CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: liltash85

[2012]AZURA 2012 (Remake Azura 1984)

[Copy link]
Post time 2-2-2012 04:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by just_masa at 2-2-2012 16:57

baru habis nonton......secara teknikalnya lebih hebat dr yg asal( mestilahkan ..dah namapun versi 2012).....dr segi cerita....setiap watak di perkembangkan dgn baik.Kali ini watak Azura digambarkan sbg wanita yg kuat dan berani, lofa telah berjaya menghidupkan watak ini walaupun tidak sempurna,beliau punya potensi yg tinggi utk pergi jauh. Watak Shah pula masih lg seperti yg original, seorang lelaki yg lemah...yg tak punya pendirian...i think his ok for the part....tapi saya rasa tak payahlah sampai tukar
jgk hobi merempit dlm filem asal...takkanlah elemen mat rempit pun dah tak relevan masa skg....just my opinion...


apapun garapan abg Aziz jauh berbeza dr garapan Deddy M burhan.....kalau plot asal filem Azura dipinjam dr filem hong kong( abg dah lupa tajuknya)....dan dipersembahkan dgn gaya lama bollywood....Azura yg baru punya gaya moden yg sesuai dgn kehendak pasaran semasa.
Sinematografinya boleh tahan....it could be better......

dgn bajet RM 1.5 JUTA, abg Aziz perlu memastikan filem ini mampu mencecah RM 3 juta untuk balik modal....hope for the best...

Azura Jamal -Ogy bukanlah filem yg terbaik utk era 80-an, filem Abg,Puteri,Matinya seorang patriot, Pemburu ,Langit petang ,mekanik ,suara kekasih, jauh lebih hebat.....namun Aura Ogy-Jamal yg menjadikan Azura lama sesuatu yg istimewa....dan walaupun Azura 2012 bolehlah dikatakan sebagai filem yg baik,namun abg tak dapat nak rasa aura Ogy-Jamal  dan ini menjadikan Azura baru hanya sebuah filem yg baik tapi bukan istimewa.


p/s mana nak cari vcd @ dvd filem rentak desa....? entah kenapa terbayang -bayang aksi kak ogy mendada masa nak mengurat security guard yg escort duit ke kilang tu.....sgt bersahaja...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2012 04:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by just_masa at 2-2-2012 16:35

mengimbau kembali magic Azura lama- dgn bajet hanya RM 200 000 Azura mampu cecah RM 1 juta ketika itu.1 juta masa tu 10 kali ganda sekarang....


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2012 08:22 PM | Show all posts
oh kacukan la ni patut la lawa nini marlini ni tinggi....
AzzaAzman Post at 2-2-2012 13:38



   x sure lah kacuk ke x. sbb maya karin personally muka sgt melayu tp cantik..... tp  nini ni lawa lah. x makeup tebal sgt pun cantik dh...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 08:48 PM | Show all posts
Reply  eddlisa_uyuk


   x lah Lisa, diorang ok je kat luar. normal mcm kawan...xde lah nk lari  ...
liltash85 Post at 2-2-2012 01:05 PM



    bukan, dia org kan pernah ada kes dulu, so mesti memasing annoy
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2012 09:23 PM | Show all posts
bukan, dia org kan pernah ada kes dulu, so mesti memasing annoy
eddlisa_uyuk Post at 2-2-2012 20:48



   oh ye ke? Kes apa? tgk that day ok je...n dlm interview suma mmg npk diorang blh gurau2 lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 11:32 PM | Show all posts
..tapi saya rasa tak payahlah sampai tukar
jgk hobi merempit dlm filem asal...takkanlah elemen mat rempit pun dah tak relevan masa skg....just my opinion... ...
just_masa Post at 2-2-2012 04:18 PM



    sebab....anak org kaya zaman skrg dah tak merempit.....skrg ni merempit tu kerja budak2 pprt (pinjam perkataan forumner popular kejap) je.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2012 12:33 AM | Show all posts
sebab....anak org kaya zaman skrg dah tak merempit.....skrg ni merempit tu kerja budak2 pp ...
cmf_GAIA Post at 2-2-2012 23:32

Uols lupa satu lagi..Golongan felda
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 02:02 AM | Show all posts
Reply 66# cmf_GAIA
anak org kaya dah tak join rempit skrg ni yer?
habis tu nak tukar jadi aper yer? ....driff haram.....bagaimana? yg penting saya rasa watak zek ni perlu jugak dikaitkan sebarang aktiviti negetif ...unsur-unsur samseng sikit tapi akhirnya cintanya pada Azura telah menyebabkan wujud sikap ingin berubah dalam dirinya....komplik dlm Azura yg asal ni dah kuat bro.....idea main pinball ni macam tak kene sikit

lagipun Aziz boleh jer buat si Zek ni kerja attendent minyak macam yang asal....setahu abg, stesen minyak dah banyak layan diri...dan kerja atendent minyak ni banyak org bangla jer....  kalau nak sesuai dgn zaman sekarang betul,buatlah Zek tu kerja McD ker,Kentuky ker,Pizza Hut ker atau kerja kat Giant ker...Carefour...ke

apapun , buat pengarah filem malaysia lain, kalau nak remade cerita lama, pilih yg punya jalan cerita yg kuat dan sesuai utk di adaptasi ke zaman sekarang....filem Azura lama ni jalan ceritanya biasa-biasa sahaja ....tetapi gandingan Jamal-Ogy yg memberi aura dan magic kepada filem tersebut....malangnya tak dapat nak rasa aura dan magik Zek dan Azura baru....contoh si Shamsul yusof nak remade filem Bukit Kepong....filem Bukit Kepong ni punya jalan cerita yg kuat..tapi lakon layarnya kurang drama dan konflik...Jins Samsudin terlalu menumpukan fakta...harap Shamsul mampu menambahkan elemen drama dan konflik dlm lakon layar Bukit kepong yg baru.......


liked Azura 2012 ....but  loved the old one....

for abg Aziz, rindu garapan lama abg ......harap utk filem seterusnya, dapat lihat kembali sentuhan lama abg Aziz...dlm Azura ini,takde trademark abg.....janganlah hilang lama lg....the most creative director in malaysia......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2012 10:13 AM | Show all posts
habis tu nak tukar jadi aper yer? ....driff haram.....bagaimana? yg penting saya rasa watak zek ni perlu jugak dikaitkan sebarang aktiviti negetif ...unsur-unsur samseng sikit tapi akhirnya cintanya pada Azura telah menyebabkan wujud sikap ingin berubah dalam dirinya....komplik dlm Azura yg asal ni dah kuat bro.....idea main pinball ni macam tak kene sikit
just_masa Post at 3-2-2012 02:02 AM



    heheh bro, I think bang Aziz cuba guna bahasa filem yg lebih subtle utk tujukkan sisi negative watak anak org kaya tanpa perlu masukkan unsur2 samseng. Aziz cuba mengelak konsep hindustan kat sini dgn gunakan cara yg lebih subtle dari terang-terangan. Watak anak org kaya nak ditunjukkan sebagai poyo/spoiled rich brat kita tengok dari semua benda yg dia buat, yg semuanya tunjukkan dia ni suka main-main sahaja dan tak ada focus/tujuan hidup. Main painball tak negatif tapi tengoklah life dia yg lain, kat rumah melepak depan tv saja, main sms cukup utk tunjukkan yg dia ni budak yg malas belajar and tak ada focus masa depan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 05:18 PM | Show all posts
apa2 hal aku rs mcm x tertarik nak tgk film ni kat panggung..

korang mcm mn?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 06:48 PM | Show all posts
apa2 hal aku rs mcm x tertarik nak tgk film ni kat panggung..

korang mcm mn?
otai_g Post at 4-2-2012 05:18 PM


rasanya target market ialah kpd mereka yg berduyun2 mem-blok-buster-kan ombak rindu tu. So this one may not for you.

Azura ada watak perempuan yg kuat yg berusaha utk masa depan sendiri tak macam Ombak Rindu watak perempuan yg lemah dan tak buat apa2. Filem ni akan jadi bahan experiment lah utk lihat samada penonton Malaysia suka cerita perempuan lemah or cerita perempuan bijak? (walaupun hakikatnya gelombang OR tu disebabkan oleh AA)
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 07:35 PM | Show all posts
dah kuar pawagam ker... amcm review die
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 09:04 PM | Show all posts
banyaknya spoiler dlm ni...tengo dulu baru komen...

tp aku skeptikal dia setanding dgn filem azura asal...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 10:20 PM | Show all posts
td member ajak g tgok tp malas... bca reviews korg pun dh memadai
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 11:18 PM | Show all posts
sapa dah tgk??? how??
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2012 11:44 AM | Show all posts
"Filem yang serba banyak larian yang anda hampir tidak melihat bagaimana cekap mengimbangkan manusia terlalu dengan Exotica batin."


"Walaupun ia juga boleh diramal berada di kursus sebelumnya, ia cukup letupan untuk menyediakan menaiki keseronokan bagi kanak-kanak dan perjalanan yang menghiburkan dan tidak dapat dielakkan bagi ibu bapa."


"Kesan-kesan khas tidak pernah membayangi kisah, yang turun-ke-bumi yang cukup untuk bergema dengan penonton yang lebih muda."


"Satu fantasi extraterrestrial, berdasarkan buku kanak-kanak oleh Chris Van Allsburg, yang berasa kedua-dua sebenar dan tidak benar, seperti mimpi anda boleh renjiskan pada bila-bila masa."


"Filem mempunyai banyak unsur-unsur yang mungkin membuat ia menyeronokkan dan ia visual menangkap, tetapi ia tiada kaitan emosi yang diperlukan untuk menjadikan ia menarik."









komen2 berkenaan filem ZATHURA dari Rotten Tomato...
hehehehehhehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2012 11:48 AM | Show all posts
~ mStar Online ~

'Azura 2012' Tanpa Magis Aziz M Osman


ENTAH di mana silapnya, filem Azura 2012 yang memulakan tayangan pada 2 Februari lalu, dirasakan bagai lagu yang beralun tanpa irama.

Penantian terhadap filem yang heboh dicanangkan sejak setahun yang lalu itu berkesudahan dengan sia-sia.

Mungkin kekecewaan ini sekadar dikongsi majoriti pengamal media atau ia turut dirasai oleh khalayak lebih luas di luar sana.

Yang jelas, Azura 2012 tampak lesu dan kusam di layar, tidak ubah seperti minda yang kekurangan oksigen.

Justeru, perjalanan filem yang berlangsung selama dua jam itu dirasakan hambar dan gagal mengikat tumpuan.

Tanpa perlu saya membandingkan versi baru ini dengan karya asal yang diterbitkan pada 1984 itu, jenama Azura sememangnya kukuh terpasak dalam minda dan hati peminat filem Melayu.

Maka, mahu tidak mahu filem ini tidak boleh lari daripada menjadi bahan perbandingan.

Sekalipun kita mengambil pendekatan untuk bersikap terbuka dan berlaku adil tanpa membuat perbandingan, saya kira Azura 2012 kurang meyakinkan untuk diangkat sebagai karya segar yang utuh dan tersendiri.

Filem ini tidak hanya bersifat hambar dan lesu pada penceritaan, malah ia juga tidak digarap sebaik mana.

Kupasan dan konflik yang cuba disuntik tidak memberikan impak yang diharapkan, malah ia dikusutkan lagi dengan pembinaan plot yang lemah.

Kesan yang lebih memeritkan tentang filem ini adalah persepsi negatif yang akan melekat pada jenama Aziz M Osman sebagai pengarah filem berkaliber dan kreatif.

Ini kerana kerapuhan Azura 2012 seolah memperlihatkan kegagalan Aziz dalam memelihara sentuhan magisnya menerusi karya-karya yang mengagumkan sebelum ini termasuk Fantasia, XX Ray, Puteri Impian dan Senario Lagi.

Melihatkan kepincangan Azura 2012 lantas mengundang persoalan ke mana hilangnya magis pengarah itu.

Jika pada era 1990-an dan awal 2000, Aziz mampu melonjakkan dirinya sebagai pengarah gred A tanpa bajet dan teknologi seperti hari ini, apa sudah jadi dengan Azura 2012?

Pada aspek pemasaran dan penjenamaan, filem ini boleh berbangga dengan pertaruhan dua bintang sama cantik, sama padan iaitu Neelofa sebagai Azura dan Shahrizal atau sebelum ini dikenali sebagai Shahz Jazle (Zek) yang tidak dinafikan pasti memukau pancaindera.

Pun begitu, apa ertinya apabila keindahan itu gagal diimbangi pengisian yang memberangsangkan?

Percubaan sulung Neelofa sebagai bintang filem boleh dianggap sederhana sahaja.Ia bukan penterjemahan luar biasa yang meyakinkan namun memperlihatkan potensi aktres itu untuk berkembang.

Cukup bertuah bagi jelitawan ini kerana kelibatnya dilengkapi pakej fizikal yang sempurna pada visual.

Sementara bagi si hero Shahrizal pula dilihat lebih meyakinkan dan berkesan dalam menterjemahkan Zek.
Permainan emosi dan gestur Shahrizal, seorang lelaki dangkal yang berdepan dilema untuk memilih antara gadis pujaan dan keluarga itu dicernakan dengan baik. Malah tenaga dan momentum jejaka ini tampak lebih menyerlah secara keseluruhannya.

Bersandarkan pada faktor-X dua bintang muda itu, saya tidak ragu filem ini mampu menarik penonton tetapi bagaimana kalau elemen tersebut berakhir dengan kecelaruan pada pengisiannya?

Apakah pengarah berpengaruh seperti Aziz boleh berbangga dengan kelebihan itu dan memejamkan sebelah mata dengan kekurangan yang terbentang asalkan ia mampu mengutip jutaan ringgit?

Jika itu sasarannya, tidak salah jika saya menyifatkan penghasilan naskhah ini sebagai satu kerugian kerana ia tidak memanfaatkan nilai jenama filem itu dan kredibiliti Aziz secara optimum.

Secara ringkas, Azura 2012 yang diadaptasi berdasarkan konsep dan perwatakan filem 1984 itu menyingkap kisah percintaan dua insan bernama Azura (Neelofa) dan Zek (Shahrizal Jaszle) memperjuangkan cinta mereka dan mengharungi halangan keluarga dan konflik kehidupan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2012 12:05 PM | Show all posts
flopppppssssss
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 01:10 AM | Show all posts
Post Last Edit by AzzaAzman at 6-2-2012 01:15

ape harap harap??

HARI INI DALAM SEJARAH< SEPANJANG HIDUP AKU AKU TAK PERNAH KELUAR PANGGUNG SEKERAT CERITA< BUT I HAVE TO DO SO TO AZURA 2012!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 01:11 AM | Show all posts
kalau ada yang tengok cerita azura ni kat panggung wayang brem mall, petang tadi, kalau ada perempuan pakai kurung biru tu bangun keluar ikut pintu depan tengah2 cerita, tu aku lah tu... tak tahan mak duduk dalam panggung tu lagi, nak tidur sekejap pun rasa buang masa, baik aku keluar, tak tau lah macamne akhir cerita ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.062272 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list