakan watak terutama di dalam drama terbabit yang mempunyai plot penceritaan mendalam.

“Ini kali pertama dia berlakon dengan produksi di bawah arahan saya. Saya tak ada masalah dengan dia. Cuma dia perlukan orang beri tunjuk ajar sebab sebelum ini tak yang menegur lakonannya,” katanya.


Mengakui drama Stanza Cinta mempunyai jalan cerita yang menarik dan penuh dramatik sedikit memberi tekanan kepada Nur Fathia sebagai teraju utama untuk melakonkan watak Amni Sorfina.

Watak Amni sangat berat

MENJIWAI watak gadis sempurna bernama Amni Sorfina memberikan sedikit tekanan dan menguji kesabaran Nur Fathia dalam drama bersiri 13 episod itu memandangkan dirinya tidak seperti watak yang dilakonkan.

Ditampilkan dengan imej gadis bertudung memang sukar dilakukan kerana realitinya dia tidaklah seperti itu.

“Amni seorang yang alim serta mahukan seorang lelaki yang baik juga. Jadi memang sukar untuk menghayati watak ini, dengan babak yang dramatik serta penuh emosi. Along banyak mengajar saya cara menghayati watak, jadi kalau tanpa dia saya mungkin tak dapat membawakan watak Amni dengan baik seperti yang diinginkan,” katanya.


Drama ini itu mengisahkan cinta tiga segi antara Amni, Irfan Kamal lakonan Aaron Aziz dan Taufiq (Fizz Fairuz). Irfan yang tertarik dengan keayuan dan sifat yang dimiliki Amni terpaksa mengubah penampilan diri serta perwatakannya agar dapat mendapat hati Amni.

Namun, setelah Irfan berubah, Taufiq yang sedia kala memiliki sifat lelaki yang diidamkan Amni muncul dalam hidup gadis terbabit sehingga menyukarkannya untuk membuat keputusan.


KREDIT: BERITA HARIAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2011 06:16 PM | Show all posts
Reply 156# cikieda


   bawak watak amni ngan baik sperti yg diingini?? choii!!~
kaku kayu jeh!! tak best langsung lakonan ko noks!~
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 06:17 PM | Show all posts
pasal meluat tgk pompuan neh lah..aku tak sanggup nak tgk stanza cinta ...kang tgk.bnyk maki hamun jeh...aku rembat novel senang..jenuh aku leh berkarya sendri...dr tgk heroin sendu kaki macam hell neh..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 06:18 PM | Show all posts
pasal meluat tgk pompuan neh lah..aku tak sanggup nak tgk stanza cinta ...kang tgk.bnyk maki hamun jeh...aku rembat novel senang..jenuh aku leh berkarya sendri...dr tgk heroin sendu kaki macam hell neh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2011 03:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by cikieda at 25-6-2011 15:40

'Saya tak baling telefon bimbit'

MASIH setahun jagung dalam bidang seni, Nur Fathia Abd Latiff pantas menarik perhatian khalayak menerusi drama yang dilakonkannya.

Penampilan sulung menerusi filem Hijab arahan Pierre Andre masih belum ditayangkan, tetapi dia sudah meniti puncak populariti selepas membintangi pelbagai drama antaranya Nur Kasih, Musang Berjanggut, Dea Sofea dan Laila Asyikin dan Hani.

Di sebalik bakat diri yang ingin ditonjolkan, pelakon berusia 23 tahun ini tidak terkecuali terpalit kontroversi. Selepas dikritik peminat beraksi seksi dalam fotografi bersama media, terbaru dia pula menimbulkan kecoh ketika di lokasi penggambaran Stanza Cinta arahan Along Kamaluddin.

Insiden berlaku apabila Fathia dikatakan bersikap kurang ajar dengan membaling telefon bimbitnya pada pengarah berpengalaman itu.

Menjelaskan perkara itu, Fathia menyatakan dia tidak berniat melakukan perbuatan berkenaan pada Along dan menegaskan perkara itu bukan seperti apa yang diperkatakan. Apa yang berlaku, dia sebenarnya berdepan tekanan emosi ketika itu sehingga telefon bimbit dipegang terlepas dari tangan.

"Saya tahu lakonan sendiri masih tidak bagus dan tidak pernah berasakan diri hebat kerana saya masih baru dalam industri ini. "Atas faktor ini, saya perlukan orang lain menegur diri saya.

"Berlakon drama ini membuatkan diri saya lebih tertekan apatah lagi ada adegan terpaksa diambil 15 kali. Watak Amni Sorfina mencabar apabila saya perlu memberi penghayatan mendalam dan bermain emosi setiap kali penggambaran dilakukan.

"Saya percaya Along tahu, saya tidak mempunyai niat membaling telefon bimbit itu padanya. Ketika kejadian, saya tidak sihat akibat migrain dan ambil cuti sehari selepas itu.

"Secara peribadi, saya tidak mempunyai masalah dengan Along dan saya juga terkejut, tidak sangka dan fikir orang lain tidak ambil kisah dengan perkara ini, tetapi ia sebaliknya," katanya pada sidang media drama Stanza Cinta di Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor baru-baru ini.


Fathia berkata, dia tidak mahu menyalahkan sesiapa terbabit insiden ini. Malah, dia menyatakan berulang kali meminta maaf pada Along atas perlakuannya.

"Saya masih perlu banyak belajar dalam meningkat mutu lakonan sendiri. Bagi saya, Along seorang pengarah yang sangat bagus dan saya dapat menghayati watak atas faktor dia memberi semangat pada saya.

"Ketika awal terbabit dalam bidang lakon ini, saya tidak mempunyai panduan. Dari aspek peribadi, saya seorang yang kelam-kabut dan takut persepsi orang lain menganggap saya jahat," katanya.


Along pula, lebih bersikap positif dan profesional berdepan kontroversi berkenaan.

"Selepas insiden itu berlaku, saya bertanyakan pada Fathia sama ada dia berniat membaling telefon bimbit itu pada saya, tetapi dia berkata tidak. Pada saya, penonton sukakan kontroversi dan ini turut membantu mereka menonton drama ini.
"Namun, saya berpandangan drama ini jadi popular kerana jalan cerita menarik. Sebagai pengarah, tidak kira pelakon baru atau lama, saya terbuka memberi tunjuk ajar. Mungkin cara saya keras, tapi apa yang penting, teguran saya membuatkan ia terus berada dalam ingatan mereka," katanya.



Di sebalik Fathia sebagai pelakon utama, Along melihat gandingan bersama pelakon lain termasuk Aaron Aziz sebagai Irfan Kamal dan Fizz Fairuz (Taufiq) turut memberi kekuatan.


Katanya, watak Irfan menggambarkan dia mencintai seseorang, tetapi sebenarnya apabila mendapat hidayah, dia lebih menunjukkan keinsafan dan cinta pada Tuhan.

"Dalam drama ini, saya juga amat teruja dengan lakonan Izreen Azminda. Dia pernah berlakon dengan saya sebelum ini, tetapi kali ini saya nampak lakonannya suatu yang memberangsangkan dan memang menjadi.

"Boleh dikatakan dia berjaya menghayati watak Maira sebanyak 99 peratus. Saya tidak kata pelakon lain tidak hebat namun lakonan Izreen kali ini lebih cemerlang.

"Seperti apa yang berlaku pada Fathia, saya berusaha memberi semangat pada pelakon baru tidak kira 20 'take' sekalipun. Saya cuma berkata jika pelakon itu tidak mahu berusaha, ia terpulang mereka sendiri.

"Begitu juga, saya cakap pada Fathia, lakonan dia teruk dan tidak sampai. Saya berharap insiden ini menjadi pengajaran dan pembelajaran pada dia," katanya.

Drama Stanza Cinta disiarkan sejak 19 Jun lalu menerusi TV3, setiap Ahad jam 9 malam. Plot mengisahkan hasrat Irfan, lelaki dari keluarga kaya jatuh hati terhadap pelajar kolej, Amni. Cinta Irfan ditolak Amni kerana lelaki itu kurang matang dan cetek ilmu agama tetapi gadis itu berhasrat membimbingnya mendekati agama.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.110079 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list