CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1040|Reply: 0

Edisi kesangapan: Pasaran perembesan di Malaysia

[Copy link]
Post time 27-10-2011 07:56 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by polipoplipop at 27-10-2011 11:21

Sindiket pelacuran ‘uji pasaran’      
        

   
                 
KUALA LUMPUR: Tindakan sindiket pelacuran mewujudkan blog tertentu dalam Internet bagi memudahkan pelanggan memilih teman sosial disifatkan sebagai ‘menguji pasaran’.
Perkara itu diakui Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan yang menyifatkan sindiket pelacuran sentiasa mencari jalan bagi memastikan kegiatan haram itu sentiasa ‘hidup’.

Beliau mengulas laporan Harian Metro,Isnin lalu, mengenai kewujudan blog khas ‘Pretty Women Club’ atau ‘Kelab Wanita Cantik’ yang membuka peluang kepada lelaki hidung belang memilih teman sosial melalui Internet.
Laporan itu menyebut, melalui blog terbabit, pelanggan hanya perlu menghantar SMS bagi memilih wanita dikehendaki selain mendapatkan pasangan sosial masing-masing.

Menurut Abdul Jalil, modus operandi digunakan sudah lama ‘diaplikasi’ sindiket pelacuran, namun kewujudan semula hanya sebagai ‘menguji pasaran’ bagi memastikan samaada ia masih berkesan atau sebaliknya.

Beliau berkata,sebelum ini, kebanyakan sindiket pelacuran menggunakan cara sama memancing pelanggan di Internet, namun atas usaha polis ia disekat sebelum muncul semula.


“Tanpa disangka, sindiket itu muncul kembali dan terbaru melalui Kelab Wanita Cantik iaitu sindiket yang memancing pelanggan mendapatkan pelacur secara mudah dengan hanya menghantar SMS.

“Kami(polis) sudah memaklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan MultimediaMalaysia (SKMM) mengenai perkara itu dan akan bekerjasama membendung gejala tidak sihat itu,” katanya.

Katanya, SKMM kini memantau pergerakan blog berkenaan dengan beberapa anggota dikerah melakukan siasatan terhadap sindiket terbabit.

  “Polis memerlukan sedikit masa untuk menyiasat dan setakat ini mendapat tahu blog terbabit sudah pun dibubarkan,” katanya.

kredit: harian metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.061437 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list