CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

Perangai orang iri hati... Gambar PM di Mekah pun jadi isu...

[Copy link]
Post time 8-11-2011 09:54 AM | Show all posts
Mufti terkejut PM, Rosmah selesai tunai ibadah haji

7:12AM Nov 8, 2011
Mufti Perlis Dr Juanda ...
antagenaiz Post at 8-11-2011 09:50



    mungkin masa layanan istimewa itu hanya utk waktu tertentu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2011 09:55 AM | Show all posts
memang tu layanan diaorang kalau pemimpin negara yang tunaikan haji, seingat saya dulu Tun Mahathir ada juga menunaikan haji semasa jadi PM. tak pelik dengan layanan diaorang, bukan diaorang minta dilayan macamtu kan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 09:55 AM | Show all posts
Mufti terkejut PM, Rosmah selesai tunai ibadah haji

7:12AM Nov 8, 2011
Mufti Perlis Dr Juanda ...
antagenaiz Post at 8-11-2011 09:50



    Nanti nanti, saya rasa Rosmah ingin shopping lagi kat Mekkah
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 09:58 AM | Show all posts
memang tu layanan diaorang kalau pemimpin negara yang tunaikan haji, seingat saya dulu Tun Mahathir  ...
yeos Post at 8-11-2011 09:55



    Kalau kamu umat Islam yg tulen, tolak layanan istimewa tersebut. Apabila berada di tanah Allah, tak perlu takut. Jangan jadi bacul
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 09:59 AM | Show all posts
Reply 22# yeos


    yup..seingat aku Tun Mahatahir pun dapat layanan mcm tu....so...no big deal la kalo DSN pun dapat layanan yg sama....
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 09:59 AM | Show all posts
itu le bezanya layanan utk PM yg sebenar ngan PM angan2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2011 10:00 AM | Show all posts
Noridah Md Shah yang dipetik komennya dalam FB ini turut memberi pendapat yang bernas. “Kalo dia dituduh main pompuan salah, baru tuduhan je, ni dah nampak terang-terang dia menunaikan haji pun ada orang nak pertikaikan dosa pahala dia, selalunya orang yang sibuk kira dosa pahala orang ni, diala paling banyak berdosa. Bukan dosa apa…dosa sibuk nak buat keje Allah. Dia PM Malaysia, silala hormat sikit, pelik betul ramai rakyat Malaysia macam ni .


~org yg sibuk kutuk2, menghina mengata, entah2 buat Umrah pun tak pernah apa lgi Haji
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 10:05 AM | Show all posts
[quote]Reply  yeos


    yup..seingat aku Tun Mahatahir pun dapat layanan mcm tu....so...no big deal la ...
teha86 Post at 8-11-2011 09:59

no big deal... setuju... layan baik salah, tak layan langsung lagilah salah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2011 10:05 AM | Show all posts
saya x iri ati pon buat apa nk jeles...buang karan aje...pegi haji tu...pegi mekah tu...orang buat ibadat...

motip dorang jeles?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 10:09 AM | Show all posts
Byk lagi isu lain, Najib buat haji pun jadi isu. Bantu la rakyat kat bawah tu.
Semua pemimpin negara rasanya akan dapat layanan serupa. Kalau  Najib buat haji mcm rakyat biasa lain pulak ceritanya. Akan ada suara2 yg berkata PM Malaysia tak special bagi kerajaan Arab Saudi.

Sedihnya tengok gelagat org politik dan pencacainya kat Msia nih... kalau lembu boleh sembelih buat korban lagik.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 10:10 AM | Show all posts
Anwar menipu gambar menunaikan Haji..


Gambar kononnya Anwar tunaikan Haji..

Gambar seb ...
Anak_Nogori Post at 8-11-2011 09:45



kalau nak photoshop pun apasal guna gambar saipul?muahahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 10:13 AM | Show all posts
huhuhu... so uols rasa adakah jemaah haji malaysia yg ada di sana pun patut berada dalam kepungan ittewww??
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 10:19 AM | Show all posts
Mufti terkejut PM, Rosmah selesai tunai ibadah haji

7:12AM Nov 8, 2011
Mufti Perlis Dr Juanda ...
antagenaiz Post at 8-11-2011 09:50



   mufti pun jeles.. apa nak jadilah.... tak baik jeles tawwww
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 10:26 AM | Show all posts
bersabarlah pok jib....besela kene kutuk..... BUSUK BUSUK PUN YANG NGUTUK TU ORANG KITA JUGE

I mengimpikan jika Pok Nik Jadi PM..dia ke mekah tanpa seorang pun Saudi Guard bersama jutaan ummat...

ada sesiapa x simpan lagi gambar Pok Nik kelihatan sgt berlainan anehnya ketika di mekah beberapa tahun lalu..... sungguh aneh
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 10:35 AM | Show all posts
kalaulah Tanah Haram tu dibuka utk orang kafir, aku confirm;
1. Ustaz Lim GE dan Ustazah Teresa Kok akan pergi.
2. gambar mereka akan dipertontonkan di setiap ceramah Parti Ambiga Seenavasagam.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 10:45 AM | Show all posts
Post Last Edit by rashiman at 8-11-2011 11:06
bersabarlah pok jib....besela kene kutuk..... BUSUK BUSUK PUN YANG NGUTUK TU ORANG KITA JUGE

I ...
AbukRokok Post at 8-11-2011 10:26


   Tun Mahathir menunaikan haji ketika menjadi PM.

   




Presiden Iran




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2011 11:14 AM | Show all posts
mak mertua aku yg berdarah biru (umno tegar) pun rasa pelik cepat beno PM abes haji. komen ikhlas la tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 12:44 PM | Show all posts
itu le bezanya layanan utk PM yg sebenar ngan PM angan2
mysara Post at 8-11-2011 09:59


prffthhhhhhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 01:03 PM | Show all posts
Lagi pula ia merupakan Standard operation procedure (SOP) biasa tentang keselamatan apabila
Anak_Nogori Post at 8-11-2011 09:36

ini la kita khuatir tentang dunia akhir zaman.
bila barat memperkenalkan perkataan2 baru spt:

- SOP
- ISO
- belom kondusif

kita secara tak langsung terpaksa membelakangkan agama.
kita biasa dengar "di akhir zaman kita mudah ditipu dajjal" bukan bermaksud tipu secara direct tapi contoh2nya dpt kita fikirkan...

- org yg dituduh berzina tak diadili mahkamah syariah.
- pesalah2 arak dielakkan hukuman sebat (dgn pelbagai alasan).
- SOP yg mengarahkan wanita buka tudung mmg dah berleluasa.
- dalam standard ISO tiada penekanan ibadat (cth; tiada solat jumaat dlm standard ISO).
- salah satu dari rukun iman; kepercayaan kpd kitab, terhalang. (alquran dah sarankan hukum hudud hukum terbaik buat umat manusia tapi ada segelintir pemegang kuasa dok kata "apa yg tertulis dlm alquran tu semuanya belom kondusif"
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 02:30 PM | Show all posts
ini la kita khuatir tentang dunia akhir zaman.
bila barat memperkenalkan perkataan2 baru spt:

...
bangcak Post at 8-11-2011 13:03


Bangunkan Islam sebelum laksana hudud


Shamsul Muda
7:47AM Okt 6, 2011



Bicara al-Allamah Yusuf al-Qaradhawi, pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia tentang 'Hudud Dalam Wacana Feqh Masa Kini' yang disiarkan oleh setesen satelit, al-Jazeera, telah memberikan garis panduan asas berkenaan kaedah perlaksanaan hukum tersebut dalam masyarakat.

Garis panduan tersebut-yang dirumuskan daripada pengamatan beliau terhadap pendekatan Nabi SAW dalam melaksanakan hukum hudud-sangat penting dari segi menyatukan pandangan umat Islam hari ini dalam soal kaedah perlaksanaan hukum tersebut.
Atau paling kurang, merapatkan jurang perselisihan pandangan berhubung soal ini.

Trend semasa wacana hudud di negara ini memperlihatkan, pihak-pihak yang memperkatakan tentang perlaksanaan hukum hudud atau yang berusaha melaksanakannya, kurang memberi perhatian terhadap kaedah atau pendekatan yang digunakan Nabi SAW dalam melaksanakan hukum itu.

Trend ini sedikit sebanyak telah menyumbang kepada pelebaran jurang perbezaan pendapat berhubung soal ini.

Merujuk kepada kaedah Nabi SAW melaksanakan hukum hudud, Qaradhawi telah mengetengahkan satu fakta, yang barangkali boleh ‘mengejutkan’ sesetengah pihak.

Fakta itu menyatakan, 'sebelum Nabi SAW melaksanakan hukum hudud, Baginda terlebih dahulu menegakkan Islam secara keseluruhannya, yakni menegakkan kehidupan Islam’.

Jelas tersurat, fakta ini bermakna, perlaksanaan hukum hudud adalah peringkat atau ‘projek’ terakhir dalam agenda perlaksanaan Islam.

Dalam ungkapan yang lebih jelas-seperti yang dinyatakan Qaradhawi- “dasar [berkenaan perlaksanaan hudud ialah] tidak dilaksanakan [hukum] hudud melainkan apabila kita telah melaksanakan-seperti yang telah saya katakan-ajaran-ajaran Islam keseluruhannya yang berkaitan akidah, syariat, akhlak, tata susila dan nilai-nilai [murni], kita bangunkan masyarakat Islam, dalam keadaan ini, kita laksanakan [hukum] hudud”.
(Rujuk : http://www.qaradawi.net/2010-02- ... 08-12-18-22-16.html)

Kenyataan Qaradhawi ini secara tidak langsung menidakkan pandangan yang melihat 'perlaksanaan hudud' sebagai 'agenda teratas' dalam sesebuah negara Islam.

Penegasan ini sebaliknya menuntut sesebuah Negara Islam, melaksanakan hukum hakam Islam dan tuntutan-tuntutan Islam yang lain terlebih dahulu, sebelum mengambil langkah untuk melaksanakan hukum hudud.

Gambaran yang jelas tentang kuantiti hukum hakam dan tuntutan-tuntutan Islam ini boleh diperolehi melalui tinjauan ke atas pembahagian ulama terhadap jenis-jenis hukum hakam Islam.

Syaikh Abdul Wahab Khalaf umpamanya, membahagikan hukum hakam yang dinyatakan al-Quran kepada tiga kategori induk, iaitu Hukum Hakam Akidah, Hukum Hakam Akhlak dan Hukum Hakam Amali. Iaitu hukum hakam berkaitan perbuatan manusia.

Hukum Hakam Amali ini pula terbahagi kepada dua bahagian yang besar, iaitu Hukum Hakam Ibadat dan Hukum Hakam Muamalat (transaksi).

Sementara itu, hukum hakam Muamalat pula dipecahkan kepada 7 bahagian, iaitu Hukum Hakam Kekeluargaan, Hukum Hakam Madani (sivil), Hukum Hakam Jenayah (hudud, qisas dan takzir), Hukum Hakam Perundangan, Hukum Hakam Kenegaraan, Hukum Hakam Antarabangsa dan Hukum Hakam Ekonomi (Abdul Wahab Khalaf (1998), Ilmu Usul al-Feqh, Mansurah : Darul Kalimah, ms.34-35).

Pembahagian ini memperlihatkan dengan jelas kedudukan hukum hudud sebagai salah satu juzuk daripada ‘binaan’ hukum hakam Islam yang besar, dan bukannya keseluruhan hukum hakam Islam itu sendiri.

Sementara kedudukannya dalam ‘jadual’ perlaksanaan pula ialah pada kedudukan atau tertib terakhir, seperti yang telah dinyatakan Qaradhawi.

Pandangan Qaradhawi ini turut dikongsi oleh Syaikh Muhammad Abdullah al-Khatib, seorang tokoh terkenal pergerakan Ikhwanul Muslimin masa kini, yang juga merupakan pengarang Risalah al-Ta'lim, Syarh Usul al-'Isyreen dan lain-lain.

Dengan ungkapan yang jelas, Muhammad Abdullah al-Khatib mengatakan,"hudud dalam Islam...datang pada [kedudukan] penghujung [proses] pensyariatan [hukum] kerana Islam lebih prihatin terhadap tangan manusia [daripada dipotong akibat mencuri], kehormatan, hak milik dan kehidupan mereka keseluruhannya".

Justeru, beliau menolak dakwaaan sesetengah pihak yang mengatakan perlaksanaan hukum hudud berada pada kedudukan teratas dalam ‘jadual perlaksanaan Islam’ berbanding hukum hakam yang lain.

Beliau menyatakan, "[hukum] hudud sebagaimana yang kamu lihat dengan syarat-syaratnya yang ketat, dan dengan [syarat] menyediakan keperluan-keperluan asas kepada setiap individu umat ini [sebelum melaksanakannya], datang pada [kedudukan] penghujung hukum hakam [Islam dari segi perlaksanaan], bukannya pada permulaannya, seperti yang didakwa sesetengah [pihak]".
(Lihat http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?ArtID=82931&SecID=391)

Qaradhawi bagaimana pun tidak pula menyatakan dengan jelas, dalil yang menjadi asas kepada pandangan beliau ini. Namun, boleh difahami daripada bicara beliau ketika diwawancara oleh setesen satelit, al-Jazeera pada 10 Januari 2011 itu, dalilnya ialah waktu turun ayat-ayat yang memerintahkan perlaksanaan hukuman-hukuman hudud, iaitu zina, qazaf, mencuri,  dan hirabah.

Menurut beliau, ayat-ayat tersebut-yang memerintahkan perlaksanaan hukum hudud- adalah antara ayat-ayat terakhir dan pertengahan dari segi urutan penurunannya. Kedudukan pada tertib pertengahan dan terakhir ayat-ayat ini dari segi urutan penurunan, membawa makna ia juga berada pada kedudukan dan urutan yang sama dari segi perlaksanaan.

Oleh sebab itu, beliau menyatakan, “sebelum dilaksanakan [hukum] hudud, beri makan [terlebih dahulu] kepada orang  yang lapar, sediakan pekerjaan kepada penganggur, ajarkan orang yang jahil dan latih [para] pekerja. Mesti dilakukan ini [semua] sebelum melaksanakan [hukum] hudud”.
Bagi menyokong pandangannya berhubung kaedah perlaksanaan hudud ini, Qaradhawi juga dilihat berdalilkan dengan hakikat bahawa Islam tidak beria-ia mahu menghukum manusia yang melakukan kesalahan hudud. Hakikat ini adalah jelas kerana amalan Nabi SAW dan hadis-hadis Baginda sendiri menyatakan hal ini.

Jika demikian, umat Islam perlulah bergerak seiring dengan amalan Nabi SAW dari segi mengelak mengenakan hukuman hudud, meskipun ke atas orang yang datang membuat pengakuan secara sukarela.

Ini boleh dilakukan dengan berusaha menghapuskan segala perkara yang boleh mendorong manusia melakukan kesalahan hudud, seperti desakan, tekanan dan keperluan hidup.
Dari sinilah, perlunya hukum hakam Islam berkaitan kewajipan menjaga kebajikan rakyat, sifat kebersamaan dan apa sahaja yang menjurus ke arah penghapusan dorongan-dorongan jahat itu, didahulukan sebelum dilaksanakan hudud.

Dengan berbuat demikian, umat Islam telah bergerak seiring dengan amalan Nabi dari segi berusaha mengelak sedaya mungkin daripada mengenakan hukum hudud ke atas pesalah.

Kesimpulannya, kaedah perlaksanaan hukum hudud-seperti yang dijelaskan oleh Qaradhawi-ialah mendahulukan perlaksanaan Islam secara keseluruhan terlebih dahulu, sebelum melaksanakan hukum Allah itu.

Justeru, dalam keadaan perlaksanaan Islam secara menyeluruh ini belum selesai dalam sesebuah Negara Islam, hudud bukan sahaja tidak dilaksanakan, bahkan tidak juga diwartakan sebagai undang-undang Negara yang boleh dilaksanakan, sehinggalah urusan perlaksanaan Islam secara menyeluruh tadi selesai dijayakan.

Demikianlah yang difahami daripada penjelasan dan kenyataan-kenyataan Qaradhawi yang turut disokong oleh Muhammad Abdullah al-Khatib, yang disertakan petikannya dalam tulisan ini.

Pemahaman ini nampaknya selaras dengan tindakan Syaidina Umar r.a menangguhkan perlaksanaan hukum hudud secara total pada musim kelaparan, meskipun di kalangan rakyatnya tentu ada orang yang kaya atau berada yang terselamat daripada bencana kelaparan tersebut.

Tidak ada pula pihak yang membantah tindakan beliau itu dengan berhujjah bahawa hukum hudud perlu diteruskan seperti biasa, dengan membebaskan orang yang sabit mencuri disebabkan kelaparan dan mengenakan hukuman hudud ke atas orang yang terbukti mencuri bukan kerana desakan kelaparan.

Syaidina Umar tidak berbuat demikian. Sebaliknya beliau menangguhkan perlaksanaan hudud di musim kelaparan secara total.

Syaikh Qaradahwi, dengan pandangannya berhubung kaedah perlaksanaan hukum hudud ini, sesungguhnya telah membuat satu anjakan penting dalam diskusi dan wacana hudud, iaitu membuka perbincangan berkenaan aspek berkaitan hukum hudud yang tidak dibincangkan secara serius di negara ini, iaitu kaedah perlaksanaan hukum hudud dalam masyarakat.

Semoga dengan pandangan tokoh besar Islam ini, wacana hudud di negara ini tidak terus dikurung atau dilihat dikurung dalam skopnya yang lama, yang hanya berlegar di sekitar kewajipan melaksanakan hukum hudud, keadilan hukum hudud, kesesuaiannya dalam masyarakat majmuk dan seumpamanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.071621 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list