CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13165|Reply: 35

Penipuan Facebook Terbaru (Kesian Siempunya Gambar)

[Copy link]
Post time 30-9-2011 04:59 PM | Show all posts |Read mode
Dengan menggunakan gambar perempuan melayu yang belajar di luar negara, mereka membuat penipuan melibatkan wang ringgit melalui facebook. Ini aku kepilkan mengenai apa yang terkandung di dalam inbox aku, ini hanyalah sekdar permulaan saja.


Nurul Ahmad Badawi

Hello Apa kabar,my name is Nurul,i am presently in Uk, My late father is from (johor) malaysia and my mum from UK,i will be coming to malaysia for my holiday soon.i want us to be close before i come to malaysia so that you can show me around malaysia when i visit.please feel free to write me if you are interested,so we can get to know our self more. hope to hear from you
Terima kasih.00447031884589


Selepas menerima email ini, aku tahu yang ianya adalah 1 penipuan dan aku accept sahaja beliau ini menjadi rakan aku di facebook. Selesai usai saja aku menerima jemputan dia sebagai rakan, dia terus berkali-kali memesej aku dengan HELP HELP!. Aku yang sudah tahu akan taktik begitu terus melayankan saja kerenahnya, mengikut beliau sekarang ini telah tersadai di KLIA disebabkan masalah passpot. Jadi dia mengharapkan aku dapat memasukkan sejumlah rm10k kedalam akaunnya sekarang, sebagai imbalannya selama seminggu dia akan duduk bersama aku.

Dalam hati aku tergelak saja, beria saja ia meminta aku memberikan no telefon aku kepadanya untuk dia hubungi. Dia siap mengatakan yang aku mungkin sangsi, tapi dia boleh buktikan dengan menghubungi aku sekarang ini juga. Kebetulan aku ada no prepaid lain yang aku tidak gunakan dah, jadi aku hidupkan dan suruh perempuan itu menghubungi aku (untuk ketahui taktik mereka menipu).

Tak sampai seminit telefon bimbit aku menerima 1 panggilan dari 'private number', satu suara wanita muda di talian dengan berikan salam dan kemudiannya bercakap bahasa english. Dengan suara  sayu kesedihan mengatakan beliau di tahan di lapangan terbang akibat kesalahan passpot, jadi untuk membolehkan beliau bebas perlu masukkan duit sejumlah 10k. Kemudian dia kata ada pihak kastam/polis/imigresen nak cakap dengan saya dan kemudian telefon macam di sambungkan ke bahagian lain, ada seorang lelaki melayu dengan fasih berbahasa melayu di talian mengakui sebagai pegawai imigresen.

Si lelaki penyamar itu bercakap melayu dengan lancar dan seakan perkara ini benar-benar berlaku, dan siap mengingatkan aku yang perlu bayar sekarang melalui maybank2u atau cimbclicks kemudian terus ke pejabat imigresen di KLIA untuk menjemput wanita tersebut. Kemudian talian telefon disambungkan kepada wanita tersebut, kalau tadi wanita tersebut sayu dan menangis teresek-esek tapi kali ni lain macam sebab dia mengedik pula dan siap kata dia akan jadi hamba seks aku selama seminggu ini kalau aku tolong bayarkan denda pelepasan imigresen tu nanti dan bersungguh-sungguh memberikan nombor akaun maybank.

Jadi sebab aku nak tahu nama siapakah gerangan nama akaun maybank2u tu, aku salin lah juga dan aku buka maybank2u dan masukkan akaun yang di berikan tu. Memang terkejut sangat sebab akaun itu di bawah nama yang sama Nurul Ahmad Badawi, sebab aku ingatkan ia menipu soal nama sebab Nurul itu aku andaikan diia ambil nama Nurul izzah dan Ahmad Badawi adalah nama bekas PM kita bukan?. Aku sangat terkejut jadi tidak hairanlah ramai lelaki-lelaki atau wanita-wanita miang di luar sana boleh terpedaya dengan tipu helah seperti ini, nampak gayanya penipuan ini terancang dan melibatkan ramai pihak di Malaysia dan juga dari luar. Jadi berhati-hati lah ye, jangan sampai ada dari kita tertipu dengan cara sebegini dan jangan lupa juga kongsikan dengan rakan anda yang mempunyai facebook.

Walaupun ianya nampak remeh, tapi logik akal kadang kala tertipu juga dengan logik penipuan terancang sebegini rupa. Aku tak nak tepekkan gambar penuh wanita ini, sebab aku tahu ini hanyalah gambar tipu yang dirampok dari facebook dan tak mahu memalukan siempunya gambar sebenar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-9-2011 05:14 PM | Show all posts
Ada pula tercopy gambar, tak mengapalah kecil saja harapnya tak menjadi kesalahan dan orang tak cam.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 05:41 PM | Show all posts
dlm mastika aku pnah terbaca taktik penipuan ni, sbijik mcm yg TT cite, pompuan melayu menyamar jd peg. kastam/imegresen utk tipu makcik2 melyu gersang
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 07:29 PM | Show all posts
dasyat....apa lagi...dier kata jumpe kat mana??? pegi la jumpe trus senang...bawak polis...cakap je tak bole transfer sebab joint akaun so kena bawak cash ke KLIA.  then angkut polis ikut sekali
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2011 10:29 PM | Show all posts
dlm mastika aku pnah terbaca taktik penipuan ni, sbijik mcm yg TT cite, pompuan melayu menyamar jd p ...
H4dRi Post at 30-9-2011 17:41


Perempuan melayu jadi pegawai imigresen menipu makcik-makcik tua gersang?, maksud kamu lesbian kah?.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2011 10:37 PM | Show all posts
dasyat....apa lagi...dier kata jumpe kat mana??? pegi la jumpe trus senang...bawak polis...cakap je  ...
hike80 Post at 30-9-2011 19:29


Konsepnya begini ye, dia mahu kamu masukkan duit tu sekarang juga di melalui maybank2u atau cimbclicks. Dia kata selepas tu terus ambil dia di KLIA, tapi itu hanya temberang dia saja sebenarnya ianya tak wujud pun dan sebenarnya entah siapa perempuan mat saleh yang telefon tu entah di Malaysia atau di luar negara. Aku rasa ini adalah sendiket penipuan antarabangsa, bukan saja di Malaysia saja tapi di seluruh dunia dan ia mempunyai kaki-kaki sebab tu dia sambungkan ke orang-orang tertentu contoh macam kes ini pada lelaki melayu.

Kebiasaannya selepas kamu masukkan duit itu, dia akan terus mendiamkan diri saja sebab dah dapat duit kan. Macam kes aku ni, aku terus padamkan telefon tu gantikan dengan prepaid aku yang lain dan malam tu baru aku buka dan terdapat lebih 10 kali panggilan tak berjawab. Memang dia tak mahu tunai pun, sebab sememangnya dia bukan ada di KLIA pun. Entah dari mana dia ada sebenarnya, tapi aku tak tanya pun macam tu sebab aku dah tau itu penipuan jadi aku dah malas nak bazirkan masa kan. Sekadar tahu serba sedikit maklumat cukuplah, boleh aku kongsikan di sini supaya rakan-rakan di sini tahu taktik penipuan mereka.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2011 11:02 PM | Show all posts
memang penipu. :@
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 11:19 PM | Show all posts
mmg pandai sungguh menipu :@

tp nak tny.
kalo secara logiknya, kalau kita ditahan kastam etc masih boleh berfacebook ke??
siap boleh HELP! HELP! bagai..

kalau i dpt msg tu dkt facebook mesti terfikir benda ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2011 11:26 PM | Show all posts
Reply 6# dr.R


   since ini penipuan antarabangsa....laporkan je la...biar antara polis dan bank siasat...siapa yg buka akaun tersebut...adakaha akaun itu wujud?  secara tak langsung kiter bole siasat adakah maklumat nama perempuan yg digunakan jugak mungkin adalah satu identiti yg telah dicuri
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2011 12:39 AM | Show all posts
Post Last Edit by H4dRi at 1-10-2011 00:40

Reply 5# dr.R

oh tidak, makcik tu ditipu kononnya bf mat saleh beliau( sbnrnya negro) sdng ditahan, pompuan tu kol sruh makcik tu bank in duit, negro tu actully bf pompuan melayu tu, mereka berdua berpakat nk tipu makcik tu, kisah ni ade siar dlm majalah mastika bulan 6/7
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2011 06:00 PM | Show all posts
meh iols kongsi penipuan len dimukabuku
taktik penipuan yang popular di Malaysia

1. Tawaran pakej haji dan umrah
Modus operandi: Sindiket menyamar kakitangan Lembaga Tabung Haji atau wakil syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji serta umrah pada harga murah dan cepat. Namun, selepas mangsa membuat bayaran, pakej ditawarkan didapati tidak wujud. Ada mangsa menyedari ditipu selepas ada dilapangan terbang dan bersedia memulakan perjalanan.



2. Jual beli tanah
Modus operandi: Anggota sindiket berpura-pura hendak menjual tanah yang kononnya berpotensi dijadikan tapak kilang atau tanah pertanian. Harga ditawarkan lebih murah berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai terpengaruh. Mangsa ditunjukkan geran tanah sebagai bukti dan diminta membuat pembayaran tunai. Mangsa hanya menyedari tertipu apabila mendapati geran tanah diberikan sebenarnya palsu selepas di periksa dengan pejabat tanah dan tanah ditawarkan itu milik orang lain.



3. Bomoh buang ****
Modus operandi: Dalang mendakwa mangsa ada ****, roh jahat atau nasib malang dan berkebolehan mengubah keadaan itu jika mangsa menjalani upacara rawatan khas membuang badi. Proses rawatan biasanya mengambil masa lama dan mangsa perlu membuat bayaran ditetapkan. Mangsa hanya sedar tertipu apabila tiada perubahan pada diri dan bomoh menghilangkan diri. Ada juga mangsa wanita dicabul dan ditiduri.



4. Jual beli kereta
Modus operandi: Sindiket mencari mangsa yag memiliki kereta tapi belum menyelesaikan pinjaman atau bermasalah membuat bayaran ansuran dengan bank. Mereka menawarkan bantuan kononnya boleh menjual kereta mangsa dan menyelesaikan urusan pinjaman dengan bank. Mangsa menyedari ditipu apabila pihak bank terus membuat tuntutan bayaran atau menerima saman lalu lintas. Selepas melakukan pemeriksaan, mangsa akhirnya mendapati keretanya tidak dijual, manakala anggota sindiket penipuan menghilangkan diri bersama kereta.



5. Menyewa tanah untuk pembinaan pencawang telekomunikasi
Modus operandi: Menyamar sebagai wakil syarikat telekomunikasi seperti Celcom atau Maxis yang kononnya ingin menyewa tanah untuk didirikan pencawang. Mangsa ditawarkan bayaran sewa bulanan tidak kurang RM10,000. Bagaimanapun, mangsa diminta menyerahkan geran tanah, membuka akaun bank baru kononnya untuk memudahkan bayaran sewa dan diminta mengeluarkan semua duit simpanan dengan alasan untuk mengelak cukai pendapatan. Selepas duit diserahkan, mereka menghilangkan diri. Kebanyakkan mangsa adalah penduduk dikawasan kampung.

6. Menang hadiah utama loteri/menang judi ekor 4D
Modus operandi: Dalang sindiket biasanya warga Indonesia yang bijak berlakon kononnya mereka memenangi hadiah utama. Anggota sindiket, termasuk wanita, mencari mangsa dikawasan awam, terutama wanita yang banyak memakai barang kemas pemilik kereta mewah dan juga wanita Umno.

sambung lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2011 06:07 PM | Show all posts
cont' taktik penipuan yang popular di Malaysia

7. Beli barang runcit dengan cek palsu
Modus operandi: Sindiket membeli pelbagai barangan runcit, namun pembayaran terpaksa dibuat dengan sebahagian kecil menggunakan tunai, manakala sebahagaian besarnya menggunakan cek, dengan alasan mereka syarikat yang harus ditibuhkan. Mangsa menyedari tertipu apabila mendapati cek digunakan tidak laku, manakala syarikat dimaksudkan tidak wujud.



8. Menjual barangan yang didakwa daripada Jabatan Kastam
Modus operandi: Sindiket mendakwa memiliki barangan seperti telefon bimbit, kereta dan komputer yang hendak dijual dengan harga murah kerana ia kononnya barang lelongan kastam turut digunakan untuk menyakinkan mangsa.


Mangsa diminta membayar sejumlah wang sebagai cengkeram atau deposit sebelum barangan dihantar kemudian. Namun, penghantaran tidak dibuat dan anggota sindiket menghilangkan diri dengan wang cengkeram.



9. Menang peraduan AF/Celcom/Maxis
Modus operandi: Menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya mangsa bertuah kerana memenangi hadiah peraduan sebanyak RM9,000 Namun mangsa perlu membuat bayaran ke satu bank sebanyak RM1,000 terlebih dulu. Mangsa menyedari tertipu apabila wang RM9,000 yang dijanjikan tidak diserahkan. Polis kesal kerana banyak kali mengeluarkan kenyataan mengenai penipuan ini, namun orang ramai masih tidak ambil berat dan sanggup ditipu.



10. Gores dan menang
Modus operandi: Dianggotai sindiket yang mencari mangsa dirumah, kedai atau tempat awam. Mangsa diberi kad dan diminta menggores diatasnya untuk mengetahui hadiah dimenangi. Hadiah dijanjikan termasuk kereta dan wang tunai. Apabila mangsa ingin menuntut hadiah di premis yang selalunya beroperasi hanya dalam tempoh singkat, mangsa diminta membuat bayaran tertentu. Seringkali mangsa hanya menerima hadiah barangan elektrik, kerusi urut atau pinggan mangkuk yang tidak setimpal dengan wang dilaburkan.



11. Tawaran bantuan kebajikan dan rumah PPRT/kos rendah
Modus operandi: Beroperansi dikawasan luar bandar dan mangsa biasanya orang tua,miskin atau ibu tunggal. Anggota sindiket menyamar kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau wakil yayasan kebajikan. Mangsa dijanjikan bantuan kewangan tetap bulanan atau rumah PPRT/kos rendah pada harga potongan lebih 70 peratus.



Untuk memperolehnya, mangsa diminta mengeluarkan semua wang didalam bank bagi membuka akaun baru atau membuat sejumlah bayaran, kononnya deposit pembelian rumah. Biasanya, mereka sangup mengikut mangsa ke pejabat LTH atau bank untuk keluarkan wang. Ketika urusan membuka akaun bank baru dan mangsa diminta tunggu diluar bank dan ketika itu anggota sindiket menghilangkan diri.



12) Menang cabutan bertuah dari Hong Kong
Modus operandi: Mangsa menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara.Mangsa bagaimanapun, diminta membayar yuran pemindahan wang kedalam akaun tertentu.Selepas bayaran dibuat, wang kemenangan dijanjikan tidak di peroleh.

nota kaki/tangan : Allah berikan kita akal dan fikiran .. bertindak selepas berfikir beribu2 kali, jgn pula bertindak sblm berfikir. So, beringat sebelum terkena. sebenarnya pesanan ini juga utk iols




Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2011 11:49 AM | Show all posts
Ada lagi...

Peras ugut
Penipu (biasanya menyamar org putih la.. guna gambar tah sapa2).. ingin berkenalan- biasanya melalui laman web social. Bila mangsa menerima pelawaan tersebut... penipu akan mula karang ayat2 cinta... baru sekali dua beremail/berchatting, penipu akan kata dia jatuh cinta 'maut' ngan mangsa.

Once mangsa dah masuk jerat, penipu akan minta gambar/video/berwebcam dlm keadaan memalukan... klu mangsa bodoh (maklumla dah tangkap cinta ngan 'mat salleh')... & bagi apa yg penipu nak.. mmg siaplah.

Coz penipu tersbut akan guna gambar mengaibkan tu utk peras ugut mangsa... & mungkin gak gambar yg sama digunakan utk perangkap orang lain lak.

So berhati2 ya...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2011 02:32 PM | Show all posts
kalu melaui emel n tepon mmg byk sgt dpt yg konon menang cabutan bertuah dr celcom, maxis, power root, astro dll.. tp sume tu malas nak d layan coz tau tipu je... apalagi yg nak berkenalan nak jdkan rakan kongsi biz la mcm2 melalui emel.. just tgk sket isi emel n terus delete je....
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2011 01:56 AM | Show all posts
kesian kpd yg tertipu....
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2011 09:30 AM | Show all posts
berhati2 dan waspada la selalu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2011 04:27 PM | Show all posts
9. Menang peraduan AF/Celcom/Maxis
Modus operandi: Menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya mangsa bertuah kerana memenangi hadiah peraduan....


yg ni selalu dapat.tapi silap banyak la org tu...x pasai2 jadi "lauk"...
aku "ayam2kan" dia...hahaha~ (time2 tgh boring/tensen,mmg syok "ayam2kan" org ni..)

dan selalunya yg punya kerja ni...org dr seberang..(kalo ikut slang percakapan dia la...)
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2011 04:37 PM | Show all posts
yg ni selalu dapat.tapi silap banyak la org tu...x pasai2 jadi "lauk"...
aku "ayam2kan" dia...h ...
Ben_Husseen Post at 3-10-2011 16:27



   ayam kan mcm mana...

p/s: lama x namapak uncle ben
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2011 05:54 PM | Show all posts
terima kasih kerana bagi info ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2011 05:57 PM | Show all posts
ayam kan mcm mana...

p/s: lama x namapak uncle ben
maleo Post at 3-10-2011 16:37



    call balik nmbr penghantar sms pelesu tu (guna public phone).pastu buat2 teruja sbb menang.

p/s : melo...pacik ada...tp skrg dh jarang2 online daaa....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.212310 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list