CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kambeng_masam

Code Name: ADAM

[Copy link]
Post time 11-8-2011 06:00 AM | Show all posts
baca cerita ni boleh belajar byk bahasa......wakatta na?!!!.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-8-2011 11:19 AM | Show all posts
Reply 21# fizziany


    hait. yoroshiku onegaishimasu!
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 04:54 PM | Show all posts
Ada babak2 lawan2lah
Tetiba teringat pada ryu watanabe dlm hatiku di harujuku..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2011 07:47 PM | Show all posts
adeh, aku asik tersengeh jer baca citer ni...
mesti catwoman tu akan mencuri hari adam nanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2011 11:51 PM | Show all posts
Sebaik Adam melepaskan tangannya dari gigitan itu, dia memicit hidung wanita itu supaya terus mengangakan mulut untuk hanya untuk bernafas dan bukannya untuknya menjerit.

        “Hey! Why you killed that professor?!” Adam bertanya.

        “I don’t kill him!” jawab wanita itu sedikit sengau kerana hidungnya dipicit.

        “Then why..”

Belum sempat Adam menghabiskan sessi temuduganya itu pintu bilik dirempuh masuk oleh sekumpulan lelaki yang berpakaian separa tentera. Kumpulan lelaki bersenjatakan itu segera mengerumuni mereka berdua. Tiada seorang pun antara mereka yang berwajah Asia.

Adam memerhatikan sekelilingnya. Matanya tangkas meneliti jenis senjata yang digunakan oleh kumpulan itu. Sekali imbas dia sudah mengenal pasti ianya adalah AEK-971, senapang era-80an buatan bekas Soviet Union. Ianya juga adalah model yang dinaik taraf dari senapang legenda AK-47 (siri AK) buatan Kalashnikov sebagai kegunaan standad tentera bekas Soviet.

Sudah tentu mereka ini semua adalah mafia Russia. Namun apa pula kaitan dengan wanita Jepun itu? Ataupun dengan pembunuhan Professor Go Yoon Hoo?

Dengan senapang yang diacukan kearah mereka berdua, Adam perlahan-lahan melepaskan wanita itu. Mereka berdua perlahan-lahan bangun. Ini bermakna suatu masalah bagi Adam. Dia harus mencari akal untuk melepaskan diri.

Dengan informasi yang terhad, Adam tidak menjangkakan situasi seperti ini. Kumpulan mafia Russia yang berkelengkapan tentera? Okey…ini lebih dari sekadar operasi masuk-ambil-keluar. Di dalam hati Adam menyumpah seranah akan kertas arahan yang dibacanya malam tadi. Ayat yang terakhir di dalam kertas arahan itu,

        “This is a secret operation. No organization will recognize you once you have been captured since it is a national-sensitive issue.”
         

        “YA zhdal vas, rebyata! Ona pytalas’ ukrast’sumku! K schast’yu, ya derzhu yee na zemlyu. (I've been waiting you guys! She tried to steal the bag! Luckily I hold her down.)”

Adam cuba berlagak selamba sambil menepuk-nepuk bahu salah seorang dari lelaki kaukasia itu dan perlahan-lahan cuba melangkah keluar.

        “YA ostavlyu etu koshku zhenshchina k vam! (I'll leave this cat woman to you!)” Adam menambah lagi.

Kumpulan lelaki itu pun ketawa beramai-ramai. Adam hanya meneruskan langkahnya tanpa berpaling ke belakang cuba meninggalkan wanita Jepun itu yang masih terpinga-pinga.

        “Not so fast smart kid!” tiba-tiba suatu suara berloghat Russia kedengaran dari ruang dalam apartment itu.

Muncul dari pintu masuk ke bilik itu, seorang lelaki Russia bertubuh agak gempal dan sedikit berjambang menghalang laluan Adam untuk keluar.

Dengan serta merta tubuh Adam diberkas oleh kumpulan lelaki bersenjata itu. Begitu juga dengan wanita Jepun tadi yang masih cuba meronta-ronta melepaskan dirinya dari diberkas.

        “What we have here….hmm…lovely couple!” lelaki Russia gemuk yang berlagak seperti ketua itu bersuara.

        “Do you know who I am? Hmm?” Tanya lelaki itu sambil mencekup rahang Adam dan membelek-belek muka Komander TLDM itu.

        “Let me introduce myself….I’m called Tsar! It’s not my name..but that’s my reputation among all mafias and underground group in Europe region” jelas lelaki yang menggelarkan dirinya Tsar itu.

        “Well Tsar…it’s a pleasure to meet you…appreciate for that unnecessary intro…but I’ll make my way now since I’m getting late for a lunch invitation.”

Adam masih berlagak selamba dan cuba melepaskan dirinya dari cekupan kasar kumpulan mafia itu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 11:42 AM | Show all posts
adeh...terkehel lidah nk baca ..hehe..sambung la sikit lg
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-8-2011 11:57 AM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 17-8-2011 12:03

“HAHAHAHA! You’re a funny guy aren’t you?! We’ll see how funny you are when few Amps of current running into your body.”

Dengan berbahasa Inggeris loghat Russia, Tsar mengancam Adam dan riak wajahnya yang sedang ketawa tadi berubah menjadi lebih serius.

Adam hanya tersenyum sinis membalas wajah lelaki Russia yang sedang marah apabila dipermainkan itu.

Tsar mengalihkan perhatiannya kepada wanita itu pula.

        “Ahhhh….lovely dear assistant professor, Yoon Ji Eun!” senyum Tsar kepada wanita Jepun itu.

        “Or should I call you.….Reiko Tsuchiya?!” dedah Tsar sambil tersenyum sinis.

Wanita itu sedikit tersentak apabila nama sebenarnya telah terdedah. Dia tidak menjawab apa-apa. Hanya terdiam.

        “You can be a good actress in Seoul or Tokyo you know? But not in front of me!” tengking Tsar.

Suara yang mulanya agak perlahan dan tenang itu telah berubah menjadi suara yang bengis. Tangannya menarik rambut wanita itu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 09:27 PM | Show all posts
sambung lagi...best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-8-2011 12:35 AM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 18-8-2011 00:38

Reply 28# nallepooh


         “Now….who sent you?!” tanya Tsar sambil menarik rambut Reiko ke belakang.

Reiko sedikit terjerit kesakitan apabila rambutnya ditarik kuat-kuat tanpa belas kasihan. Namun dia masih enggan membuka mulut akan perihal dirinya.

        “Tsar…” seorang dari orang kanan Tsar mendekatinya dan berbisik sesuatu.

        “HAHAHA! Naicho sent you?!” Tsar tiba-tiba ketawa terbahak-bahak sambil menarik-narik rambut Reiko.

Adam hanya memasang telinganya. Otaknya  mula ligat berfikir akan perkataan “Naicho”. Perkataan singkatan daripada Naikaku Jōhō Chōsashitsu (Cabinet Intelligence and Research Office-Japan) itu mula berlegar di dalam otaknya. Organisasi itu dikatakan setaraf dengan CIA, namun keberkesanan entiti kerajaan Jepun itu telah mula diragui oleh kabinet negara matahari terbit itu sendiri kerana objektifnya kini hanya tertumpu kepada isu dalaman negara Jepun sahaja. Adam mula mencongak hitung sendiri. Adakah kini Naicho mula beroperasi dengan lebih meluas? Atau wanita itu sebenarnya telah dihantar oleh organisasi lain? Ataupun ini kes talam dua-muka yang dihantar oleh Russia? Memandangkan sebelum ini juga terdapat kes ejen rahsia Naicho yang telah didapati bersalah kerana mengintip di negara sendiri untuk Russia.

        “What a waste! Geisha fits you.” Tsar mencemuh Reiko.

Reiko cuba melawan.

        “Ohh..by the way, before you do hara-kiri…how do you like…vodka onto sushi? NGEEE HEHEHE!” Kali ini Tsar ketawa sambil menjilat-jilat telinga Reiko yang menggertap bibirnya sendiri.

        “Sergei!”panggil Tsar kepada salah seorang kuncunya.
       
        “Da, •eer ! (pronoun: Da, kher) (Yes sir!)”

        “Polosa yee proch’! (Strip her off!)” arah Tsar kepada orang kanannya itu.

Mendengar akan arahan itu, Sergei dengan girangnya mendekati Reiko dan cuba mencarik sut kulit ala ‘Cat Woman’ yang melekapi tubuh Reiko. Sukar bagi Sergei berbuat demikian memandangkan sut itu bukanlah bermaterialkan fabrik biasa. Namun Sergei tetap masih cuba mengoyakkan pakaian Reiko dengan menyentapnya berulang kali hanya membuatkan tubuh wanita itu tergoyang-goyang tanpa menjejaskan sedikit pun sut itu.

Tsar yang melihat dari tadi memejamkan mata sambil menggelengkan kepalanya melihat kebodohan Sergei. Dia menggertap giginya.

        “Eto kozha ! Otkryt’ yee molniyeĭ gluype! Podumaĭte, prezhde chem sdelat’ chto-to! (It is leather! Open the zipper you stupid! Think before you do something!”

        “Ahh ... glupo! (Ahh…stupid!)” keluh Tsar akan anak buahnya yang lurus bendul itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2011 02:08 AM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 18-8-2011 02:09

Sergei serta merta mematuhi arahan Tsar dengan membuka zip sut kulit yang melekapi batang tubuh Reiko. Kulit putih mulus dada Reiko kini yang hampir terdedah masih dilindungi baju dalamnya. Reiko meronta-ronta namun setiap ototnya yang cuba melawan pegangan tangan dua – tiga orang lelaki bertubuh sasa itu hanya menjadi usaha yang sia-sia. Kini separuh badannya telah terdedah.

        “Hey! How about me… big arse?” Adam tiba-tiba bersuara kepada Tsar yang bertubuh gempal itu.

        “I can strip for you!” Adam berkata sambil tersengih ketawa.

        “I can even screw your arse if you like!” Adam cuba membuat provokasi.

Merah padam muka Tsar apabila dirinya dihina sebegitu. Dia melangkah mendekati Adam.

        “Get yourself on the ground! This is no James Bond movie! You stupid Asian!” bentak Tsar.

        “Awhhh…c’mon…get a grip will you?!”

        “I’m offering a full service to you gay Russians! How do you like it....beef curry onto your tasteless vodka?” Adam tersengih menyeringai cuba menambahkan lagi api kemarahan Tsar.

Tsar mendekati Adam. Mukanya didekatkan ke muka Adam.

        “You really don’t know how to shut off your big stinky mouth, do you?!” bentak Tsar ke muka Adam yang hanya tersengih.

        “Who are you anyways?!” kali ini Tsar melagakan dahinya ke dahi Adam.

Inilah masanya untuk Adam bertindak. Peluang itu tidak dilepaskannya. Segera dia menggigit hidung Tsar yang kurang berhati-hati dengan pelan tindakan luar-jangka Adam tadi. Gigitan yang kuat itu dengan sekelip mata membuatkan sebahagian hidung Tsar terputus! Darah memancut dari hidung Tsar yang hanya tinggal sebahagian sahaja itu. Manakala Adam meludah keluar sebahagian lagi hidung Tsar dari mulutnya. Dalam pada masa yang kecoh itu, kuncu-kuncu Tsar yang memegang lengan Adam sedari tadi telah mula hilang punca akibat kejutan yang tidak disangka-sangka mereka.

Adam dengan teknik aikidonya telah berjaya menjatuhkan kedua-dua lelaki Russia bertubuh sasa tersebut dengan memulas beberapa bahagian sesendi tulang mereka.

Tsar yang masih terjerit-jerit memegang hidungnya yang berlumuran darah itu, melutut mencari-cari baki sebahagian lagi hidungnya yang telah diludah oleh Adam. Tanpa berlengah, dengan segera Adam menyepak muka Tsar, menambahkan lagi keperitan dibahagian muka lelaki bertubuh gempal itu. Akibat kesakitan yang amat sangat, Tsar pengsan menyertai kuncu-kuncunya yang terbaring mengerang kesakitan akibat terkena penangan aikido tadi. Melihatkan itu, Sergei melepaskan perhatiannya kepada Reiko yang kini tidak berpakaian kecuali baju dan seluar dalamnya sahaja. Sergei kini beralih tumpuan kepada Adam pula apabila ketuanya sendiri tidak berdaya menahan serangan dari lelaki melayu yang licik itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2011 10:31 AM | Show all posts
Reply 30# kambeng_masam


    Sergei cuba melakukan serangan secara jarak dekat seperti ahli tinju gaya bebas. Tangannya pantas mengeluarkan tumbukan yang bertubi-tubi ke arah Adam. Tumbukan-tumbukan itu ditepis berkali-kali oleh Adam menggunakan gerakan ala Taichi. Tidak ubah seperti aksi lincah Steven Seagal dalam filem Under Siege. Cuma yang berbezanya, Adam tidaklah bertubuh gempal seperti pelakon Hollywood itu. Sesekali Sergei melepaskan sepakan ala tomoi namun dapat juga ditepis oleh Adam yang menanti-nanti ruang terbuka untuk melepaskan serangan balas.
Dalam pada masa yang sama, Reiko yang hanya berpakaian dalam itu telah berjaya melepaskan dirinya dari pegangan tangan dua orang lelaki Russia yang kehilangan tumpuan kerana asyik dengan aksi-aksi hebat Sergei dan Adam; ibarat menyaksikan pertarungan antara dua dunia teknik mempertahankan diri yang berbeza di dalam slot rancangan Discovery Channel. Reiko juga kini mempamerkan seni aikido nya terhadap kedua-dua lelaki Russia yang terpinga-pinga itu. Adam dalam pada yang sama turut mencuri-curi pandang melihat kelibat Reiko yang sedang beraksi lincah melawan lelaki-lelaki gasar tersebut. Boleh tahan juga aksi-aksi wanita jepun yang comel itu, lebih-lebih lagi dengan hanya berbikini ‘two-piece’ sebegitu, hati Adam terdetik.

         Akibat kurang tumpuan kerana memerhatikan gadis Jepun separuh bogel itu beraksi, beberapa tumbukan pantas dari Sergei berjaya mengenai muka Adam. Kealpaannya tadi kini dihukum dengan menghadiahkan Sergei peluang untuk membuat tumbukan cedok padu yang tepat diacukan ke pangkal rusuknya membuatkan Adam terduduk dan melutut menahan keperitan. Sergei yang berwajah serius cuba menghayunkan sepakan kaki kanannya ke muka Adam ingin membalas akan gerakan yang serupa dibuat oleh Adam terhadap Tsar tadi.
Namun belum sempat pun kekura kaki kanannya menyinggahi muka Adam yang terdedah kepada serangan maut itu, tiba-tiba lelaki Russia berbadan tegap itu jatuh tertiarap. Adam yang tertunduk mengerang perlahan menahan kesakitan ulu hatinya sedari tadi berasa hairan. Lantas dia segera memandang ke atas namun pandangannya terhenti sekerat jalan.

        “Ahhh…white… panty..?” mata Adam membulat melihat seluar dalam wanita berwarna putih dan sedikit berbonjol itu yang kini berada betul-betul di hadapan mukanya.

        “Kono Hentai! (You pervert!)”
        "PHAANNG!!!"

        Bentakan suara keras Reiko itu bukannya kosong, tetapi ianya bersertakan sedas penampar yang tepat menghinggap ke muka kiri Adam. Mungkin itulah maksudnya ‘penampar Jepun’ dalam kamus hidup Adam. Hidung Adam mengalirkan darah. Penulis sendiri tidak pasti samada ianya akibat ditampar ataupun kerana melihat seluar dalam Reiko itu tadi.

        Keadaan di dalam bilik itu kini dipenuhi dengan gelimpangan lelaki-lelaki Russia yang sedang terbaring mengerang kesakitan. Reiko dengan segera berpaling dan berlari anak mengutip kembali beg bimbit tadi. Adam cepat-cepat bangun dan mengejar Reiko. Mata Adam yang pantang melihat perempuan cantik itu masih sempat menatap punggung Reiko yang terhayun ke kiri dan ke kanan ketika dia berlari sambil otaknya cuba meneka adakah wanita Jepun itu sudah berkahwin ataupun masih bujang.

         Sergei yang mulai menyedarkan diri dari pengsannya kini mencapai senapang. Perlahan-lahan muncung senapang itu dihalakan ke arah Reiko yang membongkok cuba mengambil beg bimbit itu dari atas lantai. Sergei mulai hendak memetik picu senapang tanpa pengetahuan Reiko.

Tembakan dilepaskan!
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 11:30 PM | Show all posts
teruskan teruskan.. not bad..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2011 11:42 PM | Show all posts
Serentak dengan itu, Adam melompat ke arah Reiko membuatkan mereka berdua terhumban ke bawah meja. Itu memberikan mereka perlindungan sementara daripada hujanan kepala peluru yang bertempiaran ke arah mereka berdua.

        “I paid my debt!” Adam tersengih kepada Reiko yang masih dalam keadaan terkejut itu.

Adam masih memeluk Reiko dari belakang dalam keadaan mengiring setelah aksi heronya tadi berhasil menyelamatkan wanita itu dari terkena tembakan curi Sergei. Reiko masih dalam keadaan terkejut dengan apa yang telah berlaku dalam tempoh yang pantas itu.

        Tembakan senapang jenis automatik itu masih dilepaskan oleh Sergei bertalu-talu secara membabi buta. Berkecai-kecai cermin dari tingkap berdekatan menjadi kaca lalu menimpa Adam dan Reiko di tempat mereka berlindung.

        Terasa sesuatu di bahu kirinya, Adam menggosok-gosok disitu. Terasa pedih-pedih dan jarinya tercalitkan darah. Rupa-rupanya dia telah terkena tembakan Sergei ketika menerpa menyelamatkan Reiko tadi. Adam tidak mengalah. Dicapainya sekeping serpihan cermin bersaiz tapak tangan dan berbentuk tigasegi dari atas lantai.

        “Brace yourself!” Adam membisik kuat kepada Reiko.

        Adam melepaskan pelukannya dari pinggang Reiko. Tembakan bertalu-talu masih dilepaskan Sergei membuatkan pergerakan Adam agak terbatas di dalam ruang lindungannya sahaja. Adam mulai mengira bunyi tembakan dan tempoh masa.

        Kelemahan besar bagi senapang jenis automatik AEK-971 adalah, laras senapang akan menyekat laluan peluru apabila diameter dalaman laras besi dari jenis ‘carbon steel’ itu mulai mengembang akibat kepanasan. Ini biasanya terjadi apabila tembakan dilepaskan secara berterusan tanpa henti lebih dari beberapa puluh saat. Apatah lagi laras senapang model lama seperti itu tidak dilengkapi dengan sistem pemindahan haba sepertimana senapang-senapang moden. Adam sudah memikirkan perkara itu awal-awal lagi ketika dia memerhatikan jenis-jenis senjata yang digunakan para ahli mafia itu.

        “TRRRRRRR.RRRR…THAK! THAK! THAK!” tembakan tersekat!

Adam segera bangkit, melompat sambil mengiringkan badannya ke tepi tak ubah seperti gaya aksi-aksi hero filem arahan John Woo. Sambil itu dia pantas cuba membaling serpihan kaca itu menghala ke leher Sergei!

        Namun tidak diduga, balingannya itu tersasar ke sisi dan tepat terpacak pula mengenai punggung Tsar yang baru sahaja bangkit berdiri dari pengsannya.

        “YIAOUWWWWWW!!!!” Tsar terjerit terlolong kesakitan.

        “Huuuukalohhh!” seloroh Adam lagi, “Nate berok neh, tok keno la pulok!”

        Sergei masih cuba memetik picu senapang menghala ke arah Adam, namun masih tersekat. Adam kini cuba memikirkan tindakan seterusnya. Tsar pula terjerit-jerit kesakitan memegang punggungnya yang berlumuran darah itu. Dia langsung tidak memperdulikan Adam yang hanya berdiri beberapa depa sahaja jaraknya.

        Melihatkan Tsar, Adam sempat mengambil peluang untuk menambahkan lagi kesakitan yang ditanggung dek ketua mafia Russia itu dengan menyepak punggung Tsar yang masih berdarah itu. Serentak dengan itu juga dia mengambil pistol yang tersisip di pinggang Tsar. Tanpa membuang masa dia membaling pistol jenama Glock itu menepati sasarannya ke dahi Sergei membuatkan pemuda Russia itu tumbang dan pengsan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2011 11:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 19-8-2011 15:54

Dia kini mengalihkan perhatiannya kepada Reiko yang cuba mengutip beg bimbit di atas lantai. Dia meluru ke arah Reiko dan menarik lengan wanita itu.

        “Let’s get outta here!” arah Adam kepada Reiko.

        Reiko mengikuti arahan itu tanpa membantah. Mereka berdua keluar dari pintu depan apartment. Saki baki kumpulan mafia itu cuba mengejar mereka berdua.

        “Give me the bag! We split!” pinta Adam kepada Reiko.

        “No!” Reiko membantah.

Sebaliknya dia cuba melarikan diri dari Adam.

        “Chotto matte! (wait a second!)”
        “Hey!” jerit Adam.

        Tanpa memperdulikan Adam, Reiko terus bertindak melarikan diri ke arah ruang anak tangga untuk keluar dari apartment. Adam mengejarnya.

Reiko memanjat anak tangga itu terus menuju ke aras bumbung bangunan iaitu aras dua puluh dua!. Adam berasa hairan mengapa ke atas? Bukannya ke bawah?
Setibanya dia ke aras bumbung bangunan, kelibat Reiko sudah tiada. Dia mencari-cari ke birai bangunan. Nun kelihatan dihujung bucu bangunan Reiko dengan hanya berpakaian dalamnya tadi telah pun siap mengenakan paraglider.

        “Reiko!” jerit Adam memanggil sambil berlari pantas.

Reiko hanya menjeling dan tersenyum.

        “Hehh….baka….” seloroh Reiko melihat Adam cuba meluru pantas ke arahnya.

        “Kora! Hansamu! Atashi wa….Reiko-desu! (Hey! Handsome! I am… Reiko!) senyum Reiko girang menampakkan barisan giginya yang sempurna.

Serentak dengan itu, Reiko terus meluncur melayang ke udara dengan paraglidernya meninggalkan bangunan itu.

Adam terlambat. Dia memerhatikan dan cuba mengagak kemanakah arah yang ditujui Reiko. Berdasarkan arah tiupan angin yang sederhana laju itu dia cuba mencongak-congak jarak luncuran paling jauh yang boleh dicapai oleh sebuah paraglider dengan mengambil kira berat purata Reiko sekitar 40 kilogram hingga 45 kilogram dan tahap kelajuan angin ketika itu yang mungkin tak sampai 4 knots pun.

        “Demo buleh lari….but you cannot hide”

        Sambil tersenyum mendengus, Adam cepat-cepat berpaling dan berlari pantas menuruni tangga balik semula ke tempat meletak kereta. Setibanya di aras meletak kenderaan terdapat pula sekumpulan lelaki kaukasia bersenjatakan pemukul besbol dan kayu mengejarnya.

        “Hoh! Ado lagi puok-puok neh?!”

Tanpa membuang masa Adam berlari meluru ke arah EK9 nya. Enjin dihidupkan. Deruan deras gas exhaust dan bunyi yang nyaring dan garang keluar dari muffler Spoon nya. Klac ditekan, gear satu dimasukkan, pedal minyak ditekan rapat ke lantai membuatkan rim depan berjenama Volks model TE37 bersalutkan getah tayar semi-perlumbaan jenama Toyo model R888 itu berpusing setempat selama beberapa milisaat.

Dipandunya kereta kesayangannya itu dengan laju menuju ke arah pintu pagar automatik yang berpengawal. Kumpulan lelaki yang mengejarnya tadi cuba menghalang haluannya. Adam menggertap bibirnya, ditekan lagi pedal minyak tidak memperdulikan halangan manusia di hadapannya.

        “BHAMMM!”

Salah seorang dari kumpulan lelaki mafia itu melambung ke udara dilanggar oleh Adam.

        “Padey muko muh!” ketawa Adam. "Keno tukar bumper lagi la trip neh!"

Setelah beberapa kali mengelilingi selekoh di dalam ruang meletak kenderaan itu akhirnya dia semakin menghampiri pintu pagar berkawalan.

Kebetulan ada sebuah kereta yang hendak keluar dari kawasan apartment. Sebaik kereta itu melepas pos pengawal, palang pintu itu masih lagi terangkat sepenuhnya.

Adam menukar ke gear tiga. Pedal minyak ditekan rapat ke lantai. Sistem VTEC pun teraktif sebaik sahaja pusingan enjin mencapai 5800rpm membuatkan raungan enjin B16b Civic Type R itu semakin nyaring seolah sedang mengaum serentak dengan kelajuan yang mencanak. Pandangannya hanya ditumpukan ke palang yang semakin merendah.

        “PRAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAANG!!!!” bunyi kuat enjin VTEC bergema kuat menguasai atmosfera ruang meletak kenderaan apartment itu.

Berjaya melepasi palang!

Para pengawal keselamatan apartment Wangsa Emas yang rata-ratanya berbangsa Myanmar itu terpinga-pinga tidak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Hanya terdengar bunyi raungan enjin yang kuat melepas pos pengawal itu.

        “YOSHAAA!!!” jerit Adam lega.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 12:53 PM | Show all posts
cerita yang serius jadik sedikit kelakar ngan bahasa2 kelantan... good move
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2011 10:12 PM | Show all posts
padey muko!! hehe...mace cite sam si siam ja...samseng kecek klate...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-7-2012 05:36 AM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 15-7-2012 02:31

Sebaik sahaja Adam memandu keluar dari perkarangan apartment itu dia terus memandu menghala ke pinggir ibukota. Dalam pada itu, dia mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya sambil sebelah tangan lagi memegang stereng.
Didailnya nombor "6555 -75-75". Kedengaran bunyi nada dail.

                     "Hello, Ampang Massage & Spa Centre...may I help you?" ada suara perempuan Cina di hujung talian menyambut.

                      " Code....... Alpha-Seven-Zero-Zero!" Adam bersuara.

                      " Request granted Mr. Adam. Your call will be transfered immediately." suara wanita itu menjawab.

Sementara menunggu panggilannya disambungkan ke pusat kawalan yang bertempat di ibu pejabat risikan INTERPOL-DISD berpengkalan di MINDEF, Adam memerhatikan ke langit melihat-lihat jika ternampak paraglider yang diluncurkan oleh Reiko tadi. Tidak kelihatan apa-apa pun.

Dalam pada masa yang sama panggilannya berjaya disambungkan.

               "Adam! You got the bag?!" Suara Laksamana Madya (Vice Admiral) Phil Sutton dihujung talian kedengaran.

               "Negative sir! Naicho's steel the bag! I'm getting it back!" balas Adam.

               “I need back up on searching the highest flat ground covering my perimeter based on my GPS! Anything that enable a paraglider lands! ” sambung Adam lagi.

        “Laura will help you! Meanwhile Adam,….don’t recklessly killing people in public like before. I must warn you!”

        Tersenyum Adam membalas, “Don’t worry sir…I only got my hands.”

        “I heard that before..” Suara *Laksdya Phil Sutton berseloroh kedengaran tidak senang dengan janji Adam.

Adam tersengih dan mematikan panggilan.

Dari cermin pandang belakangnya Adam dapat memerhatikan ada beberapa kenderaan buatan eropah sedang mengejarnya. Sudah tentu ianya milik mafia Russia tadi. Dia memandu dengan lebih laju sambil mengelak-ngelak kenderaan yg datang dari arah bertentangan membuatkan usaha pihak yang mengekorinya sedikit terjejas.
Telefon bimbitnya berbunyi. Adam mendapat info akan kawasan lapang berpotensi yang berhampiran. Dia memandu menuju ke lokasi tersebut yang letaknya hanya beberapa minit sahaja dari kedudukannya sekarang. Kereta-kereta yang mengekorinya juga mengikuti haluannya. Kelihatan kenderaan yang mengekorinya dipandu dengan cara membahayakan pengguna trafik lain. Selang beberapa minit kemudian Adam ternampak akan kelibat paraglider di langit. Memang jelas itulah dia Reiko!.


p/s: *Laksdya = singkatan rasmi kepada Laksamana Madya. Kalau Laksamana Muda jadi Laksda. Tq.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2012 11:17 PM | Show all posts
Salam warga bod bakat dan penulisan.

Ni sambil-sambil tengah perah idea untuk penulisan Memoirs o ...
kambeng_masam Post at 2-8-2011 10:17



    action - espionage - romantic ??? u sounded more of Jason Bourne lah kambeng .... hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2012 11:30 PM | Show all posts
salvatore ferragamo... hmm nice perfume.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2012 11:34 PM | Show all posts
Reply 11# kambeng_masam


    erkkkkkkkkkkkk....adam said : hmm interesting ....gosh adam ciplak i ~? hmm....interesting
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 4690 Replies : 28
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 12926 Replies : 165
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8797 Replies : 61
Sheriff kutip RM16 juta 5 hari
maklukpenggodaSheriff kutip RM16 juta 5 hari
Views : 7111 Replies : 98
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281056 Replies : 9523
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21515 Replies : 165
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54933 Replies : 2750
Gambar Hantu Zaman Kodak
tumpanglalu74Gambar Hantu Zaman Kodak
Views : 10082 Replies : 1
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 101294 Replies : 1536

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.070394 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list