View: 6880|Reply: 70
|
gelang rosmah pulak!!!! benar atau rekaan????
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by golok mail at 20-11-2011 00:54
AKTIVITI boros Rosmah Mansor yang juga isteri kepada Najib Tun Razak terbongkar lagi. kali ini melibatkan pembelian seutas gelang bernilai US$55,000 (RM172 397.58).
Dilaporkan bahawa seorang lelaki yang berada di Shangri-la Hotel, Zizhuyuan Road, Beijing telah pergi sebuah kedai mutiara dengan seorang rakan yang ingin membeli gelang buat isterinya.
Rakannya itu telah tertarik dan mengambil seutas gelang berlian mewah yang bernilai US$55,000 (RM172 397.58) untuk melihatnya.
Gadis pengurus kedai tersebut telah menunjukkan kepada mereka sebuah gambar yang terpampang di dinding kedai. Gadis tersebut memberitahu bahawa sebelum ini isteri kepada Presiden Malaysia pernah membeli gelang yang sama.
Wajah wanita di dalam gambar tersebut saling tak tumpah seperti wajah Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak.
I was in Beijing on 16th for a meeting at the Shangri-la Hotel, Zizhuyuan Road, Beijing and walked into a pearl shop at the hotel foyer with a friend who wanted to buy a bracelet for his wife. He picked up this beautiful diamond bracelet only to find out that it cost US$55,000. The sales girl then pointed us towards a photo on the wall and said that the President's wife bought the same bracelet. And it was none other than Rosmah.
Carian di YouTube membuktikan bahawa Rosmah Mansor pernah berada di Beijing pada sekitar bulan Jun 2009 khabarnya atas lawatan program Permata yang memperolehi peruntukan kerajaan sebanyak RM111 Juta pada Budget 2011.
Berbelanja boros sesuka hati bagaikan tiada hari esok. Persoalannya betulkah duit Rosmah sebanyak itu? Adakah beliau mengumpul duit dari kecil? Dari mana dapat duit?
Sumber: [Malaysia Today]
ReJaM© "Rakyat disuruh ikat perut, berjimat cermat..." |
|
|
|
|
|
|
|
gambar ahkak pink di atas sangat obese |
|
|
|
|
|
|
|
2009?
2011 baru dapat bongkar |
|
|
|
|
|
|
|
klau laki tu pon mampu beli, aku sangat2 percaya rosmah mampu menabung dari kecil. skim asb dan skim emas dia membantu juga. |
|
|
|
|
|
|
|
thread sblm ni dah kene lock.... |
|
|
|
|
|
|
|
terukle rakyat mcm ni.. lambat lg ke pilihanraya? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak boleh nak nafikan lagi.. gambar dan video sama.. |
|
|
|
|
|
|
|
isteri presiden malaysia????
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak abis2 la Rosmah ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Biasalah. First Lady kita pandai berjimat. |
|
|
|
|
|
|
|
dah masuk dah budak cybertrooper parti bodoh nie................. |
|
|
|
|
|
|
|
gembira tak?.. |
|
|
|
|
|
|
|
berapa berat ideal kak mah sepatutnya? |
|
|
|
|
|
|
|
Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, "Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?" Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!" Kemudian Baginda ditanya lagi, "Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan ltu benar?" jawab Baginda, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar)." (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).
Ghibah (menyebut keburukan orang lain walaupun benar) amat buruk, apalagi buhtan (memfitnah dan mengada-adakan keburukan seseorang). Orang yang mendengar ucapan ghibah juga turut memikul dosa ghibah, kerana dia masuk dalam ghibah itu sendiri. Kecuali dia mengingkarinya dengan lidah, atau menerima dengan hatinya. Bila ada kesempatan maka lebih utama baginya mengalihkan ghibah tersebut dengan pembicaraan lain yang lebih bermanfaat. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat." (Riwayat Muslim)
Ghibah bukan hanya pada ucapan lidah, tetapi setiap gerakan, isyarat, ungkapan, sindiran, celaan, tulisan atau segala sesuatu yang dipahami sebagai hinaan. Mendengar orang yang sedang ghibah dengan sikap kagum dan menyetujui apa yang dikatakannya, hukumnya sama dengan ghibah. Pahala amal kebaikan orang yang melakukan ghibah akan berikan kepada orang yang menjadi sasaran ghibahnya. Islam mengharamkan dan melarang ghibah kerana boleh mengakibatkan putus ukhuwah, rosak kasih sayang, timbul permusuhan, tersebar aib, lahir kehinaan dan timbul keinginan untuk melakukannya.
Perkataan "fitnah" berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud kekacauan, bencana, cubaan dan penyesatan. Fitnah sering dimaksudkan sebagai berita bohong atau tuduhan yang diada-adakan untuk membinasakan seseorang yang tidak sesuai dengan kenyataan atau kebenaran.
Al-Quran dalam surah al-Hujuraat ayat 12 dengan jelas menghuraikan persoalan fitnah. "Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat
sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi maha Pengasihani". |
|
|
|
|
|
|
|
Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, "Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?" ...
mr_oscar Post at 20-11-2011 01:44
alimnyer tempek hadis bagai..
x nak tempek hadis pasal larangan membazir, larangan memberi dan mengambil rasuah, larangan membuka aurat, larangan menganiaya orang lain ke? |
|
|
|
|
|
|
|
penat jer skroooooooollllll |
|
|
|
|
|
|
|
spammer bangang |
|
|
|
|
|
|
|
alimnyer tempek hadis bagai..
x nak tempek hadis pasal larangan membazir, larangan memberi dan ...
peachRose Post at 20-11-2011 02:13
itu laennnn........................................ |
|
|
|
|
|
|
|
satu persatu dah kantul..
tak serik2 rosmah nie.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|