CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10008|Reply: 110

Boleh makan haiwan bunting yang disembelih - Harussani

[Copy link]
Post time 28-7-2011 09:26 AM | Show all posts |Read mode
IPOH 27 Julai - Umat Islam dibolehkan menyembelih dan memakan ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing yang sedang bunting, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Beliau berkata, Islam tidak melarang umatnya berbuat demikian, malah membenarkan memakan janin atau anak lembu dalam kandungan sekiranya didapati sudah tidak bernyawa selepas induknya disembelih.
"Tujuan larangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak itu mungkin untuk memperbanyakkan baka lembu dan bekalan daging dalam negeri supaya tidak perlu diimport dari luar.
"Dari segi syarak, tiada larangan untuk sembelih lembu bunting. Malah, anak lembu dalam kandungan yang sudah mati selepas induknya disembelih juga boleh dimakan tetapi kalau masih hidup, ia wajib disembelih sebelum dimakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas tindakan JPV negeri mengeluarkan notis menguatkuasakan larangan menyembelih lembu bunting dan masih produktif bagi mengelak unsur kekejaman terhadap haiwan itu dan menjejaskan inisiatif meningkatkan populasi lembu serta bekalan daging pada masa depan.
Namun, larangan tersebut mendapat bantahan daripada kumpulan penternak, pemborong, peniaga dan penyembelih kerana ia boleh menjejaskan bekalan daging di pasaran, apatah lagi menjelang persiapan menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2011 09:27 AM | Show all posts
untung la sape dpt......2in1
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 09:37 AM | Show all posts
IPOH 27 Julai - Umat Islam dibolehkan menyembelih dan memakan ternakan seperti lembu, kerbau dan kam ...
Anak_Nogori Post at 28-7-2011 09:26



Terasa semacam kejam pula
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 09:41 AM | Show all posts
Terasa semacam kejam pula
mierrr Post at 28-7-2011 09:37

mmg boleh ape... lain la kite seksa binatang... kite sembelih makan...
maybe taboo la bg sstgh org/budaya etc....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 09:44 AM | Show all posts
memang boleh dimakan..tapi ramai yang tidak sanggup je...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 09:46 AM | Show all posts
mmg boleh ape... lain la kite seksa binatang... kite sembelih makan...
maybe taboo la bg  ...
dino Post at 28-7-2011 09:41



Ni bukan bersangkutan taboo ke apa cuma terasa kejam menyembelih yang mengandung. Rasa2 kita sanggup ke? lainla terpaksa keadaan darurat tiada makanan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2011 09:50 AM | Show all posts
i don't think anyone sanggup menyembelih binatang yg mengandung.. kite org malaysia masih lg berperikemanusiaan..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 09:50 AM | Show all posts
boleh... tapi antara sanggup atau tak je la ..

masa dissect tikus dulu... nampak anak2 tikus dalam perut mak dia... tuh pun rasa bersalah sebab dissect
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2011 09:59 AM | Show all posts
boleh... tapi antara sanggup atau tak je la ..

masa dissect tikus dulu... nampak anak2 tikus d ...
cik.panda Post at 28-7-2011 09:50





Saya spray lipas pun bila tengok keadaan mengeliat2 menunggu mati terasa kejam sangat
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 10:02 AM | Show all posts
Ayo....!!!

Pikiq balik, awat tak biarkan lombu tu beranak dulu... biler dah deliver, baru sembelih... at least, ada lagi seekor lombu yang leh digunakan utk aktiviti aktiviti korban utk 4-5 thn akan datang....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 10:04 AM | Show all posts
Saya spray lipas pun bila tengok keadaan mengeliat2 menunggu mati terasa kejam sangat
mierrr Post at 28-7-2011 09:59



   kasi dia mati terus la... so dia tak perlu menunggu mati
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 10:05 AM | Show all posts
kasi dia mati terus la... so dia tak perlu menunggu mati
cik.panda Post at 28-7-2011 10:04



   
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 10:05 AM | Show all posts
bila mufti bagi komen pada isu spt ni dan media mewarwarkan pula, terpaparlah imej daif islam. seolah2 tiada perkara lain.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 10:07 AM | Show all posts
Patutla ramai bukan islam menganggap islam sesuatu yang ganas
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 10:08 AM | Show all posts
Patutla ramai bukan islam menganggap islam sesuatu yang ganas
mierrr Post at 28-7-2011 10:07

apsl korang pikir ganas.... klau gitu sembelih binatang pun ganas
rasanya time skolah rendah lg dah blajar bab nih....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 10:13 AM | Show all posts
apsl korang pikir ganas.... klau gitu sembelih binatang pun ganas
rasanya time skolah ren ...
dino Post at 28-7-2011 10:08



Bagi masyarakat bukan islam tentunya menggangap ganas bilamana binatang mengandung disembelih tujuan untuk dimakan dan anaknya atau janin boleh dimakan. Walaupun hukum agama tidak melarang dan tidak berdosa tetapi apakah Allah membenarkan perlakuan yang agak kejam? macam saya kata tadi lainla keadaan darurat.

Jadi sebagai masyarakat islam janganla kita menonjolkan perbuatan yang mencemarkan nama baik islam dimata luar .Bukannya penyembelihan binatang mengandung sesuatu yang diwajibkan di dalam agama kita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2011 10:14 AM | Show all posts
Patutla ramai bukan islam menganggap islam sesuatu yang ganas
mierrr Post at 28-7-2011 10:07



    apasal pulak ganas...

apa salah nye..cuma kalo org dah tau bunting tu, takde la nak sembelih, kecuali atas sebab tertentu la...

abis bakar anjing hidup2..

potong kepala monyet tu, lg la kejam..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2011 10:15 AM | Show all posts
Terasa semacam kejam pula
mierrr Post at 28-7-2011 09:37


Saya biasa pergi memburu kijang ngan pelanduk..dalam gelap itu macam mana saya tahu kijang dan pelanduk itu sedang bunting?.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 10:16 AM | Show all posts
Kalau ayam mcm mana?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 10:16 AM | Show all posts
Kalau ayam mcm mana?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.089969 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list