CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bbalik

Teladan dpd kisah Mustapha Kamal Ataturk‏

  [Copy link]
Post time 30-8-2011 05:07 PM | Show all posts
menakotkannye azab didunia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2011 08:48 PM | Show all posts
melayu2 moron kat sini percaye ke kisah kamal ni mati tak diterima bumi??
ade korang buat kajian ke??
or korang hanya telan bulat2 cite2 ni disebabkan ada label islamisasinye??
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2011 07:40 AM | Show all posts
pernah terbaca pasal benda ni..
tp, benar ke?
bluberi Post at 22-8-2011 11:37



mcm citer sang kancil dgn buaya.... betul ker? so kena ambil iktibar dari citer tuh
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2011 07:51 AM | Show all posts
kubur dia kena letak dgn yg mcm jubin besar berat tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2011 12:27 AM | Show all posts
Susha nak jumpa budak2 muda Turki praktis islam hokkay. yg aku ingat diorang cerita, sekularisma kat turki ni bukannya mcm kiter ni, bebas lagi nak bertudung, beragama, kat sana tu kalau semayang je org cakap kolot. Sekurang2 nya kita ni masih lagi bebas nak semayang nak menutup aurat kalau nak n taknak pun takder org kisah, kecuali dlm forum cari.

rasanya mmg ada org yg suka elemen2 mistik ni. niat nyer sama je nak memberikan kesedaran .
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2011 01:03 AM | Show all posts
Reply 118# sekngucing


    bile ko nak mati...sebelah kanan ade ustaz sebelah kiri ade palacur..ustaz sebut mengucap pelacur sebut buyik..mesti ko pilih kiri kan...syabas bhete!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2011 10:47 AM | Show all posts
Reply  Kak_Nam

melayu PPRT mcm ko mmang pecaye sangat cite mcm ni :

- attarturk tak bleh dite ...
unekspekted_XII Post at 25-8-2011 09:28


ape bukti budi2 atartuk yg ko canang2 tu?

ni kubur die..agak2 ade aircond x?

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2011 10:50 AM | Show all posts
korang cayelah sgt pasal kematian tu yg ditulis oleh sejarahwan arab yg xpuas hati dgn kamal atturk  ...
B.K Post at 28-8-2011 22:23


nak counter biar lah dgn fakta... paste kan kat sini meh ramai2 baca.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2011 10:51 AM | Show all posts
ape kata korang kompare attartuk dgn najib, mahadir, paklah? ade gak banyak jasa dalam islam..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2011 02:05 PM | Show all posts
Siapakah Mustafa Kamal Attaturk Yang Sebenarnya?

H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul al-Zi'bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah menulis:

"Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika,".

Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga.

Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095 Hijrah(h) (1683 Masehi), tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap. Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M).

Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada Nabi Israel, antaranya ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap-senyap.

Ketika Mustafa kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika, dan kemudiannya menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M).

Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M) dan kKemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.


Kamal mula memusuhi Khalifah Uthmaniyyah

Di situlah bermulanya usaha Mustafa Kamal dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan agama islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengingatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam.

Beliau telah mengubah ucapan Assalamualaikum kepada Marhaban Bikum (Selamat Datang).

Tindakan beliau selanjutnya ialah menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan dan Kebebasan yang bertujuan untuk menghapuskan Kerajaan Uthmaniyyah yang menurutnya mengamalkan pemerintahan kuku besi,tetapi malangnya Pertubuhan Bersatu dan Maju yang ketika itu juga bergiat cerdas menentang pemerintahan Islam telah menjadi batu penghalang kepada pengerakan Mustafa Kamal ini.

Imej Mustafa Kamal menonjol selepas meletusnya Perang Dunia Pertama apabila beliau dipilih sebagai panglima pasukan ke -19 di Sinaq Qal'ah.

Pasukannya dapat mengalahkan tentera British sebanyak dua kali di Semanjung Ghalibuli di Balkan Darnadil mestkipun kekuatan tentera British mampu mengalahkan tentera Artaturk. Dengan kemenangan tersebut, Ataturk telah dinaikkan pangkat kapten dan kemudiannya jeneral pada tahun 1335H (1916M).

Pada hakikatnya, kemenangan yang dicapai oleh Mustafa kamal adalah kemenangan yang disengajakan dirancangkan oleh tentera Inggeris supaya reputasi Ataturk dipandang tinggi oleh Kerajaan Uthmaniyyah.

Ini kerana peperangan di antara tentera Uthmaniyyah dengan tentera bersekutu berlanjutan selama beberapa hari tanpa mana-mana pihak mencapai sebarang kemenangan sehingga menyebabkan kedua-dua belah pihak bertahan dikawasan masing-masing untuk beberapa bulan.

Akirnya pihak Inggeris secara mengejut tanpa disangka-sangka telah meninggalkan kawasan pantai Ghalibuli. Pada tahun 1337H (1918M), Ataturk telah mengetuai satu pasukan tentera di Palestin.


Beri laluan mudah kepada Inggeris

Beliau telah menghentikan peperangan terhadap Inggeris, memusuhi Kerajaan Uthmaniyyah secara mengejut dan membenarkan Inggeris mara ke sebelah Utara tanpa mendapat sebarang tentangan.

Ketika itulah beliau mengadu jatuh sakit dan telantar di di Kem Nablus. Tindakannya itu telah menimbulkan pelbagai spekualasi dan tanda tanya, lantas beliau membawa pasukan tenteranya ke Utara sehingga ke Damsyik.

Di sana, beliau telah mengeluarkan perintah supaya menghentikan tentangan terhadap Inggeris sekaligus membuka peluang kepada Inggeris untuk mara ke wilayah-wilayah Uthmaniyyah.

Selepas kekalahan Turki dan perisytiharan gencatan senjata, Inggeris meminta khalifah membubarkan Dewan Rakyat yang berkuasa menentukan kekuasaan khalifah.

Selepas pembubaran itu, Inggeris mencetuskan pula huru hara dalam istana Kerajaan Uthmaniyyah sepanjang tempoh dua tahun 1337 - 1338 H (1918-1919M) dan meminta khalifah menghentikan angkara yang sengaja mereka rancangkan itu.

Mereka kemudian mencadangkan Mustafa Kamal untuk memikul tugas tersebut supaya Mustafa dapat menjadi orang yang berupaya memenuhi aspirasi rakyat dan satu-satunya pegawai tinggi tentera yang layak mendapat penghargaan daripada pihak tentera.

Kedudukkan dan kehebatan Mustafa kamal kian terserlah di mata orang ramai, manakala reputasi institusi khalifah pula semakin menurun sementara pada waktu yang sama beliau telah merealisasikan perancangan Pihak Bersekutu untuk menguasai wilayah-wilayah Kerajaan Uthmaniyyah.


Bunuh orang Islam

Taktik yang digunakan oleh Inggeris untuk menjayakan rancangan tersebut ialah dengan membebaskan Greek daripada penguasaan Izmir dan ini terang-terang bercanggah dengan teks perjanjian yang telah dimeteraikan oleh Pihak Bersekutu.

Semua ini berjalan dengan pantas sekali apabila tentera Greek melepaskan tembakan kepada orang Islam Turki di jalan-jalanraya, memaksa mereka menanggalkan tarbus yang kemudian dipijak-pijak dengan kaki, menanggalkan purdah yang dipakai oleh wanita Muslim, membakar perkampungan Islam di Izmir dan menyembelih orang Islam tanpa belas kasihan.

Di tengah-tengah kegawatan tersebut, kapal Ainabuli telah berlabuh di perairan Izmir di tengah-tengah Armada laut Inggeris dan Greek, lalu Mustafa Kamal menuju ke Izmir dan mengerah segala keupayaannya dan memperlihatkan modus operandi yang menyakinkan dalam menentang Greek.

Mustafa Kamal mengutus telegram kepada khalifah untuk menjelaskan keadaan yang genting, akan tetapi kerajaan mendesak beliau pulang untuk mengelakkan belaiu daripada terus menibulkan huru-hara.

Khalifah cuba memeujuk Mustafa Kamal tetapi belaiu tetap enggan pulang malahan menghantarkan telegram kepada baginda, "Saya akan tinggal di Anadul sehingga kemerdekaan dapat dicapai."


Lancar revolusi, tipu rakyat Turki

Mustafa Kamal mula melancarkan revolusi yang disokong sepenuhnya oleh Inggeris dan beliau telah berjaya pada peringat permulaan dan ia berlaku apabila gerakan beliau telah disertai oleh para pemimpin muda dan pemikir-pemikir yang meletakkan syarat agar tidak membabitkan khalifah.

Pertempuran di antara tentera Uthmaniyah dengan Greek telah berlanjutan selama satu setengah tahun.

Semasa pertempuran sedang berlaku, Pihak Bersekutu telah mengumumkan bahawa mereka berkecuali.

Apa yang menghairankan senjata-senjata yang dibelakkan kepada Mustafa Kamal adalah dari Rusia hasil perancangan rapi pihak Inggeris di Busfor sekalipun Rusia memang memusuhi Kerajaan Uthmaniyyah.

Pada 23 Mac 1921M (1340H), tentera Greek mencetuskan kembali api peperangan dan pada September tahun yang sama, pertempuran di antara kedua-dua belah pihak terhenti apabila Greek menarik keluar tenteranya dari Izmir.

Dua hari selepas itu, tentera-tentera Uthmaniyyah mula memasuki Izmir tanpa menggunakan sebarang kekerasan.

Propaganda Barat telah membesar-besarkan kemenangan pimpinan Mustafa Kamal ini dan menyebarkannya dengan cepat ke negara-negara Islam.

Orang Islam telah tertipu dengan tindakkan Mustafa yang berjaya memenuhi aspirasi mereka sehinggakan Ahmad Shauqi pernah memuji belaiu melalui sebuah qasidah yang mengumpamakan Ataturk seperti Khalid bin al-Walid.

"Maha Besar Allah betapa kemenangan yang penuh keajaiban, Khalid Turki hidupkanlah kembali, Khalid Arab.


Bubar kerajaan Khalifah

Malangnya impian mereka yang tertipu dengan tindakan Mustafa tidak tercapai kerana pada 3 Mac 1343H (1924M)., tersiar berita tentang pembubaran Kerajaan Khalifah.

Khalifah dan kerabat Diraja telah dihalau keluar dari negara Turki, manakala dua buah kementerian iaitu Kementerian Wakaf dan Kementerian Undang-undang Syari'ah telah dimansuhkan.


Sekolah-sekolah agama pula telah ditukar menjadi sekolah-sekolah awam.

Dalam suasana getir itu, musuh-musuh Islam melihat bahawa penghapusan Khalifah Islamiah bukanlah suatu perkara mudah kerana ia hanya akan tercapai dengan cara menonjolkan seorang wira yang agung dan Mustafa merupakan orang yang digelar wira tersebut.

Pihak Inggeris telah melaksanakan rancangan ini bersama-sama Mustafa Kamal sendiri dengan membebaskan Greek dari Izmir dan mendakwa Mustafa adalah pahlawan sebenar yang menjayakan kemenangan tersebut.

Seluruh rakyat mula mempercayai perkara tersebut dan bagi Inggeris inilah masa yang paling sesuai untuk memasukkan jarumnya bagi menghancurkan Islam.

Wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2011 06:36 PM | Show all posts
nak counter biar lah dgn fakta... paste kan kat sini meh ramai2 baca.
putrisakura Post at 3-9-2011 10:50



    nanti aku cari balik buku tu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2011 01:03 AM | Show all posts
Post Last Edit by B.K at 4-9-2011 01:05
ape kata korang kompare attartuk dgn najib, mahadir, paklah? ade gak banyak jasa dalam islam..
putrisakura Post at 3-9-2011 10:51



    mcm mana ko boleh compare kamal dengan mahadir, ko tinggal kt turki?
lagi satu attarturk tu nama gelaran yg diberi oleh rakyat turki iatu bapa pembangunan, pelik betul org luar turki sibuk hina pemimpin turki tpi org tukri mengangungkannya...
ko tingal di turki ?
ko orang turki ?
ko merasakan bagaimana saat rakyat turki menderita pada akhir ottoman,dimana inflasi meningkat karena mereka kalah pada perang dunia pertama saat2 yang sama berlaku di jerman?

sekarang begini xpayahlah nak bawa isu agama,khalifah dan segala macam
katakan saat itu turki dalam keadaan terburuk dan harus berubah sekiranya bukan kemal yang keturunan yahudi(yang hanya isu semata) tpi orang turki yang beragama islam tapi berpikiran sekular, adakah korang hina mcm tu gak?

apa sumbangan korang buat turki sampai labelkan dia penghianat turki..

ingatlah kita bukan orang turki x ada hak nak  menentang suatu gelar pahlawan yang diberikan oleh rakyat turki kepada pahlawanya...??

sebagai contoh bgaimana perasaan kita jika org ckp mahathir penghianat bangsa sbb dia sekular gak ???                                                


nak menghakimi seseorang hendaklah pada zamannya, bukan zaman sekarang, jika x org tu memang bodoh...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2011 03:01 AM | Show all posts
Sebagai pandangan sorg muslim, Antara Syarat2 yg dikenakan oleh Kamal seperti yg TT post kan dan dengan artikel yg aku beri, Mustapha Kamal x layak deteladani. Terlalu menghine agama. Islam patut letak didepan, bukan politik. Maruah agama patut dijaga.  Tapi kalo pandangan non Muslim, terserahlah pada penilaian masing2.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2011 03:09 AM | Show all posts
Banyak lagi tokoh- tokoh ilmuan islam dan Ulamak-Ulamak yg bole diteladani daripada sorg pemimpin yg banyak menimbulkan cerita buruk.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2011 11:30 AM | Show all posts
mcm mana ko boleh compare kamal dengan mahadir, ko tinggal kt turki?
lagi satu attartu ...
B.K Post at 4-9-2011 01:03


ni bukan soal negara, ni soal islam. jasa byk mana dgn islam terbalas ke dgn dosa2 die terhadap umat islam yg lain? agak2 gadafi, sadam hussien, hosni mubarak xde jasa dlm islam? camne dgn abdul rahman, bapa kemerdekaan? die yg pelopor genting, kaki kuda, kasino, kaki todi? agak2 balance x dosa dan pahala?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2011 02:51 PM | Show all posts
Reply 131# B.K

H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk


ko dah kene tipu.. HS Armstrong bukan 'pembantu' attarturk.. and none ever pernah jadik. He's a proud Turks.. semua bangsa dia benci termasuk arab.  

next time.. selidik dulu sourcenye yee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2011 03:25 PM | Show all posts
Reply  B.K



ko dah kene tipu.. HS Armstrong bukan 'pembantu' attarturk.. and none ever pernah ...
unekspekted_XII Post at 4-9-2011 14:51



    ko salah qoute nie...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2011 03:28 PM | Show all posts
ni bukan soal negara, ni soal islam. jasa byk mana dgn islam terbalas ke dgn dosa2 die terhadap  ...
putrisakura Post at 4-9-2011 11:30



    jika x ada dia,  mungkin x ada turki skrg...
khalifah turki uthamaniah bukan khalifah islam yg dia runtuhkan,
kamal tu nasionalisis tpi dia bukan islamik, jika dia yahudi (aku boleh ckp mahathir tu yahudi gak)
baik dia bgi turki tu kt israel jer, org turki sgt bangga dengan kamal
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2011 04:42 PM | Show all posts
Ad Turki atau xde Turki bukan die yg tentukan, Hanya Allah yg tentukan. Adakah Islam menghalalkan Seorg pemimpin Islam yg menghalalkan perkare munkar. Sebahagian Org Turki yg suke perkare munkar sgt bangge dgn die kerane menghalalkan maksiat.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2011 04:51 PM | Show all posts
Apa yang sungguh menarik ialah bagaimana sebenarnya British berpura-pura kalah berperang dengan pasokan tentera pimpinan Kamal Attaturk demi untuk menaikkan darjat Kamal Attaturk di pandangan rakyat Turki. Apa pula rancangan sebenar British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu dibawah pimpinan Tunku Abd Rahman??? Mereka sentiasa ada agenda.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.376133 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list