CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9834|Reply: 56

LAN A To Z Akhiri zaman duda..

[Copy link]
Post time 25-10-2011 05:52 PM | Show all posts |Read mode
Pembentukan Tradisional Melayu tema perkahwinan Lan, Siti

DALAM rancak mengatur persediaan majlis pernikahan yang berlangsung 11 November ini, disusuli persandingan besar-besaran keesokan harinya, Lan A To Z atau nama sebenar, Norazlan Abdul Aziz, 42, masih sanggup memenuhi permintaan peminat yang ingin menyaksikan persembahannya. Melihat jadual, bakal suami kepada pembantu akaun, Siti Nur Ain Daud, 24, sememangnya tidak menang tangan melunaskan beberapa agenda penting membabitkan hari bersejarah mereka yang masih memerlukan perhatian termasuk membuat senarai jemputan. Namun sudah namanya rezeki, Lan tidak sanggup mengecewakan peminat di Kulim, Kedah dan Kota Baharu, Kelantan, yang menantikan kemunculannya apabila seikhlas hati menerima pelawaan mengunjungi kedua-dua bandar itu pada 19 dan 22 Oktober.

Akuinya, sokongan Kelab Kebajikan dan Sosial Tun Teja Malaysia (KKDSTTM) yang menjadi penaja kenduri perkahwinannya dan komitmen mereka mengendalikan segala perihal berkaitan majlis membolehkannya ‘melarikan’ diri seketika menghiburkan peminat.

Ibarat serampang dua mata, kunjungan itu juga antara sebahagian daripada misinya sebagai duta KKDSTTM yang menyelitkan warisan sejarah Melayu sambil menghiburkan ramai seperti yang dipersetujui bersama Penaung kelab, Baharuddin Mohd Yusoff.

“Semuanya bagai mimpi, saya yang baru bergelar ahli mengunjungi kelab di Rawang itu untuk mengetahui aktiviti mereka. Apabila saya membuka mulut mengenai perkahwinan, mereka berbesar hati untuk menaja seterusnya terbabit dengan pelbagai acara ke seluruh negara termasuk bertemu ahli dan peminat.

“Ini semua ketentuan Allah, saya dipertemukan jodoh semula selepas tiga tahun menduda dan kemudian bergabung dengan KKDSTTM. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang mampu saya sumbangkan untuk bangsa sambil menghibur,” katanya mengenai majlis perkahwinan yang mengambil tema Pembentukan Tradisional Melayu.

Terdahulu, penyanyi yang mencipta nama bersama lagu Itik Gembo Gembo itu pernah mendirikan rumah tangga dengan model berdarah campuran, Marcella Casissi Sharif pada 1998, namun jodoh mereka tidak berpanjangan.

Hasil perkahwinan itu, mereka memperoleh tiga cahaya mata perempuan yang kini menetap di England bersama bekas isterinya iaitu Puteri Nur Aqmar, 11, Puteri Nur Syafiqah, 10, dan Puteri Nur Farhana, 4 tahun.

Sementara itu, pastinya ketika ini Lan dan pasangannya menahan debaran menanti hari bahagia mereka yang bakal disempurnakan di Masjid Kuala Kubu Bahru sekali gus memeterai percintaan yang dilayari hampir tiga tahun dengan ikatan suci.

Memilih hari ulang tahun bakal isteri untuk tarikh pernikahan disusuli majlis persandingan besar-besaran di KKDSTTM di Rawang pada keesokan harinya, dalam tempoh tidak sampai tiga minggu segala persediaan kini sudah hampir 100 peratus disempurnakan.

Walaupun tajaan serta atur cara majlis di bawah tanggungjawab kelab berkenaan, bakal mempelai masih punya peranan besar kerana ia majlis mereka dan sudah pasti setiap perincian terutama berkaitan persandingan mengikut adat istiadat Melayu sepenuhnya mengikut cita rasa empunya diri.

Dedah Lan lagi, rasa terima kasih tidak mampu diluahkan kepada kelab terbabit yang mengatur perancangan mengadakan persandingan mengikut adat, lengkap pencak silat, dayang, selain dimeriahkan kehadiran 150 motosikal berkuasa besar dan dihadiri tetamu luar negara seperti Iran, Australia, Thailand serta Singapura.

Berduet dengan bakal isteri

NYATA bukan calang-calang majlis yang diatur, jika mengikut perancangan penaung kelab, 13 khemah besar akan didirikan di sekeliling kelab berkenaan bagi menampung kehadiran 5,000 jemputan manakala pelamin seakan singgahsana raja dibina di bahagian dalam dewan untuk mempelai.

Tambah penyanyi yang masih aktif di arena seni hingga membawanya menjelajah luar negara, kepercayaan yang diberikan kelab terbabit dianggap sebagai penghargaan kerana bukan saja sanggup menaja majlis perkahwinannya, malah melantiknya sebagai duta lebih menjurus kepada pembimbing motivasi terutama untuk generasi muda mengenal sejarah.

Buat masa ini, Lan juga sudah mula mengadakan persembahan di kelab itu pada setiap hujung minggu dengan kadar bayaran hanya RM30 di mana sebahagian kutipan disalurkan kepada dua badan kebajikan.

Menyentuh mengenai perancangan masa depan, katanya dia dan isteri bakal berpadu suara membawakan sebuah lagu berjudul Kini Berdua untuk single terbarunya, malah besar kemungkinan jika sempat disiapkan sebelum majlis, ia bakal dihadiahkan sebagai cenderahati buat tetamu.

“Ain berbakat, cuma dia tidak mahu menyanyi secara serius. Jadi biarlah dia menumpukan perhatian terhadap tugasnya. Namun kami sepakat tampil berduet membawakan lagu yang saya tujukan khas buatnya. Ia sudah siap, hanya menanti untuk dirakamkan saja.

“Sebenarnya sejak dulu saya memang sudah menyiapkan berpuluh-puluh lagu. Sekarang bukan masa terbaik untuk tampil dengan album fizikal. Jadi saya simpan dulu bahan yang ada, pada masa depan siapa tahu jika ada rezeki A To Z akan tampil kembali bersama buah tangan baru,” katanya.

http://berita.cari.com.my/lookpi ... izamanduda/pix_gal0

Sementara itu, Baharuddin berkata, pihaknya terbuka hati menjaga majlis berkenaan disebabkan mahu generasi muda dan masyarakat luar juga merasai kemeriahan perkahwinan Melayu yang penuh adat istiadat, selain menghargai sumbangan Lan sendiri selaku anak seni.

“Jika dulu anak seni dianggap bangsawan namun kini status itu semakin dilupakan dan sebagai kelab yang berkaitan dengan warisan, kami mahu memartabatkan kembali semua itu. Pemilihan Lan bermula dengan majlis perkahwinannya, kami akan bergerak ke seluruh negara selepas ini membawa misi tersendiri.

“Melihat kerjasama dan semangat Lan, kami yakin usaha ini akan mencapai matlamatnya kerana kami bergerak secara sukarela. Apa pun, perjalanan majlis ini akan didokumentasikan dalam bentuk VCD dan jurnal sebagai bahan pendidikan,” katanya yang turut menyumbangkan pakej percutian ke Pulau Bintan kepada mempelai.

Wahhh...tahniah ler
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2011 05:57 PM | Show all posts
nak picture
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2011 06:00 PM | Show all posts
X dapek nak tepek picture...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 06:00 PM | Show all posts
igt kan da kawen....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 06:05 PM | Show all posts
isk.. Lan ni kerja apa lagik selain nyanyi..

huu.. muda lagi bakal wife dia..
jangan sejarah lama berulang sudah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 06:06 PM | Show all posts
bagusla....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2011 06:06 PM | Show all posts

aku tolong tepek picca
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 06:08 PM | Show all posts
lawa bakal bininya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2011 06:22 PM | Show all posts
semoga cekal hadapi susah senang bersama
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 06:30 PM | Show all posts
semoga berbahagia
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 06:34 PM | Show all posts
loh tembam plk.pic sblm ni kurus ja.. cella cun bertgkat2..syg skrg dh jd hantu kopek
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 06:35 PM | Show all posts
muda nyaaaaa bini heols..lan ni dha moved on ke?..jgn last2 moyan lagik sudehhh

ape2 pom, tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 06:57 PM | Show all posts
ramai betul artis2 lelaki kawen dgn pompuan yg layak dipanggil anak... hai...rezeki.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 07:00 PM | Show all posts
bukan dah ada ker thread pasal lan ni? merge sajalah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 07:16 PM | Show all posts
rasanya dah ada benang citer pasal nih....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 07:18 PM | Show all posts
search dulu la TT oit... dah ada la thread ni!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2011 07:20 PM | Show all posts
ramai betul artis2 lelaki kawen dgn pompuan yg layak dipanggil anak... hai...rezeki.
kak_jiebam Post at 25-10-2011 18:57
retis ..macam tu la
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 07:30 PM | Show all posts
Selamat berkawin
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 07:33 PM | Show all posts
selamat mabuk2
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 08:02 PM | Show all posts
bini umoq 24 tuh .. bergetah ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.587558 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list