CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2214|Reply: 11

BN perlu buang pemikiran feudal jika nak kekal kuasa, kata Dr Asri

[Copy link]
Post time 17-7-2011 10:18 AM | Show all posts |Read mode


  • BN perlu buang pemikiran feudal jika nak kekal kuasa, kata Dr Asri



    Oleh Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 15 Julai — Susulan perhimpunan 9 Julai, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Barisan Nasional (BN) perlu membuang pemikiran feudal jika mahu terus mendapat sokongan rakyat terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Jelas bekas mufti Perlis, dalam kepimpinan BN terlaku ramai “golongan pengampu” berbanding golongan yang boleh membantu parti perikatan untuk terus dilihat relevan dalam arena politik sekarang.
“Dalam pemerintah sekarang semua orang nak tunjuk kononnya dia setia (kepada pemerintah) walaupun kenyataan yang dikeluarkan adalah bodoh, tapi dia rasa tidak mengapa yang penting perdana menteri tahu.
“Dalam Umno bila ada pemimpin bagi kritikan, dia ini dianggap musuh walaupun idea yang diberikan adalah baik, namun ia dianggap bahaya kerana unsur feudal tidak ditinggalkan,” katanya dalam satu program anjuran Kementerian Pengajian Tinggi di ibu negara malam tadi.
Program dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan dihadiri intelektual, lebih banyak menyentuh perhimpunan 9 Julai lalu anjuran Bersih 2.0 dan diprotes Pemuda Umno.
Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, yang mengetuai perhimpinan Patriot membantah Bersih 2.0 Sabtu lalu.
Tegas Asri (gambar), BN yang diketuai Datuk Seri Najib Razak harus memilih pemimpin yang boleh membantu pentadbiran kerajaan seterusnya boleh menarik sokongan rakyat.
“Kalau kerajaan pandai tangani ini, ia akan beri kelebihan tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya... pemikiran feudal ini perlu dibuang.
“Kalau perlu cari pemimpin yang boleh bantu kerajaan bukan kaki pengampu, ramai rakyat sekarang tidak tahu mahu mengundi siapa sebab mereka masih melihat keadaan dan kumpulan ‘third force’ ini jumlahnya lebih besar.
“Ramai yang nak masuk politik supaya dapat bodek pemimpin dan dapat hasil, namun kesannya nanti ia akan meroboh institusi yang ada, sebagai contoh khutbah Jumaat... institusi agama digunakan apa dalil agama yang mengharamkan perhimpunan, dalil agama digunakan untuk memburukkan orang lain.,” katanya.
Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 anjuran Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.
Dalam pandangan yang dikemukakan di hadapan kira-kira 30 orang, Asri juga menyamakan BN seperti “seorang bapa yang menakutkan anak agar tidak ke tempat gelap kerana ada hantu.”
Kata beliau, strategi sedemikian sudah tidak berguna kerana rakyat sudah matang dan informasi boleh diperoleh melalui pelbagai cara.
“Saya menggambarkan kerajaan sebagai seorang bapa kepada seorang anak yang menakutkan anaknya agar jangan pergi ke tempat gelap kerana ada hantu, pada waktu kecil anak akan terima tapi bila anak sudah besar dan belajar di universiti ia sudah tidak berguna.
“Kerajaan dan pemimpin sudah terlupa bahawa sekarang bukan lagi zaman 70-an kerana kerajaan sudah tidak lagi boleh menghalang maklumat... dulu memang orang baca Utusan Malaysia tapi sekarang orang sudah tidak baca dan tidak percaya,” katanya.
Asri juga secara peribadi mengatakan beliau berasa dukacita dengan langkah Putrajaya menangani perhimpunan itu yang menyaksikan seorang lelaki terbunuh didakwa terkena gas pemedih mata yang dilepaskan pihak keselamatan.
“Itu hak mereka untuk tidak berkumpul, saya bukan menyokong mana-mana pihak tapi ia menyebabkan kita tidak boleh untuk melangkah ke hadapan.
“Saya percaya kalau perdana menteri benarkan, polis benarkan, malah turut membantu melancarkannya saya rasa kerajaan akan dapat kredit... dan saya sangat dukacita cara kerajaan menangani perkara ini,” katanya.
Sementara itu penganalisis politik Anis Yusal Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, lapan tuntutan yang dikemukakan Bersih 2.0 boleh dibincangkan dengan SPR.
Lapan tuntutan yang perlu dilaksanakan itu adalah membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
“Saya tidak nampak tuntutan ini terlampau, ia boleh dibincangkan dan SPR perlu memberikan sebab-sebab yang munasabah mengapa ia tidak boleh dilakukan.
“Saya tidak faham mengapa perkara yang jelas sebegini boleh dianggap tidak munasabah, kalau benda asas seperti ini tidak boleh dibincangkan, bagaimana?” katanya.
Bekas pesuruhjaya Suhakam Datuk Dr Denison Jayasooria pula berkata Putrajaya perlu lebih matang dalam menangasi isu-isu yang sensitif.
“Selepas ini, banyak perkara yang perlu dilakukan (kerajaan), segala masalah yang berlaku perlu diselesaikan. Kerajaan juga perlu menggunakan pendekatan komunikasi yang lebih bagus dan lebih terbuka,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-7-2011 10:21 AM | Show all posts
Dr Asri ni pengikut fahaman Wahabi... which side his now?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2011 02:31 PM | Show all posts
Tak setuju.... :@  biarkan depa UMNO/BN berfikiran feudal.....

Kekalkan apa yang ada.... malah kalau boleh.....feudal kan se feudal-feudalnya....
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2011 04:09 PM | Show all posts
hensemnya Dr MAZA


ikutkan pemikiran feudal ni deme pakai dah lama... ada la dalam 50 tawun.


kalau orang umur 50 tawun tu...dah tua tau..... buluh keras... susah nak ubah
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2011 04:16 PM | Show all posts
PUAK NI SEMBANG DERAS,PONGPANG-PONGPANG,BERSIH PUN DIPINPIN OLEH AMBIGA,KALAU HARAP DIA NI (ASRI)JADI SERUPA MACAM TELOK JUGA
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2011 04:18 PM | Show all posts
kaki ampu dlm umno ni dah lama............ini semua kerana kuasa dan pangkat . Tun sendiri pun telah kecewa dgn kepimpinan sekrg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2011 06:22 PM | Show all posts
Pemikiran kena feudal beb.... angguk-angguk.... geleng-geleng.....


KONTRAK BEB.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 07:46 AM | Show all posts
biar je la....sistem feudal nie kan dah lama dieorang amalkan, so biar je la dieorang nak melingkup dengan sistem feudal nie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2011 02:29 PM | Show all posts
sebab banyak sangat orang-orang yang berkelulusan tidak seberapa diangkat sebagai pemimpin kerajaan. sudahlah tiada kelulusan yang membanggakan... etika dan moral pun punah ranah. akhirnya yang dapat nama buruk ... melayu dan islam. fikiran dan daya saing pemimpin hari ini lebih rendah dari third-world punya pemikiran... tapi putar-belit first-class! bab melaga-lagakan kaum dan agama... cukup membanggakan (cakap tak ada lapik punya!).

lagipun kalau golongan bawah yang pegang jawatan kerani dalam badan-badan kerajaan pun "corrupt" dan feudal ... budaya kerja malas ... makan gaji buta ... kekwat tak bertempat... apatah lagi pemimpin kelas atas.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2014 04:08 PM | Show all posts
Bongok..apa iklan pulak dah...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 11:55 AM | Show all posts
antara fikiran feudal...adalah membelakangi pembangunan dan hak hak org sabah dan sarawak...kalau BN sabah/sarawak lompat PR...esok putrajaya PR masuk memerintah...mana sudah kuasa BN/UMNO?????..

Org sabah sudah lama dianak tirikan...kuasa tidak diberi..hanya pada org tertentu shj...kuasa pentadbiran masih org semenanjung...kenapa???

jangan tunggu nasi jadi bubur....benda ini sdh jadi mcm cancer..di luar cantik...tapi di dalam mcm sudah ada aliran/kumpulan bijak pandai bergerak.... Last edited by Simunggu on 2-12-2014 11:58 AM

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 06:34 AM | Show all posts
KUALA LUMPUR, 15 Julai — Susulan perhimpunan 9 Julai, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Barisan Nasional (BN) perlu membuang pemikiran feudal jika mahu terus mendapat sokongan rakyat terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

susah dan payah...dah jadi darh daging meke...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.061733 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list