CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Negeri & Negara  |  Politik & Peristiwa  |  Hiburan  |  Cinta & Perhubungan  |  Hobi & Kehidupan  |  Koleksi Gambar  |  Buku & Penulisan
Komputer & Internet  |  Agama  |  Belia & Pengetahuan  |  Wanita  |  Lelaki  |  Dunia Sukan  |  Kesihatan & Perubatan  |  Informasi
தமிழ் மக்கள்  |  Pusat Komersial  |  Maklum Balas  |  CARI Rasmi  |  Cari Contest  
12345678910... 91Next
Return Post new threads
Show: 312725|Reply: 2257

Jimmy dah ceraikan isteri![TERKINI! : gagal dpt hak jaga ANAK pg.87]

  [Copy link]

186

Threads

0

Fans

1412

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
30-1-2011
Post on 1-7-2011 06:59 AM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Post Last Edit by serulingsenja at 7-8-2011 18:12






KUNJUNGAN  Kosmo! ke kediaman keluarga mertua Jimmy Shanley untuk merakamkan gambar-gambar anak sulungnya Zahrah Shanley yang ketika itu baru berusia lima hari disambut baik oleh Jimmy, isterinya Nursuhaila Eliani, 25, dan juga keluarga mertuanya meskipun kemelut rumah tangga mereka masih belum berakhir.
Ketepikan semua sengketa, kini, dengan kelahiran puteri sulung buat Jimmy dan Suhaila dan cucu ketiga dalam keluarga Datuk Suhaimy Othman dan Datin Muniroh Kasim pada 24 Jun lalu secara pembedahan di Pusat Perubatan Putra, Sungai Buloh, semua pihak cuba memberi yang terbaik kerana tidak mahu Zahrah yang masih belum mengerti apa-apa menerima kesannya.
¡°Pertama kali saya dukung Zahrah, satu perasaan yang tidak pernah saya rasa muncul dalam diri. Saya menangis dan gembira dalam masa yang saya, satu perasaan yang tidak dapat saya gambarkan.
¡°Selepas kelahiran Zahrah saya ketepikan segala ego hanya untuk memberi kehidupan yang sempurna buatnya.
¡°Dia perlukan ibunya dan saya sebagai ayahnya, saya tidak mahu mementingkan diri sendiri dan tidak berlaku adil kepada anak saya. Biarlah saya bahagia menjadi seorang bapa kalau saya tidak dapat bahagia menjadi seorang suami. Tetapi dengan kelahiran Zahrah, saya mengharapkan hubungan kami pulih seperti dulu,¡± ucap Jimmy.
Bergilir-gilir jaga anak
Jimmy yang sebelum ini tinggal berasingan sejak isterinya hamil kini telah kembali ke rumah ibu mertuanya semata-mata mahu menjaga sendiri Zahrah.
¡°Saya sudah dua hari tidur di sini bersama Zahrah, saya dan ibunya bergilir-gilir menjaganya siang dan malam. Sebelah malam, Zahrah akan tidur dengan saya dan saya menikmati momen terpaksa berjaga tengah malam untuk beri anak susu dan salin lampin.
¡°Zahrah tidak banyak meragam, dia hanya akan merengek bila nak susu dan salin lampin, selebihnya dia akan tidur. Dia memang anak yang baik,¡± ujar Jimmy sambil tersenyum bangga dengan puteri sulungnya.
Jelas Jimmy lagi, disebabkan ketika isterinya hamil dia tidak dapat mengikuti sebarang perkembangan Zahrah, dia nekad untuk bekerja hanya pada hari Ahad di Gala TV, Astro Awani selama satu jam selebihnya, Jimmy akan berada di rumah menjaga Zahrah.
¡°Selama sembilan bulan Zahrah di dalam perut ibunya, kami langsung tidak bersua, hasrat saya untuk mengambil gambar perut ibunya membesar setiap bulan juga tidak kesampaian. Jadi, apabila Zahrah lahir saya mahu berada di sisinya setiap masa dan merakamkan perkembangannya.
¡°Kalau boleh saya tidak mahu ketinggalan dan tidak sabar menantinya menyebut perkataan pertama, langkah pertamanya dan macam-macam lagi.
¡°Saya besyukur dan berterima kasih kepada isteri saya kerana melahirkan seorang anak perempuan yang sempurna dan sihat. Saya yakin selepas ini saya akan menjadi lebih kuat untuk mengharungi ujian yang datang,¡± balasnya.
Walaupun Jimmy dan isterinya masih di dalam krisis, tegas Jimmy, dia tidak sesekali menceraikan isterinya kerana dia sendiri takut akan penceraian setelah menyaksikan sendiri pasangan yang bercerai di depan matanya ketika menghadiri sesi kaunseling di mahkamah syariah.
¡°Saya tidak pernah memfailkan permohonan untuk bercerai, sebelum ini saya ada ke mahkamah untuk sesi kaunseling dan bila saksikan sendiri satu pasangan bercerai, saya rasa sedih. Bila saya sudah ada anak, lagi saya tidak mahu perkara itu berlaku pada saya dan isteri.
JIMMY di samping Zahrah dan ibu mertua, Datin Muniroh Kassim.



¡°Sebelum berkahwin, saya sudah berjanji dengan keluarga mertua untuk menjaga isteri dan bertahan dengan segala ujian yang datang, jadi sudah tanggungjawab saya untuk memastikan kerukunan rumah tangga kami. Keluarga mertua tidak berputus asa untuk menjernihkan hubungan kami, kenapa saya perlu berputus asa,¡± katanya.
Tuturnya lagi, buat masa sekarang, dia tidak mahu menganggu isterinya kerana baru sahaja melahirkan anak, badannya juga masih lemah serta hormonnya masih lagi tidak stabil.
¡°Biarlah dia berehat, kami sama-sama menjaga Zahrah kerana apa yang penting adalah apa yang terbaik buatnya. Masalah antara kami ditolak ketepi dulu, masing-masing ada kesilapan dan sama-sama perbaiki diri.
¡°Tanyalah pada mana-mana pasangan yang telah berkahwin, hubungan suami isteri pasti ada pasang surutnya, baru kita lebih mengenali pasangan dan menjadikan saya lebih matang. Baik buruk dia, dia adalah isteri saya, baik buruk saya, saya adalah suaminya, jadi saya doakan yang terbaik untuk hubungan kami,¡± Jimmy meluahkan harapannya.
Apabila ditanya, adakah tindakannya sebelum ini yang lantang menyuarakan masalah kepada pihak media memberi kesan kepada hubungannya dan isteri.
Jawab Jimmy, keputusannya untuk memberi kenyataan berhubung masalah rumah tangganya adalah untuk mengelakkan spekulasi yang dicipta pihak tidak bertanggungjawab menjadi bertambah parah.
¡°Apa yang saya lakukan adalah untuk memberi iktibar kepada orang ramai di luar sana. Dalam perkahwinan, kita harus sabar dan tidak mementing diri sendiri, ya memang sebelum kelahiran Zahrah saya ada terfikir untuk mengambilnya dan menjaganya sendiri.
¡°Tetapi bila lihat wajahnya, saya tidak mahu menjadi seorang bapa yang kejam, memisahkan seorang anak daripada ibunya. Saya harap apa yang berlaku pada saya menjadi iktibar pada orang lain tidak lebih daripada itu,¡± ujarnya.
Simbolik nama Zahrah
KASIH bapa. Jimmy amat bersyukur dengan kelahiran zuriat sulungnya ini.



Nama Zahrah yang membawa maksud zahir yang cantik diberi oleh Jimmy. Sebenarnya ia  merupakan nama gabungan arwah ibunya Azizah Mohd. Yusof dan ibu mertuanya Muniroh Kasim.
¡°Memang saya yang pilih nama ini, sebelum itu saya ada berbincang dengan keluarga mertua dan mereka bersetuju dengan nama yang saya pilih. Saya juga merasakan nama Zahrah memang sangat sesuai dengan anak saya,¡± kata Jimmy lagi.
Meskipun anaknya masih kecil, sudah bermacam-macam perancangan yang dibuat untuk puteri kesayangannya itu.
¡°Saya mahu dia bersekolah di sekolah kebangsaan bukannya sekolah swasta kerana saya mempunyai zaman persekolahan yang hebat, jadi saya mahu anak saya turut merasainya. Kalau boleh saya juga mahu dia menjadi seorang atlet tenis kerana di Malaysia kita belum ada atlet tenis yang benar-benar bersinar.
¡°Harapan saya, selain dia menjadi pengikat kasih saya dan isteri, saya mengharapkan Zahrah menjadi anak yang solehah kerana anak yang akan mendoakan saya apabila saya sudah tiada di dunia kelak,¡± jawabnya yang inginkan anak seramai lima orang termasuk anak kembar.
Ibu mertuanya yang turut meluahkan rasa syukurnya atas kelahiran Zahrah  dalam masa yang sama gagal mengawal air matanya apabila mengenangkan masalah rumah tangga yang dihadapi oleh anak bongsunya dan menantunya itu.
¡°Saya gembira sangat bila lihat Zahrah lahir, tidak tahu nak cakap macam mana. Saya harap dengan adanya Zahrah hubungan mereka suami isteri akan kembali pulih. Sepanjang hidup saya, inilah masalah dan dugaan yang terbesar pernah saya hadapi.
¡°Sebagai ibu dan nenek, saya ingin yang terbaik buat mereka, kita cuba pelbagai cara, tunaikan umrah dan apa yang boleh saya lakukan adalah mendoakan kebahagian mereka sehingga ke akhir hayat,¡± kata Muniroh.

-kosmo- Last edited by skymania on 8-4-2013 01:00 PM

14

Threads

1

Fans

1861

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
16-7-2006
Post on 1-7-2011 07:18 AM |All posts
susah nk cari laki cam Jimmy ni..ego campak ketepi..tabik aku..
"Cinta pertama untuk selamanya....Cinta kedua pengubat luk

3

Threads

1

Fans

466

Points

Keeper

Rank: 4

Joined
20-12-2010
Post on 1-7-2011 07:22 AM |All posts
syahdunya baca...

3

Threads

0

Fans

459

Points

Keeper

Rank: 4

Joined
15-9-2007
Post on 1-7-2011 07:22 AM |All posts
chumilnya zahrah~

27

Threads

11

Fans

210k

Points

Fighter

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
12-11-2009
Post on 1-7-2011 07:25 AM |All posts
semoga kowunk berbahagia selalu..buat jimmy, kurangkan beri statement kt media lepas ini ok..bini uolss baru saje bersalin, kang meroyan die kalo org dok ty macam o kalo die baca statement uolss y menyakitkan hati tuh..
love my furry babies! muaxxxx

1

Threads

2

Fans

315

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
13-7-2010
Post on 1-7-2011 07:28 AM |All posts
Semoga Jimmy dan isterinya akan bersatu dan berdamai.....kesian anak yang masih kecil....

3

Threads

0

Fans

3714

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
19-5-2011
Post on 1-7-2011 07:44 AM |All posts
selamat berdamaiii.... usahaaaaa lagiiiii

9

Threads

3

Fans

4936

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
18-2-2004
Post on 1-7-2011 07:53 AM |All posts
nampak dia sangat happy...
bb dia pun comel jer...

4

Threads

1

Fans

1455

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
9-5-2011
Post on 1-7-2011 07:57 AM |All posts
berbahagia la deme. cuma aku kurang berkenan stement psl dh fikir plan nk sekolah ank nk anak jd apa. aku rasa sgt2 awl. ank baru umor 5 hari. masa sgt2 pnjg. utk ank yg baru berusia 5 hari perkara utma yg harus difikan adalah 1st 5 yrs mcm mana nk didik dia dgn cara yg terbaik sbb ini yg akan mmbentuk otak dia. klu cari ni ada lg. 20-30 tahun lg simpan la tread ni klu ank dia xjd pemain tenis kita gali

tp klu la laki aku mcm jimi masa aku pntg dulu sanggup bgn mlm sama2 tukar lampin gilir2 kan best. ini semuanya aku
dang agi wak gelewat... bla maing tanusuk

0

Threads

0

Fans

1057

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
1-1-2010
Post on 1-7-2011 08:00 AM |All posts


Biarlah saya bahagia menjadi seorang bapa kalau saya tidak dapat bahagia menjadi seorang suami.

serulingsenja Post at 1-7-2011 06:59



   
~ukhwah itu indah~

0

Threads

0

Fans

1441

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
15-10-2006
Post on 1-7-2011 08:07 AM |All posts
doa semoga berbahagia selamanya.. i know what you feel

14

Threads

0

Fans

2895

Points

Honour

Rank: 8Rank: 8

Joined
11-8-2009
Post on 1-7-2011 08:07 AM |All posts
uwaaa! motip hari2 ada citer pasal Jimmy ni??

mula2 memang simpati baca pasal dia ni tapi kalo dah ari2 dok gebang kat press, aku jadi meluat pulak. tak perlu lg la nak dedahkan aib isteri atau gebang pasal masalah umah tangga kt public. diam2 sudah!
caring is bzbody??

14

Threads

0

Fans

8724

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
31-3-2010
Post on 1-7-2011 08:11 AM |All posts
alaaaa comei nyer baby.........
i'am happy with my life now......
u light up my life.......

6

Threads

3

Fans

110k

Points

Challenger

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Joined
8-8-2010
Post on 1-7-2011 08:11 AM |All posts
semoga terus tabah menghadapi dugaan daripadaNya dan temui kebahagiaan yang dicari
bosan... bosan.. bosan

3

Threads

0

Fans

1125

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
29-9-2005
Post on 1-7-2011 08:14 AM |All posts
arghhh..macung nya idung ko zahrah oiii..jeles makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
khdn

0

Threads

0

Fans

1328

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
26-5-2009
Post on 1-7-2011 08:21 AM |All posts
semoga dengan kelahiran zahrah akan membuka ruang dan peluang untuk jimmy dan isteri bermuhasabah diri serta menjernihkan keadaan... semoga kasih sayang akan bertaut kembali & kembali terjalin huhuhu... aminnn

1

Threads

0

Fans

1186

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
13-7-2006
Post on 1-7-2011 08:24 AM |All posts
apsal bini dia degil giler ni???????

21

Threads

2

Fans

110k

Points

Defender

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
30-12-2008
Post on 1-7-2011 08:25 AM |All posts
sian jimmy kan ..
T.o.M.e.T

59

Threads

10

Fans

110k

Points

Pra Moderator

Rank: 21Rank: 21Rank: 21Rank: 21Rank: 21Rank: 21

Joined
26-11-2010

Moderator Practitioner

Post on 1-7-2011 08:43 AM |All posts
mancung btl idungnya.....comel3

4

Threads

0

Fans

4774

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
18-5-2010
Post on 1-7-2011 08:46 AM |All posts
sian jimmy jugak.. ntah le nape bininya tu ego melangit sangat.

baby chumilll....
visit here : http://my-crafting.blogspot.com
mea  

130

Threads

6

Fans

410k

Points

Conqueror

Mama Faiz

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Joined
12-5-2004
Post on 1-7-2011 08:50 AM |All posts
banyak sgt dah citer pasal jimi nih...cukop2 la tuh...
レo¡Ìر  キo³ßر¡Ìر³ß

28

Threads

0

Fans

790

Points

Minder

Rank: 5Rank: 5

Joined
21-12-2009
Post on 1-7-2011 08:52 AM |All posts
doa semoga berbahagia selamanya.. i know what you feel
mozaiakis Post at 1-7-2011 08:07


fell yg mana tu...  bz bodi jup..
mea  

130

Threads

6

Fans

410k

Points

Conqueror

Mama Faiz

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Joined
12-5-2004
Post on 1-7-2011 08:53 AM |All posts
Zahrah ceriakan hidup Jimmy
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
serima@bharian.com.my
2011/07/01

Yakin dapat perbaiki hubungan dengan isteri, Suhaila Elaini

KETIBAAN kami di rumah banglo dua tingkat milik keluarga mentua Jimmy Shanley pada Rabu lalu, disambut deretan kereta mewah. Beberapa wakil media menjangkakan tentu ramai tetamu yang bertandang untuk menziarah si comel, Zahrah Shanley.
Bagaimanapun, sebaik kaki melangkah ke kediaman yang dihiasi perabot mewah milik usahawan kosmetik Datin Muniroh Kassim, banglo mewah itu ternyata sunyi. Datang bertandang ketika itu hanyalah kakak ipar Jimmy.
Kami dipelawa Jimmy ke bilik tetamu, tempat dia dan buah hatinya menghabiskan masa bersama. Sudah dua hari kata Jimmy, dia menginap di bilik itu bersama Zahrah.

Malah bilik yang dihiasi perabot dari tema warna keemasan itu dipenuhi pelbagai barangan si kecil. Sebuah almari putih yang diletakkan di tepi pintu bilik itu pula menempatkan pelbagai barangan Zahrah, terutama baju pelbagai gaya yang dibeli oleh neneknya.

Kata Jimmy yang kelihatan ceria sejak bergelar bapa, dia tidak mahu melimpahkan Zahrah dengan kemewahan. Dia sendiri membeli barang-barang untuk puteri comelnya yang lahir pada 24 Jun lalu mengikut kemampuan.

¡°Tumpuan saya hanyalah keada Zahrah. Segala masalah yang berlaku antara saya dengan isteri buat masa ini tolak ke tepi dulu. Saya seronok dapat menjalankan tanggungjawab sebagai bapa. Sejak Isnin lalu, saya tidur di rumah mentua kerana ingin berada dekat dengan anak.
¡°Sudah dua malam saya tidur dengan dia. Zahrah tidak menyusahkan. Dia tidak banyak ragam, kemungkinan dia faham masalah antara ibu dengan bapanya. Saya dan isteri bergilir-gilir menjaga Zahrah, ibu mentua juga banyak membantu. Kadang kala dia akan menemani saya menjaga Zahrah, ibu mentua juga menjadi orang tengah antara saya dengan isteri.

¡°Kalau ada perkara yang ingin saya sampaikan kepada isteri, dia akan sampaikan. Mungkin selepas ini, Zahrah pula akan menjadi orang tengah. Saya berharap kehadiran Zahrah dapat mengeratkan hubungan kami suami isteri,¡± katanya.

Kebetulan dia kini hanya terbabit untuk program Gala TV Plus di saluran Awani pada setiap petang pada hujung minggu. Justeru, dapatlah dia meluangkan banyak masa menjaga si kecil itu. Mungkin selepas isterinya habis tempoh berpantang, Jimmy berhasrat membawa pulang anaknya ke kediaman sendiri.

Bagaimanapun, dia akan membawa pulang Zahrah secara baik kerana faham keluarga isterinya juga berhak ke atas bayi itu. Malah, Jimmy juga sanggup berkorban berulang alik dari rumahnya ke rumah mentuanya semata-mata untuk anaknya itu.

¡°Kami akan sama-sama menjaga Zahrah. Tidak adil kalau saya mengambil Zahrah daripada ibunya walaupun jika diikutkan isteri perlu mendengar cakap suami. Walaupun ada masalah dengan isteri, kalau boleh saya tidak mahu mengheret Zahrah dalam masalah kami. Saya mahu dia membesar dengan mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibu dan ayahnya.

¡°Saya tidak mahu Zahrah hidup dalam keluarga yang porak peranda. Saya akan sentiasa mendoakan dia supaya menjadi seorang anak solehah,¡± kata Jimmy yang menyerahkan nasibnya di tangan takdir.

Biarpun diuji dengan ujian maha hebat ini, belum pernah lagi terlintas di hati bekas pengacara Trek Selebriti untuk mencari suri hidup yang lain, sekalipun ibu mentuanya tidak mempunyai halangan jika dia mahu berbuat demikian.

Walau apa sekalipun yang terjadi, dia tidak akan berpisah dengan isterinya Suhaila Elaini kerana katanya perpisahan bukanlah jalan kepada penyelesaian masalah. ¡°Saya perlu berfikir secara dewasa, hanya kematian yang akan memisahkan kami,¡± kata Jimmy.

Sementara itu, Muniroh yang setia menemani menantu dan cucunya ketika sesi fotografi ini ternyata seorang yang cukup ¡®sporting¡¯. Sesekali dia mencelah ketika sesi temu bual, lagak mereka bagaikan seorang sahabat karib yang bebas untuk berkata apa saja.

Katanya, sehingga kini, dia tidak berhenti daripada mencari penawar bagi memulihkan masalah rumah tangga anaknya.

¡°Saya tidak nampak perkara ini datang dari hati dia. Pada waktu sama, kita juga kena percaya benda misteri. Saya akan terus berusaha untuk mengubati masalah anak saya. Saya percaya setiap penyakit pasti ada ubatnya, jadi saya yakin satu hari nanti masalah ini dapat diselesaikan,¡± katanya.

-berita harian-


kat BH pun ada citer pasal Jimi..pemes sungguh ko skrg Jimi...sudah2laa tuh...simpan jela kisah rumahtangga ko tuh...byk sgt dah terdedah....
レo¡Ìر  キo³ßر¡Ìر³ß

15

Threads

1

Fans

1923

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
8-12-2009
Post on 1-7-2011 09:18 AM |All posts
sume press nk tulis citer dia.... selebriti katanya...
tp sian kat dia ni bini bersalin x dpt iqamah kan doternya....

5

Threads

2

Fans

110k

Points

Challenger

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Joined
12-10-2007
Post on 1-7-2011 09:20 AM |All posts
adakah kegentleman jimmy akan mengatasi kegentleman seth tan?...erkkkk
saya...errrr...saya.................
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 21-5-2013 05:03 PM , Processed in 0.230229 second(s), 16 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top