CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

Perangai orang iri hati... Gambar PM di Mekah pun jadi isu...

[Copy link]
Post time 8-11-2011 04:09 PM | Show all posts
itu ibadat dia dengan Tuhan, semua isu nak kondem bila nak produktif ni malaysia ku?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2011 09:01 PM | Show all posts
Post Last Edit by YeOpInDiE at 8-11-2011 22:23
Anwar menipu gambar menunaikan Haji..





adakah ankel AN dan kasmela jugak pencacai mahu gambar2 lagi, baiklah korang tanya terus terang dengan bung Nuar, insyaallah mungkin akan mendapat lebeh pencerahan lagi dan akan menjadi turang bundurang
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 09:15 PM | Show all posts
Nak gelak aku tgk gambar Photoshop abe Nuar....
By the way..Siapa pun kita..sebaik mana pun layanan di donia..masuk kubur kita semua SAMA.....So dun be jelous...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 10:41 PM | Show all posts
Dalam ungkapan yang lebih jelas-seperti yang dinyatakan Qaradhawi-“dasar [berkenaan perlaksanaan hudud ialah] tidak dilaksanakan [hukum]hudud melainkan apabila kita telah melaksanakan-seperti yang telah sayakatakan-ajaran-ajaran Islam keseluruhannya yang berkaitan akidah,syariat, akhlak, tata susila dan nilai-nilai [murni], kita bangunkanmasyarakat Islam, dalam keadaan ini, kita laksanakan [hukum] hudud”.
(Rujuk : http://www.qaradawi.net/2010-02- ... 08-12-18-22-16.html)Reply 40# rashiman



so dah 54 tahun sejak Merdeka, adakah ameno masih lagi kata tak dapat nak laksanakan lagi ajaran-ajaran Islam keseluruhannya yang berkaitan akidah,syariat, akhlak, tata susila dan nilai-nilai [murni] yg tersebut, so nak tunggu 50 tahun, 100 tahun lagi
Sedangkan nabi Muhammad berdakwah selama 23 tahun telah berjaya berdakwah di Makkah selama 13 tahun dan madinah selama 10 tahun dan berjaya menakluki Makkah dengan aman seterusnya melaksanakan hukum islam dan hudud.
So ameno suda 2x gandaa masa pun masih tk bergerak2
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 10:56 PM | Show all posts
Reply 39# bangcak


   
Lagi pula ia merupakan Standard operation procedure (SOP) biasa tentang keselamatan apabila
Anak_Nogori Post at 8-11-2011 09:36


ini la kita khuatir tentang dunia akhir zaman.
bila barat memperkenalkan perkataan2 baru spt:

- SOP
- ISO
- belom kondusif

kita secara tak langsung terpaksa membelakangkan agama.
kita biasa dengar "di akhir zaman kita mudah ditipu dajjal" bukan bermaksud tipu secara direct tapi contoh2nya dpt kita fikirkan...

- org yg dituduh berzina tak diadili mahkamah syariah.
- pesalah2 arak dielakkan hukuman sebat (dgn pelbagai alasan).
- SOP yg mengarahkan wanita buka tudung mmg dah berleluasa.
- dalam standard ISO tiada penekanan ibadat (cth; tiada solat jumaat dlm standard ISO).
- salah satu dari rukun iman; kepercayaan kpd kitab, terhalang.(alquran dah sarankan hukum hudud hukum terbaik buat umat manusia tapiada segelintir pemegang kuasa dok kata "apa yg tertulis dlm alquran tusemuanya belom kondusif"


apekemende nye SOP sana SOP sini
kalau Nasik Ayam ngn SOP , kume tahu le

meh kite highup SOP korban dulu ye
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 11:05 PM | Show all posts
selama ni aku ingat najib ngan rosmah nie hindu......sekarang baru aku yakin dia islam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2011 12:50 AM | Show all posts
so dah 54 tahun sejak Merdeka, adakah ameno masih lagi kata tak dapat nak laksanakan lagi ajar ...
YeOpInDiE Post at 8-11-2011 22:41


Siapa yang nak melaksanakan hudud?

Ustaz Hadi tegaskan Hudud bukan keutamaan PAS




    KUALA LUMPUR 12 Mac – Kerajaan negeri yang dikuasai Pas tidak akan menjadikan pembentukan negara Islam secara menyeluruh, termasuk melaksanakan hukum hudud, sebagai keutamaan walaupun ia merupakan teras perjuangan parti itu.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tumpuan utama Pas kini ialah merealisasikan manifesto pilihan raya parti itu yang bertemakan negara kebajikan yang merupakan dasar terbaik yang boleh diterima oleh semua kaum.
Beliau berkata, pihaknya menganggap matlamat mewujudkan negara Islam sudah difahami oleh semua rakyat kerana ia telah lama diperjuangkan parti itu dan tidak perlu lagi ditonjolkan.
‘‘Laporan media yang memetik saya menyatakan sistem perundangan jenayah hudud akan dilaksanakan serta-merta di Kedah adalah tidak betul.
‘‘Kita sudah perintah Kelantan 18 tahun tetapi belum laksana (hudud) dan Terengganu pun semasa kita memerintah, berapa orang yang sudah kena kerat tangan,’’ soalnya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat di sini hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 08:05 AM | Show all posts
Siapa yang nak melaksanakan hudud?
rashiman Post at 9-11-2011 00:50



    pasdah memerintah msia agaknya..haji hadi kata bukan keutamaan tp teras perjuangan parti..makna kata kalu pasmemerintah pas akan laksanakan juga la kn.kalu bm lembab mungkin x pahamla kot mcm kes imf kene tipu ngan chedet berkurun2. umno mmg xkn laksanakn hudud sehingga pemimpin pn berani hina hudud..tu yg soi lek pn berani hina hudud juga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2011 08:53 AM | Show all posts
Siapa yang nak melaksanakan hudud?
rashiman Post at 9-11-2011 00:50

antara solat dgn makan mana satu keutamaan u ??
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 10:48 AM | Show all posts
KUPASAN MENARIK : APABILA IBADAT HAJI PM DIPOLITIKKAN.

. Hari Raya Haji baru sahaja berlalu.

2. Ketika saya menulis nota ini, maka kita sedang melalui hari-hari Tasyrik. Umat Islam masih lagi melakukan ibadat korban dan masjid-masjid masih lagi mengalunkan bacaan Takbir Hari Raya setelah solat 5 waktu.

3. Di Malaysia dan juga di mana-mana pun seluruh dunia, suasana Hari Raya Haji tidak semeriah dan segemilang seperti suasana bagi orang-orang yang menyambutnya di Mekkah, iaitu para Jemaah Haji.

4. Bayangkan, segala kesusahan dan pengorbanan mereka meninggalkan ahli keluarga, berkorban wang ringgit dan harta benda, serta mengharungi kesesakan jutaan manusia dalam keadaan berpantang ihram semata-mata kerana inginkan keredhaan Allah SWT dalam mengejakan Rukun Islam yang ke 5 ini.

5. Saya terpilih untuk mengerjakan Haji dan berkhidmat untuk negara pada tahun 2008 semasa Operasi Haji tahun itu.

6. Ia merupakan satu kenangan paling manis dalam hidup saya dan tidak dapat saya lupakan selamanya.

7. Ia tetap menjadi kenangan paling manis bagi saya, walaupun pada tahun itu saya mengharungi dua perkara paling mendukacitakan dalam hidup saya, iaitu kewafatan ayah saya dan kekecewaan di dalam kehidupan.

8. Seolah-olah Allah SWT menjemput saya ke rumahNya bagi mengubati hati saya serta menghiburkan saya seperti yang dilakukan Allah kepada Rasulullah pada Tahun Kedukacitaan.

9. Saya berada di sana selama 82 hari, satu tempoh yang cukup lama jika dibandingkan dengan Jemaah Haji Malaysia yang kebanyakannya duduk di Tanah Suci sekitar 45 hingga 52 hari sahaja.

10. Justeru itu, masa berada di sana saya luangkan secara maksima untuk beribadat, berkhidmat, mengejar peluang berdoa di tempat-tempat mustajab serta menghayati serta menghayati sirah peninggalan Rasul.

11. Setiap tahun selepas dari itu, saya sentiasa merindui untuk pergi semula beribadat di sana. Tahun 2009, saya ditawarkan sekali lagi tetapi saya terpaksa menundanya kerana sedang melanjutkan pengajian.

12. Saya amat gembira melihat jemaah-jemaah haji bertolak saban tahun pergi ke Mekkah. Dari adik beradik saya, orang kampung dan jiran tetangga hinggalah kepada pemimpin negara atau negeri yang berkunjung saban tahun ke Tanah Suci, semua ini menggembirakan hati saya dan saya sentiasa mendoakan semoga ibadat haji mereka diterima dan mereka pulang sebagai insan yang lebih baik dari sebelumnya.

13. Malah ketika Nik Aziz menunaikan haji pun, saya bergembira dan mendoakan agar dia pulang dan meninggalkan politik khawarij dan kembali kepada sunnah yang sebenar.

14. Pada tahun ini Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Hj. Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah berangkat menunaikan haji bersama ahli keluarga terdekat dan beberapa pemimpin kerajaan. (ini bukanlah Haji pertama bagi Perdana Menteri)

15. Malangnya, pemergian beliau tidak terlepas dari ditohmah dan diremeh-remehkan.

16. Saya cukup hairan, bermula dari hari pertama beliau tiba di Mekkah, gambar beliau diiringi askar Saudi untuk melakukan Tawaf disiarkan di media-media pro pembangkang serta blog-blog pro pembangkang juga di facebook wall rakan-rakan yang menyokong Pakatan.

17. Seorang sahabat yang menyokong PAS mengirimkan gambar di atas kepada saya dan menulis,"aku nak komen skitla pic terkini ni...najib ni masih blum kukuh keimanan dia, masih bergntung harap pada org lain (askar yg mengelilinginya), moga diberi hidayah utk melihat Islam yg sebenar2nya...''

18. Saya cukup hairan dengan fikiran mereka-mereka yang taksub dengan pembangkang khususnya PAS ini.

19. Bagi mereka yang sudah biasa ke Tanah Suci, sudah semestinya mengetahui bahawa ini adalah merupakan protokol keselamatan Saudi bagi mana-mana pemimpin negara yang datang menunaikan Haji di Mekkah.

20. Malah para Imam Masjidil Mekah seperti Syaikh Abdul Rahman As Sudaisi dan Syaikh Syuraim yang bacaan Quran mereka sering berkumandang di radio-radio serta di dalam kereta kita masuk untuk mengimami solat 5 waktu di Mekah dalam kawalan keselamatan tentera Saudi sama seperti yang dilakukan terhadap Perdana Menteri kita.

21. Adakah para pentaksub ini ingin mengatakan bahawa para Imam Masjidil Haram Mekkah ini tidak kukuh keimanan mereka? Alangkah bodohnya orang yang beranggapan sedemikian.

22. Sesungguhnya kawalan keselamatan kepada Ketua-ketua kerajaan adalah merupakan Standard Operating Procedure dan merupakan hak Raja Arab Saudi untuk memberikan penghormatan itu kepada tetamu baginda yang difikirkannya perlu.

23. Kawalan ini adalah perlu kerana sebarang perkara buruk yang berlaku ke atas pemimpin tersebut boleh menggugat hubungan diplomatik antara kerajaan.

24. Malah, Presiden Iran Ahmadinejad yang berakidah Syiah yang mengkafirkan para sahabat juga dikawal sedemikian ketika datang ke Mekkah oleh Kerajaan Saudi! Inikan pula PM Najib Tun Razak yang berakidah Sunni.

25. Isu kawalan keselamatan untuk Perdana Menteri ini bukan sahaja dimainkan dan dikritik oleh orang Islam, malah juga turut dipersendakan oleh orang bukan Islam.

26. Seorang sahabat saya telah memuatkan gambar PM dikawal tentera Saudi tadi di facebook nya dan kemudian mengatakan bahawa, "Bukankah sepatutnya semua manusia serupa di sisi Tuhan? Maka mengapakah keistimewaan sebegitu diberikan kpd PM?"

27. Saya menerangkan kepada beliau dan dalam proses itu terlibat di dalam satu perdebatan yang hangat dan panjang dengan seorang sahabat kepada sahabat saya ini yang merupakan seorang Atheist yang memandang agama sebagai satu penipuan sistematik.

28. Hujah si atheist ini sama dengan hujah rakan Muslim saya di atas, "Dia mempertikaikan, "Jika Tuhan begitu berkuasa, kenapakah perlu kepada kawalan keselamatan sebegitu rupa di Rumah Tuhan? Tidak yakinkah dengan kekuasaan Tuhan?"

Si Muslim tadi menulis," Najib ni tak kukuh iman dia, masih bergantung harap pada askar yang mengelilinginya."

29. Ini adalah merupakan satu kefahaman yang sesat dikalangan umat Islam. Apabila kita melihat ular di dalam rumah, kita akan lari atau mencari buluh untuk menghalau dan membunuhnya. Apabila kita melihat api, kita akan cuba memadamkannya atau memanggil bomba untuk mengawal kebakaran. Kita tidak duduk bersila di hadapan ular atau api tersebut dan berdoa semoga Allah menghalau ular dan memadamkan api. Ini adalah satu kebodohan, kerana Allah telah menganugerahkan fikiran dan otak untuk kita berfikir. Dalam kita berdoa, kita tetap perlu berikhtiar mencari jalan penyelesaian bagi permasalahan kita.

30. Memang di dalam Islam, semua manusia adalah sama, tetapi agama kita juga mengajar kita untuk memuliakan dan mempertahankan serta melindungi pemimpin kita dari ancaman. Apakah kamu tidak berfikir??

31. Setelah isu kawalan keselamatan Saudi itu, gambar-gambar Perdana Menteri melakukan ibadat serta menziarahi para jemaah Haji Malaysia khususnya di Abraj Al Janadriyah (Ibupejabat Tabung Haji di Mekkah) menjadi bahan untuk kritikan para penyokong Pakatan.

32. Mereka mengatakan bahawa ini perbuatan menunjuk-nunjuk, riak dan amalan ibadat Perdana Menteri tidak diterima. Baca saja komen-komen di Malaysiakini yang cukup memualkan dari mereka-mereka yang merasakan diri mereka lebih Islam dari yang lain, berhak komen berkenaan ibadat haji Perdana Menteri, sedangkan mereka ini tak pernah pun ke sana malah mak dan ayah mereka pun belum tentu sudah jejakkan kaki ke Tanah Suci.

33. Mengapakah neraca pengadilan para pentaksub ini berbeza-beza? Ketika Nik Aziz menunaikan Haji, penuh di blog-blog dan harakah gambar Nik Aziz melakukan ibadat Haji, bersolat, tidur, gambar di tempat pemginapan dan sebagainya. Semua gmabar-gambar ini dipuja oleh para pentaksub ini. Tak pulak mereka kata ini menunjuk-nunjuk dan riak. Malah gambar-gambar ini ditatap dengan penuh takjub sambil air liur mereka meleleh memikirkan darjat tingkat syurga mana yang Allah tetapkan untuk Nik Aziz.

34. Mujurlah ketika Nik Aziz mandi ataupun berak tidak ada kamera. Jika tidak, itupun akan dilihat para pentaksub ini, mungkin hingga inzal.

35. Saya hanya menggelengkan kepala melihat ketaksuban para penyokong tegar PAS ini.

36. Kemuncaknya adalah apabila saya membaca Malaysiakini hari ini. Dimuatkan di berita utama Malaysiakini BM bahawa, Mufti Terkejut Perdana Menteri, Rosmah selesai tunai Ibadah Haji.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 10:51 AM | Show all posts
37. Di dalam versi Malaysiakini Bahasa Inggeris, berita ini diletakkan di bawah sedikit.

38. Ini jelas merupakan kesinambungan perbuatan jahat untuk menggambarkan bahawa Ibadah Haji Perdana Menteri telah rosak.

39. Lalu berkokok dan menyalaklah para pentaksub Pakatan ini dan menulis di sini sana bahawa Perdana Menteri jahil dan ibadah haji nya tidak diterima.

40. Sesungguhnya, hanya mereka yang berada di sana (Mekkah) sahaja yang tahu rasanya menunaikan ibadat haji.

41. Semasa berniat ihram hinggalah melakukan semua kerja-kerja haji, setiap jemaah haji terikat kepada pantang larang haji seperti tidak boleh memakai wangi-wangian, diharmkan memakai pakaian berjahit, hanyalah dua helai kain ihram yang menyelimuti badan, haram menutup kepala, mencabut rambut atau bulu dan kuku dan banyak lagi.

42. Mereka berada dalam pantang larang ihram ini berhari-hari lamanya malah mungkin berminggu.

43. Setelah mereka berwukuf di Padang Arafah dan bermabit di Muzdalifah, maka mereka semua akan berangkat untuk bermabit di Mina.

44. Setelah tiba di Mina, iaitu pada hari Nahar (10 Zulhijjah, Hari Raya Haji), para jemaah akan berpusu-pusu untuk melontar di Jamratul Kubra yang merupakan Tahiyyatul Mina (penghormatan buat Mina).

45. Saat melontar pada 10 Zulhijjah itu adalah merupakan masa yang paling menggembirakan, mengharukan, saat yang kita rasakan kita begitu dekat dan disayangi oleh pencipta kita. Air mata akan bercucuran walaupun seberapa 'brutal', macho dan muka 'legend' sekalipun kita.

46. Ini kerana setelah melontar ini, dan bertahalul awal, maka para jemaah haji akan terbebas dari 10 daripada 13 pantang larang ihram.

47. Mereka sudah boleh berwangi-wangian, merapikan janggut dan bercukur serta memakai pakaian-pakaian Hari Raya yang berwarna-warni.

48. Mereka tinggal di Mina dan relax sahaja dari 10 hingga 13 Zulhijjah sambil menunggu masa melontar ketiga-tiga Jamrah, sebelum kembali ke Mekah menghabiskan kerja-kerja Haji lain yang simple.

49. Di Mina lagi para Jemaah Haji akan saling usik mengusik sesama mereka dengan memanggil sesama mereka Ya Haji Si Polan bin Si Polan dan Ya Hajjah Si Polanah bte Si Polanah. Sungguh meriah!

50. Dan setelah melontar pada Hari Nahar tadi itulah, maka kebiasaannya Jemaah Haji akan menelefon para ahli keluarga serta kenalan rapat di Tanah Air untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan memaklumkan bahawa 'urusan haji mereka selesai'.

51. Saya sendiri menelefon ibu saya dengan tangisan kegembiraan setelah melontar sambil memaklumkan, "Dah melontar mak. Dah selesai dah...tinggal 3 lagi pantang larang sahaja yang perlu dipatuhi."

52. Ini bukan bermakna kita telah complete melakukan ibadah haji. Tetapi kita berkongsi kegembiraan bahawa ibadah haji kita hampir selesai tinggal beberapa saja yang 'kacang'.

53. Saya percaya bahawa twitter Perdana Menteri pada 6 November bahawa,"Alhamdulillah, urusan Haji kami sudah selesai" bermaksud sebegitu. Perdana Menteri menzahirkan kegembiraannya bahawa urusan Haji beliau hampir selesai.

54. Adalah hampir mustahil bahawa Perdana Menteri yang bukan mengerjakan Haji untuk kali pertama, serta sudah pasti diiringi oleh Pegawai Agama dan Ketua Rombongan Haji Malaysia serta Konsul Haji akan meninggalkan kerja-kerja hajinya dan merosakkan haji. Ini perkara ibadat, bukan main-main.

55. Hanya berdasarkan satu kenyataan twitter beliau yang sebaris itu, maka ramai yang menghukum seorang sembrono bahawa ibadat haji Perdana Menteri tidak sah, Haji Marlboro etc.

56. Kita dituntut untuk bersangka baik sesama Islam.

57. Saya juga ingin menasihatkan Mufti Perlis Dr Juanda. Saya percaya beliau diperdayakan Malaysiakini untuk mengeluarkan kenyataan terhadap Perdana Menteri.

Wahai Mufti, hayatilah ayat Quran dalam Surah Al Hujurat,

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."

Al Hujurat ayat 6

58. Mufti Perlis sedang berada di Mina juga ketika ini melakukan kerja-kerja hajinya. Maka, adalah lebih molek jika Mufti Perlis bertanya terus dengan Perdana Menteri sebelum mengeluarkan kenyataan kepada media fasiq seperti Malaysiakini.

59. Saya yakin beliau diperdayakan dalam mengeluarkan kenyataan umum terhadap VVIP (jelas beliau tidak menamakan siapa). Mungkin sekadar ditelefon Malaysiakini sambil ditanya, "Bolehkah seseorang selesai Haji nya pada 6 November", dan beliau berikan respond terbuka.

60. Keyakinan saya itu adalah kerana saya yakin Mufti Perlis seorang yang berprinsip salaf sesuai dengan Negeri Perlis dan Raja nya yang mengamalkan La Mazhabiyah.

Dari Iyadh bin Ghunaim radliyallahu 'anhu berkata, bersabda Rasul Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam :

“Barangsiapa yang ingin menasihati penguasa maka janganlah melakukannya dengan terang-terangan di hadapan umum. Akan tetapi dengan cara mengambil tangan penguasa tersebut dan menyendiri. Jika ia menerimanya maka inilah yang diharapkan, jika tidak menerimanya maka ia telah melakukan kewajibannya.” (HR. Ahmad, Ibnu Abi Ashim, Al Hakim, dan Baihaqi. Dishahihkan Al Albani dalam Adz Dzilal).

61. Saya mendoakan agar ibadah haji semua Jemaah Haji Malaysia diterima oleh Allah SWT.

62. Selamat Hari Raya Aidil Adha. Semoga kita kembali kepada sunnah dan meninggalkan bidaah yang menyesatkan.

Dr. Rahman Kadir
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2011 11:20 AM | Show all posts
Tuesday, November 8, 2011
Mufti menafikan kenyataan terkejut, Malaysiakini Berbohong
10:43 AM  SUNGAI RAPAT ONLINE


Malaysiakini berbohong lagi apabila mufti Perlis Dr Juanda menafikan merasa terkejut dengan ibadah haji seperti yang disiarkan di Malaysiakini. Dr Juanda cuma dihubungi oleh Malaysiakini untuk mendapat penjelasan mengenai Haji yang paling awal boleh dibuat sahaja tanpa mengaitkan dengan Perdana menteri dan isteri serta rombongannya.

Apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini amat bertentangan dengan kenyataan yang diberikan oleh Dr. Juanda. Mufti perlis juga berharap agar Malaysiakini memperbetulkan kenyataannya yang telah diputarbelikan supaya mengelakkan persepsi buruk.

p/s:- Ada yg kantoi lagi ke?.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2011 11:20 AM | Show all posts
Tuesday, November 8, 2011
Mufti menafikan kenyataan terkejut, Malaysiakini Berbohong
10:43 AM  SUNGAI RAPAT ONLINE


Malaysiakini berbohong lagi apabila mufti Perlis Dr Juanda menafikan merasa terkejut dengan ibadah haji seperti yang disiarkan di Malaysiakini. Dr Juanda cuma dihubungi oleh Malaysiakini untuk mendapat penjelasan mengenai Haji yang paling awal boleh dibuat sahaja tanpa mengaitkan dengan Perdana menteri dan isteri serta rombongannya.

Apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini amat bertentangan dengan kenyataan yang diberikan oleh Dr. Juanda. Mufti perlis juga berharap agar Malaysiakini memperbetulkan kenyataannya yang telah diputarbelikan supaya mengelakkan persepsi buruk.

p/s:- Ada yg kantoi lagi ke?.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 07:00 PM | Show all posts
biasala...org malaysiakini suma makan duit fitnah ja. berita typo error ada, yang ayat tunggang tebalik pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 10:14 PM | Show all posts
pasdah memerintah msia agaknya..haji hadi kata bukan keutamaan tp terasperjuangan parti..makna kata kalu pasmemerintah pas akan laksanakanjuga la kn.kalu bm lembab mungkin x pahamla kot mcm kes imf kene tipungan chedet berkurun2. umno mmg xkn laksanakn hudud sehingga pemimpin pn berani hina hudud..tu yg soi lek pn berani hina hudud juga
roy3 Post at 9-11-2011 08:05


Jika hanya bertanding 60 kerusi, macam mana nak memerintah Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 10:29 PM | Show all posts
antara solat dgn makan mana satu keutamaan u ??
bangcak Post at 9-11-2011 08:53


apa alasan PAS, hudud bukan keutamaannya.

  
Ustaz Hadi tegaskan Hudud bukan keutamaan PAS

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2011 10:39 PM | Show all posts
apa alasan PAS, hudud bukan keutamaannya.
rashiman Post at 9-11-2011 22:29

sendiri tanya
sendiri bagi jawapan...

cer try jawab soalan i...
"antara solat dgn makan mana satu keutamaan u ??"

comfirm u takbleh jawab.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 10:49 PM | Show all posts
esok kita harap rosmah dan najib yg balik dari haji akan jadi umat islam yg elok.buanglaaa kelakuan2 jahat beliau dulu dan kalau boleh mintak maaf pada kezaliman2 yg beliau dah pernah buat pada rakyat.

mungkinkah kita akan dapat 1st lady pertama tutup aurat???.doa2kan...............
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 10:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by rashiman at 9-11-2011 22:57
sendiri tanya
sendiri bagi jawapan...

cer try jawab soalan i...
"antara solat dgn makan mana satu keutamaan u ??"

comfirm u takbleh jawab.
bangcak Post at 9-11-2011 22:39


Keutamaan mengikut keadaan,
adakalanya perkara yang wajib, boleh jadi sunat, harus, makruh dan haram.
begitu jugak dengan yang haram, boleh jadi makruh, harus, sunat dan wajib.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 11:05 PM | Show all posts
Keutamaan mengikut keadaan,
adakalanya perkara yang wajib, boleh jadi sunat, harus, makruh dan  ...
rashiman Post at 9-11-2011 22:56

dah agak da...

kalo diberi soalan mudah "pilih antara solat atau makan"
gerenti berputar2 belit berjela2 ulasan tanpa jawapan.

minda tipikal umno, huh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.201243 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list