CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: serulingsenja

ROCK OOOO [ROCK 2]

[Copy link]
Post time 18-3-2013 10:02 PM | Show all posts
Iswara posted on 18-3-2013 09:59 PM
Aku ada....kau ada

gulp....x jumpa lgk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2013 01:56 AM | Show all posts
Akhirnya bleh donlod..
Walaupun aku dah tgk wayang tetap nak donlod gak bikin koleksi
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 08:30 AM | Show all posts
Iswara posted on 18-3-2013 09:58 PM
Lepas rock kapak kuar pop rock macam spring sting nama ganaz tapi lagu leleh giler mostly shaari a ...

spring, sting, spoon, spin, scan, scoin, sejati, sweet child
jgn dlupa eddie hamid
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 08:59 AM | Show all posts
cikmouse posted on 18-3-2013 10:02 PM
gulp....x jumpa lgk...

beli online kat MPH jer jah

nah link http://www.mphonline.com/books/n ... 56:33%20GMT+0800%20(Malay%20Peninsula%20Standard%20Time)
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 09:04 AM | Show all posts
mycute posted on 19-3-2013 08:30 AM
spring, sting, spoon, spin, scan, scoin, sejati, sweet child
jgn dlupa eddie hamid

meh belajar pasal evolusi rock --- credit http://www.timizero.my/2012/10/evolusi-rock-leleh-bahagian-1.html

Era Kegemilangan Rock
Ini adalah pencetus kepada genre leleh seperti yang kita dengar hari ini. Pada awalnya, kumpulan-kumpulan rock di Malaysia memang memainkan muzik yang keras. Lihat sahaja pada susunan muzik Search, Lefthanded, Wings mahupun May. Riff gitar yang berat diiringi ketukan drum yang laju serta nyanyian dengan nada yang tinggi telah menjadi satu fenomenaluar biasa pada waktu itu. Ramai anak-anak muda mula terpengaruh dan ada yang memasang impian untuk menubuhkan kumpulan rock mereka sendiri. Lihat sahaja filem "Rock" arahanMamat Khalid. Memang itulah keadaan waktu itu. Kumpulan rock pula tumbuh bagaikancendawan selepas hujan.

Fenomena rock pada tahun 80-an memang luar biasa sehinggakan ia menjadi ancaman kepada ibubapa, dan pelbagai gejala negatif waktu itu dikaitkan dengan muzik rock. Shinggakan suatu ketika, RTM pernah melarang penyanyi rock muncul di kaca TV. Waktu itu aku masih di sekolah rendah tetapi masih ingat lagi RTM (di bawah arwah Tok Mat) terpaksa mengalah dengan membenarkan juga artis rock muncul di kaca TV dengan syarat mereka berpakaian kemas.

Namun perlambakan kumpulan rock di tanah air sebenarnya mencetuskan evolusi irama lelehdi dalam lagu rock melayu. Seperti menjadi kewajipan atau mungkin juga sebahagian syarat kontrak syarikat rakaman yang memerlukan setiap album mengandungi sekurang-kurangnya satu lagu berentak perlahan. Memang lucu apabila teringatkan imej kumpulan rock 80-an yang ganas, menyanyikan lagu "jiwang karat".....haha. Waktu itu belum wujud pun istilah leleh.

Radio Perosak Jiwa Rock
Dan radio pula hanya memutarkan lagu-lagu berentak perlahan ini yang kebanyakannya dicipta oleh komposer-komposer lain dan bukannya lahir dari jiwa kumpulan rock itu sendiri. Tema lagunya pula lebih kepada cinta yang tidak kesampaian, ataupun kekecewaan bercinta. Sudah semestinya untuk menambahkan kepiluan pendengar, lagu "jiwang karat" ini dinyanyikan dengan penuh mendayu-dayu, namun suara serak-serak basah rock masih dikekalkan lagi.

Ironinya, lagu-lagu sebegini mudah melekat di jiwa pendengar-pendengar Malaysia, dan tanggapan buruk terhadap muzik rock mula terhakis sedikit demi sedikit. Kemuncaknya dapat dilihat pada pertandingan Juara Lagu pada penghujung 80-an dan awal 90-an, apabila hampir kesemua finalis adalah kumpulan rock. Ini seolah-olah memberi lampu hijau kepada para komposer untuk terus menghasilkan karya-karya lagu cinta dengan bertopengkan imej kumpulan rock bagi menambat hati peminat muda.

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 09:04 AM | Show all posts
ezacbee posted on 19-3-2013 01:56 AM
Akhirnya bleh donlod..
Walaupun aku dah tgk wayang tetap nak donlod gak bikin koleksi

dunlod kt ner ehh...??..nk jgk...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2013 09:06 AM | Show all posts
Evolusi Rock Leleh (Bahagian 2) http://www.timizero.my/2012/10/evolusi-rock-leleh-bahagian-2.html

Pertengahan tahun 90-an menyaksikan banyak lagu berunsur leleh diterbitkan dan menguasai siaran radio berbahasa melayu. Kumpulan-kumpulan seperti Slam, Ukays, Umbrella, dan Spring merupakan antara pelopor kepada genre ini. Tiada lagi nyanyian serak-serak basah gaya rock penghujung 80-an. Kebanyakan kumpulan ini menampilkan penyanyi yang mempunyai vokal mantap serta berupaya mengalunkan suara dengan lenggok melayu. Memang tidak dapat dinafikan mereka mempunyai kekuatan tersendiri apabila lagu Gerimis Mengundang oleh kumpulan Slam berjaya menembusi pasaran muzik seberang. Lagu ciptaan Saari Amri ini begitu istimewa sehingga ia dirakamkan semula oleh ramai artis Indonesia dengan variasi mereka sendiri. Begitu juga dengan kumpulan Ukays yang juga merupakan anak didik Saari Amri, pernah suatu ketika mendapat jemputan untuk berduet bersama Air Supply.


Dalam pada arus muzik perdana dipenuhi oleh irama rock leleh, pendengar-pendengar yang tidak berapa menggemari alunan muzik sebegini mula mencari-cari kelainan. Akibatnya, telah wujud satu komuniti yang dipanggil underground. Dengan kebanyakan kumpulan underground ketika itu menerbitkan album mereka sendiri serta bergerak tanpa sokongan media arus perdana, mereka berjaya menarik segelintir pendengar Malaysia yang dahagakan kelainan. Walaubagaimanapun, kumpulan-kumpulan ini lebih memilih untuk membawakan lagu berbahasa Inggeris serta muzik dan melodi yang lebih berkiblatkan barat seperti punk, metal, dan alternative. Hmm....memang berbeza sekali muzik mereka ketika itu dengan arus perdana.  Namun terdapat juga beberapa label yang cuba mengenengahkan kumpulan-kumpulan underground ini. Antara yang aku ingat ialah Ponycanyon (anak syarikat Fuji TV....dah tak wujud sekarang ni rasanya) dan Positive Tone (syarikat Ahmad Izham Omar).

Kehadiran Eddie Hamid Dalam Industri
Perkembangan muzik leleh di Malaysia diteruskan lagi pada penghujung 90-an dengan kehadiran lagu-lagu ciptaan Eddie Hamid. Kejayaan luar biasa lagu Rindu Serindunya nyanyian kumpulan Spoon seolah-olah membuka jalan kepada kumpulan-kumpulan lain untuk mendominasi arena muzik tanahair. Sting, Sweet Child, Spin dan Scoin adalah antara kumpulan yang membawakan irama leleh ketika itu. Haha...perhatikan nama yang bermula dari huruf "S"....LOL

Pada pendapat aku, industri muzik Malaysia telah mengalami kejatuhan dengan perlambakkan kumpulan-kumpulan "S" ini. Kenapa? Biar aku huraikan ciri-ciri kumpulan-kumpulan ini terlebih dahulu.
Dianggotai oleh 4 hingga 5 orang.
Menampilkan imej kemas. Tiada lagi imej rock.
Penyanyi diwajibkan berwajah "jambu".
Bentuk lagu mestilah berentak perlahan dengan teknik plucking sama pada keseluruhan lagu tetapi untuk menampakkan "rock" diselitkan juga solo gitar maut.
Lagu-lagu mereka wajib dicipta oleh Eddie Hamid.

Tidak kiralah samada 100 kumpulan sekalipun, sekiranya mereka ingin memasuki arena muzik arus perdana, mereka harus menampilkan 5 ciri-ciri di atas. Industri muzik di Malaysia ketika itu tiada bezanya dengan industri kecil sederhana (IKS) yang memasarkan kerepek pisang. Semua kerepek-kerepek ini dipaketkan dengan timbangan dan bentuk yang sama. Ya....sama juga seperti blog aku yang menggunakan template sedia ada, begitulah kumpulan-kumpulan yang dididik Eddie Hamid ini. Mereka tidak mempunyai ciri-ciri unik dari segi muzik mahupun penampilan. Yang berbeza hanyalah kad pengenalan ahli kumpulannya sahaja....haha.

Aku tidak bermaksud untuk merendah-rendahkan kumpulan-kumpulan ini, malahan aku juga suka lagu seperti Rindu Serindunya. Tetapi bak umpama gula, sedikit gula boleh memaniskan minuman namun terlalu banyak gula boleh memaniskan kencing....haha maksud aku penyakit kencing manis. Ya, jika Eddie Hamid hanya menghadkan kepada 1 atau 2 kumpulan sahaja yang membawa konsep sebegini, aku rasa adalah lebih baik ketika itu. Atau mungkin juga, jika pemuzik-pemuzik ini diberi kebebasan untuk mencorakkan lagu mereka sendiri, sudah pastinya mereka tidak akan kelihatan seperti kerepek pisang keluaran IKS.

Isma Halil Hamzah Mengangkat Irama Rock Sebenar
Akibat segelintir peminat muzik melayu yang sudah mula bosan dengan aliran muzik leleh, maka penghujung tahun 90-an juga menyaksikan kumpulan XPDC mula mengambil tempat di hati peminat-peminat rock sejati. Ini disusuli dengan album Metal 60-an mereka yang mendapat sambutan luar biasa ketika itu. Dengan bantuan siaran radio kendalian DJ Isma Halil Hamzah, arena muzik tanahair kelihatan seolah-olah diberi sinar baharu.

Bercerita tentang Isma Halil Hamzah, aku memang tabik hormat kepada beliau. Gayanya yang tidak terikut-ikut DJ sedia ada, menjadikan beliau salah seorang DJ radio paling berpengaruh di Malaysia. Bayangkan umurnya ketika itu baru menjangkau 30 tahun iaitu lebih muda dari umur aku sekarang, namun beliau berjaya menarik ramai anak muda melayu untuk mendengar rancangannya yang ke udara pada lewat tengah malam. Walaupun bekerja untuk radio kerajaan (RTM), beliau berani memutarkan lagu-lagu rock barat mahupun melayu yang kebiasaannya tidak digemari pihak atasan RTM.

Sedikit sebanyak pemilihan lagu beliau telah mempengaruhi anak-anak muda untuk meminati irama rock semula. Genre metal melalui lagu-lagu 60-an yang diberi nafas baru telah mula masuk ke arena arus perdana dan kesannya dapat dilihat apabila beberapa kumpulan rock sedia ada, berebut-rebut untuk merakamkan lagu Metal 60-an. Sehingga kepada satu tahap di mana terlalu banyak lagu-lagu begini dipasaran. Ya....sekali lagi industri muzik tanahair dilanda wabak kerepek pisang.....haha.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 09:08 AM | Show all posts
gigih pulak pepagi ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2013 09:15 AM | Show all posts
'cik man...kalo sabun jatuh jangan kutip pulak' - gua minat giler dialog nie
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 09:32 AM | Show all posts
parasitology posted on 11-3-2013 09:33 AM
aku tengok jugak gambar2 kat malam preview ngan media, pastu promosi2 lain kat tv , sokkabar...langs ...

gua minat dengan azmi black tue...teringat kat arwah kawan aku dulu...sebijik cam black...Al-Fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 09:36 AM | Show all posts
sekngucing posted on 7-3-2013 11:31 PM
memang selalu filem2 dia perli org kelantan
1 kala mlm bulan ngambang dan hantu kak limah
-org k ...

makcik kedai tue nak menunjukkan wanita kelantan kuat bekerja...sanggup berhijrah...dan pasai apa jadi janda....tengok je la laki kelantan tue
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 09:39 AM | Show all posts
lil_honey posted on 6-3-2013 07:57 PM
haiyoo..aku bajet nak tgk sorang kat klcc ni masa lunch time..tapi kena tgk dulu rock 1..


perghhhh azmi black siot avaatarrr...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 09:41 AM | Show all posts
Iswara posted on 19-3-2013 09:08 AM
gigih pulak pepagi ni

tau xper..
lps baca post kamu tuu...trus rs nk layan lagu2 tangkap leleh lak kt opis niee arrrr...
gigih g selongkar folder lagu2 tuuu balik....
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 09:51 AM | Show all posts
bosan la takder gambar...

































baru rockkkk...







Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 09:57 AM | Show all posts
shamsadis posted on 19-3-2013 05:39 AM
perghhhh azmi black siot avaatarrr...

kitorang sanggup rewind balik part black, sbb tak paham ape dia ckp...sememangnye, yang paling kelakar adalah black menangis2 kitorang tgk black punye memek muke selambe badak bagi eee kat amy pun tak rela, tak ikhlas
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 10:04 AM | Show all posts
ini sume tereperi je..
tempereri
temporary... aduuhh baru jumpaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2013 10:14 AM | Show all posts
harap abang mamat khalid consider suggestions iols ni

- keluar CD soundtrack Rock Oo pastuh letak lah 2-3 single baru Rimba Bara kanssssssss

- wat mini showcase or konsert terus lah for Rimba Bara, amik lah special appearance Awie, Amy, Ramli Sarip, etc.....mesti meletop,

- Apa lagi, bikin Rock 3 pulak
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 11:07 AM | Show all posts
Iswara posted on 19-3-2013 09:06 AM
Evolusi Rock Leleh (Bahagian 2) http://www.timizero.my/2012/10/evolusi-rock-leleh-bahagian-2.html

...

good info..
memang betul pasal kumpulan tangkap lentok tu..
awal 2000 an, ada muncul kumpulan hard rock, metalasia..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 11:31 AM | Show all posts
lagu2 dalam filem Rock ooo ni mmg layan ...  tapi aku lebih suka filem rock yang pertama ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 12:29 PM | Show all posts
cikmouse posted on 19-3-2013 09:04 AM
dunlod kt ner ehh...??..nk jgk...

Bak email ko nnt aku hantar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.081538 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list