CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5119|Reply: 23

Hantu Asrama

[Copy link]
Post time 13-9-2011 11:18 AM | Show all posts |Read mode



Kisah ni berlaku pada sebuah sekolah berasrama penuh di kawasan pantai timur... bukan aku la yang kena, aku pun dengar cerita je. Ceritanya macam ni....... kat asrama pompuan... ada la sorang budak pompuan ni yang rajin study sampai memalam buta kat bilik prep dia. Satu malam tu dia tak sedar yang dia dah tinggal sorang kat bilik study tu.
Dia pun study la dengan khusyuknya... sampai satu part dia tak paham, dia nak tanya la kat 'member' dia yang kat sebelah tu... dia tak sedar lagi benda tu bukan orang.... masa dia nak tanya tu matanya terpandang kat bawah meja budak ni, dia perasan 'member' tu takde kaki. Peh tu dia kata "Takpe la, dah ingat camna nak buat," lebih kurang camtu la dia
cakap sambil berkira-kira nak blah secepat mungkin. Yang 'member' tu lak kata "Dah ingat ke dah tahu....????" maksudnya dah tahu ke yang dia tu hantu... budak ni terus lari balik dorm dia.... Bila dia cerita kat senior, ada yang cerita dulu ada sorang budak pompuan ni yang mati bunuh diri sebab tension belajar masa nak ambik SPM. Mungkin tu la hantu dia

yang still study tak abih-abih.... Lepas tu budak ni pun dah tak study sampai lewat malam lagi... Takoot siottt..... Korang caya tak? Kalau tak caya terpulanglah.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-9-2011 11:22 AM | Show all posts


Kali ni aku nak cerita pasal kisah hantu di hostel sebuah universiti tempatan. Idak ler seram sangat sampai hantu tu menunjuk muka... tapi kira cara halus ni la yang buat orang bertambah suspen. Ceritanya pendek jer... benda ni berlaku kat hostel perempuan.. masa tu girlfriend kawan aku baru balik discussion. Biasa la.. budak U. Malam tu room mate dia
takde, buat assignment ngan kengkawan dia yang lain. Dia dah tak kisah dah sebab dah biasa kena tinggal. Entah kenapa malam tu dia terasa mengantuk sangat padahal waktu tu kira masih awal untuk dia tidur. Dia tidur kat katil tingkat atas. Dia tidur katil double decker, kat tingkat atas. Biasanya kalau dalam bilik tuh dia la operator telefon... sebab
biasanya ramai yang tukang telefon dia... Petang tu dia ada la buat panggilan. Okay jek... Esoknya bila dia bangun, dia tengok atas meja gagang telefon dia dah tercabut. Dia ingat room mate dia tak boleh tido sebab telefon selalu berdering peh tuh cabut gagang telefon. Tapi pelik la jugak.. biasanya orang kalau nak cabut pun dia cabut wayar belakang,
tapi nih cabut wayar gagang telefon. Ah, lantak la.. dia fikir. Lepas tu room mate dia masuk. Baru balik. Dia tanya la kenapa kawan dia tu cabut wayar gagang telefon. Kawan dia terkejut sebab dia baru balik dari bilik kawan yang satu course ngan dia. Dia tidur kat sana. Yang minah nih terkejut la... sapa pulak yang cabut wayar gagang telefon nih? Nak kata
dia tak kunci bilik... bilik diorang nih memang takleh bukak dari luar... unless kalau ada kunci. Nak kata dia mengigau..... dia la yang paling rajin nak angkat tipon.. lagi pun takkan dia boleh terfikir nak cabut wayar gagang telefon... (gagang telefon terletak jauh dari telefon

dan dalam keadaan terlentang). Paling tidak angkat gagang telefon letak tepi atau cabut wayar telefon tu sendiri. Aku tak tau la benda apa yang mengganggu dia... tapi dah dua kali dia alami benda yang sam sejak baru bukak semester kedua nih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2011 11:23 AM | Show all posts
Kisah ini berlaku kira-kira lima tahun yang lalu. Waktu itu aku ditingkatan dua dan tinggal di asrama. Aku ni terkenal dengan sifat yang tak reti takut. Memang sejak kecil lagi aku telah diajar oleh ayahku untuk tidak takut pada hantu. Menurut ayah ku..." Hantu dan syaitan ni nak pegang kita pun tak dapat inikan pula nak cubit.." Itulah kata-kata ayahku yang membuatkan aku berani sehingga kini walaupun pada hakikatnya aku seorang perempuan yang lemah lembut.

Sekolah aku terletak di sebuah kawasan yang boleh dikatakan indah dan nyaman. Lagipun di situ kawasan kampung. Asrama yang aku duduki berada di dalam kawasan sekolah. Jadi senanglah untuk kami pelajar pelajar asrama untuk berulang alik. Kebetulan pada semester tersebut pihak sekolah aku bercadang untuk menambahkan lagi satu blok asrama untuk menampung bilangan pelajar yang kian meningkat. Jadi setelah dipersetujui, Akhirnya kerja-kerja membina pun dilakukan bersebelah dengan blok asrama puteri yang lama.

Pada mulanya pembinaan itu berjalan dengan lancar sehinggalah suatu hari.......

Petang itu aku pulang daripada sekolah kira-kira jam 3 petang bersama-sama empat kawan ku yang lain. Setelah menyalin pakaian, kami bercadang untuk bermain tenis di gelangang yang berdekatan. Sewaktu kami menuruni tangga untuk ke gelangang berkenaan tiba-tiba kami terdengar suara lelaki sedang menjerit dan diikuti dengan dentuman yang kuat. Kami dapat mengesan arah bunyi tersebut. Tak silap lagi ianya datang dari arah tapak pembinaan asrama baru. Kami segera bergegas ke sana. Setibanya di situ kami terkejut besar apabila kami dapati seorang pekerja berbangsa Cina telah jatuh dari bangunan tesebut. Kawan-kawan pekerja tersebut segera mendapatkan beliau. Aku dan kawan-kawanku tergamam. Tubuh pekerja berkenaan dibasahi dengan darah. Aku yakin dia telah mati memandangkan keadaan kepalanya yang bercerai dari badan. Kawanku , Mila tiba-tiba pengsan. Aku terpaku di situ.

Pada malam tersebut kami tidak dapat tidur dengan nyenyak tambahan lagi kami adalah orang pertama yang menyaksikan kejadian itu. Warden asrama menasihati kami supaya bawa bertenang. Tetapi aku benar-benar tidak dapat melupakan kejadian itu lebih-lebih lagi jika teringatkan keadaan tubuh mangsa yang amat mengerikan. Malam makin larut. Aku cuba melelapkan mataku. Tiba-tiba aku terdengar seperti ada sesuatu yang sedang menghampiriku. Aku meluaskan pandangan kesekeliling. Mataku liar mencari benda tersebut. Hidung ku mula terbau sesuatu yang hanyir. Darah! Aku tersentak. Aku mendongak ke atas. Aku dapati darah mengalir dari kipas siling. Banyak sekali ! Aku beranikan diri untuk bangun. Mata ku tiba-tiba tertumpu ke arah kawanku Mila. Ya Allah, Aku lihat beberapa orang berjubah kuning sedang mengelilinginya. Aku beranikan diriku untuk menghampiri mereka. Kawan- kawanku yang sedorm sudah lama dibuai mimpi. Dengan keyakinan aku menegur orang-orang yang berjubah kuning berkenaan. " Siapa anda semua ?" Mereka tidak menjawab pertanyaan aku. Aku mula syak sesuatu. Aku beranikan diri lagi dengan memegang salah seorang daripada mereka. Tetapi... Tangan ku bolos. Ternyata mereka tidak menghiraukan kedatangan aku. Aku terpinga.. Mereka bangun dari katil Mila dan menuju ke tingkap yang bertentangan dengan tempat kemalangan petang tadi. Aku dapat melihat dengan jelas mereka menembusi dinding asrama dan terus melayang ke angkasa. Aku terpegun.

Tiba-tiba lamunan aku tersentak apabila dikejutkan oleh suara kawanku Lin. Rupanya bukan aku seorang yang menyaksikan peristiwa itu, Lin juga sempat menyaksikannya. Lin kelihatan begitu takut, dia menanggis. Badannya terasa panas dan menggigil. Aku cuba menenangkannya. Lin dapat juga aku tenangkan. Lega rasanya bila dia kembali seperti sediakala. Kami bercerita panjang tentang pengalaman masing-masing melihat peristiwa yang berlaku tadi. Lin menyatakan padaku yang dia ternampak ada dua orang lelaki berjubah kuning hendak memukul aku dengan Kayu Tas dari arah belakang. Tetapi mereka tidak berjaya kerana dihalang oleh seorang lagi lelaki berjubah kuning yang lain. Aku betul-betul terkejut. Aku bertanyakan Lin samaada dia nampak atau tidak lelaki berjubah kuning mengelilingi Mila. Dia jawab TIDAK. Aku semakin hairan. Bagaimana dua peristiwa boleh berlaku dalam waktu yang sama tetapi berlainan keadaan.

Cuma ketika lelaki-lelaki berjubah kuning itu melayang ke angkasa sahaja kami dapat menyaksikan peristiwa yang sama. Angin malam semakin dingin. Suasana semakin suram. Aku dan Lin masih tidak dapat tidur. Tiba-tiba.... "Aaaaaaaaaaaaaa....." Suara orang menjerit seperti diserang sesuatu kedengaran dari tingkat atas asrama. Serentak dengan itu juga kedengaran bunyi dentuman yang kuat dari arah yang sama.

Aku bergegas keluar. Aku lihat penghuni penghuni yang lain juga tercengang-cengang di luar dorm. Masing-masing tertanya apakah yang berlaku. Warden juga kelihatan terpinga-pinga. Suara jeritan dan lolongan tadi semakin menjadi-jadi. Kali ini bukan lagi seorang tetapi ramai. Aku semakin ingin tahu.

Warden meminta sesiapa yang berani untuk mengikutnya naik ke atas. Aku dan lima orang lagi rakan mengikut warden naik ke atas. Setibanya kami di sana kami dapati beberapa orang penghuni dorm Emas sedang merangkak di kaki lima seperti biawak. Aku mengucap panjang. Kami cuba menangkap mereka tetapi tidak berjaya kerana bilangan yang hendak ditangkap lebih banyak dari yang menangkap. Warden mengarahkan penghuni yang tidak naik ke atas untuk mendapatkan bantuan dari warden aspura.

Bantuan yang diharapkan sia-sia sahaja kerana tidak seorang pun warden aspura yang terjaga termasuklah penghuni aspura sendiri. Kami mula cemas. Bilangan penghuni yang dirasuk semakin banyak iaitu kira-kira sebelas orang dan bersamaan dengan satu dorm berkenaan. Mereka menjerit, melolong dan tak kurang pula yang mengilai. Kami terpaksa mengepung mereka. Warden mengarahkan supaya kami membaca apa sahaja ayat suci yang kami ingat sambil mengawasi mereka.

Keadaan semakin kelam kabut apabila ada yang dirasuk itu mula bertindak liar. Mereka mula berlari menuruni tangga. kami tidak dapat berbuat apa-apa lagi.Hendak ditangkap memang tidak berdaya. Kami tawakal kepada Allah. Di bawah mereka mula mengoncangkan pagar yang memagari kawasan aspuri. Warden meminta supaya kami beramai -ramai memegang mereka supaya mereka tidak merobohkan pagar untuk lari keluar. Mereka meraung raung. Di saat aku memegang salah seorang daripada mereka aku rasakan seperti tubuhku digoncang dengan begitu kuat. Aku mula membaca Ayat Kursi. Kegilaannya semakin menjadi jadi. Aku menempeleng muka budak berkenaan. Dia pengsan. Menyedari perbuatan aku itu berkesan, kami beramai-ramai menempeleng kesebelas belas penghuni berkenaan. Mereka pengsan. Seraya dengan itu azan Subuh berkumandang dengan sayupnya.

Pagi itu ramai di antara kami yang tidak ke sekolah kerana letih. Apabila di tanya kepada penghuni yang dirasuk apa yang terjadi semalam, mereka hanya menjawab mereka tidur dengan nyenyak sekali. Bila kami menceritakan apa yang berlaku semalam mereka bagaikan tidak percaya. Berita dirasuk beramai ramai sampai ke pengetahuan penghuni aspura. Mereka juga terkejut kerana tidak seorang pun yang mendengar bunyi orang menjerit.

Malam itu kami mengadakan sembahyang hajat beramai ramai untuk meminta dijauhkan dari sebarang malapetaka. Pengetua juga menasihati kami supaya tidak mengingati peristiwa berkenaan. Menurutnya lagi peristiwa berkenaan hanyalah untuk menguji kesabaran kami. Aku tidak dapat merumuskan samaada peristiwa berkenaan ada kaitannya dengan kematian pekerja di tapak binaan.

Tetapi ada cerita yang mengatakan kematian pekerja berkenaan dirancang oleh abangnya sendiri dan rohnya ingin menuntut bela. Allahualam...Bagi aku peristiwa ini adalah suatu pengalaman yang amat berharga...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2011 11:29 AM | Show all posts
Kisah ini berlaku kira-kira setahun yang lalu semasa aku mengikuti ekspidisi Rakan Muda ke Gunung Stong. Gunung ini terletak di hutan Jelawang dinegeri Kelantan.

Kami sampai ketapak perkhemahan jam 8:00 malam. Setelah selesai mendirikan khemah, masing-masing membersihkan diri. Ada yang mandi dibilik air yang disediakan, dan ada yang mandi disungai yang berdekatan. Ketika itu aku sudah merasa seram-sejuk seolah-olah ada sesuatu yang memerhati gerak-geri kami. Aku tidak berani turun ke sungai kerana keadaan cuaca yang gelap. Selepas makan malam, masing-masing membuat aktiviti bebas. Aku mengambil kesempatan ini untuk berkenalan dengan ahli-ahli ekspedisi yang lain. Kami bercerita sehingga lewat malam. Ketika hendak memasuki khemah untuk berehat, aku terkejut kerana aku ternampak kelibat sesuatu didalam khemah. Rakan sekhemah aku sudah lama hanyut dibuai mimpi. Sepanjang malam, aku tidak nyenyak tidur kerana terdengar bunyi-bunyi haiwan hutan yang kadangkala mengerikan.

Kira-kira jam 6:00 pagi kami telah dikejutkan untuk bersiap-siap mendaki gunung Stong. Masing-masing agak keletihan, maklumlah semalam kami menaiki bas untuk kekawasan ini selama lebih lapan jam (dari Johor Bahru). Selepas sarapan, masing-masing bersiap untuk mendaki. Setibanya dikaki Gunung Stong, salah seorang peserta tiba-tiba menarik diri kerana kakinya bengkak. Tidak tahu apakah puncanya. Yang lainnya meneruskan perjalanan. Kami merentasi berbagai halangan seperti anak sungai, air terjun dan hutan belukar. Masing-masing kelihatan letih tetapi penuh semangat untuk meneruskan perjalanan.

Kami sampai dipertengahan gunung lewat petang dan bersiap untuk bermalam disitu selepas turun dari puncak gunung nanti. Waktu itu ada diantara kami yang sudah tidak berdaya melangkah dan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan ke puncak. Mereka hanya menunggu kami di khemah. Aku bersama peserta yang lain meneruskan perjalanan kami. Cahaya matahari semakin kelam dan suasana semakin sejuk. Akhirnya kami tiba dipuncak hampir waktu Maghrib. Kami sempat bergambar. Waktu itu aku merasa tersangat letih dan lapar. Nasib baik aku ada membawa sedikit bekalan. Kami berkongsi makanan.

Dalam perjalanan turun, aku adalah diantara yang akhir. Hari semakin gelap. Apabila sampai disuatu kawasan, kami terdengar suara siamang bersahut-sahutan seolah-olah ingin memberitahu sesuatu. Ada diantara peserta wanita yang kecut perut kerana bunyi itu rasanya betul-betul diatas kepala kami. Dengan hanya berpandukan lampu suluh dan panduan dari peserta yang berpengalaman mendaki gunung, kami menuruni gunung sambil berpengangan tangan. Ada diantara kami yang sudah terlalu lemah dan jatuh pengsan. Ini menyebabkan perjalanan kami terhenti beberapa kali. Aku merasa aneh kerana kami masih belum sampai kekawasan perkhemahan kami walaupun sudah lebih dua jam kami berjalan. Aku rasa aku telah melalui satu kawasan yang sama dimana terdapat pokok yang besar-besar entah berapa kali. Akhirnya guru pandu kami mengakui yang dia tidak berjumpa jalan asal yang kami lalui semasa mendaki kepuncak tadi. Kami menjadi risau, tetapi nasib baik semua berjaya mengawal perasaan. Salah seorang dari kami mencadangkan agar kami meneruskan perjalanan, tetapi masing-masing merasa bimbang kalau-kalau kami semakin jauh tersesat didalam hutan.

Entah macam mana tiba-tiba muncul sekumpulan pemuda. Masing-masing memakai serban dan jubah putih. Mereka memberi salam. Kami menjawab salam mereka dan menceritakan masalah kami. Menurut mereka, kejadian seperti ini memang selalu berlaku. Mereka menasihatkan kami agar teruskan perjalanan menuruni gunung sambil menunjuk kesatu arah. Masing-masing melihat kearah yang ditunjukkan. Belumpun sempat kami mengucapkan terima kasih, kumpulan pemuda tadi hilang entah kemana. Masing-masing terdiam. Kami meneruskan perjalanan kearah yang ditunjukkan dan tidak lama kemudian kami ternampak cahaya kelam yang datangnya dari kawasan perkhemahan kami. Sesampai sahaja dikhemah, kami terus dihujani dengan berbagai pertanyaan. Kami tersesat lebih dari satu jam. Nasib baik ada kumpulan yang berjubah tadi membantu kami. Yang menghairankan kami, untuk apa mereka menuju arah ke puncak sedangkan disana tidak terdapat sebarang perkampungan pun.

Entah kenapa, walaupun letih, aku merasa susah untuk tidur. Diluar hujan turun dengan lebatnya. Aku merasa risau kerana khemah kami didirikan diatas tanah yang tidak berapa rata. Takut nanti kami hanyut dibawa arus atau tanah runtuh.

Keesokkan harinya, kami berkhemas untuk turun ketapak perkhemahan kami sebelum ini. Dalam perjalanan turun, masing-masing sibuk menceritakan pengalaman masing-masing. Disamping itu kami terpaksa berhati-hati kerana jalan licin. Ada juga diantara kami yang tersungkur entah berapa kali. Yang menggelikan hati, ada yang terjatuh kedalam lopak air yang agak dalam gagal untuk naik semula walaupun ditolong oleh beberapa orang.

Kami sampai disatu tempat rehat yang dinamakan Baha Camp. Disitu masing-masing melepaskan penat lelah dengan mandi dan memasak makanan. Hari pun sudah tengahari. Sedang kami leka mandi, tiba-tiba ketua kumpulan ekspedisi menyuruh kami cepat bersiap untuk bertolak turun. Kami terpinga-pinga. Letihpun belum hilang rasanya. Dia kata sesuatu yang buruk telah berlaku dan menyuruh kami cepat meninggalkan kawasan itu. Aku segera naik kedarat dan mengambil barang-barang aku. Aku mendapat tahu yang salah seorang peserta wanita telah dirasuk makhluk halus. Dia tidak suka kami berada dikawasannya dan mengugut untuk merasuk lebih ramai lagi sekiranya kami terus berasa disitu. Walaupun takut, masing-masing masih dapat mengawal perasaan. Kami berkumpul dan berjalan bersama-sama menuruni gunung. Yang tinggal hanyalah ketua kumpulan, peserta yang dirasuk serta beberapa orang trekker yang bekerja di Baha Camp. Dalam perjalanan masing-masing masih tertanya-tanya apakah yang sebenarnya berlaku.

Kami sampai ditapak perkhemahan lewat petang. Selepas mendirikan khemah dan mandi kami bersiap untuk memasak. Dalam waktu itu kami melihat peserta yang dirasuk tadi turun bersama-sama yang lain. Dia kelihatan normal. Sebelum masuk kekawasan khemah, Abang Baha (Ketua Baha Camp) membaca sesuatu lalu dihembus kepeserta tadi. Tiba-tiba dia menjadi lemah dan terus disambut dan dipapah kekawasan khemah. Dia dibaringkan ditengah-tengah padang dan abang Baha terus membaca jampi serapahnya. Kami tidak dibenarkan mendekati peserta tadi kerana menurut abang Baha makhluk yang merasuknya masih berada dikawasan itu bersama dengan kawan-kawannya. Walaupun kami tidak nampak makhluk dan kawan-kawannya itu, kami patuh pada arahan abang Baha.

Selepas makan malam, semua mengerumuni abang Baha untuk mengetahui cerita yang sebenarnya. Menurutnya makhluk halus yang tinggal dikawasan gunung itu marah pada peserta berkenaan kerana memetik sekuntum bunga dari pokok yang hanya menghasilkan bunya setiap tujuh tahun. Katanya lagi jika kami masih berada di Baha Camp, mungkin lebih ramai lagi yang akan dirasuk. Walaupun makhluk itu berjaya diusir dari badan peserta berkenaan semasa di Baha Camp lagi, abang Baha terpaksa membenarkannya merasuk semula peserta itu untuk menolong mambawa peserta itu turun sehingga kekawasan khemah. Jika tidak mereka menghadapi masalah untuk membawanya turun dengan keadaan badannya yang lemah. Dan banyak lagi yang diceritakan oleh abang Baha mengenai hutan disitu.

Malam itu kami berkumpul dalam beberapa kumpulan. Masing-masing menceritakan kisah petang tadi dan ada juga yang menceritakan pengalaman yang serupa. Aku merasa seolah-olah seperti berada di Cineplex. Bila sudah jemu mendengar cerita satu kumpulan, aku beralih kekumpulan yang lain. Walaupun topik perbualan hampir sama, aku masih tetap mahu mendengarnya. Ada yang tidak tidur sehingga keesokan hari kerana asyik bercerita dan mendengar cerita.

Dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru, ketua ekspedisi memberi peluang pada setiap peserta untuk meluahkan isi hati masing-masing berkenaan ekspedisi kami ini termasuklah peserta yang dirasuk semalam. Walaupun dia tidak ingat setiap kejadian, tetapi dia memberitahu kami yang dia beberapa kali terserempak dengan beberapa orang yang bukan peserta ekspedisi semasa menaiki puncak Gunung Stong. Daripada kejadian yang aku alami, aku sedar betapa kita semua perlu menghormati harta benda orang lain dan jangan bersikap angkoh apabila memasuki sesuatu kawasan yang kita belum kenal sepenuhnya. Kita juga perlu menjaga flora dan fauna. Buat kawan-kawan yang sama-sama menyertai Ekspedisi Gunung Stong, aku ucapkan selamat berjaya. Semoga kita bertemu diekspedisi yang lainnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2011 11:30 AM | Show all posts
Pengalaman ngeri ini berlaku beberapa tahun dahulu disebuah kampung yang terpencil diselatan tanah air. Ketika itu aku sedang menunggu keputusan SPM dan bekerja sambilan sebagai kelindan lori. Aku bekerja dengan sebuah syarikat pengangkutan yang membawa barangan kesetiap tempat di Johor termasuklah kedaerah-daerah yang terpencil.

Pada suatu petang, lebihkurang jam 5:30 penyelia tempat aku bekerja mengarahkan aku mengikut seorang pemandu lori untuk menghantar barangan kesebuah kampung dipendalaman. Katanya barangan itu perlu dihantar hari itu juga. Memandangkan hari sudah lewat petang, pada mulanya aku agak keberatan kerana waktu habis bekerja sudah hampir iaitu jam 6:00. Aku diberitahu yang gaji kami akan dibayar dua kali ganda untuk tugas yang kami lakukan. Aku terus setuju kerana kalau balik rumah pun, tidak ada apa-apa rancangan. Lebih baik aku bekerja, dapat juga menambah wang saku.

Perjalanan kami ke kampung tersebut mengambil masa selama dua jam. Kami sampai kedestinasi jam 7:30. Sayup-sayup kedengaran suara azan Maghrib. Setelah segala urusan selesai, hari sudah mula gelap. Kami singgah disebuah warung untuk mengisi perut. Keadaan dikampung itu agak berlainan sedikit dari tempat-tempat ini. Disitu suasananya sunyi, cuma sekali-sekala kelihatan motosikal lalu-lalang memecah kesunyian malam. Warung yang kami singgah itu pun menggunakan lampu gasolin. Mungkin bekalan elektrik belum sampai kekawasan ini, fikir hatiku. Tuan punya warung sedang berkemas-kemas untuk menutup kedai. Waktu menunjukkan jam 9:30.

Sewaktu membayar harga makanan, tuan punya warung, seorang pakcik tua, menasihati kami agar berhati-hati ketika memandu diwaktu malam kerana menurutnya dua minggu yang lepas salah seorang penduduk kampung itu, seorang wanita yang sarat mengandung, telah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori. Keadaannya amat mengerikan. Dia telah digilis dan diheret beberapa meter dari tempat kejadian sehinggakan mayatnya sukar dikenali. Perasaanku bercampur ngeri dan simpati mendengar cerita pakcik tadi.

Sebaik sahaja kami melangkah keluar menuju ke lori, tiba-tiba hujan turun renyai-renyai. Sipemandu menyumpah kerana keadaan seperti itu akan menyulitkan perjalanan. Aku cuma berdiam diri. Keadaan menjadi bertambah gelap dengan langit yang mendung dan dentuman guruh yang sayup-sayup kedengaran menandakan hujan lebat akan turun.

Kami menghadapi masalah mencari jalan keluar kerana kami tidak biasa dengan jalan dikampung tersebut ditambah lagi dengan cuaca yang tidak begitu baik.
Kami mengambil keputusan untuk kegerai tadi semula untuk mendapatkan bantuan, tetapi malangnya gerai tersebut susah tutup. Kenderaan lain pun tidak kelihatan. Kami tertekad untuk mencari jalan keluar biar pun mengambil masa yang lama. Sipemandu tidak henti-henti menyumpah seranah dirinya sendiri kerana sanggup melakukan tugas tersebut semata-mata inginkan bayaran gaji lebih untuk hari itu. Aku cuma berdiam diri.

Apabila kami sampai kesuatu kawasan dimana kelihatan sebuah rumah kayu usang yang seperti sebuah surau, aku ternampak sesusuk tubuh sedang berdiri dibawah pokok besar yang rimbun. Hujan sudah mula lebat. Apabila kami menghampiri pokok tersebut, kelihatan seorang perempuan berkain batik dan berbaju T lusuh sedang mengendung bayi yang ditutupi dengan kain putih. Mungkin untuk melindungi bayi itu dari terkena hujan. Kami berhenti untuk bertanya. Wanita tadi cuma menundukkan mukanya. Dari gerak-gerinya, dia kelihatan seperti seseorang yang sedang menangis teresak-esak. Aku memberi salam, tetapi tidak diendahkan. Sipemandu yang memang sudah terkenal dengan sikap panas baran, hilang sabar. Dia terus turun dari lori dan mendekati wanita tadi. Wanita itu masih tunduk sambil teresak-esak. Dengan suara yang agak tinggi, sipemandu bertanya kepada wanita itu kenapa dia berada disitu. Wanita itu terus tunduk dan teresak-esak. Oleh kerana hilang sabar, sipemandu terus menengking sambil menghenjut bahu wanita tadi. Kali ini wanita itu mengangkat mukanya. Jantungku serta-merta terhenti apabila melihat wajah wanita itu. Matanya kosong, mukanya dipenuhi darah dan luka-luka. Dengan suara yang garau dia berkata, "Kau yang membuat aku begini." Sambil dia membuka kain putih yang menyelimuti bayinya. Rupa-rupanya bayi itu adalah sebuah nisan kayu yang berdarah. Sipemandu terus jatuh pengsan. Wanita tadi terus berpaling kearah aku. Aku menggigil. Dia seperti terawang-awang dan menghampiriku. Aku terus melompat keluar dan lari sekuat-kuat hatiku tanpa menoleh kebelakang. Entah macam mana kakiku tersangkut akar. Aku tersungkur. Pandanganku berpinar-pinar. Aku cuba bangun tetapi tidak berdaya. Aku cuma terlentang. Dikiri-kananku kelihatan batu-batu nisan. Diatasku kelihatan sesuatu berwarna putih terawang-awang. Aku terus tidak sedar apa yang berlaku selepas itu.

Apabila tersedar, aku dikelilingi oleh orang-orang kampung. Aku berada didalam surau bersama dengan sipemandu. Keadaan diluar masih gelap. Pakcik peniaga warung pun ada disitu. Dia menepuk bahuku, menyuruhku bangun untuk mengambil air sembahyang. Waktu subuh dah masuk katanya. Setelah selesai berjemaah kami menceritakan pengalaman ngeri kami kepada semua yang ada. Mereka cuma mengangguk-nganggukkan kepala mendengar cerita kami. Sewaktu bersarapan diwarung pakcik tua, dia memberitahu kami kemungkinan besar kami bertemu dengan langsuir dibawah pokok kekabu bersebelahan dengan surau. Dibelakang pokok itu ialah tanah perkuburan dimana mayat wanita yang terlibat dalam kemalangan tempoh hari dikebumikan.

Menurut pakcik itu lagi, mungkin roh wanita itu tidak diterima bumi maupun langit kerana dia telah banyak membuat dosa semasa hayatnya. Dia telah menduakan suaminya dan anak yang dikandungi itu bukan dari suaminya. Sewaktu malam kejadian, dia telah dihalau oleh suaminya apabila mengetahui yang isterinya curang. Orang-orang kampung tidak pasti samada kemalangan yang berlaku itu disengajakan oleh wanita tersebut ataupun sebaliknya. Rohnya tidak aman.

Sebelum kami berangkat, pakcik tersebut menunjukkan kubur wanita itu. Aku sempat menghadiahkan alfatihah dan mendoakan semoga dosa-dosanya diampun. Sipemandu tidak mengikut kami. Dia cuma menunggu didalam lori. Sewaktu dalam perjalanan pulang, sipemandu melarang aku menceritakan perkara yang sebenarnya kepada sesiapa pun apabila kami sampai ketempat kerja nanti. Aku kurang pasti kenapa. Mungkin kerana dia malu diatas apa yang telah berlaku.
Yang pastinya aku telah memberitahu kepada semua pembaca sekelian tanpa pengetahuan sipemandu. Semoga sama-sama kita mengambil ikhtibar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2011 11:30 AM | Show all posts
Setiap kali hujan lebat dimalam Jumaat, aku pasti terkenang kejadian ngeri dirumah datukku. Kejadian ini berlaku kira-kira 13 tahun yang lalu. Aku masih ingat tarikhnya iaitu pada 13/3/86. Waktu itu cuti sekolah. Aku tinggal bersama datukku disebuah kampung pendalaman di negeri Pahang. Datukku memang seorang pawang yang terkenal. Walaupun rumahnya agak jauh dipendalaman, tetapi ramai orang datang kerumahnya untuk mendapatkan ubat dan rawatan secara tradisional. Setiap kali dia mengubati orang dia akan masuk kesebuah bilik kecil yang hanya diterangi oleh cahaya lilin. Tiada siapa yang dibenarkan masuk kecuali dia seorang walaupun pesakit itu sendiri. Sewaktu dia didalam bilik, kami yang diluar akan mendengar suara seperti orang berbual dalam bahasa yang tidak difahami. Apabila dia keluar dia akan membawa sebotol air. Katanya air itu adalah ubat buat sipesakit. Entah dari mana datangnya air itu, aku sendiri tak pasti kerana setahu aku dirumahnya cuma terdapat satu paip air iaitu di bahagian dapur.

Datukku memang sudah lama tinggal sendirian. Aku sendiri tidak pernah melihat wajah nenekku. Katanya nenekku meninggal sewaktu aku masih kecil lagi. Dia tidak akan menerima sebarang pesakit pada setiap malam Jumaat. Katanya dia ingin menghabiskan malam Jumaat dengan beramal. Dan pada setiap malam Jumaat aku dihantar kerumah Pak Cik ku yang tidak berapa jauh dari rumahnya. Katanya dia tidak mahu diganggu.

Pada 13/3/86, hujan turun begitu lebat sekali dengan kilat dan guruh yang sabung-menyabung. Malam itu dia tidak dapat menghantar aku kerumah Pak Cik ku. Selepas masuk waktu maghrib, dia berpesan kepadaku supaya tidak menganggunya dan menyuruh aku membuat kerja sendiri didalam bilik bersebelahan dengan bilik kecil tempat dia beribadat. Aku tidak membantah. Sepanjang waktu itu aku terdengar datukku mengaji dan membaca Yassin. Aku tidak mengesyaki sesuatu sehingga lah kira-kira jam 9:30 malam apabila aku terdengar datuk seperti berbual dengan seseorang didalam biliknya dengan bahasa yang pelik. Tapi cuma suaranya sahaja yang kedengaran. Tiba-tiba aku terdengar datuk melaungkan azan disertai dengan dentuman guruh yang begitu kuat sekali. Aku tersintak. Segera aku keluar dan mengetuk biliknya. Datuk seolah-olah tidak memperdulikan aku. Aku cuba membuka pintu biliknya tetapi dikunci dari dalam. Aku terus mengetuk.

Tidak lama kemudian, datuk membuka pintu. Mukanya bengis. Matanya merah menyala. Dia memandang aku dengan satu pandangan seolah-olah ingin menelanku hidup-hidup. Aku terkedu. Dan mengundur beberapa langkah. Mungkin datuk faham perasaanku ketika itu. Dia tidak berkata sepatah pun. Dia terus menuju kepintu hadapan. Sebelum dia melangkah keluar didalam hujan lebat dia berpesan supaya jangan sekali-kali aku masuk atau cuba mengintai bilik kecilnya. Aku cuma mengangguk.

Setelah dia pergi, hati ku terus tertanya-tanya apa yang ada didalam bilik kecilnya itu sehinggakan tiada sesiapa yang dibenarkan masuk atau melihat isi dalamnya. Kerana rasa ingin tahu yang teramat sangat, aku tidak mengendahkan amarannya. Dengan perlahan-lahan aku menolak pintu biliknya. Suasana didalamnya terasa sejuk dengan cahaya api lilin yang berbalam-balam. Seluruh ruang bilik itu dipenuhi dengan bau keminyan. Lilin besar berwarna hitam didalam bekas tembaga diletakkan diatas para yang dilapik dengan kain hitam. Sebelahnya terdapat satu lagi bekas tembaga yang bertutup. Aku memerhati disekelilingku. Tidak ada satu perabut pun. Cuma sekeping tikar mengkuang lama dan bekas pembakar keminyan sahaja yang kulihat. Hati tu berdetik untuk melihat isi kandungan bekas tembaga yang bertutup tadi. Dengan perlahan-lahan aku membuka tutupnya. Tidak semena-mena satu cahaya kilat memancar disertai dentuman guruh yang amat kuat memekak telingaku. Aku tersangat terkejut sehingga tutup tembaga terlepas dari tanganku. Disaat itu juga aku terdengar satu bisikan ditelinga kiriku. Bulu romaku meremang. Aku bingkas bangun dan berlari keluar. Keadaan diluar gelap gelita. Mungkin kilat tadi telah menyambar kotak fius rumah datukku. Aku semakin kecut. Aku seakan-akan terdengar suara hilaian dari atas bumbung rumah. Tiba-tiba pintu bilik datukku tertutup dengan kuatnya seperti ditiup angin. Keadaan menjadi semakin gelap. Aku mengucap dan membaca segala ayat-ayat suci yang terlintas difikiran. Disaat itu juga aku terdengar seperti ada orang sedang memijak tangga dapur disertai dengan bau bunga melur bercampur dengan bau keminyan. Aku semakin panik. Aku menoleh kedapur dan terlihat sehelai kain putih yang terawang-awang di pintu dapur. Suara hilaian diatas bumbung semakin menjadi-jadi. Ketika itu aku sudah hilang pertimbangan. Aku terus berlari kepintu hadapan. Malangnya kaki ku tersangkut sesuatu. Aku tersungkur. Aku cuba bangun tetapi kesakitan menghalang aku berbuat demikian. Aku terasa ada sesuatu mencuit bahu kananku. Aku terus menoleh. Apa yang aku lihat sungguh mengerikan. Ada sekujur tubuh budak perempuan yang teramat kurus berdiri tegak disebelahku. Oleh kerana jarak antara kami begitu dekat aku dapat melihat matanya besar dan bulat tetapi tidak ada mata hitam dan baunya sungguh busuk seperti bau bangkai. Semangatku terus hilang.

Apabila aku tersedar, aku telah berada dikatil hospital. Ibubapa dan datukku ada bersama. Mata ibuku merah mungkin kerana terlalu banyak menangis. Katanya aku telah tersantar disitu hampir 4 hari. Kaki kiriku bersimen. Menurutnya datuk menjumpaiku dihalaman rumah sewaktu hujan lebat sekembalinya dari kedai untuk membeli rokok daun. Ibu diberitahu oleh datuk yang aku mungkin terjatuh dari tangga ketika aku cuba untuk kerumah pakcikku diwaktu hujan. Katanya lagi mungkin aku takut tinggal sendirian ketika itu waktu keadaan rumah yang gelap dan hujan lebat. Aku tidak pasti samada datuk menceritakan perkara yang sebenarnya.

Datuk tidak pernah menanyakan peristiwa yang berlaku sehinggalah dia menghembuskan nafas yang terakhir 6 tahun lalu. Cuma satu pesanannya yang aku ingat sehingga sekarang. Hendaklah kita mematuhi segala pesanan orang tua untuk kebahagian diri sendiri dan orang-orang yang disayangi dan menyayangi diri kita ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-9-2011 11:31 AM | Show all posts
cerita seram tidak le tapi kira misteri juga ni...

dulu masa kecik biasa le belajar mengaji kat surau.. boleh dikatakan 3 malam dalam seminggu ada ustaz ngajar kat surau..

ada le satu malam tu, aku tak tau kelas malam tu kena kensel sebab ustaz tak dapat datang..

aku pun dengan segaknya pegi le surau..dah dekat surau aku macam terdengar le suara orang ngaji...ingatkan dah terlewat le aku ni...dari luar pagar aku ada nampak kelibat sorang lelaki tengah belek al quran sambil berdiri..

aku pun naik le surau...sekali dah masuk dalam aku tengok takde sorang pun kawan aku kat dalam tengah ngaji...lelaki yang aku nampak tadi pun takde kelihatan...

biasa lah...aku kecik lagi time tu...cuak gak le...dengan penuh keseraman aku pun bukak langkah seribu...balik rumah..

esoknya aku tanya le kawan-kawan aku ngapa takde yang pe ngaji semalam...dia orang kata kan ke kelas batal...ustaz tak dapat datang le...

sapa le lelaki semalam kat surau tu ye...misteri gak ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2011 11:57 AM | Show all posts
Ni kisah member aku. Dia ada 2 orang adik umur 3 thn dan 1 thn lebih. So kalau cuti semester, dia la yang jaga adik2 ni, buatkan susu, mandi dan lain-lain.

So satu malam, adik dia yang umur 3 thn ni dah pandai bercakap pastu suka mandi malam kalau dia rasa panas. Masa adik dia mandi tu, dia tgh bancuh susu untuk adik dia yang setahun lebih. Tgh bancuh tu dia dengar sora adik dia dalam bilik mandi marah2.

Adik dia kuar je bilik bising2. So selepas selesai buat susu, member aku ni tanya kat adik dia yang mandi tu. Marahkan sapa dalam bilik mandi tadi? Bising2 sampai abih mandi. Adik dia jawab, ada budak pala botak warna hijau tgk dia mandi.

Huhuhu. Meremang bulu roma member aku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-9-2011 11:57 AM | Show all posts
ni kisah aku... aku kena pi training kat singapore... so kitorg stay kat hotel ..( company booking nyer... aku patut gi 1 malam je...hext day boss call suruh extend lagi tiga hari...sebab aku dah check out dari bilik tu aku kena check in lagi sekali... dapat le bilik baru..hujung sekali.. tingkat atas sekali....

pergh... balik hotel petang tu aku letak beg kat dlm bilik terus kitorg kuar pi makan... bila aku masuk bilik tu aku dah rasa lain macam.. tapi aku ingat biasa le ... tempat baru kan...so sudah makan kat gerai belakang hotel memasing naik ke bilik...sudah mandi, aku tutup lampu, tv semua..... kecuali lampu bilik air....

tgh tido, aku terjaga bunyi org mandi kat bilik air sambil dok nyanyi... sore pompuan....aku ingatkan mimpi...makin lama makin kuat... pahtu aku dgr air dah stop.....sore dia pun makin kuat nyanyi... tetiba TV terbukak... dah aku memang sure aku nampak sorg pompuan dlm bilik aku tapi nampak bhg b'kang... pahtu lampu kat tepi katil pulak terbukak... aku dah start panik... baca segala ayat yg aku hafal, tetiba dia pusing... cun lelama makin buruk rupanye... dia punya mengilai tak ingat... aku lak tetiba rasa berani.. aku terus bgn ambil kad kunci tu, pegang kasut terus lari kuar bilik.... giloooo betul...aku dok kat luar bilik boleh dgr lagi dia dok ngilai...

aku turun kat lobi... terus pi kat kaunter dia... apa lagi aku marah je le mamat kat kaunter tu... dia tgk aku pun dgn seluar pendek, baju t shirt... siap kasut nak pi ofis.. dah terkejut... aku story kat dia... dia pun admit, bilik tu memang dia biar kosong unless kalau bilik dia full, ada masa org dok bilik tu tak kena kacau... kira aku antara yg terpilih utk kena kacau... so apa lagi dia tukar ke suite hotel tu... tu pun aku suruh diorg teman aku pi ambik beg... bila aku masuk bilik tgk tuala memang basah, pili bilik air terbukak, tv terbukak, peti ais pun terbukak.... terus aku jadi tetamu istimewa hotel tu utk 2 hari....grrrrrrrrr serik aku pi hotel tu... next trip aku suruh diorg booking hotel lain....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2011 12:15 PM | Show all posts
Aku tido kat ruang tamu,
Pastu aku terjaga sebab terdengar bunyi orang tengah guna mesin jahit Singer lama kat bawah.
Aku ingatkan mak aku tengah jahit baju, sebab mak aku memang jahit baju raya adik-adik aku waktu bulan pose tu.

Aku tengah mamai waktu tu, aku pun turunlah nak tengok ingatkan mak aku tengah jahit baju. Waktu tu aku nampak suasana kat bawah tu cerah.

Kemudian.......
Bila aku dah hampir dengan mesin jahit tu dalam keadaan mamai, aku baru perasan yang tak de sapa kat bahagioan bawah tu, dan tak de sapa yang guna mesin jahit tu, dan keadaan kat bawah tu gelap gelita.

Waktu tu hilang mamai aku, kelang-kelibut aku lari balik kat ruang tamu bahagian atas. Terus selimut badan.

Pagi esok tu aku tanya mak aku, ada ke guna mesin jahit malam tadi. Mak aku kata takde, mak aku tido awal malam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 01:21 PM | Show all posts
Cer citer lagiii...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 01:27 PM | Show all posts
byk nye cite ko
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 01:44 PM | Show all posts
Kisah ini berlaku kira-kira lima tahun yang lalu. Waktu itu aku ditingkatan dua dan tinggal di asram ...
MakYung Post at 13-9-2011 11:23


citer ni pernah baca.. sorg forumer sini citer.. sapa eh.. lupa plak.. korang satu skolah ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2011 01:45 PM | Show all posts
Kisah ni berlaku ketika aku berada di tingkatan satu. Ketika itu aku tinggal di asrama. Macam biasa, aku mula letakkan kepala atas bantal ketika jam hampir menunjukkan 12:00 tengah malam. Tapi malam tu aku rasa sedikit gelisah. Entah apa puncanya, tak dapat aku pastikan. Aku cuba pejamkan mata, tapi tak berjaya. Akhirnya, lebih setengah jam berhempas-pulas, kelopak mataku berjaya juga dirapatkan.

Tak lama kemudian, aku dikejutkan oleh suatu bunyi aneh yang agak kuat. Bunyi sebegitu tak pernah aku dengar sebelum ni. Aku cuba pastikan arah datangnya bunyi tersebut. Seketika kemudian aku tergamam. Berbantukan cahaya samar-samar dari kaki lima dorm, kelihatan satu kepala tanpa badan sedang menyikat rambutnya, betul-betul di atas katil bersetentang dengan katilku. Rambutnya panjang mencecah siling. Ngeri jugak aku. Dalam separuh sedar tu, aku cuba kejut rakanku yang sedang tidur di katil sebelah. "Ina! Ina! Ina..!". Ina tersedar. "Apa hal kejut aku tengah sedap tidur ni?" ngomel Ina sambil menggenyeh matanya. Tanpa memandang ke arahnya, aku memuncungkan mulutku. "Tengok tu."  Ina memandang ke depan, dan sesaat kemudian memandang ke arahku semula.

"Takde apa pun! Engkau mengigau la... Dahlah, tidurlah! Aku ngantuk ni." Ina tak pedulikan kata-kata aku, dan terus menarik selimutnya semula. Aku berasa takut. Makhluk itu terus menyikat rambutnya. Semakin kuat sikatannya, semakin kuat pula bunyinya. Aku betul-betul tak tahu nak buat apa. Aku cuba nak kejutkan Ina sekali lagi, tapi kali ni mulutku seolah-olah terkunci.  Aku memusingkan badan. Sambil meniarap, aku memekup telinga dengan bantal. Aku takut. Bunyi tersebut semakin kuat.

Selang lima minit kemudian, bunyi tersebut semakin perlahan, dan akhirnya terus lenyap. Aku masih tak berani pusingkan kepala. Manalah tahu, tiba-tiba je makhluk tu dah terpacul depan aku, tak ke naya!

Tiba-tiba suasana sekeliling menjadi hingar. Ruang dorm yang tadinya gelap, kini terang benderang. Aku lihat ada makhluk di kanan kiri aku. Ada yang bawa baldi dan ada yang bawa tuala serta berus gigi.

"Bangun Yati oiiii! Mandi. Sembahyang subuh." Aku mengangkat bantal yang memekup telinga, dan dengan perlahan aku bangun lalu ke hujung katil sambil mataku tak berkelip memandang ke katil depan. Apa yang aku nampak? Tak ada apa, melainkan suatu lakaran di dinding yang tak pernah aku nampak sebelum ni!   



Cerita Asal : Raja Rohani ( Perak )
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2011 01:46 PM | Show all posts
Reply 13# cmf_conan


    hanya rekaan, klu ada pun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2011 01:48 PM | Show all posts
Kisah ini terjadi lebih kurang 23 tahun yang lalu. Walaupun kisah ini telah lama berlalu
tetapi tetap segar dalam ingatan aku. Semasa kejadian itu berlaku, aku masih bekerja di salah sebuah kilang di kampung aku, kilang ini didirikan di kawasan kebun, tetapi kawasan ni telah dimajukan untuk kawasan perkilangan. Dahulunya tanah ini adalah milik persendirian.

Pada suatu petang, lebih kurang pukul 5 seperti biasa pekerja-pekerja akan bergegas untuk pulang. Tapi pada hari tersebut agak kelam kabut kerana mengejarkan rancangan kegemaran dekat tv iaitu cerita jepun, aku pun dah lupa tajuk cerita tu. Memang cerita tu menjadi kegemaran ramai ketika itu. Dalam keadaan yang agak tergesa-gesa tu
adalah sorang minah ni terjatuh tah mana silapnya aku pun tak tau, terlanggar batu kot. Kepala minah tu terkena dekat pagar, kepalanya berdarah dan darahnya tu pulak boleh tahan jugak banyaknya mungkin kena tang urat kot aku pun tak pasti, habis merah lantai kat situ dengan kesan darahnya. Keesokan harinya, minah yang terlanggar pagar tu pegi keje, heran jugak aku takkan tak cuti, tengok pada dia yang luka tu dah nampak elok, emmm camne boleh kejap sangat elok tak tau lah, masa tu dah tengahhari kalau tak silap aku, minah yang terlanggar pagar tu tetiba menjerit-jerit macam orang kena histeria. Lama jugak dia macam tu kelam kabut jugak, orang lain ingat minah ni ada problem agaknya, kesian jugak sampai menarik-narik rambut sendiri. Pengurus kilang terpaksa menghantar minah tu pulang.

Pada keesokkan harinya pulak, kejadian menjerit-jerit ni berlaku lagi tapi pada orang lain pulak lepas sorang reda kena pada orang lain pulak. Macam pesta pulak, ada yang mengilai, ada yang menjerit, ada yang ketawa, seram pulak aku tengok perangai masing-masing nasib baik aku tak kena. Kejadian ni pulak berlarutan hampir setengah bulan, ramai yang berhenti kerja sebab takut. Kalau nak ke tandas pulak nak kena berteman, yelah takut terkunci dengan sendiri sebab pernah terjadi kat aku sebelum ni, nasib baik tak jumpa apa-apa, melaung-laung jugak la aku kat dalam tu mujur ada orang yang dengar.

Setelah diselidik rupanya ada sebab apa yang telah berlaku. Cerita ini diceritakan sendiri oleh pak guard kat tempat aku bekerja tu. Dia ada melihat satu lembaga putih terbang dari pokok saga di depan kilang dan terus menjilat pada kesan darah minah yang terlanggar pagar tu. Dan pak guard tu cerita, dulu tempat ni kebun milik seorang yang kaya kat kampung ni dan dia takut hartanya di ceroboh maka dia telah menanam tengkorak di setiap penjuru kebunnya sebagai guard la tu kot. Dan bila orang tu meninggal lupa pulak dia nak halau guard dia tu, sampai la kilang tu didirikan kat situ, kira marah la penunggu tu agaknya. Konon-kononnya lembaga tu mengamukla, mengamuk kerana apa pak guard tu pun tak berapa pasti. Tapi yang pastinya semenjak dari itu lah kejadian histeria tu terjadi. Pihak atasan tidak berapa percaya dengan perkara ni. Budak-budak yang terkena histeria tu ada cerita katanya dada mereka seolah-olah dipukul dengan kepala-kepala tengkorak tanpa henti, tu yang menjerit-jerit tu.

Dan untuk menghalau penunggu tu kata sepakat telah dibuat, maka diadakan "samak" entah apa samak tu pun aku pun tak tau. Dipanggilnya bomoh tak mana-mana punya bomoh nak halau hantu tu. Entah apa yang bomoh tu meraban aku pun tak tau, selepas daripada itu kilang aku tu pun kembali aman. Lebih kurang tu la citenye, tapi banyak yang khurafat.... tak taulah aku setakat mana kesahihan kejadian yang sebenar. Wasallam.

Cerita Asal : ayang2 (wangsa maju)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2011 02:53 PM | Show all posts
TT,sila sambung lagi citernya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 05:25 PM | Show all posts
menarik tertarik nak baca.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 11:25 AM | Show all posts
slambe jer aku scroll, dah le tgh wat keja, tetiba muncul antu kaler ijo tuhhhh, tanjjaaatttt boboiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 12:43 PM | Show all posts
aku pn ade cerita jugak...nak cerita boleh ke?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.225380 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list