CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1598|Reply: 8

Rakyat Malaysia perlu risau isu perkauman dan agama?

[Copy link]
Post time 14-11-2011 07:36 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by tongamae at 14-11-2011 19:39

Rakyat Malaysia perlu risau isu perkauman dan agama?
Ya dan Tidak.

Kenapa?

Sebab, kalau kita tidak tahu saling menghormati, (saya menegaskan perkataan "saling" ) , maka, banyak yang perlu kita risaukan.

Tapi, sekiranya kita tahu saling menghormati, maka kita tidak perlu risau , kerana dia menghormati kamu sebagai seorang manusia yang mempunyai hak asasi, dan kamu juga menghormati dia sebagai seorang manusia yang sama mempunyai hak asasi manusia.

Inilah

PERISYTIHARAN HAK ASASI MANUSIA SEJAGAT
Bahawasanya pengiktirafan keutuhan kemuliaan dan hak samarata serta asasi yang tak terpisah bagi seluruh umat manusia adalah asas kebebasan,keadilan dan kedamaian dunia.
Bahawasanya pengabaian serta penghinaan terhadap hak asasi manusia telah pun mengakibatkan tindakan terkutuk yang telah melanggari perasaan hati umat manusia, dan munculnya sebuah dunia di mana manusia akan menikmati kebebasan berucap dan menganut kepercayaan serta kebebasan dari rasatakut dan citarasa telah pun diisytiharkan sebagai aspirasi toragung seluruh umat manusia.
Sekiranya kita tidak mahu mendorong manusia dalam keadaan terdesak, sebagai pilihan terakhir, memberontak mementang kezaliman serta penindasan, maka adalah penting bagi hak asasi manusia dipertahankan oleh kedaulatan undang-undang.
Bahawasanya adalah penting bagi memajukan perkembangan perhubungan persahabatan di antara negara-negara.
Bahawasanya rakyat Bangsa-Bangsa Bersatu, dalam Piagamnya telah sekali lagi menegaskan kepercayaan mereka terhadap hak asasi manusia, terhadap kemuliaan serta nilaidiri manusia dan terhadap hak samarata lelaki dan perempuan dan telah menetapkan keazaman untuk memajukan perkembangan sosial dan taraf hidup yang lebih sempurna dalam suasana kebebasan yang lebih luas.
Bahawasanya Negara-Negara Anggota telah berikrar untuk masing-masing mencapai, dengan kerjasama Bangsa-Bangsa Bersatu, pengutaraan kehormatan sejagat terhadap, serta pematuhan, hak asasi manusia dan kebebasan asasi.
Bahawasanya satu fahaman bersama terhadap hak serta kebebasan ini seluruhnya adalah terpenting demi menjadikan ikrar ini kenyataan sepenuhnya. MAKA DENGAN INI
Perhimpunan agung mengisytiharkan
Perisytiharan sejagat hak asasi manusia ini sebagai suatu ukuran bersama terhadap pencapaian oleh seluruh umat manusia dan kesemua negara dengan tujuan supaya setiap individu dan setiap badan masyarakat, dengan senantiasa mengingati Perisytiharan ini, hendaklah berazam melalui pengajaran dan pendidikan bagi memajukan sanjungan terhadap seluruh hak-hak dan kebebasan ini dan secara langkah-langkah berperingkat-peringkat, di bidang negara dan antarabangsa, bagi menjaminkan pengkitirafan dan pematuhan sejagatnya yang berkesan, kedua-duanya di antara negara-negara anggota masing-masing dan rakyat wilayah-wilayah di bawah bidangkuasa mereka.

Perkara 1.
Semua manusia dilahirkan bebas dan samarata dari segi kemuliaan dan hak-hak. Mereka mempunyai pemikiran dan perasaan hati dan hendaklah bertindak di antara satu sama lain dengan semangat persaudaraan.

Perkara 2.
Setiap orang adalah berhak kepada semua hak-hak dan kebebasan yang termaktub dalam Perisytiharan ini, tanpa sebarang apa jua pembezaan, seperti bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, ugama, faham politik atau lain-lain fahaman, asal-usul bangsa keturunan atau sosial harta-benda, kelahiran atau apa-apa taraf lain.
Seterusnya, tiada sebarang pembezaan boleh dibuat berasaskan pada taraf politik atau bidangkuasa ataupun antarabangsa sesebuah negara atau wilayah datangnya seseorang itu, sama ianya merdeka, beraùanah, tanpa pemerintahan sendiri atau berada di bawah apa-apa sekatan kedaulatan lainnya.

Perkara 3.
Setiap orang adalah berhak kepada nyawa, kebebasan dan keselamatan diri.

Perkara 4.
Tiada sesiapa pun boleh diperhamba atau diperabdikan; keabdian dan dagangan hamba abdi hendaklah dilarang dalam semua bentuknya.

Perkara 5.
Tiada sesiapa pun boleh dikenakan seksaan atau layanan atau hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau menghinakan.

Perkara 6.
Setiap orang adalah berhak kepada pengiktirafan di mana jua sebagai seorang insan di sisi undang-undang.

Perkara 7.
Semua orang adalah samarata di sisi undang-undang dan berhak tanpa apa-apa pembezaan kepada perlindungan yang samarata di sisi undang-undang. Semua orang adalah berhak kepada perlindungan yang samarata daripada sebarang pembazaan yang melanggar Perisytiharan ini dan daripada sebarang hasutan terhadap pembezaan sedemikian.

Perkara 8.
Setiap orang adalah berhak kepada pemulihan yang berkesan oleh tribunal-tribunal kebangsaan yang kompeten terhadap tindakan-tindakan yang melanggar hak-hak asasi yang diberikannya oleh perlembagaan atau oleh undang-undang.

Perkara 9.
Tiada sesiapa pun boleh dikenakan tangkapan, tahanan atau pembuangan negeri secara sewenang-wenangnya.

Perkara 10.
Setiap orang adalah berhak dengan samarata sepenuhnya kepada pembicaraan adil dan terbuka oleh suatu tribunal bebas dan saksama, dalam penetapan hak-hak dan tanggungannya dan sebarang tuduhan jenayah terhadapnya.

Perkara 11.
  • Setiap orang yang dituduh dengan kesalahan keseksaan adalah berhak dianggap tidak salah sehingga dibuktikan salah menurut undang-undang di dalam perbicaraan terbuka di mana dia telah diberikan segala jaminan yang perlu untuk pembelaannya.
  • Tiada sesiapa pun boleh diputuskan bersalah atas sebarang kesalahan keseksaan oleh kerana sebarang tindakan atau ketinggalan yang tidak merupakan suatu kesalahan kesiksaan, di sisi undang-undang kebangsaan atau antarabangsa, pada masa ianya dilakukan. Tiada pula boleh dikenakan sebarang hukuman yang lebih berat dari hukuman yang terpakai ketika kesalahan keseksaan itu dilakukan.

Perkara 12.
Tiada sesiapa pun yang boleh dikenakan kepada sebarang gangguan sewenang-wenangnya terhadap keadaan peribadi, keluarga, rumahtangga atau surat-menyuratnya, atau percerobohan ke atas maruah dan nama baiknya. Setiap orang berhak kepada perlindungan undang-undang terhadap gangguan atau percerobohan sedemikian.

Perkara 13.
  • Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan bergerak dan bermastautin di dalam sempadan sesebuah negara.
  • Setiap orang berhak meninggalkan mana-mana negara, termasuk negaranya sendiri,dan kembali semula ke negaranya.

Perkara 14.
  • Setiap orang berhak memohon dan menikmati perlindungan politik dalam negara lain daripada sebarang aniaya.
  • Hak ini tidak boleh dituntut bagi pendakwaan yang benar-benar timbul daripada kesalahan bukan politik atau daripada tindakan yang bertentangan dengan tujuan-tujuan dan prinsip-prinsip Bangsa-Bangsa Bersatu.

Perkara 15.
  • Setiap orang adalah berhak kepada suatu kewarganegaraan.
  • Tiada sesiapa pun boleh dilucutkan kewarganegaraannya secara sewenangwenangnya atau dinafikan hak menukar kewarganegaraanya.
[bersambung......]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2011 07:37 PM | Show all posts
Post Last Edit by tongamae at 14-11-2011 19:40

[sambungan]

Perkara 16.
  • Lelaki dan perempuan dewasa, tanpa mengira bangsa, kewarganegaraan atau ugama, berhak berkahwin dan menubuhkan keluarga. Mereka adalah berhak kepada hak-hak samarata berhubung dengan perkahwinan, dalam tempoh masa perkahwinan dan pada pembubarannya.
  • Perkahwinan hanya boleh dilaksanakan dengan persetujuan bebas dan sepenuhnya oleh pihak-pihak yang bercadang untuk berkahwin.
  • Keluarga adalah yunit kumpulan semulajadi dan asasi dalam masyarakat dan adalah berhak kepada perlindungan oleh masyarakat dan Negara.

Perkara 17.
  • Setiap orang berhak memiliki harta secara bersendirian serta secara berkongsi dengan orang lain.
  • Tiada sesiapa pun boleh dilucutkan harta-bendanya secara sewenang-wenangnya.

Perkara 18.
Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berfikir, perasaan hati dan ugama; hak ini termasuklah kebebasan menukar ugama atau kepercayaannya, dan kebebasan, samada secara bersendirian atau secara bersama-sama dengan orang-orang lain dan secara terbuka atau bersendiri, menganuti ugama atau kepercayaannya melalui pengajaran, amalan, pemujaan dan pematuhan.

Perkara 19.
Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan.

Perkara 20.
  • Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan.
  • Tiada sesiapa pun boleh dipaksa menjadi ahli mana-mana pertubuhan.

Perkara 21.
  • Setiap orang berhak mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya, secara langsung atau melalui wakil-wakil yang dipilih dengan bebas.
  • Setiap orang adalah berhak kepada peluang samarata kepada perkhidmatan awam dalam negaranya.
  • Kemahuan rakyat hendaklah menjadi asas kewibawaan kerajaan; kemahuan ini hendaklah dibuktikan melalui pilihanraya berkala yang sejati yang mana hendaklah diadakan secara sejagat dan samarata dan hendaklah diadakan secara undi sulit atau melalui acara pengundian bebas yang ketara.

Perkara 22.
Setiap orang, sebagai anggota masyarakat, adalah berhak kepada keselamatan sosial dans berhak menjadikan suatu kenyataan, melalui usaha negara dan kerjasama antara-bangsa dan menurut organisai dan sumber-sumber dalam negara masing-masing, hak-hak ekonomi, sosial dan kebudayaan yang termesti bagi kemuliaannya dan perkembangan bebas keperibadiannya.

Perkara 23.
  • Setiap orang adalah berhak kepada pekerjaan, kepada pemilihan pekerjaannya secara bebas, kepada keadaan-keadaan pekerjaan yang adil dan berfaedah baginya dan kepada perlindungan daripada pengangguran.
  • Setiap orang, tanpa sebarang pembezaan, adalah berhak kepada penggajian yang sama bagi kerja yang sama.
  • Setiap orang yang bekerja adalah berhak kepada pembayaran saraan yang adil dan berfaedah baginya yang mana mempastikan buat diri dan keluarganya suatu kehidupan sesuai dengan kemuliaan manusia, dan yang mana ditambah, jika pertu, oleh cara-cara perlindungan sosial yang lainnya.
  • Setiap orang berhak menubuh dan menjadi ahli kesatuan sekerja bagi memperlindungi kepentingan-kepentingannya.

Perkara 24
Setiap orang adalah berhak kepada rihat dan masa lapang, termasuk batasan munasabah keatas masa bekerja dan cuti bergaji yang berkala.

Perkara 25
  • Setiap orang adalah berhak kepada suatu taraf hidup yang memadai bagi kesihatan dan kebajikan diri dan keluarganya, termasuklah makanan, pakaian, perumahan dan pengawasan perubatan serta perkhidmatan sosial yang perlu, dan berhak kepada perlindungan ketika berlakunya pengangguran, kesakitan, ketidakupayaan, diperjandaan, keuzuran atau lain-lain kekurangan kehidupan dalam keadaan di luar kawalannya.
  • Ibu dan anak adalah berhak kepada jagaan serta bantuan khas. Semua kanak-kanak, samada dilahirkan di dalam maupun di luar nikah, hendaklah menikmati perlindungan sosial yang sama.

Perkara 26.
  • 1)Setiap orang adalah berhak kepada pelajaran. Pelajaran hendaklah diberikan percuma, sekurang-kurangnya pada peringkat awal dan asasnya. Pelajaran peringkat awal hendaklah diwajibkan. Pelajaran teknikal serta profesional hendaklah disediakan untuk umum dan pelajaran tinggi hendaklah mempunyai akses yang samarata kepada semua orang atas dasar kebolehan.
  • Pelajaran hendaklah ditujukan kepada perkembangan sepenuhnya keperibadian manusia dan ke arah memperkukuhkan lagi rasa hormat bagi hak-hak dan kebebasan asasi manusia, lanya hendaklah memupuk persefahaman, kesabaran dan persahabatan di kalangan semua negara, bangsa atau kumpulan-kumpulan ugama, dan hendaklah memajukan segala kegiatan Bangsa-Bangsa Bersatu demi memelihara keamanan.
  • Ibu-bapa mempunyai hak terdahulu untuk memilih jenis pelajaran yang akan diberikan kepada anak-anak mereka.

Perkara 27.
  • Setiap orang berhak secara bebas mengambil bahagian dalam kegiatan kebudayaan masyarakatnya, menikmati kesenian dan sama-sama merasai kemajuan sains dan faedah-faedahnya.
  • Setiap orang adalah berhak kepada perlindungan kepentingan-kepentingan moral dan kebendaan hasil dari sebarang penghasilan sains, kesusasteraan atau kesenian yang mana ianya adalah penciptanya.

Perkara 28.
Setiap orang adalah berhak kepada suatu susunan sosial dan antarabangsa dalam mana hak-hak asasi dan kebebasan yang termaktub dalam Perisytiharan ini boleh dijadikan kenyataan sepenuhnya.

Perkara 29.
  • Setiap orang mempunyai kewajipan terhadap masyarakat hanya dalam mana perkembangan keperibadiannya secara bebas dan seluruhnya termungkin.
  • Dalam mengamalkan hak-hak dan kebebasannya, setiap orang tertakluk hanya kepada batasan-batasan seperti yang ditentukan oleh undang-undang semata-mata bagi tujuan menjamin pengiktirafan dan penghormatan yang sepatutnya terhadap hak-hak dan kebebasan orang lain dan untuk mendekati keperluan-keperluan sepatutnya bagi akhlak, ketenteraman awam dan kebajikan umum dalam suatu masyarakat yang demokratik.
  • Hak-hak dan kebebasan ini tidak boleh sama sekali diamalkan secara bertentangan dengan tujuan-tujuan dan prinsip-prinsip Bangsa-Bangsa Bersatu.

Perkara 30.
Tiada apa-apa jua dalam Perisytiharan ini boleh ditafsirkan sebagi sedia tersirat memberikan kepada mana-mana negara, kumpulan atau perseorangen sebarang hak untuk melibatkan diri dalam apa-apa kegiatan atau melakukan apa-apa perbuatan dengan tujuan memusnahkan apa-apa hak dan kebebasan yang termaktub dalam Perisytiharan ini.
  http://www.ohchr.org/EN/UDHR/Pages/Language.aspx?LangID=mli
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2011 08:09 PM | Show all posts
rakyat malaysia takperlu risau pada propaganda hasad perkauman dan agama parti2 tertentu.
media mmg jadi alat paling mudah mempromosi/menakut2kan rakyat untuk buat perubahan.

seret kepala lembu ke... ajak berperang salib ke... julang keris kehulu-kehilir ke... suma tu propaganda mereka berminda cetek je.





oooooooooooooooo

nampaknya bod politik nih dah mcm CI . tred2 page-1 jek yg valid.
kalo tred nih hanyut 2-3 page dah takbleh dibawak bincang lagi (nanti kene lock).
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 10:40 AM | Show all posts
Reply 1# tongamae


    rasanya dah separuh nyawa aku hidup kt dunia ni even kt malaysia pun hidup tiada kebebasan mutlak dan masih lagi mengamalkan 'kasta' dalam semua segi kehidupan termasuklah yg bab agama.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 10:45 AM | Show all posts
Sejak PKR/DAP kuat nii, majoriti byk pengundi DAP dan PKR yg anti islam, dia org makin berani
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 03:08 PM | Show all posts
tu la pasal....DAP smakin ghairah mencabar kedaulatan Islam dan kedaulatan Melayu di Malaysia...ini kerana ramai memilih untuk menjadi hamba DAP ibarat lembu yang dicucuk hidungnya...matlamat DAP sama seperti dahulu utk memerintah negara ini..hakikat yg kita sendiri rasa skrg ni ekonomi telah dimonopoli mereka...kini kuasa dan pangkat menjadi rebutan,...agenda jahat DAP dr dulu lg...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-11-2011 04:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by tongamae at 16-11-2011 16:29

Reply 5# hana82

Di bawah, inilah jawapan yang anda cari.


Tahap hak asasi berbalik ke zaman Mahathir
Ramli Abdul Samad                                                                                                               


Di tengah-tengah hiruk-pikuk silang perdebatan ‘ketuanan  Melayu’ dan perang PR dan BN dalam merebut Putrajaya, ada realiti pahit yang tidak mungkin dibiarkan kelu oleh peredaran masa, iaitu isu hak asasi manusia bagi rakyat Malaysia. Hari Hak Asasi Manusia diraikan oleh dunia pada Jumaat lepas (10 Disember).
Bagaimana keadaan atau status hak asasi manusia di negara kita?
Mengikut satu laporan ‘Civil and Political Rights Report 2010’ dari sebuah NGO Suaram, suasana muram pasti menyelubungi negara bagaikan seperti mahu dibawa kembali semula ke zaman pentadbiran Mahathir. Kita sedia maklum bagaimana negara semasa 22 tahun dalam pentadbiran Mahathir telah meruntuhkan banyak tiang seri demokrasi kita dan menafikan hak asasi manusia rakyat kita. Pendek kata, hak asasi manusia tidak akan muncul bebas melainkan dicabuli lagi.
Sejak merdeka negara Malaysia telah melalui pemerintahan dari rejim BN yang diganti dengan rejim BN lagi selang setiap lima tahun. Sudah lebih dari setengah abad BN memerintah negara. Dalam tempoh yang relatif panjang itu, masih ramai rakyatnya yang tidak menikmati kemewahan hasil daripada pembangunan negara.
Statistik menunjukkan sebanyak 40 peratus isi keluarga negara berada dalam keadaan ‘cukup-cukup untuk menyara hidup’ kerana memperolehi pendapatan RM2,000 sebulan. Sekarang, kualiti hidup rakyat semakin menurun, kuasa membeli rakyat semakin rendah, semuanya gara-gara kegagalan pemerintah mentadbir negara.
Suaram menambah lagi bahawa pencabulan itu termasuk jumlah tangkapan yang tinggi ketika perhimpunan oleh rakyat dan kawalan ketat ke atas media yang menunjukkan ‘tanda-tanda dasar masyarakat tertutup’. Terdapat ruang yang sebegitu kecil bagi golongan yang menentang ataupun pandangan alternatif yang tidak sehaluan dengan kerajaan untuk dihebahkan.
Di negera kita, mereka yang menjadi korban pelanggaran hak asasi manusia di masa lalu masih diabaikan. Begitu juga penduduk miskin yang merupakan majoriti di negara ini masih ramai yang belum menikmati hak-hak ekonomi, sosial, dan budaya mereka. Hubungan antaragama pun ditandai dengan pelanggaran hak beragama dan beribadat, manakala terdapat kelompok pelampau agama menindas minoriti dan merosak tempat ibadah mereka.
Dalam sebuah demokrasi yang belum lagi sempat berakar-umbi tetapi diasak pemantapannya pun sudah bersua serangkaian kes manipulasi suara dan pengabaian hak-hak politik rakyat.
Mengapa peradaban hak-hak asasi manusia yang sepatutnya merupakan adanya rasa hormat terhadap kemanusiaan sulit berkembang dan menjadi nilai bagi rakyat di negara kita? Apakah sebab-musababnya?
Kekejaman manusia adalah puncanya
Kita harus akui bahawasanya istilah hak asasi manusia itu tidak lagi bersifat sentral dalam konsep kemanusiaan komunitarian yang seharusnya dimiliki masyarakat kita. Masyarakat kita lebih banyak membicara tentang kewajiban lain seperti kewajiban beragama, kewajiban mementingkan ethnicity (ras), kewajiban bekerja dan seterusnya.
Bukannya perkara-perkara itu tidak mustahak tetapi fahaman akan hak asasi manusia adalah juga penting dan jangan menganggap yang konsep hak asasi manusia itu seperti bersumber dari satu tradisi konflik dan masalah individualisme Barat – sesuatu yang asing dalam budaya kita.
Orang mudah lupa bahawa persoalan sesungguhnya bukan terletak pada kontradiksi antara individualisme atau bukan, antara tradisi konflik atau bukan, melainkan pada kenyataan mengerikan bahawa manusia adalah makhluk yang mampu melakukan kekejaman sekaligus rentan menjadi korban kekejaman.
Niat perjuangan hak asasi manusia sebagai suatu hak yang melindungi manusia tidak hanya fokus kepada kekejaman orang lain, melainkan juga dari godaan bertindak kejam terhadap orang lain. Niat itu tidak ditangkap manakala orang asyik larut dalam perdebatan dengan isu-isu lain.
Sehubungan itu jua, peradaban hak asasi manusia untuk berkembang itu mengandaikan bahawa suatu konsep yang manusia bertanggungjawab terhadap nasib dan sejarahnya sendiri. Pelanggaran hak asasi manusia dianggap sebagai kesalahan manusia yang boleh dituntut, bukannya suatu peristiwa alamiah belaka. Namun, dalam tanggapan buruk sangka kebanyakan daripada kita, sebuah kekejaman dalam skala besar itu dilihat sebagai semacam bencana kolektif atau ‘murka dari Tuhan’ yang di dalamnya orang tidak dapat menuntut pertanggungjawapan daripada siapa pun.
Kekejaman dilupakan, tidak ada pembicaraan tentangnya, dan lewat kealpaan bahkan penafian sejarah itu, kekejaman semakin dilihat sebagai peristiwa alamiah yang menimpa seperti datangnya bala nasib buta.
Kengerian yang terpantul dari gambar buruk diri kita sendiri cepat-cepat kita tutupkan dengan sikap seolah-olah hal itu tidak pernah terjadi. Sikap menipu diri seperti itu tidak secocok dengan etos hak asasi manusia yang menuntut pertanggungjawapan dari pelaku kekejaman-kekejaman itu untuk tidak berulangnya peristiwa hitam itu.
[bersambung]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2011 04:27 PM | Show all posts
[sambungan]


Pemimpin yang salah gunakan agama
Peradaban hak asasi manusia tidak mungkin tumbuh mekar dalam ruang kosong, melainkan berkembang lewat amalan beristiqamah yang disarankan oleh perlembagaan negara.
Seperti diperkatakan oleh ramai pejuang perubahan, pengalaman mengikuti saranan perlembagaan negara adalah “kebersamaan dengan sesama warga yang sama kuatnya???. Kita memang hidup dalam sebuah negara berperlembagaan, tetapi pengalaman mengikuti saranan perlembagaan negara itu belum kita alami sebaiknya, antara lain sebabnya adalah kerana kepimpinan yang bermentaliti bangsa jajahan dan juga kedangkalan pentadbiran rejim autoritarian selama lebih dari lima dasawarsa tidak menunjukkan jalan yang diinginkan itu.
Pertarungan tidak seimbang antara yang kuat dan yang lemah masih terjadi di pelbagai bidang. Pihak yang kuat itu, segelintir elit adalah pemegang kuasa dan pemilik modal boleh saja berbicara dalam bahasa hak-hak asasi manusia secara permukaan namun mereka memiliki semua hak yang mereka perlukan untuk hidup, sementara yang lemah dianggap tidak layak memiliki atau menuntut haknya.
Keadaan yang amat tidak seimbang ini membuat individu cenderung berlindung di belakang kelompok masing-masing mengikut garisan etnik atau agama. Ia terhalang melampaui wawasan etnosentriknya dan penyertaan dalam politik adalah sangat rendah.
Apakah proses globalisasi boleh membantu? Globalisasi di satu pihak membantu sosialisasi hak asasi manusia, tetapi di pihak lain pula memberi tantangan tersendiri kerana globalisasi pasar juga boleh memperparahkan krisis solidariti rakyat. Dulu individu diperlakukan sebagai objek kuasa, sekarang sebagai objek pasar.
Amalan ‘demokrasi’ yang dibincangkan banyak ditentukan oleh jenis kepemimpinan yang boleh membantu pertumbuhan peradaban hak asasi manusia. Kepemimpinan yang secocok untuk peradaban hak asasi manusia adalah yang mendasarkan amalan-amalan kenegaraan pada tuntutan murni hak asasi manusia dan terus menyempurnakan saranan perlembagaan agar semakin sesuai dengan hak asasi manusia. Immanuel Kant ada menyebut jenis kepimpinan politik ini sebagai “politik bermoral???.
Kita belum lagi sepenuhnya berpengalaman dengan jenis kepemimpinan ini kerana amalan baru sejak era adanya tuntutan ‘reformasi’ yang berjanji akan mencuba melaksanakannya.
Yang lama bercokol dan berurat-akar di negeri kita adalah kepemimpinan yang menyalahgunakan moral dan agama untuk keuntungan kekuasaannya sendiri dengan cara provokasi dan manipulasi masa. Jenis macam ini disebut Kant sebagai “moralis politik??? telah kita alami sepanjang kepimpinan BN dan mereka masih bertahan meskipun bergelut dalam proses ‘perebutan kuasa ke Putrajaya’.
Pihak-pihak yang membuat kacau akan niat murni menggembangkan hak asasi manusia menjadi nyata dengan mengelirukan konsep kemanusiaan komunitarian dan liberal termasuk dalam jenis moralis politik ini. Selama jenis kepemimpinan moralis politik ini diberi peluang untuk tumbuh, selama itu juga semua pelanggaran hak asasi manusia tetap tidak akan dipandang berat.
Nilai agama berpaut kepada ritualisme
Akhirnya peradaban hak asasi manusia akan berkembang dalam dukungan agama kerana agama ada mengandung fitrah kemanusiaan yang melampaui suku-suku dan bangsa meskipun tidak melampaui kekhasan agama itu sendiri. Di Barat ajaran hukum kudrat, Naturrechtslehre, yang berasal dari filsafat bersinergi dengan ajaran tradisi Yudeo-Kristiani tentang manusia sebagai citra Allah.
Tentu sinergi itu terjadi sesudah pertarungan lama antara agama Nabi Isa (Kristian) dan pemodenan yang tegangannya kadang masih terasa sampai dewasa ini.
Di negara kita kemajuan menghormati hak-hak manusia sulit tumbuh kerana kurangnya dukungan dari agama-agama tentang isu-isu hak asasi manusia. Agama-agama di negara kerap sibuk dengan menerap nilai mentaati ritualisme ibadat kepada kelompoknya. Mereka sangat sensitif dan artikulatif terhadap masalah kesusilaan, tetapi anehnya menjadi bisu dan kelu terhadap isu-isu korupsi dan pelanggaran hak asasi manusia yang berskala besar.
Sudah pastinya adanya aktivis dari kelompok agama. Bagaimanapun dalam agama itu sendiri sulit terjadi proses hermeneutik yang berupaya mentransformasikan penganutnya kepada pro-hak asasi manusia. Misalnya seorang Muslim yang pro-hak asasi manusia dianggap sebagai terpesona dengan idealogi sekular atau anti-Islam oleh masyarakatnya.
Keadaan nampaknya semakin parah apabila semua ini disertai provokasi kasar lagi biadab dari kelompok-kelompok pelampau agama yang dibayar untuk membuat kacau pada tanah air kita. Kerangka fikiran seperti ini sangat menghambat sosialisasi bagi membatinkan nilai hak asasi manusia.
Selama agama-agama khususnya para pemimpin mereka tidak memasukkan penegakan konsep hak asasi manusia sebagai sebahagian kewajiban agama mereka, selama itu pula pertumbuhan dan penghayatan akan nilai hak asasi manusia akan tetap terhambat seperti yang kita alami sampai sekarang.
Hambatan-hambatan di atas bukanlah kudrat-kudrat yang tidak boleh diubah. Sejarah kemerdekaan kita membuktikan bahawa hal-hal yang semua nampak sebagai nasib atau kudrat dapat diubah melalui tindakan keberanian. Terdapat beberapa golongan NGO, parti-parti pembangkang sudah beristiqamah dan berani memperjuangkan isu-isu hak asasi manusia.

Keutamaan politik ini juga sentral dalam sejarah perjuangan menegakkan hak asasi manusia. Oleh kerana itu, kita seharusnya prihatin dengan fakta bahawa konsep hak asasi manusia masih dirasa asing bagi kebanyakan rakyat kita.
Ada masalah kelemahan kehendak yang bercokol di dalam para pemegang kuasa negara ini. Bukankah defisit keberanianlah yang akan menjadi akar persoalannya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-11-2011 06:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by tongamae at 16-11-2011 18:43

Satu lagi dusta Mahathir, apabila Mahathir cuba mengaitkan hak asasi dengan homoseks.
Kalau saudara cukup prihatin, cuba semak di SINI dan SINI , PERISYTIHARAN HAK ASASI MANUSIA SEJAGAT langsung tidak ada klausa atau perkataan yang menggalakkan homoseksual.

Tujuan Mahathir menipu ialah supaya rakyat tidak tahu mengenai hak asasi diri, dan mudah tertipu.


"Jika kita ikut Barat, yang mengamalkan hak asasi manusia melampau seperti membolehkan lelaki berkahwin dengan lelaki (yang lain) dan wanita berkahwin dengan wanita (lain), (bahawa ini) harus ditolak terus," katanya (Mahathir).  http://www.malaysiakini.com/news/179756
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.069177 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list