CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29679|Reply: 137

[2012]AZURA 2012 (Remake Azura 1984)

[Copy link]
Post time 6-11-2011 10:12 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by isabel at 16-11-2011 12:11

Rasanya Ramai yg dah sedia maklum yang next year akan ditayangkan Filem Azura versi 2012. Filem remake ini adalah arahan Aziz M Osman dan sesi penggambaran dan dubbing juga sudah selesai. Sekali lagi abang Aziz menampilkan muka-muka baru yg fresh dlm industri perfileman. Aziz M Osman mmg banyak menaikkan nama-nama baru dlm industri, cth terbaik adalah Nora Danish melalui sitcom Puteri. Dan utk kali ini abang Aziz memberi kepercayaan kepada bintang Dewi Remaja Neelofa dan Shahz Jaszle utk membawa watak Azura dan Zack utk remake filem romanti sepanjang zaman ni. So, saya letakkan lah sinopsis utk filem Azura 2012 ni, rasanya plot dan jln cerita x lari jauh dari original version.
Sinopsis filem azura 2011 lakonan shah jaszle dan neelofa merupakan Versi baru Azura 2011, Zack bukan mat motor tapi suka main paintball sebagai hobi, lalu dia jatuh cinta pandang pertama terhadap Azura yang hanya bekerja sebagai petugas kaunter di sebuah pusat paintball bukan lagi pelajar sekolah menengah yang membantu ibu saudaranya di restoran.

Dalam versi ini, Zack bawa Azura bertemu bapanya di Paris, namun niatnya untuk mengahwini Azura ditentang bapanya dengan alasan Zack masih mentah dan belum mampu berdikari. Namun, dengan bantuan nenek Zack (lakonan Afida S), Zack dan Azura kahwin lari ke London.

Sejurus selepas perkahwinan yang tidak mendapat restu itu, bapa Zack menghentikan segala bantuan kewangan terhadapnya, lalu dia pulang ke Malaysia dan belajar hidup berdikari di sisi Azura



credits to : Read more: Sinopsis Filem Azura 2011 | melvister.com




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-11-2011 10:29 AM | Show all posts
Official Trailer.

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2011 11:22 AM | Show all posts
harap mendapat sambutan..biasa filem remake malaysia ni mcm tak berapa nak jual...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2011 03:19 PM | Show all posts
harap mendapat sambutan..biasa filem remake malaysia ni mcm tak berapa nak jual...
KimoraHakim Post at 6-11-2011 11:22


hopefully lah. Harap percaturan Aziz menjadi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 05:12 PM | Show all posts
Biasanya cerita Aziz M. Osman ok ...hopefully best laa ceritanya ..(dah tau pun jalan ceritanya)  mungkin ada tukar sikit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2011 08:32 PM | Show all posts











Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-11-2011 08:35 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 10:51 PM | Show all posts
tunggu tayang nyaa nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2011 11:46 AM | Show all posts
w0wwwww xsabarrrrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 12:02 PM | Show all posts
Macam best! Tak sabar nih! Filem dalam list wajib tengok jugak ni....
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 12:32 PM | Show all posts
aku ok ngan neelofa tp shah jazle tu err..aku lagi suka heronya pandai nyanyi cam abam jamal hikhik...agak2 sapa lg boleh jadi hero dan boleh nyanyi juga
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2011 01:29 PM | Show all posts
Reply 11# Suchi


    Shahz jaszle boleh nyanyi sebenarnya cuma die x nk fokus on nyanyian dulu. Nak fokus berlakon.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 02:03 PM | Show all posts
Reply 11# Suchi


mawi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2011 07:51 AM | Show all posts
Mawi? Oh NO!!! Boleh bankrap Aziz M Osman.
Takde starvalue. Nyanyi pun keras n mendatar.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 08:29 PM | Show all posts
neelofa .. tak minat dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2011 04:50 PM | Show all posts
Shahz terpikat dengan Neelofa




FILEM Azura yang menggandingkan penyanyi Jamal Abdillah dan Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy telah mencetuskan satu fenomena baharu dalam industri perfileman tempatan sekitar era 80-an.

Memaparkan sebuah kisah tentang cinta antara dua darjat yang digarap cukup menarik, maka tidak hairanlah filem arahan Deddy M. Borhan itu terus diminati dan menjadi tontonan ramai setiap kali ditayangkan di televisyen.
Namun begitu, selepas 27 tahun filem terbitan Sabah Film Production itu dihasilkan, ternyata ia telah menarik minat seorang pengarah yang cukup terkenal iaitu Aziz M. Osman mengadaptasi filem Azura untuk versi 2011.

Biarpun jalan ceritanya agak berbeza berbanding versi terdahulu, namun ia masih lagi mengekalkan tema yang sama iaitu mengenai kisah cinta yang terjalin di antara seorang gadis miskin dan lelaki yang dilimpahi dengan kemewahan.
Untuk versi baharu, ia mengisahkan tentang Azura, seorang gadis yang gigih hadapi cabaran hidup untuk mencapai cita citanya. Dia tinggal bersama ibu saudaranya, Yusni, setelah kedua-dua ibu bapanya terkorban ketika tragedi terowong Mina di Mekah pada 1990.

Sementara Zek pula membesar sebagai anak orang kaya sehinggakan kemanjaan dan kemewahan membuat Zek tidak mampu menahan diri daripada godaan. Dia sentiasa dikelilingi dengan manusia yang mahu mengambil kesempatan.

Selain menampilkan jalan cerita berbeza, ia turut menampilkan dua orang pelakon baharu yang semakin meningkat naik dan dikenali ramai iaitu Shahz Jaszle dan Neelofa yang memikul tanggungjawab sebagai watak utama.

Bagaimanapun, apa yang menarik sepanjang penggambaran filem Azura berlangsung, terdapat khabar angin yang mengatakan tentang wujudnya kisah cinta lokasi yang membabitkan Shahz dan Neelofa.
Mangsa keadaan
SHAHZ dan Neelofa tidak kekok untuk digandingkan bersama dalam sesi fotografi.



Sememangnya Shahz dan Neelofa dilihat cukup mesra bersama dan digosip bercinta sebelum ini, tetapi ia mencalar kontroversi apabila tiba-tiba Shahz yang sebelum itu dikatakan bercinta dengan aktres veteran jelita, Maria Farida dengan mudah beralih cinta pula kepada seorang lagi pelakon baharu, Miera Liyana.
Percintaan antara Shahz dan Miera digosip bercinta selepas mereka sama-sama membintangi filem Rentaz dan kedua-dua Shahz dan Miera tampil mengesahkan sememangnya mereka kini sedang bercinta!

Malah, pada majlis pelancaran filem Azura di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur kelmarin, Shahz sebaliknya mengakui sememangnya dia terpikat kepada Neelofa ketika mereka sama-sama menjalani penggambaran filem tersebut.
Namun kata Shahz, hatinya terpikat kepada Neelofa atas dasar karakter Azura yang dilakonkan Neelofa dalam filem itu.
Shahz tidak mahu peminat salah sangka kerana apa yang dimaksudkannya itu adalah dia terpikat dengan karektor Azura itu sendiri yang berhasil dibawakan dengan baik sekali oleh aktres jelita itu.

"Memang saya sangat tertarik dengan watak Azura itu dan saya puji Neelofa kerana dia mampu menjiwai watak tersebut dengan berkesan. Sehinggakan saya rasa tidak sukar untuk mencari keserasian walaupun kali pertama bergandingan bersama," jelasnya.
Shahz lantas menegaskan dia dan Neelofa tidak pernah menjalinkan hubungan cinta sekali gus menafikan gosip percintaan mereka
yang tersebar selama ini.

"Sebenarnya saya ingin menyatakan yang memang kami tidak pernah menjalinkan hubungan percintaan seperti yang didakwa sesetengah pihak. Hubungan kami pada masa itu agak rapat, tetapi tidaklah sampai bercinta.

"Lagipun kami hanya rapat di lokasi dan tidak pernah keluar berdua bersama. Sebaik sahaja selesai menjalani penggambaran filem Azura, kami terus membawa haluan masing-masing dan agak jarang berhubung," katanya.
Neelofa tidak ketinggalan meluahkan rasa tentang isu gosip cintanya dengan Shahz itu.

Dia menganggap gosip tentang percintaan mereka sebelum ini adalah disebabkan kerana ketika itu dia tidak mempunyai kekasih, manakala Shaz pula sedang berhadapan dengan masalah bersama bekas kekasihnya iaitu Maria Farida.
Jelasnya, dia yakin gosip cintanya dengan Shaz yang pernah ditimbulkan sebelum ini tidak akan berlaku seandainya dia sudah
mempunyai kekasih sewaktu mereka berdua menjalani penggambaran filem Azura.

"Saya sendiri tidak tahu hendak cakap macam mana, mungkin juga saya adalah mangsa keadaan kerana status saya yang solo. Namun, saya memang menganggap Shaz tidak lebih daripada rakan sesama artis.
SHAHZ JASZLE turut ditemani kekasihnya, Miera Liyana ketika majlis pelancaran filem Azura kelmarin.



"Malah, sekarang ini pula saya digosipkan bercinta pula dengan Hans Isaac. Sebagai seorang artis baharu saya akui perkara sebegini memang sukar untuk dielak, tetapi kalau terus berlaku boleh membuatkan saya rimas," tegasnya.
Ujarnya, buat masa sekarang ini sebagai langkah yang terbaik buat dirinya adalah terus memberi fokus kepada kerjayanya yang semakin meningkat naik tanpa mempedulikan sebarang kisah hangat yang melanda dirinya.


Miera Liyana cemburu?
Ketika ini pastinya ramai yang sudah mengetahui tentang hubungan percintaan yang telah terjalin di antara Shahz dengan seorang pelakon muda yang pernah dikaitkan dengan isu kontroversi iaitu Miera Liyana atau nama penuhnya Miera Liyana Kasmi.
Biarpun baru menjalinkan ikatan kasih bersama, tetapi sudah ada ura-ura yang mengatakan bahawa kedua-dua pelakon itu bakal mengikat tali pertunangan dalam tempoh yang terdekat ini.
Pada majlis pelancaran filem Azura tersebut, Shahz turut ditemani Miera biarpun Meira tiada langsung kaitan dengan filem itu.
Diminta mengulas mengenai perkara berkenaan, Shahz menafikan dia dan kekasihnya itu akan bertunang tidak lama lagi.

"Memang kami berdua ada berbincang bersama-sama tentang hal pertunangan, tetapi tidak pernah meletakkan sebarang tarikh tertentu. Lagipun buat masa ini kami masih lagi sibuk dengan kerjaya masing-masing.

"Bagaimanapun, saya sebenarnya memang ada keinginan untuk mendirikan rumah tangga pada usia yang muda memandangkan ayah saya sendiri semakin tua dan dalam usia sebegini rasanya sudah sesuai untuk bergelar suami," jelas pelakon yang baru berusia 23 tahun itu.
Ditanya adakah dia tidak menyesal sekiranya mereka berkahwin pada usia yang muda, dia menganggap soal umur bukanlah satu masalah yang besar memandangkan ibunya sendiri mendirikan rumah tangga ketika berusia 18 tahun.

"Pada saya usia bukanlah penentu kepada kebahagiaan dalam sesebuah ikatan perkahwinan. Lagipun apa yang paling penting adalah persefahaman yang terjalin di antara satu sama lain agar perhubungan dapat terus berkekalan," tegasnya.
Sementara itu, Miera menjelaskan dia menemani kekasihnya itu bukanlah semata-mata disebabkan perasaan cemburu.
"Sebenarnya Shaz sendiri yang ajak saya datang ke majlis ini. Lagipun sebagai kekasih, ini adalah sebahagian daripada tanda sokongan saya memandangkan Azura merupakan filem sulung lakonan Shahz," ucapnya.
Pengacara
BARISAN tenaga produksi yang menjayakan filem Azura. Dari kiri, Aziz M. Osman, Efida Es, Neelofa, Shahz Jaszle, Afdlin Shauki, Puteri Lily Lokman, Izwan Malik dan Datuk M. Nasir.



Di sebalik namanya yang kini semakin meningkat naik sebagai seorang pelakon, kali ini Neelofa telah mengejutkan ramai pihak apabila menjadi pilihan pihak TV3 untuk menjadi pengacara rancangan Nona bersama Fara Fauzana.
Menurut Neelofa, dia sendiri sangat teruja untuk menjadi pengacara bersama dalam rancangan tersebut dan menganggap ia adalah satu pencapaian yang cukup besar dalam kariernya sebagai anak seni.

"Sebenarnya memang sejak dari dahulu lagi saya pernah bercita-cita untuk menjadi seorang pengacara, tetapi ternyata rezeki yang saya peroleh terlebih dahulu menerusi bidang lakonan.

"Yang menariknya, selepas kenyataan saya keluar dalam sebuah majalah baru-baru ini tentang impian dan hasrat mahu menjadi pengacara Nona, tidak sangka pula ia tiba-tiba telah menjadi kenyataan," ujarnya.
Menurut Neelofa, selain gembira dengan tawaran yang diterima dia sendiri tidak sabar untuk menjalani rakaman untuk rancangan tersebut yang dijadualkan bermula pada pada akhir bulan ini.
Pada masa yang sama, pelakon tersebut memberitahu meskipun selepas ini dia agak sibuk tugas baharunya itu, tetapi ia langsung tidak mengganggu perjalanan kariernya dalam dunia lakonan.

"Buat masa ini saya memang tidak menerima sebarang tawaran berlakon drama kerana mahu memberi tumpuan kepada filem dan mengacara. Saya hanya akan berlakon dalam drama yang menampilkan jalan cerita dan watak yang betul menarik dan bagus," jelasnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2011 09:37 AM | Show all posts
Babak Azura 2012 (FFM promo)


Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 10:53 PM | Show all posts
best ke.............
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 05:45 AM | Show all posts
asl die tak amik sandarkan kpd kenangan versi jamal & sarah dijadikan ost sebaliknya?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 01:28 PM | Show all posts
mira liyana tu spm kan tahun ni? siap ada pakwe lagi
-kan dah ada remake azura 2005 yg dibintangi ning baizura?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.097670 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list