CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
View: 6297|Reply: 14

Resipi MasterChef Malaysia? Menjadi?

[Copy link]
Post time 30-11-2011 04:11 PM | Show all posts |Read mode

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Nak tau ade sesiapa yang dah cuba resipi kat website MasterChef Malaysia? Menjadi tak?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 01:38 AM | Show all posts | Share
xpenah try..cuci2 mata je kat cinun..tp menu2 nye mmg de vastt
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 11:04 AM | Show all posts | Share
MC malaysia belum try tapi MC australia selalu..penah buaat isabella lemon meringue cupcake,chocolate cake donna hay etc
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 05:37 PM | Show all posts | Share
paste la resepi dari masterchef tu dan gambar yg korang dah masak... baru semangat org lain nak cuba..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 11:05 PM | Show all posts | Share
xpenah jugak tp berangan slalula..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2011 02:03 PM | Show all posts | Share
jarang tgk masterchef.. ada eh.. nk try la
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2011 02:04 PM | Show all posts | Share
Teringin gak nak cuba tp belum berkesempatan lg...

Antara plan nk try ilah cucur udang chef Jo tu...

Simpla tp nmpak mcm sedap dan ada kelainan...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2011 04:52 PM | Show all posts | Share
Kero ada cuba resepi cucur udang chef Joe tu, cuma tak letak udang sbb allergic ngan udang. Guna russet potato sbb kentang jenis tu cepat masak... Mmg sedaplah bila letak kentang tu. Dah 2 kali Kero buat cucur nih.

Ni yg kero buat.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2011 05:02 PM | Show all posts | Share
Ni resepi chef Joe (Credit MasterChef Malaysia )

Cucur udang - Chef Johari




Bahan-bahan Cucur Udang:
Tepung - 200gm
Tepung Beras - 2 sudu besar
Air - 1 cawan
Pes Cili - 1 sudu kecil
Bawang Merah - 1 biji
Daun Kucai - 80gm
Kentang - 1 biji
Jagung Kernel - ½ cawan
Udang Kecil Segar - 100gm
Garam
Lada Sulah
Minyak Masak

Bahan-bahan Sos Kacang Kuda:
Kacang Kuda (disejukkan) - 1 cawan
Cili Kering - 1 biji
Serbuk Kari Daging - 2 sudu besar
Bawang Merah - 1 ulas
Dadih Asli (Plain Yogurt) - 1 cawan
Daun Kari
Minyak Neuvida

Cara-cara Penyediaan Adunan Tepung:

Tepung dan tepung beras diayak dalam mangkuk sehingga tiada ketulan.
Masukkan garam dan lada secukup rasa.
Udang dikopek kulit dan dibuang kepala dan perut.
Bawang dimayang halus dan daun kucai dipotong panjang (ukuran C 1 inci).
Kentang dibersihkan dan dimayang halus.
Masukkan cili, bawang, udang, daun kucai dan kentang ke dalam adunan tepung tadi.
Masukkan air sedikit demi sedikit, gaul rata sehingga sebati.   


Cara-cara Penyediaan Sos Kacang Kuda:

Kacang kuda direndam semalaman didalam air sejuk, dibiarkan dalam suhu bilik.
Rebus kacang kuda yang telah direndam dengan air bersih. Masukkan garam dan cili kering bersama kacang kuda tersebut. Rebus sehingga kacang menjadi empuk dan toskan menggunakan penapis dan asingkan air rebusan kacang di dalam bekas berasingan. Sejukkan kacang yang telah ditoskan.
Bawang merah dipotong dadu halus dan bawang putih dititik.
Panaskan minyak dalam kuali/periuk. Masukkan bawang merah dan bawang putih. Masak sehingga naik bau. Seterusnya masukkan daun kari.
Masukkan serbuk kari dan gaul dengan perlahan. Pastikan api perlahan juga.
Apabila sudah pecah minyak, masukkan kacang kuda tadi.
Goreng dalam 1 hingga 2 minit. Tuangkan 1 cawan air rebusan kacang tadi.
Didihkan selama 5 minit sehingga kari tadi menyerap ke dalam kacang.
Guna pelenyek untuk melenyekkan kacang dalam periuk tadi sehingga menjadi bentuk pati.
Pindahkan sos kacang kuda yang dilenyek ke dalam mangkuk. Biarkan sehingga sejuk. Masukkan ke dalam peti sejuk.
Sebelum dihidang, gaulkan dengan susu masam.
Betulkan rasa dengan garam. Tambahkan limau jika inginkan rasa masam.

Cara-cara Mengoreng Cucur:

Panaskan minyak didalam kuali sehingga menjengkau 160C.
Masukkan adunan tepung menggunakan sudu dan goreng.
Goreng sehingga warna menjadi keemasan.
Hidangkan cucur udang bersama sos kacang kuda.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2011 10:03 PM | Show all posts | Share
Reply 8# Kero_kero


Nampak sedap! Best!
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2011 02:00 PM | Show all posts | Share
Sungguh menyelerakan cucur tu....kena cuba nih
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 11:24 PM | Show all posts | Share
Post Last Edit by Kero_kero at 15-12-2011 23:28

Lagi satu resepi yg Kero dah buat...Burger kambing mediterranean Zamir.
Tp Kero guna daging lembu.

Ni yg Kero buat....mmg sedap jugak.
  

Lebihan daging sbb tak semua guna buat burger, Kero buat sloppy joe aje. Senang & sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 11:34 PM | Show all posts | Share
Resepi Zamir:



Burger kambing mediterranean bersama raita

    Bahan-bahan Burger Kambing Mediterranean:
    Daging Kambing - 300gm
    Jintan Putih - 1 sudu kecil
    Kayu Manis - 1 sudu kecil
    Bawang Putih - 3 ulas
    Garam - Secubit
    Lada Putih - Secubit
    Kuning Telur - 2 biji
    Serbuk Panko - 2 sudu besar

    Bahan-bahan Raita (Tatziki):
    Yogurt Asli -500ml
    Lemon - ½ biji
    Jintan Putih - ¼ sudu kecil
    Bawang Putih - ½ ulas
    Garam - secubit
    Gula - secubit
    Lada Putih - secubit
    Timun (dipotong dadu)

Cara-cara penyediaan Burger Kambing Mediterranean:

-Kisarkan Daging Kambing,Jintan Putih, Kayu Manis dan Bawang Putih di dalam pengisar sehingga halus dan serata.
-Campurkan bahan kisaran tadi dengan kuning telur dan serbuk panko dan gaul sehingga sebati.
-Bentukkan adunan menjadi Patty burger dan salutkan bahagian atas dan bawah burger dengan serbuk panko.
-Masak burger selama 6 minit setiap bahagian atau sehingga masak.


Cara-cara penyediaan Raita (Tatziki):
   
-Kisarkan semua bahan sehingga halus.
-Letakkan timun dalam bahan kisaran.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 06:08 PM | Show all posts | Share
penah buat masala kentang zamir. . sedap gak. sorry takda gamba
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 12:12 AM | Show all posts | Share
Memang teringin nak buat tapi belum berkesempatan lagi, tak berapa minat western food tapi yang dah buat resepi chef Jo tu memang nampak menyelerakan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

Pesanan penting Segala pendapat dan pandangan yang dikongsi di ruangan forum atau halaman yang berkaitan merupakan pandangan peribadi individu dan tidak sesekali mewakili pendapat/pandangan CARI. CARI juga tidak bertanggungjawab bagi setiap pandangan yang dikongsi. Oleh kerana forum beroperasi dalam waktu sebenar atau 'real time', CARI tidak, dan tidak dapat menapis sebarang bentuk penyampaian dari pengguna setiap masa, namun CARI menggalakkan setiap pengguna mengamalkan budi bicara serta budaya hormat-menghormati untuk tidak menggunakan sebarang perkataan yang menyalahi undang-undang, berbahaya, mengancam, kesat,mengganggu, memfitnah, kasar, lucah, mengeji, menceroboh privasi orang lain, bersifat kebencian, atau perkauman, etnik atau sebaliknya. CARI berhak untuk menahan dan/atau mengeluarkan mana-mana pautan yang berkemungkinan sebagai individu, entiti atau kumpulan yang berpotensi mewujudkan rasa malu dan fitnah. CARI juga berhak untuk menerima, edit dan / atau mengeluarkan apa-apa pautan yang dianggap tidak sesuai dalam mana-mana cara/keadaan/bentuk/situasi/kaedah.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Infonet

30-5-2015 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.124187 second(s), 13 queries , Gzip On.

Powered by Discuz! X3.2

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list