CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13510|Reply: 133

Shoffi Jikan Berlakon Sampai Pengsan..

  [Copy link]
Post time 22-11-2011 10:51 AM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA: Pelakon hebat, Shoffi Jikan mengaku dia pernah rasa kecewa kerana kerja lakonannya seperti tidak diendahkan khalayak.

Bagaimanapun, Shoffi berkata, tuah filem KL Gangster telah membuka mata ramai pihak kepada bakatnya yang selama ini tidak disedari sehingga berjaya memperoleh Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada festival Filem Malaysia 24 (FFM24).

"Sepanjang 15 tahun saya berlakon, anugerah ini merupakan kejayaan berganda kerana inilah pertama kali saya dicalonkan dalam mana-mana majlis anugerah dan terus dinobatkan.

"Dan sepanjang saya berkecimpung dalam industri ini, diakui saya pernah kecewa kerana hasil kerja saya seperti tidak dilihat.

"Syukur, berkat kesabaran dan kesungguhan dalam setiap tawaran lakonan yang diberi akhirnya diterima ramai. Tambah pula saya mengikuti segala promosi filem KL Gangster walaupun jadual kerja begitu padat," katanya.

Tambah Shoffi, walaupun pernah kecewa kerana tidak diendahkan lakonannya, pelakon ini tidak pernah mengambil sikap sambil lewa dengan setiap kerja-kerja lakonannya.

Malah, Shoffi memberi fokus lebih daripada 100 peratus dalam menjayakan sesebuah watak.



"Biasanya saya memang bersungguh-sungguh dengan kerja yang diberi. Maklumlah, lakonan adalah periuk nasi saya dan semesti akan buat yang terbaik bagi setiap watak yang diberi.

"Sampaikan saya kerap pengsan kerana mengeluarkan segala tenaga dan emosi bagi setiap watak lebih-lebih lagi bagi watak gangster menerusi KL Gangster. Bukan filem ini sahaja, banyak lagi filem seperti Bohsia, Kongsi, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan lain-lain lagi dimana saya berlakon sampai pengsan," ujarnya.

Sementara itu, kata Shoffi, wang sebanyak RM10,000 yang diperoleh hasil kemenangan itu akan dikongsi sedikit dengan teman-teman yang sentiasa menyokongnya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2011 10:51 AM | Show all posts
napa aku mcm tak penah pun tgk dia berlakon??

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 10:52 AM | Show all posts
napa aku mcm tak penah pun tgk dia berlakon??
freekey Post at 22-11-2011 10:51



   uols xtengok kl gangster ker noks??
cete zombi kg pisang, yang jahat ada spm tuh heols la noks..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2011 10:54 AM | Show all posts
uols xtengok kl gangster ker noks??
cete zombi kg pisang, yang jahat ada spm tuh heols la  ...
luvly_snow8608 Post at 22-11-2011 10:52

hehe tak tgk..

tp dia terus berlakon filem ke kekdahnya yg sampai 15 tahun tu??

   

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 10:54 AM | Show all posts
dalam kl gangster his acting looks quite bold, prominent..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 10:55 AM | Show all posts
hehe tak tgk..

tp dia terus berlakon filem ke kekdahnya yg sampai 15 tahun tu??

    ...
freekey Post at 22-11-2011 10:54



   iols kenal heols pong time tgk cete zombi noks.. pastuh kl gangster.. yang balance 15 tahun tuh, haram iols xkenal noks.. mebi heols jadik pak pacak jah kot..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2011 11:03 AM | Show all posts
sapa nih?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 11:07 AM | Show all posts
napa aku mcm tak penah pun tgk dia berlakon??
freekey Post at 22-11-2011 10:51


Lakonan beliau sangat bagus, contoh dalam Hantu Kak Limah jadi Wak Joko bomoh Indonesia tu dan sangat menjadi dan x sangka ianya lakonan orang muda berdrag bomoh tua. Tapi sayang semua orang tak tahu itu Sofi Jikan, ingatkan itu betul-betul wak indon datang naik tongkang saja tapi itu tandanya wataknya hidup dan menjadi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2011 11:08 AM | Show all posts
dlm kl menjerit pun dia ada yg jd pak guard..zombie kg pisang dia jd pembantu perubatan tp sbnrnya dia org gila kot...dia mmg kelakar...dlm kl gangster mmg dia terbaik la...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 11:09 AM | Show all posts
penah tgk dia blakon 2 kali jer...tu pon 2 3 tahun nie..zombi ngan gangster...lain2 tahun tu dia blakon ape?? iskk...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 11:10 AM | Show all posts
ssengattt...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 11:12 AM | Show all posts
mcm mana org nak recognize kalu berlakon setakat sebabak dua...kalu ada award utk pelakon tambahan terbaik...mungkin dpt pencalonan lah kot utk film2 dia terdahulu...

utk film KL gangster..watak dia mmg agak besar kan...so betul2 peluang yg terus direbut oleh sofi jikan....

kalu film Hantu mak limah tu..babak bomoh tu berapa babak jer....
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 11:13 AM | Show all posts
aku rasa bukan khalayak yg tidak endahkan bakat dia...tp org2 industri sendiri..pengarah penerbit
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 11:15 AM | Show all posts
dia penah belakon citer ROCK...watak penyanyi black metal band Malaikai Mauttt....
citer ZKP...watak medical assistant yg inesen kunun2nya...
dlm citer HKLBR...erwinjoko anuar....
dlm Estet...watak jahat ala2 penjahat citer tamil....
selain tu dia byk kat belakang tabir...(ni aku penah baca dlm paper) tp lakonan dia menjadi...best2....
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 11:19 AM | Show all posts
uols xtengok kl gangster ker noks??
cete zombi kg pisang, yang jahat ada spm tuh heols la  ...
luvly_snow8608 Post at 22-11-2011 10:52



    ooo dia ni ke yang ada spm tu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 11:20 AM | Show all posts
banyak berlakon dgn filem MK...
memang pelakon yg bagus.....
mungkin sbb kurang hensem....tu yg ramai produser taknak amek tu
dia pun dah 41 kalo x silap.....kawan baik ngan bront.rupa pun lebih kurang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2011 11:21 AM | Show all posts
sampai pengsan.... ??? belum lg dengar ada artis lain yg berlakon smpai pegsan nie....
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 11:25 AM | Show all posts
dia ni dulu penah jadi pengacara dgn zulhuzaimi dulu...lau tak silap lah..tak hengat dlm rancangan apa....
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 11:31 AM | Show all posts
sofi jikan ni bdk teater...hebat lakonan dia...dlm zombi kpg pisang dia jd MA yg psycho tu...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 11:31 AM | Show all posts
tau dia neh sejak mamat khalid bersepah buat drama tuk ntv7 dulu.rupa tak de sgt mmg la tak femes
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.084640 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list