CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 303|Reply: 0

Peluru berpandu di Spratly

[Copy link]
Post time 17-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Taiwan ambil tindakan selepas Vietnam guna jet pejuang\rTAIPEI: Taiwan meluluskan rancangan untuk menempatkan peluru berpandu di kawasan tuntutannya di Laut China Selatan ketika kebimbangan semakin disuarakan mengenai berita bahawa negara lain yang menuntut kawasan sama sudah memperkuatkan kekuatannya di wilayah perebutan. \r\n\n\n\n\r  Jawatankuasa Pertahanan Taiwan meluluskan cadangan untuk mengekalkan unit pengawal pantai di pulau Taiping dan Pratas.\r\r\n\n\n\n\n  Menteri Pertahanannya, Kao Hua-chu menyarankan unit pengawal pantai memerlukan sistem pertahanan udara maju seperti peluru berpandu Tien Chien I berbanding peluru berpandu era Chaparral 1980 an.\rEnam negara termasuk Taiwan, Vietnam dan China menuntut sebahagian atau keseluruhan Kepulauan Spratly yang kaya dengan sumber minyak.\rPenggubal undang-undang, Lin Yu-fang berkata penghantaran peluru berpandu perlu berikutan laporan kerajaan baru-baru ini mengenai Vietnam menempatkan tentera di kawasan itu.\rVietnam dilaporkan menghantar jet pejuang buatan Russia Su-27SK dan Su-30MK2 serta ribuan tentera laut di wilayah pertikaian itu.\r\n\n\n\n\rMemberi maklum balas terhadap langkah Taiwan itu, Filipina semalam berkata pihaknya sudah bersedia mempertahankan kawasan tuntutan di Laut China Selatan tetapi enggan menyifatkan rancangan Taiwan menghanatar peluru berpandu ke kawasan itu sebagai sesuatu yang perlu dirisaukan.\rJurucakap Jabatan Pertahanan, Zosimo Jesus Paredes berkata negara itu menikmati hubungan baik dengan Taiwan dan percaya cadangan itu membekalkan peluru berpandu kepada unit pengawal pantai di kawasan itu dan dakwaan itu bukanlah ancaman kepada Filipina.\r“Kami tidak boleh memberitahu Taiwan apa yang boleh atau tidak boleh dibuat. Selagi mereka tidak memasuki kawasan yang sudah diduduki, kami tiada masalah. Hidup dan terus hidup,” katanya. \rBagaimanapun, katanya Manila bersedia untuk mempertahankan hulu pulau kecil itu yang kini sudah diduduki di Spratly. Beliau tidak menjelaskan lebih lanjut. \rChina menuntut keseluruhan Laut China Selatan termasuk Spratly, kumpulan pulau dan pulau kecil yang dipercayai mempunyai simpanan minyak dan mineral.\rSementara itu, Amerika Syarikat merayu supaya bertenang Jumaat selepas Taiwan nampaknya bersedia menghantar peluru berpandu ke Laut China Selatan kerana bimbang dengan dakwaan negara musuh membina pertahanan di pulau yang menjadi perebutan.\r“Kami meminta semua pihak menuntut supaya menyelesaikan pertelingkahan menerusi cara damai mengikut undang-undang antarabangsa dan tanpa menggunakan ancaman kekerasan,” kata jurucakap Pentagon, George Little.  – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.246957 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list