|
¡°Bak sini tangan Aminah Amia.¡± Entah bila Haji Din berdiri sebelah aku.Hanya terasa suaranya di bibir telinga. Aku belum berbuat apa-apa, Haji Din dahmencapai jari jemari ku yang runcing itu. Haji Din mengukur telapak tangan kudan dia. Aku memandang hairan. Dah main ukur-ukur pulak. Takkan nak main bahasaisyarat. Itu aku belum belajar lagi.
¡°Kenapa?¡± hanya sepatah aku bertanya dan Haji Din terus tersenyum lebar.
¡°Tapak tangan siapa lagi besar?¡± Haji Din meletakkan tangannya atas tapaktangan ku.
¡°Mestilah Haji Din. Kan Haji Din lelaki.¡± Jawab ku jujur. Haji Dinmengusap ubun-ubun ku lantas menciumnya. Aku hanya termangu memandang Haji Din.Satu jawapan satu kucupan.
¡°Bertapa besarnya kasih sayang saya untuk Aminah Amia isteri saya.¡± LuahHaji Din dan ini lagi membuat aku termangu. Tiba-tiba berbahasa romantika pula.
¡°Apa kena mengena dengan tapak tangan?¡± mulut tanpa sempat menahan danbertanya. Tak sayang mulut betul Minah ni.
¡°Begini! kalau Aminah Amia perlukan apa-apa, Aminah Amia isteri sayatulis atas tapak tangan saya.¡± Ujar Haji Din. Aku pandang tapak tangan HajiDin. Nak tulis pakai apa?
¡°Boleh ke?¡± Tanya ku kurang pasti. Kalau aku asyik menulis atas tapaktangan Haji Din, sudah pasti penuh dan tiada rupa tapak tangan Haji Din pula.Tau sajalah aku ni, pasti banyak tanda soal dalam benak fikiran ini. Iyalahbudak baru nak belajar katakan.
¡°Bolehlah sayang. Aminah Amia tulis begini.¡± Lantas Haji Din terusmembuat aksi yang sepatutnya perlu aku lakukan nanti dimajlis tersebut.
¡°Ohhh¡begini rupanya.¡± Aku memandang tapak tangan ku yang di ukirberulang kali dengan jari telunjuknya. Terasa geli pun ada.
¡°Okey! Pergi siap. Pakai baju kurung berbunga biru yang saya beli masakita pergi Jusco Maluri tu.¡± Haji Din mengarahkan aku. Lelaki itu kembalimelabuhkan tubuhnya dibirai katil. Aku menurut perintah dengan rasa yangberbelah bagi. Dada masih berdebar-debar.
¡°Kenapa perlu menukar baju dalam bilik mandi Aminah Amia?¡± tenang HajiDin bertanya dan hati terus bergelora. Tanpa jawapan aku hilang disebalikpintu. Takkan aku hendak menukar baju depan Haji Din pula. Walaupun kami sudahmulai menyesuaikan antara satu sama lain tetapi bab ni aku masih failed lagi.
Aku keluar dari bilik air sebaik selesai mengenakan baju kurung tersebut.Rambut yang diikat tadi ku perkemaskan semula dan disanggulkan agak tinggi.Sengaja rambut tersebut ku tarik tegang. Iyerlah nanti bila dah pakai tudung,takut anak rambut akan terkeluar. Pasti Haji Din tidak gemar.
¡°Aminah Amia, turunkan sedikit sanggul tu. Dah macam unta pula.¡± Haji Dinsegera merapati tubuh ku. Sanggul yang kemas tadi diuraikan kembali. Getah rambutdi tarik keluar dan Haji Din kembali menyikat dan menyimpul sanggul ku tetapikali ini lebih rendah dan setara dengan kepala ku.
¡°Tak boleh ke?¡± Tanya ku jujur. Haji Din menarik tubuh ku mengadapnya dansenyumannya tetap terukir dengan air mukanya yang tenang.
¡°Haram sayang. Kita tidak boleh bermegah-megah dan ini salah satu puncauntuk bahu kiri kita mendapat markah.¡±Terang Haji Din dan lelaki itu terus mencapai tudung yang tersangkut dipenyangkut baju. Memang sejak bertudung, semua tudung ku disangkut sedemikianrupa dan senang tidak perlu digosok. Warna biru yang senada dengan bunga-bungakecil itu. Haji Din tekun memakaikan aku tudung dan mengemaskannya sekali.Bagaikan anak kecil pula rasannya. Pandangan kami bersatu dan aku tertundukmalu.
¡°Okey! Siap.¡± Haji Din tersenyum. Aku segera memandang wajah di cerminuntuk melihat kekemasan yang Haji Din lakukan tadi dan yang sebenarnya untukmengelak Haji Din merenung ku lagi. Pabila berpuashati aku terus mengenakanbedak dan secalit gincu. Tiada alat makeup pun kerana sememangnya dari dulu akutidak suka dengan alat-alat tersebut. Haji Din pun tidak membantah keranamenurut katanya kecantikan seseorang bukan letak di wajah yang bercalit-calittetapi dari budi perkerti yang tersusun dalam hati dan sanubari. Dan yang lebihpenting kecantikan aku adalah harta Haji Din dan sememangnya hanya untuk HajiDin suami ku.
Aku tersenggih bila Haji Din menyarungkan t-shirt yang berwarna birujuga. Sedondon dengan aku. Baju yang di beli sama dengan baju kurung ku.
¡°Kenapa tersenyum? Ada yang tak kena ke?¡± tanya Haji Din dan lelaki itu terus menilik baju danseluarnya berulang kali.
|