CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8771|Reply: 51

Kisah Angker Duniaku

[Copy link]
Post time 28-9-2011 09:17 AM | Show all posts |Read mode
Salam semua. Memandangkan bos aku takde kat opis, aku pun banyak masa lapang, so aku tergerak untuk bukak thread ni di mana aku akan menceritakan kisah2 angker yang pernah terjadi pada keluarga aku, sedara mara aku serta kawan-kawan aku. Semuanya yang berkisar dengan dunia aku.


(Actually aku dah mengikuti forum ni dari tahun 2009 tapi aku jarang memunculkan diri. Jadi silent reader je. Ni id baru aku. Id lama aku dah kena status Troublemaker. Hahahaha! )


Sebelum aku citekan semuanya, inginlah dimaklumkan pada korang semua yang hantu2 setan, jin2 and semua benda2 mistik ni boleh dikatakan sangat lumrah kepada keluarga dan sedara mara aku sebab dari kecik sampai dah tua bangka sekarang, kitorang dah didedahkan dengan benda2 ni. So kalau dalam certain citer tu korang tengok kitorg macam selambe badak je, tu bukanlah sebab kitorang tak takut... tapi sebab dah agak lali.


Citer2 yang aku akan ceritakan jugak tak mengikut turutan tahun ye. Bila aku ingat, aku cite. Tu je... dan ada sebahagian nama dan tempat mungkin akan ditukar dengan sengaja untuk mengelakkan kesulitan kepada rakyat Malaysia di akan datang. Eceh. Cite2 aku jugak mungkin ada yang aku dah tulis kat forum lain and blog aku tapi cite2 tu ditulis dalam English, so aku tulis kat sini dalam Malay lak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2011 09:24 AM | Show all posts
Kisah Angker 1

Kalau korang rasa hantu cuma akan muncul kat tempat gelap, time malam2 je, korang silap lah. Hantu ni kalau dia nak mengusik kita, anytime, anywhere, anyhow. Heheheh.

Citer ni berlaku di rumah family aku kat Sungai Petani. Rumah ni rumah taman jenis Semi-D. Dulu kawasan ni meriah masa zaman aku sekolah2. Tapi sejak semuanya dah besar2, taman tu sendiri macam makin takde orang lak. Lepas sorang, sorang pindah.

Family aku pun antara yang dah tak stay kat rumah tu sekarang. Sebabnya? Kitorang kena jaga atuk kitorang yang dah sorang2 lepas nenek meninggal. Kebetulan sekolah2 adik2 aku pun kat kampung atuk aku gak. So senang la nak gi sekolah.

Rumah Sg Petani tu family aku cuma akan jenguk setiap hujung minggu je. So most of the time, rumah tu memang takde penghuni lah.

Nak dijadikan cerita, time tu adik laki aku tengah cuti semester. Dia buat keje part time kat Pizza Hut Giant. Dekat dengan rumah kitorang. So dia pun mengambil keputusan untuk duduk sorang2 je kat rumah tu. Ada la jugak orang jaga kan...Lama la jugak dia dok situ sorang2 tapi takde pe2 yang angker terjadi la.

Sampai laaa satu pagi Ahad tu...

Hari Ahad tu dia tak keje. So malam Sabtu tu dia lepak main Dota (online game) dari malam sampai ke lepas Subuh. Dia bajet nak tido lepas Subuh lah. Dalam kul 8 lepas dia sarapan pe suma, time dia nak tido, mak aku kol. Mak aku cakap, ada orang akan datang hari tu nak baiki paip bocor. Memandangkan tengah hujan lebat time tu, so tak sure la kul berapa plumber tu nak datang. So adik aku pun ok je lah... Pastu dia tido.

Dalam kul 10 macam tu hujan pun dah renyai2...Tetiba adik aku terjaga dari tido sebab dengar ada orang ketuk pintu rumah. Bilik dia tido tu bilik depan. Katil dia lak sebelah tingkap. So dia jenguk je lah ikut tingkap nak tengok plumber tu ke yang ke dah sampai. Tengok2, takde sape pun kat depan rumah. So dia bajet maybe bunyi tu datang dari rumah jiran kitorang lah. Dia pun baring balik atas katil dia.

Tak lama pastu, dia yang tengah tido mengiring mengadap pintu bilik time tu,nampak pintu bilik dibuka perlahan2. Eeeeeekkkk! *sound effect*

Dia nampak ada pompuan jalan masuk. Pompuan tu muka huduh la..muka macam orang tua kedut2.. rambut macam kak limah tu... dengan baju putih dia yang tak berapa putih.. tipikal pontianak/langsuir.

Hantu tu datang slow2 ke arah dia... sampai la dah dekat dengan katil dia. Pastu lidah dia makin lama makin panjang. Dia datang dekat dengan adik aku, tindih badan dia, pastu nak masukkan lidah panjang dia tu dalam mulut adik aku. Adik aku time tu takut giler tapi dia takleh gerak langsung. Dia cuma leh tutup mulut dia rapat2 tak bagi lidah hantu tu masuk. Dalam hati dia time tu macam2 doa dia baca. Ntah betul ntah tidak tak tau la sebab tengah gabra. Lama gak la diorang bergomol. Hahahah! Pastu hantu tu mengilai, terbang kuar tingkap.

Adik aku apa lagi, laju2 terus kol mak aku. Mak aku time tu dah la tengah mengajar. Mak aku cite kat aku suara adik aku time tu macam orang nak nangis. Nafas macam baru pas lari sprint. Bayangkan takut tak takut dia time tu. Hahahah! Adik aku cite la kat mak aku dari A-Z. Yang kelakarnya, dalam takut2 adik aku tu, dia leh maki2 hantu tu sebab dah kaco dia tido. Ye lah, dia dah la penat keje semalam, pastu tak tido semalaman main game, tup2 time dia dah tido kejap hantu tu datang kaco. So dia rasa cuti dia terganggu la. Mak aku tanya dia nak watpe pastu? Mak aku bajet dia nak lari balik kampung la. Dia cakap dia nak basuh pinggan, basuh baju ngan kemas rumah. Hampeh!

Citer lain, to be continued

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 09:38 AM | Show all posts
sila sambung lg yer.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 09:59 AM | Show all posts
lawak la adik TT...BTW best citer...seram bila terbayang hantu jelir lidah nak masukkan dalam mulut adik TT...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 10:03 AM | Show all posts
giler berani...kalau aku pengsan terus...x sedar2 dah...

mesti cik ponti tu kegersangan... siap nak gomol2 lg....x sanggup mak noks....
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 10:05 AM | Show all posts
abis tu plumber tu ada datang x? kerr pontianak tu dah repairkan skali paip bocor tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-9-2011 10:06 AM | Show all posts
Kisah Angker 2
Okay. Cite ni turut berlaku di rumah Sg Petani. Waktu tu adik bongsu aku, Noni, baru umur 2-3 tahun. Dia tengah main sorang2 kat hall tengah. Kitorang yang besar2 lak tengah asyik tengok TV. Tetiba satu rumah bergema dengan bunyi dia menjerit. Jeritan yang penuh dengan ketakutan. Bila dipikir2, memang aku xpernah dengar orang menjerit macam tu sepanjang aku hidup.


Sejurus selepas dengar dia menjerit, kitorang apa lagi.. semua berlari la ke arah suara dia. Mak aku jumpa dia kat dapur. Dia nampak je mak aku, laju2 dia lari ke arah mak aku dan peluk macam berlari dari something yang menakutkan. Mak aku dah dukung dan peluk dia pun dia macam meronta2 nak mintak mak aku peluk lagi kuat. Macam nak memanjat2 lagi. Sambil dia nangis meraung, sambil dia meragas mak aku, sambil dia sembamkan muka dia kat bahu mak aku.


Mak aku panik lah tengok dia macam tu. Mak aku tanya dia kenapa? Noni sambil tak angkat muka dia sambil tangan kanan dia tunjuk kat sudut dapur. Dia cakap "Takut, muka buruk, nak main". Kitorang semua tengok ke arah yang Noni tunjuk. Tak nampak apa2. Tapi tangan noni masih menunjukkan ke arah tempat tu. So kitorang tau la Noni dah nampak something yang menakutkan... dan yang dia nampak tu actually adalah hantu budak kecik yang ajak dia main. Disebabkan muka dia buruk takleh diterima akal, Noni ketakutan lah. Pastu macam biasa la.. demam..


The end..


To be continued...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2011 10:07 AM | Show all posts
Post Last Edit by _Lovesucks at 28-9-2011 10:09

giler berani...kalau aku pengsan terus...x sedar2 dah...

mesti cik ponti tu kegersangan...: ...
ainnaza Post at 28-9-2011 10:03


   Bapak aku cakap, kalau adik aku kalah and biarkan lidah tu masuk, kemungkinan besar adik aku akan dirasuk. Btw, plumber tu datang...tapi around kul 2p.m. Hahah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2011 10:15 AM | Show all posts
kami nk lg
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 11:08 AM | Show all posts
Reply 8# _Lovesucks

uihh..takutttnya...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 01:46 PM | Show all posts
Reply 8# _Lovesucks

ape motif hantu tu nak masukkan lidah die kat mulut adik u?
Gatal punye hantu...ahahah
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 02:36 PM | Show all posts
Reply 2# _Lovesucks


Hahah hantu pun gatal gak eh.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 03:41 PM | Show all posts
continue lagi
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 03:51 PM | Show all posts
Simple and nice.Senang faham penulisan ko.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 04:04 PM | Show all posts
best la baca citer TT,tambah la lg.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 04:28 PM | Show all posts
diri sendiri penah jumpe tak??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2011 04:31 PM | Show all posts
Kisah Angker 3Cerita ni terjadi pada waktu siang jugak.. time tu hujan renyai2 jugak. (Sebab tu la aku cukup seriyau kalau hujan.. sebab aku tau antu2 kesejukan di luar sana..aku takut diorang masuk umah aku je).


Abah aku cikgu. Mengajar dekat sekolah luar bandar dekat2 dengan kampung atuk aku. Sekolah ni letaknya dekat dengan bukit. Sekolah kecik je... nama sekolah tu pun ada kecik2 nye jugak. Sekolah Kebangsaan _____ Kecik. Lol!


Ok.. pagi tu hujan renyai2. Abah aku baru nak memulakan kerja mengajar dia pada hari tu. Waktu dia masuk je dalam kelas, tetiba dia ternampak satu benda warna putih terbang kuar ikut tingkap. The moment benda putih tu kena window panel, badan dia split jadi dua and then hilang. Students semua jadi havoc. Semua bangun dari tempat duduk, sambil menuding jari ke arah benda putih tu. Satu kelas nampak.


Beberapa minit sebelum kejadian yang abah aku saksikan tadi...


Ida pelik tengok kawan sebelah dia, Mimi, diam je. Tak macam selalu. Mimi tunduk je tak cakap apa2.. pastu dia menggigil. So Ida tanya la Mimi...


"Kenapa diam je Mimi?"

"Sejuk...."

Pastu si Ida ni pun rasa la dahi Mimi. Mana lah tau Mimi demam ke kan. Dia sambil cakap dengan Mimi, dia tundukkan muka dia sebab nak tengok muka Mimi. Dia nampak muka Mimi macam ada lain skit tapi dia tak terpikir apa2. Pastu Ida perasan rambut Mimi panjang. Rambut Mimi siap terjengul kuar kat belakang tudung dia.

"Rambut ko panjang ye". Ida tegur sambil pegang2 rambut Mimi. Dia rasa macam keras2 so dia tanya la Mimi kenapa rambut dia keras. Tapi Mimi diam je. Pastu ada sorang budak laki yang duduk dekat diorang tegur Ida tengah cakap dengan sape. Ida bagitau dia tengah cakap dengan Mimi. Pastu budak laki tu bagitau la "Mana ada Mimi!"

Time tu lah abah aku masuk dalam kelas. Hantu tu tengok abah aku, dia terus terbang kuar tingkap. Waktu dia terbang tu lah baru satu kelas nampak Mimi tu. Sebelum tu cuma Ida. Ida memang terkejut la tetiba je Mimi terbang. Pastu baru la dia sedar tu hantu.. and baru la dia perasan muka Mimi tadi macam muka orang tua. Ida memang trauma la sebab dah la dia dah cakap dengan hantu tu, dia siap pegang lagi rambut hantu tu. Terus la dia pun demam tak datang sekolah minggu tu. Hahaha.

So mana Mimi yang sebenarnya?

Mimi sebenarnya hari tu memang tak datang sekolah sebab dia demam

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2011 08:48 AM | Show all posts
Kisah Angker 4

Benda ni jadi pada diri aku sendiri. Juga di rumah Sg Petani.

Aku tak ingat benda ni terjadi pukul berapa tapi aku pasti antara jam 7:00 - 7:30 malam. Aku kat dapur sorang2 tengah basuh pinggan sementara nak tunggu masuk waktu Maghrib. Sambil basuh, aku tengok2 la kat luar rumah aku. Kira sink aku ni depan tingkap la. Tengah cuci2.. pastu aku nampak Noni berjalan kat tepi tingkap dari belakang rumah menuju ke depan. Aku nampak atas kepala je lalu tepi tingkap sebab Noni time tu umur dalam 4-5 tahun...rendah je.

Aku tegur la dia suh masuk rumah sebab time senja banyak setan kat luar. Tapi Noni langsung tak menyahut aku. So aku pun berlari le ke pintu yang menghubungkan tepi rumah aku. Niat aku memang nak marah dia ah sebab tak jawab kakak dia panggil kan:@. Aku jenguk kepala aku tengok kiri kanan, takde sape. Aku panggil Noni pun takde yang berjawab.

Pastu aku pun pergi la ke ruang tamu sebab aku dengar adik2 aku tengah gelak2 tengok kartun. Noni ada kat situ. Aku tanya la dia kenapa dia tak jawab aku panggil time dia kat luar tadi. Mak aku cakap, memang dari tadi dia ada je depan TV. So aku pun tak banyak betah, terus join diorang tengok TV gak. Takut aku nak gi dapur.

Nasib baik time aku jenguk kat luar tadi aku tak nampak apa2. Tapi bila aku recall balik, sebenarnya aku nampak kepala yang lalu kat tingkap tu botak . Tapi disebabkan aku tak pk bkn2 time tu dan ada sorang je budak kecik kat rumah aku, aku terus bajet tu adalah Noni.

Dah duduk rumah tu beberapa tahun, baru la aku tau sebenarnya rumah kitorang tu tempat laluan Jin. Bilik depan yang adik aku jumpa pontianak gatal tu plak memang laluan utama makhluk2 ni. Sebab tu lah banyak event terjadi kat rumah ni.

-To be continued-
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2011 10:03 AM | Show all posts
bestnya cerita TT..... mau lagi.. mau lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2011 11:27 AM | Show all posts
bravo TT....
nak lg... nak lg................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.216960 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list