View: 184|Reply: 0
|
Isu Spratly perlu rundingan aman
[Copy link]
|
|
SEPANGGAR: Pertikaian menggunakan kekuatan tentera dalam menyelesaikan tuntutan beberapa negara terhadap Kepulauan Spratly boleh menjejaskan kelancaran laluan komersial di sepanjang kawasan yang menjadi rebutan.\rJusteru, Panglima Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Madya Datuk Jamil Osman, menegaskan penyelesaian terbaik terhadap isu itu adalah rundingan secara aman pada peringkat kepemimpinan semua negara terbabit bagi memastikan keharmonian serantau terpelihara.\r\n\n\n\n\r Katanya, Malaysia sebagai pangkalan berhampiran kawasan yang bertindih dan TLDM sendiri sentiasa memantau perkembangan di perairan negara berjiran, khususnya Vietnam dan Filipina.\r\r\n\n\n\n\n “Tumpuan diberi terhadap kawasan Zon Eksklusif Ekonomi (ZEE) Malaysia dan sebagai penguasa keselamatan, kita berharap isu ini dapat diselesaikan secara aman,” katanya selepas menyaksikan perbarisan di Padang Kawad KD Sri Kinabalu di Pangkalan TLDM Sepanggar di sini, semalam. \rIsu tuntutan Kepulauan Spratly kembali tegang apabila China dilaporkan menggerakkan kapal peronda terbesar dalam angkatan tentera lautnya di Laut China Selatan sejak beberapa hari lalu bagi mengawasi perairan itu.\rIa berikutan pergeseran antara negara kuasa besar Asia itu dengan Filipina.\rSelain Filipina dan China, beberapa gugusan Kepulauan Spratly turut dituntut oleh Malaysia, Vietnam dan Brunei dengan Malaysia sendiri membina kubu pertahanan di tiga kawasan iaitu Terumbu Layang-Layang, Terumbu Ubi dan Terumbu Mantanani.\r\n\n\n\n\rTerumbu Layang-Layang yang terletak kira-kira 162 batu nautika atau sejam penerbangan dari Kota Kinabalu adalah sebahagian daripada gugusan kepulauan Spratly di Laut China Selatan, dengan empat lagi terumbu dikawal TLDM iaitu Terumbu Ubi, Terumbu Mantanani, Terumbu Siput dan Terumbu Peninjau. \rSelepas mengisytiharkan terumbu itu berada dalam perairan ZEE pada 20 September 1979, Kabinet mengarahkan kajian dilakukan untuk mendirikan tugu dan penempatan di beberapa terumbu batu karang dalam wilayah negara.\rSeramai 240 anggota daripada lapan platun menyertai perbarisan itu. Pangkalan TLDM Sepanggar adalah yang kedua besar selepas Pangkalan TLDM Lumut di Perak. TLDM turut mempunyai pangkalan di Sandakan, Tawau dan Semporna.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|