|
Post Last Edit by roti_planta at 3-10-2011 15:32
apa yang harus aku lakukan
untuk membuat kau mencintaiku
segala upaya tlah ku lakukan untukmu
apa yang harus aku temukan
untuk membuat kau menyayangiku
inilah aku yang memilih kau untukku
karna aku mencintaimu
dan hatiku hanya untukmu
tak akan menyerah
dan takkan berhenti mencintaimu
Keadaan di dalam bilik tidur milik Sherly tunggang langgang umpama dilanda gempa bumi.Serpihan cermin dan kaca dari botol minyak wangi bersepah-sepah di merata tempat. Di hujung katil, Sherly terduduk dengan airmata yang merembes laju.Hatinya sakit. Sakit yang amat sangat. Semuanya gara-gara terpandang aksi manja Emran dengan seorang gadis cantik sewaktu dia sedang menikmati makan tengah harinya tadi.
Niat asalnya untuk memperlawa Emran untuk makan bersama terbantut bila dia ternampak lelaki itu menarik tangan pasangannya dengan gembira. Lebih sakit hatinya bila dia terdengar gurauan dan gelak tawa yang tak putus-putus dari Emran. Setiap perlakuan Emran dan pasangannya itu bagai menyiat-nyiat tangkai hatinya. Sherly akhirnya menolak pinggan pastanya dan berlalu keluar dari restoran setelah membayar bil.
Segala temujanji dan mesyuarat yang sepatutnya dia hadiri petang tadi dibatalkan secara tiba-tiba. Mana mungkin dia dapat berfikir dengan waras dan tenang jika hatinya sakit membara. Kepada Nadirah dia memberitahu yang dirinya diserang migrain tetapi hakikatnya, dia bimbang jika dia tidak mampu menahan amarah di pejabat,pasti para pekerjanya yang akan menjadi mangsa. Jika itu yang berlaku,reputasinya sebagai bos yang bercirikan wanita Islam pasti akan hancur.
Sherly bangun membuka pintu almari pakaiannya. Satu kotak bersaiz sederhana dikeluarkan dari dalam almari itu. Di dalam kotak itu terdapat beratus-ratus gambar Emran yang diambil secara curi. Ada juga antaranya diambil oleh penyiasat yang dia upah sewaktu dia sibuk berulang-alik antara Beijing dan Indonesia dahulu. Semua gambar-gambar itu dilambakkan di atas katil. Tangan Sherly mencapai sekeping gambar yang dibingkai cantik dan mengusapnya perlahan.
¡°Emran sayang, perempuan tu takkan dapat bersama kau. Kau hanya milik aku¡± bingkai gambar itu dipeluk erat. Sherly berharap rasa sakit hatinya dapat berkurangan.
Saat yang sama, mindanya teringat kembali aksi romantis Emran dan pasangannya.
¡°Jahanam kau perempuan! Berani kau rampas Emran aku. Aku bunuh kau¡±
Bingkai gambar di campakkan ke lantai. Sherly melangkah keluar menuju ke dapur untuk mencari pisau. Luka di kakinya akibat daripada tusukan kaca dan cermin yang bersepah tidak dihiraukan. Rasa sakit di hati melebihi rasa sakit di kaki.
Dia membawa masuk pisau ke dalam bilik dan menikam-nikam gambar Emran yang penuh diatas katilnya.
¡°Aku bunuh! Aku bunuh! Aku bunuh!....... takkan ada perempuan lain yang akan bersama kau kali ini Emran melainkan aku. Jika aku tak dapat bersama dengan kau,perempuan lain juga takkan dapat kau. AKU BUNUH!!!!¡± Sherly menjerit kuat.
Airmata yang tadinya merembes keluar di sapu kasar. Kini dia menikam-nikam pula bantal sambil ketawa berdekah-dekah.
¡°Emran,aku cantik kan? Aku baik kan? Takkan ada perempuan lain yang boleh sayang kau macam aku. Najihah pun tak setaraf dengan aku. Sebab itu dia mati dulu.Ha¡.ha¡..ha¡. sabar yer sayang. Tak lama lagi kau akan jadi milik aku.Ha¡.ha¡.ha¡.¡±
Sherly benar-benar sudah hilang pertimbangan. Dia tidak sanggup kehilangan Emran buat kali kedua. Kali ini dia nekad, dia akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkan Emran walaupun dengan cara kotor. Emran milik dia dan hanya untuk dia. |