CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18550|Reply: 117

Perangai orang iri hati... Gambar PM di Mekah pun jadi isu...

[Copy link]
Post time 8-11-2011 09:36 AM | Show all posts |Read mode
Jumaat, 04 November 2011 15:02                                        Administrator               
               
INI kisah cubaan golongan terdesak yang iri dan sakit hati cari modal hendak hentam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rombongan haji beliau. Cerita tentang gambar yang tersiar di facebookseorang pemimpin pembangkang yang kemudiannya jadi polemik mengenai 'layanan' yang diterima Najib semasa tunai haji.

Bagi yang rasional, apa peleknya seorang pemimpin negara Islam yang mempunyai hubungan penting dengan Arab Saudi terima layanan istimewa tersebut.

Lagi pula ia merupakan Standard operation procedure (SOP) biasa tentang keselamatan apabila ia melibatkan pemimpin negara. Ia bukan kehendak Malaysia, atau Najib tetapi merupakan tanggungjawab kerajaan mana-mana negara yang beliau pergi.

Kalau di Mekah, tanggungjawab kerajaan Arab Saudi lindungi dan jaga keselamatan, bukan Najib sebagai Najib tetapi Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Andai kata PM Malaysia itu namanya Hadi Awang atau Nik Aziz itulah juga layanan yang diterima, sebab ia merupakan SOP kawalan biasa ke atas pemimpin-pemimpin negara.

Tapi bagi yang dengki dan busuk hati, semua benda tak betul. Memang jenis yang suka cari salah orang.

Kata orang sekeping gambar dapat menceritakan segala-galanya daripada 1,000 patah perkataan yang digarap untuk sebarang tujuan.
         
Cuba anda tengok gambar itu baik-baik. Ia merupakan kawalan biasa untuk seorang pemimpin negara ketika di tanah suci. Apa yang peleknya?
         
Gambar yang menunjukkan rombongan PM melakukan tawaf sambil dikawal ketat oleh pengawal-pengawal keselamatan Arab Saudi dimuatkan dalam  beberapa blog.
           
Salah satu gambar itu turut dikongsi dalam Facebook rasmi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Beliau turut mengucapkan selamat mengerjakan haji kepada Perdana Menteri dan isteri.
        
Namun seperti yang diduga, komen-komen dalam FB Nik Aziz tidak sealiran dengan gambar dan cerita yang diharap-harapkan sebagai seorang muslim.

Sehingga jam 1.00 pagi, kira-kira 2,513 pelawat memasuki laman FB ini dan untuk rekod lebih setengah juta orang “like” FB rasmi Nik Aziz.
        
Ironinya mereka yang turut menulis  didapati selain menghina, mencerca dan mengeluarkan kata-kata yang tidak senonoh yang tidak melambangkan peribadi muslim sebenar sehingga ada yang tergamak menulis “dapat haji marboro.” (merujuk kepada PM/isteri).
        
Di celah-celah komen yang berbau menghina dan negatif itu terdapat segelintir yang nampak tidak tahan dengan keceluparan kumpulan ini.
   
Noridah Md Shah yang dipetik komennya dalam FB ini turut memberi pendapat yang bernas. “Kalo dia dituduh main pompuan salah, baru tuduhan je, ni dah nampak terang-terang dia menunaikan haji pun ada orang nak pertikaikan dosa pahala dia, selalunya orang yang sibuk kira dosa pahala orang ni, diala paling banyak berdosa. Bukan dosa apa…dosa sibuk nak buat keje Allah. Dia PM Malaysia, silala hormat sikit, pelik betul ramai rakyat Malaysia macam ni . . .”
Selain dari Noridah ada yang berkata begini:”kalau Hadi Awang jadi PMpun, dia akan dapat layanan yang sama.”
        
Dulu sewaktu Najib mula-mula menjadi Perdana Menteri, ada pihak yang memetik tokoh tertentu berkata “tiga bulan saja Najib jadi PM, lepas tu Anwar pula.”
        
Hari ini Najib sudah menjadi PM ke 6 mengambil alih dari Tun Abdullah Ahmad (Pak Lah) lebih dua tahun, manakala Anwar Ibrahim yang “dijulang” ketika itu, kini berdepan dengan pertuduhan di mahkamah.

Najib juga dikatakan kurang disenangi oleh pemimpin dunia arab khususnya Arab Saudi berbanding Anwar yang didakwa  mempunyai hubungan sangat istimewa dengan kerabat diraja Arab itu.

Cerita ini tak ubah macam cerita penglipur lara yang bertujuan  untuk menyedapkan halwa telinga mereka yang mahu terus mempercayai kehebatan tokoh berkenaan.
Najib pula sejak menjadi Perdana Menteri telah berpeluang menemui Raja Arab Saudi beberapa kali.
         
Najib juga sebelum ke Mekah telah juga menjadi satu-satunya Perdana Menteri dari rantau ini menziarahi jenazah Putra Mahkota Arab Saudi, Sultan Abdulaziz Al Saud di Riyadh.
         
Najib berpeluang menemui Raja Arab Saudi, Raja Abdullah ibn Abd al Aziz Al Saud beberapa kali bagi membuktikan hubungan Malaysia dan Arab Saudi berada ditahap yang terbaik.
      
Puak-puak yang iri hati nampak bimbang  hubungan baik dan mesra Najib dan Raja Abdullah boleh “overshadow” pengaruh Anwar dan komen-komen Najib dan rombongan yang diberi layanan istimewa ketika bertawaf di Mekah tempoh hari adalah testimoni kepada sikap tersebut.-4/11/2011
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 8-11-2011 09:39 AM | Show all posts
..................

bertabahla pak jib dan penyokong
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 09:40 AM | Show all posts
Ankel, mcm dah ada je bebenang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 09:42 AM | Show all posts
bertabah la ahkak dan isteri {:4_186:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2011 09:43 AM | Show all posts
Ankel, mcm dah ada je bebenang ni...
xy_daen Post at 8-11-2011 09:40

puas cari tak jumpa plak..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 09:43 AM | Show all posts
sabor ler
dah mmg gitu le kalo jadik PM kot

tu belum dpt gelaran 10 manusia TERpower di dunia lagik!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2011 09:44 AM | Show all posts
just nak tanya... ada x PM Malaysia sebelum2 ni yg tunaikan haji ketika masih jadi PM???....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2011 09:45 AM | Show all posts
Anwar menipu gambar menunaikan Haji..

Gambar kononnya Anwar tunaikan Haji..

Gambar sebenar.

Politik yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim sejak mutakhir ini semakin menjijikkan dan dilihat cukup terdesak bagi mencari sokongan dari rakyat. Pengikut-pengikut Pakatan semakin tidak keruan dengan paparan media setiap hari yang mempersembahkan laporan tentang kejayaan program-program kerajaan.

Sebab itulah kini pemimpin-pemimpin Pakatan pembangkang khususnya Anwar Ibrahim mula mencari jalan bagi menjatuhkan imej Perdana Menteri dengan strategi memburuk-burukkan keluarga serta isteri beliau. Ini merupakan langkah kurang popular dari Anwar memandangkan Pakatan sudah kekeringan isu untuk berhadapan dengan rakyat.

Lihat saja bagaimana ibadah Haji yang ditunaikan oleh Perdana Menteri sekeluarga dikutuk dan dihina oleh Anwar serta seluruh gerombolan Pakatan. Apakah Anwar tak tahu bahawa ibadah yang dilakukan oleh Perdana Menteri itu merupakan tuntutan agama, bukannya untuk suka-suka sahaja seperti lawatan Anwar ke Bangkok tak lama dulu.

Tetapi demi untuk mencari mileage politik, Anwar serta para pencacainya terpaksa memainkan isu Haji yang boleh dikatakan amat murahan ini. Anwar sanggup mengatakan didalam satu ceramahnya, yang Haji Perdana Menteri itu tak bermakna jika pemerintahan Malaysia masih zalim dan mengamalkan rasuah.

Dan Anwar sendiri mendabik dada di ceramah yang sama, bahawa dia sendiri telah ke Mekah sebanyak 2 kali tanpa perlu mempromosi seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara. Persoalannya, bila pula Anwar menunaikan Haji? Mana buktinya dan mana pula saksinya? Setakat cakap kosong, siapapun boleh.

Kalau benarlah Anwar menunaikan Haji di Mekah sebanyak 2 kali seperti yang didakwanya, Anwar serta para penyokongnya takkan berdiam diri tanpa mempergunakan gambar-gambar di Tanah Suci bagi meraih kepercayaan rakyat. Jika nama-nama Ulamak Mesir serta Tanah Arab pun Anwar sanggup jual, inikan pula gambarnya sendiri di hadapan Ka’bah.

Kita pun tahu bagaimana obsesnya Anwar terhadap keglamouran dan juga publisiti. Amat mustahil sekali jika Anwar melepaskan peluang untuk menunjukkan dia sebagai seorang yang amat warak serta alim didalam kehidupan. Ini akan menjadi modal untuk Anwar menipu rakyat yang belum kenal belangnya yang sebenar.

Didalam semua kekalutan permainan politik jijik Anwar ini, rakyat semakin tertanya tentang motif sebenar Anwar memperlekehkan ibadah Haji yang dilakukan oleh Perdana Menteri. Bagi rakyat, apa salahnya seorang yang berkemampuan seperti pemimpin negara tersebut menunaikan tanggung jawabnya terhadap agama?

Apa yang Anwar dengkikan sangat? Takkan Anwar sakit hati bila Perdana Menteri mendapat layanan baik dari kerajaan Arab Saudi dan juga sambutan mesra dari para jemaah Malaysia di Tanah Suci? Anwar patut sedar, DS Najib ialah Perdana Menteri Malaysia , bukannya ahli Parlimen biasa dan yang tak berparti seperti Anwar.

Jadi, tak perlulah Anwar melakukan perkara-perkara bodoh serta terdesak seperti membiarkan penyokongnya menghasilkan gambar photoshop seperti yang diatas. Amat memalukan jika ibadah yang mulia seperti Haji itu dipolitikkan hingga sanggup merekayasa gambar-gambar palsu semata-mata untuk menipu rakyat.

Rakyat sekarang bukannya tak tahu membezakan mana yang benar dan mana yang salah. Kalau Anwar tak pernah menunaikan Haji sekalipun, apa yang nak dimalukan? Usahalah daftarkan diri dengan Tabung Haji dan mula bermuhasabah diri sebagai persediaan bagi menjadi tetamu Allah swt di Tanah Suci. Itu pun susah sangat ke bagi Anwar?

Post time 8-11-2011 09:48 AM | Show all posts
puas cari tak jumpa plak..
Anak_Nogori Post at 8-11-2011 09:43

    Dalam bebenang akhak bershopping kalo tak silap...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 09:49 AM | Show all posts
Anwar menipu gambar menunaikan Haji..

Gambar kononnya Anwar tunaikan Haji..

Gambar seb ...
Anak_Nogori Post at 8-11-2011 09:45

prffthfthfthfth prfth prffffffffffffffffffffffffffffffffffffftfthfth! {:4_241:}
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 09:49 AM | Show all posts
Biasala, tak semua orang akan bersetuju dengan semua perkara...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 09:49 AM | Show all posts
biar lah dia nak g haji..tu urusan dia ngn Allah....tak payah la sibuk nak pertikaikan ape2....yg dok sibuk mengutuk menghina ni...dah cukup ke amal ibadah nye....
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 09:49 AM | Show all posts
puas cari tak jumpa plak..
Anak_Nogori Post at 8-11-2011 09:43

   rsnya perk under najb g haji..tapi isu yg cuba di ketengahkan mungkin tidak sama...ankel, ada tak gambar najib yang berucap sebelah putera arab yang disiarkan di Tv3 ari tu?tepek la skali..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 09:50 AM | Show all posts
semoga mendapat haji yg mabrur...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 09:50 AM | Show all posts
Post Last Edit by antagenaiz at 8-11-2011 09:51

Mufti terkejut PM, Rosmah selesai tunai ibadah haji

7:12AM Nov 8, 2011
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 nov. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah.

“Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.

Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.

Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.

“Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.

“Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” katanya lagi.

http://www.malaysiakini.com/news/180738
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 8-11-2011 09:51 AM | Show all posts
whoah, Najib tunai haji dengan mewah dan selesa. Itukah caranya Haji dilakukan? Sila terangkan...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 09:51 AM | Show all posts
Mufti terkejut PM, Rosmah selesai tunai ibadah haji

7:12AM Nov 8, 2011
Mufti Perlis Dr Juanda ...
antagenaiz Post at 8-11-2011 09:50

...

marah pakcik An nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 09:52 AM | Show all posts
lega rasanye dpt ratib nuort
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 09:53 AM | Show all posts
kerajaan kan suka banding2 negara lain...cuba tanya jemaah iran...perdana muntrik diowang dah abis urusan haji ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.098704 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list