CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13623|Reply: 73

Menuju Alam Pernikahan .... (serta kisah Robo mencari cinta)

[Copy link]
Post time 16-10-2011 05:51 PM | Show all posts |Read mode
As-salam,
Dah lama saya nak buka thread ni, selalu sangat baca kisah2 cinta & masalah orang lain. Forummer lama bod 'Masalah Kekasih' tau yang saya ni keras sikit, laser bertempat, bukan selalu berforum sangat .... tapi bila nak aktif, ramai kena sembur dengan peluru penabur saya.

Hemmm, ada juga saya berkongsi pengalaman cinta saya, dalam bersepah dalam beberapa thread kat bod ni. Ada forummer tau, sekeras2 saya, saya juga manusia, ada masa jatuh bangun & penah hidup bergelumang pahit manis bercinta.

Jadi difikirkan semula, maka selain mengomel & memberi pandangan (samada secara berhemah atau laser), maka saya patut berkongsi sedikit sebanyak pengalaman sepak terajang saya bercinta, sehinggalah zaman dah berkahwin ni.

Selain tu, saya pun akan berkongsi tips2 mencari jodoh mengikut syariat Islam, untuk mereka yang berniat, bakal & tak lama lagi dah kahwin atau baru berkahwin.

Semoga perkongsian ini membawa manfaat untuk semua.

Wassalam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2011 06:54 PM | Show all posts
wah.....suka ayat maut TT....
Boleh TT share sikit kat kitorang pengalaman "sepak terajang" dalam bercinta tu.....
Berapa gol yang dapat TT score, & berapa kali kecundang di pihak lawan.....
Sepakan penalti ada tak?.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2011 06:55 PM | Show all posts
As-salam,
Kisah cinta pertama saya bermula ketika zaman kolej, dengan BFF sendiri. Biasalah, bila si dia jadi kawan baik, ngam satu kepala, suka bersama, duka bersama, maka berputik rasa bahagia dalam hati.

Dia pun rupa2nya ada pendam perasaan yang sama dengan saya, cuma kami malulah nak cakap face to face, tambahan pula kami kalau keluar selalu bersama geng2 sekuliah, kang diorang tau, masak le kitorang .... tambah lagi saya ni kira orang dulu cop bajet alim dalam geng kitorang.

Masuk semester tahun kedua, saya beranikan diri bagitau dia, tapi dia kata dari tumpu soal cinta, baik kami tumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran, dapat keputusan terbaik ... dan dari situ kami boleh tumpukan pula pada perhubungan. Katanya, dia selesa sebagai sahabat baik dahulu.

So, bersangka baik, kata2nya saya jadikan motivasi untuk baiki pencapaian CGPA & pembakar semangat untuk berjaya. Impian nak dapat result baik2, pastu kerja elok2, kemudian masuk meminang. Serius gile masa tu .... saya pun penah juga ke rumah dia, berkenalan dengan ahli keluarganya ..... kira mak ayah dia perasan jugalah keakraban kami, adik dia pun kamceng dengan saya.

Penah satu masa, nak wat assignment punya pasal (group assignment, kami memang selalu wat sama2) saya berada di rumahnya pagi hingga malam (wat kat ruang tamu ngan member lain) sampaikan mak ayah dia tolong masakkan makanan tengahari & makan malam bersama mereka sekeluarga. Perghhh, best masa2 tu bila dikenang kembali.

Sampai satu masa bila kami nak konvo, dia pulak terpaksa sambung pengajian semula sebab re-sit paper, saya beri dia semangat untuk berjaya, sebab bagi saya tak lengkap saya je yang grad, tapi dia pun mesti grad. Biar sama2 berjaya. Nama pun best fren, jatuh bangun sama2, suka duka sama2. Tambah lagi dari bestfren kita nak upgrade jadik teman teristimewa bertakhta dihati .... or so I thought back then ....

But, kerjaya saya memisahkan kami. Saya dapat kerja di Sarawak, kebetulan famili saya pun dah berpindah ke sana, maka di situlah destinasi saya setelah berkerja freelancer di KL beberapa bulan selepas grad. Sebelum meninggalkan dia, saya sempat berpesan, jika ada jodoh, maka dialah yang akan saya sunting. Saya sempat bagitau, selama mana masa berlalu, sejauh mana jarak kami terpisah, hati saya akan tetap setia padanya.

Masa berlalu terlalu cepat, dalam tempoh berkenaan lebih kurang 7-8 tahun hubungan kami 'on-off', sebagaimana hubungan PJJ lain. Penah juga berlaku lost contact hampir dua tahun, tapi menerusi sahabat lama kami dapat berhubungan lagi .... kira pada masa tu, jodoh kami macam agak kuat juga (sangkaan saya lah). Kami masih dalam fasa bestfren, tapi masing2 tahu dalam hati ada cinta, dalam cinta ada rindu, malah kesetiaan & kepercayaan tak berbelah bagi. Tapi mungkin dia taknak komited sangat, manalah tau, tak jadi apa2.

Saya tutup hati ini pada wanita2 lain demi dia, kerana dia, ..... tapi iyalah, berjauhan begitu lama, kesunyian kadangkala mengetuk jiwa. Saya pernah jatuh hati pada seorang pelajar saya - saya bekerja disebuah IPT masa tu di Sarawak (masa kami lost contact hampir 2 tahun) tapi atas dasar etika, dan juga kerana saya tanamkan tekad untuk si dia, maka saya lupakan & buang jauh2 perasaan tu.

Akhirnya saya kembali ke Semenanjung, alhamdulillah, maka saya pasang niat, jumpa si dia, masuk merisik & terus meminang. Maka kami berhubungan kembali, sebagai pasangan yang diuji dari segi jarak & masa. Tapi, something is missing, dari apa yang saya perhatikan pada gerak gerinya. Saya menerusi rakan2 lama yang lain cuba dapatkan maklumat, rupanya sepanjang kami berjauhan, terutama dalam tempoh kami lost contact, dia pernah menjalin hubungan dengan lelaki lain dan pernah dikecewakan.

Saya kecewa sangat2, tapi siapa saya untuk mengadilinya .... dalam tempoh lebih 8 tahun kami hanya sekadar PJJ, on-off, sekadar rakan baik, saya tak berada di tempatnya. Kecewa saya hanya kerana kami masih lagi BFF, kalau iyepun ada masalah, saya akan sentiasa menyokongnya .... tapi jauh di sudut hati, kecewa saya hanya Allah yang tahu, sebab sepuluh tahun hati ini hanya untuk si dia, hanya dia & dia seorang. Seolah terasa yang saya hanya seekor pungguk rindukan bulan ....

Atas sebab bersangka baik, saya bagi masa untuk dia beri penjelasan, tapi sekadar buat penenang jiwa saya & dia, maka saya ambil peranan sebagai sahabat karib, tak mau judgemental sangat. Rupa2nya, dia pernah bercinta dengan teman sekuliah setelah saya grad & berhijrah ke Sarawak. Tapi BF dia mempergunakan dia dengan menduakannya. Dia memang frust menonggeng .... patah hati ..... dia rahsiakan semua ni sebab taknak lukakan hati saya sebab dia tau saya menyayanginya. Lagi pun kami tak pernah declare untuk couple.


Dalam masa kami lost contact selama 2 tahun, dia juga pernah bercinta dengan teman sepejabat, rupa2nya BF baru ni pulak menipunya, mamat tu adalah suami orang. Lepas diputuskan hubungan, mamat ni jadi stalker, tak aman hidup famili dia & dia terpaksa bertukar tempat kerja & menukar no. hp.

Takpelah .... cuma, terguris tu ada juga. Saya tanya, dia sayang tak dengan saya, dia kata sayang sebagai sahabat tetap ada. Ya Allah, berdentum hati ni berkecai berkeping2. Saya gagahkan juga, tanya apa dia nampak dengan halatuju hubungan kami, dia kata ada jodoh maka dia redha. Tapi saya dah suspek, adakah saya ini hanya 'rebound love' bagi dia?

Walau apa pun, saya tekad, ini mungkin sebab salah saya tak berada di sampingnya selama ni. Saya nyatakan hasrat nak meminang, cuma tunggu masa nak merisik je. Adik beradik saya pun dah tau. Saya sempat jumpa mak ayah dia, diorang lagi nampak macam merestui .... dalam tempoh seminggu sebelum nak meminang .....  si dia hantar sms minta saya lupakan dia.

Rasa macam bergegar dunia ni. Masya Allah, berkali2 saya telefon, sms, tapi tak berjawab. Contact mak ayah dia, katanya dia sibuk lah macam2 ... saya tau mereka terpaksa cover line untuk dia sahaja. Finally, lepas saya contact semula, dia cakap, kami takde masa depan bersama, sebab saya hanya bestfriend dan tak lebih dari itu. Saya gagahkan hati kata yang saya setia kat dia lebih sepuluh tahun, takkan nak buang gitu je perasaan ni ... dia kata, nak buat cemana, takde jodoh.

Cam tu aje .... hubungan kami berakhir. Dengan kata2 itu sahaja ..... sakit, pengorbanan hati untuknya, satu nilai harga persahabatan .... terpadam begitu sahaja.

Allah Maha Mengetahui betapa kecewanya saya yang hanya bermain ilusi, yang saya hanyalah seekor pungguk menantikan purnama jatuh ke riba lebih sepuluh tahun & tersedar terkena panahan mentari suatu hari bahawa ia hanyalah satu khayalan semata2.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2011 07:17 PM | Show all posts
As-salam,

Saya pernah post kisah ni dalam thread lain. Ni kira copy paste balik. Sebagai pengajaran buat kita semua. Inilah kisah kedua cinta saya.

Ini adalah kisah hidup saya sendiri. Pengalaman ini saya kongsikan buat semua sebagai tauladan & pedoman kita semua.

Ya, memang saya agak berkeras soal perzinaan ini. Rata2 rakan2 seforumer tahu yang saya memang agak bertegas soal ini. Tiada kompromi.

Maka Allah uji diri saya bertemu muslimah yang pernah terlanjur tika saya pernah kecewa gagal cinta pertama (dekat 10 tahun juga).

Maka, saya tetap usahakan agar doa bertemu pasangan jadi kenyataan. Dalam kecewa, Allah pertemukan saya dengan seorang muslimah, punya kisah silam & pernah terlanjur, tapi, entah bagaimana, hati saya yang anti penzina tiba2 Allah bukakan untuk redha menerimanya seadanya. Mula hanya sekadar suatu persahabatan yang diwarnai ihsan, saya menjadi teman tempat si dia meluah kisah duka & kesesalan atas perbuatannya, saya pula memotivasikan beliau untuk terus memandang ke hadapan, mencari kasih Ilahi.

Dalam ketetapan itu, saya cekalkan hati, kukuhkan iman, untuk meminangnya, ya ... memperisterikannya demi membela nasibnya. Suatu cinta ihsan, demi suatu pembelaan. Si dia terperanjat, kerana teman luahan hati ingin melamarnya. Tika saya yakin dengan niat murni saya, Allah uji saya seadanya. Saya mula keluar berdating (2 kali) untuk mengenalinya secara peribadi, ada niat nak pasang bercouple, mula melayan angan2 & mimpi ke arah nafsu berahi. Maka tak tersangka, dalam kali kedua bertemu, dalam dia pasrah dalam masalah yang menimpanya, saya ambil kesempatan memegang tangannya (kali pertama saya menyentuh perempuan bukan mahram dengan sengaja) utk menenangkannya. Ya Allah, ku tewas dalam ujian-Mu, kerana matlamat tak menghalal cara, ku ambil kesempatan kerana kelemahanku mengawal gejolak nafsu. Akhirnya, saya bertekad, untuk tak terjerumus dalam bunga2 zina (bercouple / bergaul luar batasan) maka saya nekad ingin terus menikahinya. Saya redha, apa nak jadi, jadilah. Biarlah saya menjadi insan yang membimbingnya, yang membelanya.

Niat saya utarakan lebih 3 kali, si dia berderai air mata kerana ada insan yang sudi menerimanya seadanya. Rasional saya, si dia akan menerima saya, tapi, tiada ketemu jawapan pasti. Tika menanti jawapan, Allah menduga si dia dengan masalah keluarga, yang mana akan jadi 2 pilihan sukar, cinta saya mahupun keluarganya yang telah lama merinduinya di kampung halaman nun di Bumi Kenyalang (si dia berhijrah lebih 10 tahun ke semenanjung).

Maka saya istikharah, si dia pula akhirnya memberi jawapan pasti, dia menolak lamaran saya kerana rasakan dirinya tak layak untuk saya. Saya tetap dengan pendirian mengahwininya, tapi dia katakan perasaan bersalah pada saya akan menghantuinya sampai bila2. Dia memilih kasih keluarganya daripada cinta saya.

Maka terpaksalah saya melepaskan ikatan hati ini & mengorbankan cinta saya supaya demi kasih keluarganya. Dalam perpisahan itu, saya redha, kasih rindu ibubapanya lebih besar dari cinta ihsan saya, tanggungjawabnya sebagai sang anak yang terlalu lama meninggalkan ibu bapa jauh lebih besar berbanding niat murni saya.

Maaf kerana cerita yang berjela. Tapi tetap Allah titiknoktahkan jodoh kami walau saya redha menerimanya. Rupa2nya ada hikmah disebaliknya: Kiranya sayamenerima si dia, adakah mampu saya:

1. Hadapi kenyataan setelah menikah, dibanding dgn lelaki yg pernah menjamahnya?

2. Hadapi dalam diuji keadaan amarah tika hidup bersama suami isteri (pertengkaran rumahtangga itu lumrah), saya akan mungkin mengungkit kisah silamnya?

3. Hadapi ujian yg mana saya akan menduga & mencuriga kesetiaannya, lantas merosak kepercayaan suami isteri?

4. Hadapi ujian akibat kifarah dosa zinanya, yg mana Allah akan uji terus menerus samada akan berulang kisah pada anak2 kami? Atau kisah aibnya dibuka seseorg untuk menjatuhkan maruah kami sekeluarga (kisah Cut Tari dgn video maksiatnya bersama Ariel Peter Pan)?


Ya Allah, segala kemungkinan di atas terpacul tatkala saya menyoal diri setelah melepas dia pergi. Akhir saya ketemu jawapan .... tika itu sepotong ayat surah An-Nur yang menyata si laki2 penzina untuk perempuan penzina terpampang jelas di kotak hati yang mohon petunjuk Allah. Sesungguhnya saya tak sanggup menanggung risiko menghadapi ujian Allah atas kifarah dosa zina si dia. Saya tak sanggup membayangkan dirinya diratah lelaki lain tanpa ikatan sah sepanjang kehidupan kami, saya tak sanggup menjadi insan zalim yang mengungkit kisah silamnya hanya kerana suatu perselisihan, saya tak sanggup menutup lubang aib si isteri dari anak2, mahupun keluarga sekiranya diuji Allah terbongkar suatu ketika atau anak2 kami yang akhirnya melakukan kesilapan lampau siibu & terjerumus ke kancah perzinaan!

Rakan2 se-Muslim, rupa2nya saya pun terlalu kerdil untuk menerima insan yang telah terlanjur. Terlalu banyak dugaan di kemudian hari demi membayar harga kesilapan lampau. Tapi saya mendoakan si dia, yang kini di seberang sana, ketemu cinta Allah. Tika saat akhir berhubungan dgn beliau, saya nyatakan carilah cinta Ilahi, bukan cinta insani. Kerana cinta insani, dia mengkhianati amanah Allah pada-Nya, moga dengan cintakan Ilahi, dia bakal mendapat keredhaan & rahmah ihsan Allah Taala.

Moga Allah ketemukan jodoh beliau dgn insan yang lebih baik dari saya.

Sudah saudara-saudari, yang baik2 sahaja, teruna / dara suci, khatamkan kisah saya?

Sekeras setegal hati saya pada perzinaan, Allah uji juga. Ujian yg saya kalau saya memang tak kuat iman, boleh terbabas juga. Rupanya saya belum tentu jadi hero, tapi berkemungkinan jadi zero. Dari insan pencinta & pembela, tah2 rupanya boleh menzalimi dirinya & diri saya sendiri.

Maka fikir2kanlah.

Ini baru saya, bagaimana saudara / saudari lain .... sanggupkah menerima mereka sebaiknya? Redhakah kamu akan kesilapan si dia, atau hanya pada kata2 saja?

Sanggupkah kamu redha pada kafarah dosanya kerana sebagai pasangannya, kamu akan juga mengalaminya secara langsung?


Fikir2kanlah mendalam.

Bercakap memangg mudah, bagaimana kalau betul2 diuji kamu & pasangan akan ujian2 Allah bagi kafarah pasangan yang lalu? Kalau pada waktu itu kamu akan menyalahkan si dia, atau redha sahaja dengan akibatnya?

Kalau kamu yang menyalahkan pasanganmu atas perbuatannya yang lalu sedang kamu dulunya redha padanya, MAKA KAMULAH ORANG2 YANG ZALIM!


Wassalam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2011 08:02 PM | Show all posts
As-salam,

Saya akui .... pengalaman kali kedua bercinta, benar2 menguji saya sebagai seorang insan. Kecewa, dalam 2 kali bercinta, cinta kedua lebih perit rasanya. Sebab saya sanggup korban segala2nya kepada si dia, termasuk prinsip saya, ego saya ..... hanya kerana dia.

Saya mula sedar, kiranya saya bercinta, saya akan commit anything on the line .... even it will cost me everything. Orang gila mana sanggup menanti cinta lebih sepuluh tahun tanpa menyedari cinta takkan berbalas, mamat mana sanggup menerima gadis ternoda ..... tapi itulah saya. Gila angau kot .... Tapi itu realiti kehidupan ..... kehidupan saya. Saya sentiasa berfikiran positif, every dark cloud has a silver lining. Setiap sesuatu ada hikmahnya ..... maka disitu kisah cinta ketiga saya bermula ....


Kecewa kali kedua banyak memberi kesan pada saya. Tapi bagi mengisi kekosongan hati, saya banyak berdoa, supaya kekosongan ini dapat dipenuhi dengan jodoh diredhai Allah. Entah bagaimana, saya bertemu semula dengan bekas pelajar saya dari Sarawak (sila rujuk kisah cinta pertama), seorang gadis yang pernah membuatkan saya jatuh hati padanya tapi tak diteruskan kerana mahu setia pada cinta pertama.

Si dia seorang muallaf ketika dia belajar di IPT ditempat saya bekerja dulu (saya pegawai HEP). Dulunya, dia gadis Kristian yang teguh kepercayaannya pada agamanya. Dia setiausaha Persatuan Pelajar Kristian, amat aktif sekali. Tetapi, kerana ketemu ayat2 meragukan dari Biblenya yang bercanggah dengan apa yang dianutinya, dia mengkaji Islam secara diam2 & akhirnya memeluk Islam. Dia masuk Islam kerana Allah, di situlah saya memainkan peranan sebagai kaunselor. Di situ saya mula jatuh hati atas keperibadiannya, kerana cintanya pada Allah. Tapi saya seorang staf, malah tika itu saya masih nak setia pada kasih yang pertama.

Kami ditakdirkan bertemu kembali di Semenanjung. Si dia telah bekerja di KL, telah tiba2 menghubungi saya menerusi FB. Biasalah, maka kami berkongsi cerita .... dia masih lagi panggil saya sebagai 'Sir' (masa jadi staf kat IPT dulu, pelajar2 panggil saya 'Sir'). Entah bagaimana, kami mula bertemu, kemudian chatting di FB, rajin ber-sms & call ... di situ terbit kembali rasa suka pada dia. Dia seorang yang pemalu, kerana malu itu cermin & senjata seorang muslimah. Kerana itu saya jatuh hati.

Dia perasan perubahan saya. Malah saya bukan main2 lagi. Dari hari ke hari, kami makin rapat. Bagi saya, this is it. No more delay. Saya menghubungi famili saya di Sarawak untuk memohon pendapat mereka ... iyelah, hampir dua kali tak menjadi. Kali ni, saya juga menghubungi famili angkat si dia (ibu angkatnya sahabat saya, seorang ustazah di IPT tempat saya bekerja dulu).

Then saya hubungi dia, maklumkan niat saya mahu meminangnya, tapi saya berikan dia tempoh masa untuk menerima atau tidak ...

Dia sms kembali ..... katanya, dia amat mencintai Allah, jika menerima saya dia tidak lagi ikhlas kerana Allah ..... dia takut saya adalah ujian Allah kepadanya bagi menguji keimanannya ..... maka dia minta secara baik agar saya melupakan hasrat saya ...

Masya Allah, terus terang, air mata saya mengalir masa tu. Saya jarang menangis kerana wanita. Mungkin dialah ujian Allah pada saya. Saya yang berterusan mencari cinta insani, dikecundangkan dengan cinta suci seorang gadis pada Ilahi. Saya walaupun sebak, sempat bagitau terima kasih padanya kerana sudi bertakhta di hati saya buat seketika. Itulah perbualan terakhir kami, tepat jam 2 pagi.

Saya ambil wudhuk, saya bersolat taubat, saya menangis atas segala2 dosa2 saya & saya membuat solat istikharah. Jika ini takdir Allah, saya redha. Siapa saya nak pertikai cinta seorang hamba pada-Nya. Seorang hamba Allah yang baru memeluk Islam, berbanding saya yang dilahirkan Islam. Masya Allah, saya tak mampu bersaing dengan-Nya. Saya juga memohon, agar gadis muslimah ini mendapat jodoh terbaik dikalangan hamba Allah yang bertakwa.

Pada masa itu juga saya sudah pasrah .... dalam usia menjelang senja, adakah lagi cinta bersisa di hati ini .....

Wassalam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2011 08:24 PM | Show all posts
As-salam,
Bercinta 3 kali .... putus cinta tiga kali. Hatrik tu. Pada rakan karib. Pada insan terlanjur. Pada seorang muallaf.

Banyak warna warni .... banyak juga pecah hati berkeping2. Rasa serik nak bercinta. Kecewa & frust menonggeng tertonggeng. Sampai keluar air mata tu. Hampir beberapa bulan hidup tak terurus ..... macam layang2 putus tali. Sampai ada masa fikir nak membujang sampai ke tua.

Kalau orang lain, mau trauma dibuatnya. Saya memang sudah sampai tahap fobia pada cinta ..... senang la pujuk hati bersabar, tapi mainan emosi, kelabu asap jiwa ni dibuatnya. Blur je pada masa hadapan. Tapi itu fikiran saya, maka sampai satu tika .... life has to go on! Give me a chance, makes the best of live without the complication of love!

Perghhhhhh, rasa bebas sebebasnya. Takde awek, takde le bebanan jiwa raga. Bujang betul2 bujang, enjoy hidup ni tanpa komplikasi emosi & jiwa. Untuk beberapa bulan, saya enjoy bagai nak rak, enjoy kerja sampai lewat malam, enjoy melepak dengan budak2 bujang, enjoy dengan kehidupan tanpa ikatan kekdahnya ...

Untuk beberapa bulan boleh la .... setakat nak ubatkan & sedapkan hati. Kekosongan tu masih ada .... harta dah ada, kewangan dah kukuh, ibadat dah Alhamdulillah .... tapi amanah & Sunnah Rasulullah bagi membina masjid masih dilengahkan .... sebab tu rasa tak sempurna.

Saya muhasabah gak diri, selalu persoal diri, kat mana silapnya saya dalam perhubungan selama ini. Kenapa selalu tak menjadi, kenapa selalu kecundang. Saya kaji balik ..... agak2nya saya melanggar hukum Allah ke dalam hubungan sebelum ni?

Rupa2nya ya. Kita ingat kita ni dah cukup ilmu agama, rupanya jahil dalam bab perhubungan dalam Islam. Batas pergaulan, tatacara perkenalan, adab2 taaruf ..... mak ngai, patutlah kesemua perhubungan saya dititiknoktah oleh Allah Taala. Saya rujuk dengan sahabat saya, seorang ustaz (dia banyak bantu saya ketika saya hilang punca lepas putus cinta kali ketiga). Saya belajar kembali tentang mencari jodoh berlandas syariat. Rasionalnya, Allah dah beri petunjuk melalui syariatnya, maka kita sahaja yang membutakan hati tak nampak sahaja, maka kita patut kembali pada-Nya.

Saya korek pelbagai ilmu dari Internet, bertanya pada orang2 tua, dalam usaha merangka semula jalan .... jalan menuju pernikahan mengikut syariat-Nya.

Wassalam
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-10-2011 08:46 PM | Show all posts
As-salam,
Kisah cinta pertama boleh buat buku novel. Pastu selang cinta kedua & cinta ketiga.

Cinta pertama saya membuatkan saya jadi insan setia (10 tahun beb! ).

Cinta kedua saya membuatkan saya jadi insan yang redha (si dia ada kisah lampau).

Cinta ketiga saya mengajar saya erti cinta insani amat kerdil berbanding cinta pada Ilahi.

Kisah cinta yang penamatnya sama sahaja, saya ditolak. Yang pertama kerana si dia tak dapat buat ketetapan, yang kedua kerana si dia berasakan dirinya tak berhak buat saya, yang ketiga kerana cintanya pada Allah jauh lebih tinggi dari menerima cinta seorang manusia seperti saya (si dia seorang mualaf).

Maka saya ketepikan soal cinta, pedih & sakit hanya Allah Maha Mengetahui. Maka saya belajar mengenali diri, mengenali Allah, malah memilih taaruf berlandas syariatullah.


Maka ketika itulah saya ketemu dengan bakal isteri. Pelik bin ajaib pun ada. Inilah kisahnya:


Saya khatamkan apa yang dah saya pelajari pasal adab bertaaruf dalam Islam .... kiranya nak nge-test je ... dah teori, kena praktikal lah pulak ....


So saya cari lah member saya si ustaz ni. Sambil borak2 tu, saya tanya dia, cemana Rasulullah SAW dipinang Saidatina Khadijah RA .... kawan saya tu dah dapat bau niat saya, so straight to the point dia cakap, menerusi orang ketiga. Sempat lagi dia cakap, kalau saya nak, dia boleh tolong rekemen .... aisey men .... ini sudah bagus.


Maka dia bagitau, ada sorang ustazah ni, keje kat maahad, muda lagi, tak penah kawan dengan mana2 lelaki, takde rupa sangat pun. Saya dah tercengang .... makngai, setazah tu, spesis molia, haku ni jahil bagai nak rak ... biar betul ustaz ni nak rekemen ...


Saya selamba badak je kata asal budaknya cukup sifat sempurna tubuh badan & pekertinya, no problem .... perghh, cam bagus sangat, padehal hati dah cuak gile .... ustazah tu beb, orang agama, aku ni alim2 kucing je .... Ustaz ni pun kata kena pegi tengok orangnya dulu ..... iyelah, biar timbul rasa berkenan di hati .... saya tanya bila, ustaz tu cakap lusa .... tergezut ai dibuatnya. Hoccay, no problem ... siyesss, sebenarnya ada, seriau saya dibuatnya. Nak nge-test, tak sangka jadi betul2 pulak ..... ustazah tuuuu ...




Biar betikkkkk ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2011 09:27 PM | Show all posts
As-salam
Maka OPS SKODENG dilancarkan.

Masa: Petang  nak masuk Maghrib
Rakan Subahat: Ustaz
Lokasi: Maahad tempat Ustazah tu

Waktu tu, ustaz saya tu ada urusan dengan pentadbiran Maahad tu, saya pulak sekadar nak meneman sambil cuci mata tengok budak2 pompuan menghirup udara petang yang segar. Masa ustaz tu dah setel urusan dia, dia sempat bagitau, cepat2 jeling pasal ustazah tu dah keluar ofis .... maka saya terbongkok2 sebelah timbunan pokok bougainvilla mengintai rupanya dari jauh.

Rasa2nya itu le orangnya, walaupun saya rasa macam salah orang sebab ada ramai bebudak pompuan berjubah labuh depan ofis tu. Ustaz saya pulak dah gelabah, berpeluh sebab takut saya ditangkap mengintai ..... yelah, dia pun subahat apa?

Dalam 5 minit kami pun blah .... ustaz sempat tanya, cemana orangnya, saya jawab je, ok. Erhhh, cuma dalam hati, yang mana satu aku tengok tu, konpem ke itu orangnya?

Dipendekkan cerita, esoknya saya dapat no hp Ustazah tu dari si Ustaz .... maka saya sms, nak test the water maaa ..... saya tanya kabar, dan tanya samada dia kenal saya ke? Dia sms balik ...., "Ustaz sudah maklumkan dengan ana. Tapi anta kena mohon izin ayah ana sebelum berkenalan dengan ana."

Mak aihhhh, ber-ana anta tuhhhhh .... maka saya dengan konfidennya sms balik padanya minta nama & hp ayahnya. Dapat je, tah cemana saya terus call bakal mertua saya tu. Cenggini lebih kurang perbualan tu;

" Assalamualaikum, ini Haji XYZ ke?"

"Waalaikummussalam. Ye saya. Siapa ni, ada hal ke nak cakap ngan saya"

"Tuan Haji ni ayah kepada ..... ke?"

"Iye saya, apa urusan sebenarnya ni?"

"Maaflah, saya nak perkenalkan diri dulu ... nama saya R.... Tujuan saya telefon ni nak minta keizinan Tn Haji nak berkawan dengan anak Tuan Haji"

Diam ..... lama jugak tu.

"Erhhh, anak saya ada cakap dengan saya pasal ada sorang ustaz ni nak kenalkan dia dengan seseorang. Kamu ni lah oarngnya, ye? Kenapa nak berkawan dengan anak saya"

(Cuak) .... saya dah menyeluk pekasam ni, biar ke pangkal lengan beb!

"Begini Tuan Haji, jika Tuan Haji izinkan, sekiranya sepanjang tempoh perkenalan ni, ada keserasian antara kami, maka saya berhasrat nak meminang dia sebagai isteri"

(hah engkau ... straight to the point)

Pastu orang tua tu gelakkan saya .... siyes, dia ketawa terbahak2 ....... dipendekkan cerita, dia izinkan, ... sempat kami bertukar maklumat ..... di akhir perbualan, ayah dia kata inilah kali pertama ada seorang lelaki minta keizinan nak berkawan dengan anak daranya.

Masa tu hati saya (dan lobang idongku) kembang merbak ... perghhhh .....

Dapat greenlight, saya terus atur pertemuan berikutnya, dengan bersyarat, Ustazah tu bawa muhrim sekali. Kami mula bersembang melalui sms & telefon, tapi taklah cerita cintan-cintun, sekadar berkongsi maklumat pasal famili & kerja je.

Seminggu kemudian kami berjumpa, dia bawak 2 bodyguard (saudara lelaki) ... lepas tu saya perasan .... ehhh aku silap intai orang. Yang saya skodeng tu rupanya student dia ..... bukan dia .... dia tersorok sebab dikerumuni pelajar2nya, tambah pulak hampir sama baya ngan studentnya. Kira congak, umur dia dengan saya beza 8 tahun .... perghhh, muda lagi setazah ni. Tapi, dah kira jodoh tu, OK orangnya.

Tapi satu je lepas pertemuan tu ... mana cinta dihati saya ni? Last edited by robotech on 6-12-2013 12:01 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-10-2011 09:38 PM | Show all posts
As-salam
Dipertemukan dengan bakal isteri menerusi orang ketiga, memohon keizinan ayahnya untuk bertaaruf, tiada berpasangan kasih sayang hanya berbekal niat mahu mendirikan masjid Allah kerana Allah.


Itu je. Saya nasihat hati saya, bukankah kebahagian itu datangnya dari pasangan beragama & baik2, kerana mereka itu cintanya pada pasangan datang sebagai tanggungjawab & amanah daripada Allah Taala.

Bukan kita taknak berkasih sayang macam pasangan kekasih lain, tapi bukankah afdhal ia dipendam & hanya diluah pasca lafaz pernikahan & selesai ijab kabul. Manisnya cinta dilafaz, diluah, diterjemah, dilakukan selepas kahwin membawa kepada nikmat kebahagiaan sakinah mawaddah wa rahmah. Lagipun, berdasarkan pengalaman dulu, tak berbaloi lagi saya nak cari risiko bercinta kembali sebelum kahwin

Saya dengan bakal isteri masa berkenalan tak sampai sebulan, itupun kena minta izin ayahnya nak berkawan. Cukup sebulan (itupun jumpa sekali je, dia bwak bodyguard sekali ... seriau saya), bertunang & cukup 6 bulan ... menikah. Telefon sekali sekala masa bertunang, berjumpa lak masa nak atur barangan pernikahan je, itupun mak ayah dia temankan. Memang dalam tempoh berkenalan hingga bertunang, berdating tak pernah langsung. Masa bertunang tu, bukan lah kita nak sombong ke apa, tapi saya ambil peluang recce2 berkenalan dengan bakal mak ayah mertua, adik-beradik ipar .... trick saya senang je, nak amik hati bakal isteri, kita kena jadi kamceng dengan mak dia.
Masa dah nak nikah tu, gementar hanya Allah yang tahu. Maka tika selesai akad, tatkala saya kecup dahi isteri, tatkala saya tatap wajahnya puas2, tatkala digenggam jari jemari buat pertama kali bersentuhan halal, ya Allah, datang cinta itu. Datang cinta itu, Subhanallah tergenang airmata lelaki saya, inilah cinta yang dicari2 selama ini. Segala pengalaman cinta lain tiada sebegini indah, tiada sebegini murni, tiada sebegini suci. Perasaan cinta seorang suami pada isteri setelah selesai akad.

Baru saya kenal erti cinta yang sebenarnya. Baru saya sedar, ini cinta penuh keredhaan-Nya. Baru saya mengerti, inilah kali pertama saya jatuh cinta .... cinta buat sang isteri.

Maka terlafaz ini sebagaimana terniat hati, dilisankan oleh lidah dari diri ini buat isteri setelah usai majlis akad;

"Saya cintakan awak kerana Allah, semoga awak mencintai saya kerana Allah".

Inilah cinta pertama saya yang sebenarnya. Allah Maha Besar & Maha Pemurah untuk hamba2Nya yang memilih syariat-Nya. Rasa terharu ada bila tengok air mata dia meleleh ke pipi setelah saya lafazkan cinta yang saya pendam dalam hati selama 7 bulan mengenali dia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2011 09:45 PM | Show all posts
As-salam
Sekadar perkongsian. Jaga adab dalam bertunang, Insya Allah, nikmat kebahagiaan menanti dibalik gerbang perkahwinan.

Masa lepas saya nikah, isteri pun ada luahkan perasaan dia pada saya. Dia tanya saya, cemana jika hati dia belum boleh terima saya, walaupun dia redha saya jadi suaminya. Mula2 dengar tu, tidaklah saya nak sentap, sebab, saya bagitau dia, soal hati & perasaan datangnya daripada Allah. Takpe, satu hari nanti, cinta itu akan mengetuk pintu hati juga, dengan syarat saya berusaha menawan hatinya & sentiasa berdoa pada Allah .... saya minta dia belajar menerima saya, pada masa yang sama kami belajar mengenai tanggungjawab suami isteri. Tidaklah saya memaksa dia menerima saya, sebab perempuan tak suka dipaksa. Maka, fasa lepas nikah, adalah fasa kami berkawan rapat, cam abang & adik angkat.

Dalam fasa tu, banyak mengajar saya erti kesabaran. Jatuh cinta memang mudah, tapi melaksanakan tanggungjawab rumahtangga serta membina kepercayaan antara pasangan, saling menghormat-menghormati bukan semudah yang disangka. Ia bukan diberi secara percuma oleh pasangan, tapi perlu diusahakan. Respect, trust & responsibility has to be earned, not given freely.

Maka itulah yang saya usahakan dulu .... rupa2nya, isteri sendiri mengaku, dalam 'tempoh percubaan' ni, dia sedang test saya dari sudut kesetiaan & kepercayaan. Uiii, bukan senang nak mendapatkan kepercayaan seorang wanita. Alhamdulillah, sejak 2 menjak ni, dia pun dah boleh menerima saya seadanya sebagaimana saya menerima dia seadanya.

Yang membolehkan hubungan (terutama bagi mereka yang memilih bercinta selepas pernikahan) ini dibina pentingnya ialah sikap bersangka baik pada pasangan.

Si dia masih dalam fasa nak mengenali saya, walaupun saya dah bergelar suami. Takpe, saya beri ruang untuk si dia menerima saya, iyelah, kami bukan berkapel2 cam orang len sebelum nikah.

Sekarang ni, saya masih lagi dalam proses mengorat dia ... hehehe ... best juga belajar bercinta lepas nikah. Alhamdulillah, dia mula belajar menerima saya (kami dua2 stok jenis pemalu) tapi sejak 2 menjak ni, dah pandai menjawap balik Adalah keserasian tu ... tambah lagi bila dia dah start mula kenal perkataan merajuk, sampai penat otak saya nak memujuk ... biasalah tu.

Tapi bahagia.

Mula2 tu kekok juga. Tapi, ibu mertua saya banyak membantu (tambah pula saya memang kamceng dengan ibu mertua sendiri ... hehe, ibu dia banyak gak 'back-up' saya), tambah pula isteri saya muda sikit (err, 8 tahun lebih muda, saya tua sikit ... tapi 'jiwa muda').

Mula2 kahwin tu, saya memang selalu luangkan masa bermalam di rumah mertua, sebab isteri memang jenis 'anak mak'. Lepas tu, perlahan2 mak mertua saya mengajar isteri tanggungjawab menguruskan rumahtangga, jaga makan minum suami & menjaga kehormatan suami .... so bila masa isteri berhajat balik bercuti ke rumah keluarga dia (saya memang izinkan), tup2, lepas satu malam kat sana, keluarga mertua 'kirim' dia ke rumah saya. Nampak sangat belah mertua nak suruh isteri saya berdikari & duduk ngan saya sama2 ... maklumlah, kami pasangan PJJ, bukan selalu ada masa bersama sebab saya sibuk ngan kerjaya, si dia pula bertugas sebagai ustazah.

Tapi, yang buat saya respek ngan isteri, walaupun kami berjauhan, tiap kali kalau dia nak keluar ngan kawan2, urusan membeli barangan keperluan atau urusan kerjaya, dia akan minta keizinan saya (walaupun saya takde masalah) untuk keluar. Ada sekali tu, dia hantar sms minta izin nak potong rambut .... membuat hati saya tersentuh, sehingga saya makin sayang kat dia sebab dia merupakan isteri yang mencari pintu syurga kerana taat pada suami.
Alhamdulillah ... Last edited by robotech on 6-12-2013 12:05 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2011 09:51 PM | Show all posts
As-salam
Masa terlalu cepat berlalu, tak sangka saya masih baru lagi bergelar suami orang ... baru mencecah 7 bulan

Sekarang dah masuk fasa 'bestfriend'. Hiiii, ini fasa paling best .... bila isteri dah pandai kongsi citer2 gusip, rahsia, layan kita cam bestfren ... kebanyakan orang pompuan, bestfren forever n ever ni (BFF) no. 1 berbanding kekasih / balak sendiri ... tempat mencurah perasaan, kepercayaan, berkongsi suka duka (dengan boifren takat suka suki boleh la) ..... kira tak ada benteng antara sahabat karib ...

Maka saya ikut rentak dia ... dia pun saya jadikan bestfren gak .... kongsi rahsia, jadi rakan mendengar masalah, tegur menegur ....

Sebab, kepercayaan adalah aset persahabatan paling penting bagi orang perempuan (serta sesetengah orang lelaki) ... kadangkala lebih dari hubungan 'cinta nafsu' pasangan kekasih.

Daam masa ni, alhamdulillah, saya belajar dengar & ambil perhatian orang umah membebel, luah perasaan, keluhan, komplen, gosip2, termasuk citer2 merapu Orang perempuan ni nakkan perhatian, jadi belajar menerima mereka ni ambil masa, sebab isteri ni akan jadi separuh jiwa seorang suami.

Saya akui, dalam masa 7 bulan ni terserlah beberapa kelemahan dia, tapi saya dah redha terima sebagai isteri, mana yang kurang, kita tolong tunjuk ajar, bukan komplen kat dia (tapi kalau dia komplen pasal kelemahan kita, wajib saya dengar sebab untuk 'penambahbaikkan' diri ni). Saya ni kadang2 ego juga aka susah nak cerita / kongsi masalah dengan dia, sebab saya dah biasa setelkan masalah sorang2 .... kira pengalaman sebagai orang bujang tu cukup lama & banyak tanpa pergantungan emosi pada individu tertentu. Saya taknak bebankan isteri dengan masalah saya, sebab isteri dah cukup banyak masalah & tekanan kat tempat kerja (tambah pula masa mood dia tgh ehem ... datang bulan, seriau kita dibuatnya). Saya pastikan masalah saya setel dulu, baru saya cerita kat isteri.

Masalah isteri tu, bukan dia nak kita setelkan pun, dia nak orang mendengar dia nak luahkan perasaan. Kita yang mendengar, kalau boleh bagi cadangan cemana leh setelkan ....

Orang perempuan kalau berbunyi cam cerek air mendidih, mesti ada sebab musabab. Huiii, nak tunggu ke pangkal cerita, dia citer alif sampai ya, konar A sampai Z, padahal puncanya mudah je. Maslah orang lelaki, depa bukan nak amik pot sangat. Dalam kes saya, sabar adalah kata kunci. Ada hikmahnya, sampai satu tahap, isteri memang appreciate kesudian kita bersama sesi luahan hati perasaan dia.

Terima kasih pada isteri, saya banyak belajar tentang orang perempuan. Tu yang buat saya makin hari makin sayang kat dia. Kisah kami suami isteri masih panjang lagi. Doakan kami jadi pasangan soleh & solehah di dunia & di akhirat.

Apa pun sekadar berkongsi.

Kami suami isteri tak sempurna. Masih belajar erti sebuah persahabatan, menghargai kepercayaan yang terbina, membina rasa kasih & sayang, mengenali erti tanggungjawab. Tapi pada Allah sahaja kami redha, kerana si dia melengkapkan diri ini ... isteri di dunia, di akhirat & permaisuri di syurga, ibu pada bakal anak2, nenek pada bakal cucu2. Cinta yang berpaksi pada Allah, kerana isteri / pasangan itu anugerah Allah buat kita.


Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 09:47 AM | Show all posts
THANX tt, BERGENANG AIR MATA BACA CINTA YG DIRAHMATI INI..

saya juga cinta selepas kawen, bezanya, saya bukan kategori ustazah.. 3 thun dah nikah, baru sangkut 4bulan...

cinta selepas kawen indah...
saya suka thread ni...

izinkan saya kongsi dengan suami ye....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 10:50 AM | Show all posts
wah.....suka ayat maut TT....
Boleh TT share sikit kat kitorang pengalaman "sepak terajang ...
jazaa Post at 16-10-2011 18:54



    tambah skit lagi jazaa....berapa banyak kad merah kena, kad kuning pulak berapa kali
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 11:18 AM | Show all posts
TT....indahnye apa yg TT alami..lelaki yang baik adalah utk perempuan yg baik...i want this type of relationship...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 01:21 PM | Show all posts
.............
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 02:04 PM | Show all posts
indahnya liku-liku perjalanan mencari cinta TT.... walaupun mengambil masa yang panjang ditambah dengan pelbagai ujian dan rintangan tapi akhirnya sinar bahagia menjelma jua.  Alhamdullilah....izinkan saya buat pedoman dan panduan dari cerita TT untuk mencari cinta menuju alam pernikahan saya pula yea....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2011 05:50 PM | Show all posts
selamat datang ke dunia perkahwinan
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 05:56 PM | Show all posts
Reply 11# robotech

Sesungguhnya Allah telah menemukan TT dgn tiga kali kegagalan sebelum Allah menganugerahkan TT dgn satu kebahagiaan!
Itulah hikmahnya bagi orang yg sabar kpd kekecewaan kerana sesungguhnya Allah maha tahu apa yg terbaik untuk TT.
Alhamdulillah... sesuatu yg dapat dijadikan iktibar kpd mereka yg sudi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 01:28 PM | Show all posts
kisah cinta yg cukup unik dan boleh dikira 1 dlm sejuta.. Insha Allah, mendoakan jodoh sentiasa bahagia n berpanjangan kpd robo n wife..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 02:05 PM | Show all posts
welcome to the world of marriage. masih banyak lagi yang perlu kita pelajari.....
tetiba rasa rindu kat my hubby... dalam setahun 5 bulan berumahtangga banyak da gado.. kadang benda bodo jek.. bila ingat balik, tak berbaloi bergado, sebab at the end of the day he still my best friend, my pilot, my everything...i accept him for what he is, and im lucky he does the same to me.. da banyak pengorbanan dia demi saya.. saya sayang suami saya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.283866 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list