CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9499|Reply: 63

Khalid Ibrahim Bongkar Penyelewengan Satim Diman Dan umno Selangor

[Copy link]
Post time 16-11-2011 01:39 AM | Show all posts |Read mode
Khalid Ibrahim Bongkar Penyelewengan Satim Diman Dan umno Selangor



SHAH ALAM, 15 NOV : Sesi penggulungan Belanjawan Selangor 2012 hari ini menjadi gempar berikutan pendedahan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pelbagai salah guna kuasa Barisan Nasional Selangor membabitkan kehilangan jutaan ringgit yang turut melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Satim Diman.Selain Satim, Abdul Khalid juga mendedahkan usaha pengambilan tanah oleh bekas menteri Besar Selangor, isteri

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta pemimpin politik setempat bagi mendapat beberapa lot tanah dikawasan elit. Dalam sesi penggulungan itu, Khalid mendedahkan Ketua Pembangkang, Satim Diman telah membuat beberapa transaksi berhubung penjualan tanah di Science Park 2 semasa pentadbiran BN dulu.


Tanah tersebut merupakan tanah milik kerajaan negeri yang telah diberikan kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) untuk tujuan pembangunan pendidikan sains.

Menurut Khalid, pemberian tanah tersebut bagaimanapun dijual oleh Satim dengan harga murah kepada Nikmat Inai Sdn Bhd, di mana Satim adalah salah seorang pemegang saham dan Ahli Lembaga Pengarah.

"Belum selesai syarikat Satim membayar belian kepada PKPS, atas kuasa politik yang beliau pegang, tanah itu dijual kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan harga berlipat kali ganda.

"Inilah berjayanya Satim Diman menjadi orang tengah untuk mengaut untung atas angin atas dasar Bumiputera,"jelas Khalid.

Sidang DUN yang masuk hari kelima hari ini turut digemparkan dengan pendedahan Khalid berhubung tanah Revolusi Hijau di Alam Perdana yang melibatkan bekas Menteri Besar dan isteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta pemimpin politik setempat membolot beberapa lot tanah.

"Tanah ini telah menjual kepada Barisan Elit untuk taman penindustrian walaupun tanah itu masih berstatus pertanian.

"Meskipun Barisan Elit tidak boleh memulakan projek perindustrian, namun yang berkuasa adalah orang berkepentingan maka projek tersebut dijalankan sedangkan rakyat Selangor kerugian puluhan juta hasil bayaran premium," katanya.

Selain itu, ladang seluas 12,000 ekar di Sabah yang dikatakan dijual oleh PKPS pada 2006. Ladang ini djual RM8,000 seekar kepada syarikat Bumiputera. Namun seperti juga kes Science Park 2, Khalid berkata, ladang ini dijual pula kepada Rimbunan Hijau, syarikat yang ada kaitan dengan parti komponen BN.

Mengulas lanjut salahlaku pembangkang ini, Khalid menjelaskan Kerajaan Negeri pada akhirnya berjaya memaksa Barisan Elit Sdn Bhd membayar RM29 juta untuk menukar syarat dari pertanian kepada perindustrian.

"Tiga contoh ini menunjukkan Umno-BN sentiasa menggunakan isu Bumiputera dan memperjuangkan hak Melayu namun mereka adalah dalang yang menghakis hak kepentingan rakyat Selangor,"kata Khalid lagi.

Beliau yang juga Adun Ijok berkata sejak Mac 2008, kerajaan Pakatan Rakyat telah mengamalkan reformasi dalam pentadbirannya yang amat mementingkan ketelusan, kecekapan dan pertanggungjawaban serta bersih dari amalan rasuah dan kronisma.

Kesan dari reformasi ini, kata Khalid telah memberi keuntungan yang berlipat kali ganda berbanding pentadbiran terdahulu, malah mampu mengembalikan hasil negeri untuk rakyat Selangor.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-11-2011 01:58 AM | Show all posts
Post Last Edit by totokreturn at 16-11-2011 02:00

sedikit info :-

Dato Satim Diman merupakan ketua UMNO dan BN negeri selangor yg akan menjadi menteri besar selangor JIKA UMNO BN menang di selangor selepas PRU13 nanti.

melanjutkan pengajian tertinggi di sekolah menengah dan Berkelulusan tertinggi sijil SPM sahaja. tapi tup2 ada PHD.. pelik..pelik... takyah amik diploma, degree, master tetiba ada PHD..?.

berpengalaman luas dalam bidang perkeranian selama berpuluh tahun di UPM serdang.jawatan kerani laa tu.....

Track record beliau, pernah ingin menggadaikan tanah hak milik bumiputra kepada cina untuk dimajukan, tetapi ia tidak diluluskan oleh menteri besar selangor iaitu tan sri khalid ibrahim. beliau juga terkenal sebagai raja pasir selangor ketika era pemerintahan khir toyol sebagai MB BN selangor...


sedikit info tentang dato satim diman, ketua barisan nasional selangor....tribute to satim diman...


nampak tak!
antara org mulia dan tak....
antara pencacai bongok dok nak angkat si satim diman dan tak...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 02:01 AM | Show all posts
Ini semua mesti salah Anwart!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 02:41 AM | Show all posts
ala sikit jer, kalau compare dgn PKFTZ tu... kena belajar lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 03:13 AM | Show all posts
Ala takpe busuk2 Pun org kita..Khalid tu dengki sbb tak dpt kaut bnyk reta negeri selangor..yg paling penting kat Malaysia bukan salahguna kuasa Wang tu semua tapi belalai anwart..{:4_188:}
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 05:13 AM | Show all posts
kalo PR selangor reveal very crystal clear about ketua pembangkang...sket2 anwart
Pro-pembangkang selangor yg tak boleh terima kenyataan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2011 07:31 AM | Show all posts
noh la..bukan satim
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2011 10:28 AM | Show all posts
well said....


adakah kita sanggup menerima UMNO BN kembali kepada UMNO dan bermenteri besarkan sepeerti pemimpin diatas..??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2011 10:43 AM | Show all posts
Org PKR cara dia mcm ni Baru tuduh, belum ade bukti dah buat mcm satim tu mcm dah bersalah, Mcm Anwar tu dah byk gile bukti, tapi org PKR masih kate BOS dia tak bersalah lak
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 11:05 AM | Show all posts
Reply 10# hana82


Exactly. Kalau Anwar tutuh blakang depa pun depa kata salah UMNO gak.. Taksuuuub gitu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2011 11:07 AM | Show all posts
dah kantoi pemimpin UMNO memang perompak wang rakyat dunia azali, apa lagi nak kata... meratib laaa 70 kali sehari semalam sebagai obat penenang...


anwart...awnat...anwart...anwart.... kah....kah....kah...kah....


dah tahu dah standard akal pemikiran level mana....
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 12:44 PM | Show all posts
nah kau satim kerani..nak lawan ex ceo guthrie sgt
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 05:02 PM | Show all posts
heehehh seneng nye nak jd org politik xpayah ngaji tinggi nampak heheheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2011 05:34 PM | Show all posts
heehehh seneng nye nak jd org politik xpayah ngaji tinggi nampak heheheh
joe_qlate Post at 16-11-2011 17:02



   DEMO ABIS DAJOH 6 PUN BLEH JADI KAYO KALU JOINt PARTI umno RASUOH TUH..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 11:44 PM | Show all posts
satim diman ni ke yg umno nak suruh rakyat selangor pilih jadi mb ganti bekas ceo guthrie tue????

apa bangang sangat umno nie.patut pilihlaaa ezam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2011 11:54 PM | Show all posts
satim diman ni ke yg umno nak suruh rakyat selangor pilih jadi mb ganti bekas ceo guthrie tue????

...
golok mail Post at 16-11-2011 23:44



   patut ko cakap.... kerani UPM nih ker yg pencacai UMNO bodoh nak suruh jadi MB negeri termaju malaysia menggantikan bekas CEO syarikat international guthrie...? baik suruh lembu jerk jadi MB....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2011 09:51 AM | Show all posts
YB tmpt aku yg aku x pernah nmpk batang idung...majoriti menang dulu bwh 100 undi...hehehe aku akan make sure next election ko akan jadi mantan YB ok... aku dah tuko dari Bdr tun razak ke parlimen puchong....amacam...!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 05:18 PM | Show all posts
patut ko cakap.... kerani UPM nih ker yg pencacai UMNO bodoh nak suruh jadi MB negeri terma ...
totokreturn Post at 16-11-2011 23:54



ishhh...lembu lagi...sensitip tau...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 05:20 PM | Show all posts
teringat aku kat kawan aku.... buat kerja macam ni lah...

suruh bini dia beli saham A... lepas tu jual saham A tu kpd sykt milik perbadanan negeri dengan rege yg tinggi...dpt lah untung beratus2 ribu...

tak lama lepas tu... kena CBT.... masuk penjara.....



bila yang diatas nak kena siasat?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2011 07:25 PM | Show all posts
teringat aku kat kawan aku.... buat kerja macam ni lah...

suruh bini dia beli saham A... lepas tu ...
flight714 Post at 17-11-2011 17:20


bila nak siasat... selagi UMNO BN di pusat tak jatuh.. jgn bermimpi disiang hari laa nak disiasat...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.469374 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list