|
Cuma nak tahu. :cf: Selalunya orang kata kalau nampak gerai atau warung tepi jalan yang sunyi sepi tak ada pelanggan langsung lagi-lagi dekat kawasan yang memang tak banyak kenderaan lalu, kita jangan berhenti sebab dikhuatiri peniaga tu sengaja nak test ilmu hitam dia. Betul ke? Dulu ada sorang kawan ayah aku terkena, macam kes ni jugak la. Dia lalu dekat Grik kot tak silap waktu tu. Seriau pulak. ![](static/image/smiley/default/dizzy.gif) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kenapa ye,. slalunya yg nak test power ni cite sume kat belah2 perak??
grik??
sana mmg aktif ke bnda2 mcm ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke kat grik suatu masa dulu ada kes santau?
sampai org x berani berenti makan kat warung kat sana?
org grik..tolong explain..
sbb rasanya dh 10 thn lebih dh kan citer tuu? |
|
|
|
|
|
|
|
uwaa..awat aku tetaw citer pasal grik ni..isk..isk |
|
|
|
|
|
|
|
iye ke? hmy3: |
|
|
|
|
|
|
|
Hummmmmmmmm......Arwah Pak Anjang aku meninggal akibat disantau masa makan kat Grik....itu ikut cerita arwah ygt keje sbg pemandu lori....dah berubat kat byk bomoh tapi tak jalan.....merana sungguh tgk dia....dekat2 4 tahun menderita....dan dia sendiri cerita kat aku pasal makan kat sebuah gerai kat sana...betul atau tak citer dia...wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
salam ...sapa ada story sila crita...
emm nk test pon kene bukak gerai ke..aku ingat hantu je bukak gerai mlm2 nk kenakan org ...biasa nk test2 ni main antar je kt warung org sesuke ati kn2 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# medangmru
cite le medang......mcmana pak cik medang blh tau dia kena santau kat situ...
kot2 Senah Pelat yang santau dia ke.....:@ |
|
|
|
|
|
|
|
dulu pernah kena dekat kuala kangsar.. sebulan batk tak baik |
|
|
|
|
|
|
|
Reply medangmru
cite le medang......mcmana pak cik medang blh tau dia kena santau kat situ...
...
jazaa Post at 21-9-2011 09:22 PM ![](http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
Hmmmmmmmmm...udah ingat2 lupa sebenaunya....cuma yg masih terbayang kat kepala aku ni ialah arwahnya pernah tumpang duduk kat umah aku ( tahun 80-an ) sbb nak berubat kat KL.....dan pernah sorang bomoh ni datang umah berubat. depan mata aku dan family aku dia ni termuntahkan rambut ( takle banyak ) dan mcm rebung buluh camtu....masa tu aku ni sekolah darjah rendah lagi takla amik port sangat...cuma aku masih ingat yg bomoh tu bgtahu pasal perkataan santau kat Mak bapak aku....dulu dia ni badan tough.....ye la dia kan pemandu lori .....dlm beberapa bulan je badan dia dah jadik papan sekeping....sian banget kat Arwahnya....anak2 dia masa tu semuanya masih sekolah rendah....
laluan pemanduan dia mmg dr Arah Tapah ke Utara ( sampai ke bukti kayu hitam )....kdg2 ke Selatan....dia ada bgtahu gak yg salah sorang member dia yg makan sesama pun kene simptom penyakit sama mcm arwahnya.....
Wallahualam... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# medangmru
kesian kan medang....apalah salah arwah pakcik medang tu....
diorang dtg makan je, bukan ada dosa apa2 pun....tetiba di aniaya mcm tu....
orang yang hantar santau tu harap2 akan menderita lebih teruk dari apa yang dia buat kat orang.....![](static/image/smiley/default/3vmad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
grik area mana tuh wei..nk tahu jugak... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# evlinne
![](http://illiweb.com/fa/empty.gif) Pengenalan kepada ilmu santau
Santau merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.
Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman . Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca , serbuk Ipoh , bisa besi , dan lain-lain. Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah , pitam , pengsan dan meninggal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.
Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh.
Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka.
matlamat:
Santau secara umunya digunakan bagi meracun dan membunuh atau melumpuhkan musuh
Kelebihan
Santau sukar dikesan siapa yang melakukannya kerana ia tidak dilakukan secara berhadapan, tetapi melalui bersembunyi
Kelemahan
Santau secara umumnya hanyalah satu bentuk racun yang digunakan bagi membunuh musuh. Racun moden adalah lebih berkesan dan mampu membunuh dengan lebih pantas.
Santau angin secara umumnya merupakan serbuk santau (yang mengandungi bahan tajam dan halus) yang dihembuskan kepada mangsa agar memasuki paru-paru mangsa tanpa disedari dan mengakibatkan kerosakan paru-paru. Secara saintifiknya kematian berlaku kerana mangsa menghidu dan menyedut bahan santau kedalam paru-paru dan dengan itu mengakibatkan kerosakan paru-paru disebabkan bahan tajam bercampur racun yang digunakan.
Kemungkinan jampi yang digunakan merupakan satu cara menjelaskan bagaimana santau bertindak. Ini disebabkan pengamal santau silam tidak dapat menjelaskan bagaimana bahan santau mampu membunuh mangsa, dengan itu menggunakan jampi dan mentera sebagai cara penjelasan bagaimana santau mampu membunuh. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tentang santau melalui makanan nie,tak banyak sangat yang saya perolehi melalui research saya..Tapi mungkin cukup untuk berkongsi dengan korang semua匔ukup ker?Hehe,,
Back to the topic,santau makanan dijayakan dengan jayanya oleh seseorang dengan meletakkan/mencampurkan makanan mangsa dengan miang buluh,kaca,serbuk Ipoh,bisa besi dan lain-lain.Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut.Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah,pitam,pengsan dan meninggal dunia.Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini,serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru.Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah,dengan itu meracun mangsa.
Tidak banyak cara untuk mengetahui adakah makanan itu mengandungi santau atau tidak..Cuma langkah berjaga-jaga yang perlu diambil ketika hendak makan dimana-mana restoran atau tempat.
1.Elakkan menjamu selera di tempat-tempat yang terkenal dengan amalan ilmu ini.Jika terpaksa,ambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa berhati-hati ketika hendak makan.
2.Sentiasa peka terhadap makanan anda.Jika anda ternampak rambut,kuku atau benda-benda asing terkandung dalam makanan anda,terus panggil tuan kedai itu.Minta dia buatkan baru atau terus tinggalkan kedai tu.Ingat,sentiasa ALERT!!
3.Kat kedai makan,sentiasalah menutup air dan makanan anda dengan sesuatu.Contohnya kalau air,tutupla dengan piring..Kalau tomyam,memang bekas tomyam tu disediakan penutup kat sesetengah kedai kan?Kerana,kalau korang duk kat kedai makan,ada orang nak santau contohnya,dia boleh hantar kepada anda melalui haiwan contohnya cicak atau lalat,dan binatang tu akan jatuhkan 憇antau |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Huhu . Sekali dah tkena , bukan senang nak ubat bg baik . Benda ni dah biasa belaku kat dpn mata dulu . Arwah pakcik meninggal dunia sbb benda ni . Paling mnyedihkn org yg buat tu ta dsangka攌n sekali . Arwah yg sihat tegap (bekas tentera) makin lama makin kurus , sakit , berubah jd mcm org lain . Sedih dgn cara pemergian arwah . Hm.. Pape pun berhati |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum WBT.. Salam sejahtera sy ucapkan..
seperti biasa.. bila bukak jer blog ni.. msti ada story
yg nak dikongsikan dengan semua.. ok.. kita mulakan..
S.A.N.T.A.U - mencelakai mangsa dari jarak jauh.
yang mana ilmu ni digunakan untuk membinasakan
sesorang dengan niat jahat..!!!! f*ck aku cakapkan...
sbb benda ni da jadi kat family aku iaitu bapak aku sndri..
Dalam entry yg sebelom ni ada aku cite pasal kes bapak aku
yang mana aku cakap bapak aku kena gastrik.. (tekan disini)
namun hakikat nyer bukan seperti yg disangka..
pagi tadi bapak aku berjumpa pengamal perubatan tradisional
terkejut bila mendapat tahu ada kaca kt dalam perut dia..
gara-gara perbuatan orang yg busuk hati..!!!
orang yg menghantar benda ni amatlah aku kenal sgt2..
Seorang hamba ALLAH yg bergelar HAJI (haji busuk hati)
apa motif dia nak buat semua ni.. setahu aku.. kalau la dia haji
dah tentu la amalan nyer bagos.. ke dia g haji sebab nak
menunjuk2..?? lah*nat apa orang mcam tu..
mati ko memang x terima dek bumi la manusia jahanam..
aku bukan tuhan nak menghukum orang.. tp ko ada otak..
aku sedih bila kes ni jadi kt famly aku.. rasanya fmly aku
xde la bermusuh2 dengan sape.. tp kenapa ko nk wat mcm ni..
ikutkan hati nak jer aku bunuh orang tua tu.. b*bi tol la..
tp yg ku mohon agar ALLAH S.W.T dapat membalas apa yg
selama ni dia wat kat famly aku.. TUHAN MAHA KAYA..
dan TUHAN MAHA ADIL.. ko pikir la sendiri org tua..
dan sebelom aku tamatkan cerita ni.. SALAM AWAL MUHARAM
aku ucapkan kepada semua umat ISLAM dimuka bumi ini..
semoga sihat sejahtera selalu la hendak nyer..
bagi manusia yang bertopengkan syaitan tu.. ko terima la
akibatnyer di AKHIRAT nnt.. sekian.. Assalamualaikum WBT |
|
|
|
|
|
|
|
Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis. Tidak kira siang atau malam, mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran pastinya menggangu jiran tetangga.
揔alau aku mati, aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah di depanku untuk keluar mencekik engkau, |
|
|
|
|
|
|
|
Cuma nak tahu. Selalunya orang kata kalau nampak gerai atau warung tepi jalan yang sunyi sepi t ...
evlinne Post at 21-9-2011 15:59 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
Assalammualaikum TT
Maaf nak bertanya..ni cerita baru ker atau cerita lama?
setahu ketot test ilmu hitam seperti yang TT cakp ni berlaku dalam tahun 80-90an gitu
sekarang ni dah tak de lagi..maaf ler ce pegi tengok pekan grik skrg ni..semakin ramai orang..nak2 time raya..
pekan gerik merupakan pekan yang baru nak membangun
time santau berlaku pun, masih ader yang pegi makan kat kedai2
bukan semua orang kat situ terkena santau..kerana cerita2 mcm ni pekan gerik lumpuh seketika dulu
kalau tak salah ketot, pihak polis pernah keluarkan amaran tentang mengenai penyebar2 cerita pasal ni
disebabkan cerita2 yang tak berasa, ramai yang bungkus perniagaan kat situ
bayangkan lah sampai nak isi minyak kete pun, boleh ader santau??betul ker gitu??
orang yang mengamal ilmu santau rasanya ada dimana2 saja bukan di gerik atau di perak saja..
pernah seketika dulu ada salah seorg forummer dah bukak thread pasal santau kat pekan gerik, ketot pernah baca dan pernah komen |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|