CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
1234Next
Return Post new threads
Show: 7751|Reply: 78

Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi 2011 (LIMA 2011) 6-10 Disember

[Copy link]

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 2-12-2011 12:51 PM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

The Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition

Malaysia is once again proud to play host to the 11th edition of the LIMA Exhibition, which will be held from 6 C 10 December 2011 in Langkawi.

The Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition is the premier destination for aerospace and maritime manufacturers targeting the Asia Pacific growth markets. For nearly 22 years, LIMA has been serving exhibitor needs by assembling key decision makers from the defence, enforcement and civil sectors. In 2009, over 210 delegations from 40 countries gathered in Langkawi Island representing what was essentially this exact market in the world. LIMAs carefully crafted programmes gave exhibitors the opportunity to access this invaluable market and help grow their business.

Since its inception in 1991, LIMA has gone from strength. From 150 companies in 1991, it attracted more than 450 companies from 25 countries with almost RM5 billion worth of business generated in the last exhibition held in 2009, and has now become one of the worlds premier aerospace exhibitions.

Exhibitor Information

Visitor Information












Supported by :



Official Sponsors :



Corporate Sponsors :


Partner :

Nothing Bigger Than The Club As Our KING Said!! YNWA!
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 2-12-2011 12:53 PM |All posts
4 jet pejuang gegarkan LIMA 2011

Oleh ZARINA MD HASHIM
utusankedah@utusan.com.my

LANGKAWI 1 Dis. - Empat jet pejuang terbaru jenis Rafale, Gripen, FA-18 Super Honet dan Eurofighter Typhoon bakal menggegarkan ruang udara di Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi 2011 (LIMA 2011) tahun ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ismail Ahmad berkata, jet pejuang Rafale buatan Perancis, Gripen (Sweden), FA-18 Super Hornet (Amerika Syarikat) dan Eurofighter Typhoon buatan (Eropah) itu dibawakan serentak buat pertama kali untuk dipertontonkan kepada pengunjung dalam LIMA 2011 yang akan berlangsung dari 6 hingga 10 Disember depan.

Menurutnya, jet-jet pejuang tersebut akan terlibat membuat persembahan aerobatik udara serta pameran statik.

"Tahun ini mencatat sejarah tersendiri dan merupakan perkembangan terbaik dalam penganjuran LIMA di Langkawi kerana kali pertama kita membawakan empat jenis jet pejuang secara serentak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 3 Siri 8/2011 di Kem Lagenda Seri Negeri, di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil dan Panglima Wilayah Laut 3, Laksamana Pertama, Datuk Pahlawan Mior Rosdi Datuk Mior Mohd Jaafar.

Ismail berkata, selain empat jet pejuang tersebut, LIMA kali ini juga akan dimeriahkan dengan persembahan ruang udara terbaru oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dinamakan Krisakti.

Katanya, persembahan Krisakti akan menggunakan empat buah pesawat Extra 300L dan juruterbangnya adalah juruterbang-juruterbang tempatan.

"Ini juga merupakan persembahan terbaru daripada TUDM yang setanding dengan persembahan negara luar dan ia diyakini mampu memukau perhatian pengunjung dalam penganjuran kali ini," katanya yang menyasarkan kehadiran sehingga 40,000 pengunjung.

Mengenai PLKN, beliau berkata, tiga modul yang baru diperkenalkan iaitu sub-modul budaya kerja, Program Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) dan I-Smart berjaya dilaksanakan.

"Manakala, satu lagi sub-modul yang sedang dikaji akan dilaksanakan mulai tahun hadapan ialah modul fizikal yang dicadangkan khusus untuk pelatih-pelatih yang mengalami berat badan berlebihan atau obesiti," katanya.
Nothing Bigger Than The Club As Our KING Said!! YNWA!
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 2-12-2011 12:54 PM |All posts
600 anggota polis jaga keselamatan

ALOR SETAR 1 Dis. - Kira-kira 600 pegawai dan anggota polis akan ditempatkan di Langkawi sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA 11) yang dijadual bermula minggu depan.

Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, penempatan pegawai dan anggota itu yang bermula hari ini sehingga 12 Disember ini bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di pulau pelancongan itu terjamin.

Katanya, penempatan anggota polis dilakukan lebih awal agar perkara berkaitan keselamatan terjamin memandangkan pengunjung tempatan dan luar negara meningkat sepanjang tempoh tersebut.

"Bagi memastikan keselamatan terjamin, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari dua daerah iaitu Pulau Langkawi dan Kota Setar akan bekerjasama dalam soal kawalan keselamatan.

"Langkah keselamatan bermula ketika pengunjung mahu memasuki pulau itu melalui Jeti Kuala Kedah menerusi penempatan pegawai dan anggota berpakaian seragam dan preman," katanya selepas melancarkan Kempen Pencegahan Jenayah musim percutian ke Langkawi di Jeti Penumpang Kuala Kedah di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan.

Beliau menambah, aspek keselamatan bermula dari diri seseorang individu dengan mencegah daripada terdedah kepada perlakuan jenayah selain kesedaran tinggi terhadap pemanduan di jalan raya.

"Lazimnya hal berkaitan keselamatan melibatkan kehilangan barang peribadi termasuk beg yang ditinggalkan tanpa pengawasan.

"Pengguna jalan raya perlu lebih berhati-hati memandu di pulau pelancongan itu berikutan peningkatan jumlah kenderaan selain mereka mungkin tidak biasa dengan laluan di kawasan tersebut," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Ahmad memberitahu, pihaknya mengedarkan cakera padat digital (DVD) berkaitan pencegahan jenayah kepada pengusaha feri untuk ditayangkan kepada penumpang mereka.

"DVD sepanjang 17 minit itu dapat membantu orang ramai mengenai aspek keselamatan. Diharapkan DVD itu dapat ditayangkan dalam feri mungkin 20 minit selepas bertolak dari jeti atau ketika mahu sampai ke destinasi," katanya.
Nothing Bigger Than The Club As Our KING Said!! YNWA!
Reply

Props Report

Post on 2-12-2011 01:18 PM |All posts
Terlihat jelas siapa yang berpotensi menjadi ancaman bagi Msia ... Indonesia (Blok Ambalat) dan China (Spratly Islands) ..


THE Royal Malaysian Air Force (RMAF) is expected to seal several contracts at this year's Langkawi International Maritime and Aerospace exhibition (Lima 2011).

Air force chief General Tan Sri Rodzali Daud said among the contracts lined up were for the acquisition of radars, sensors and communication equipment, which would beef up the country's air defence.

"Several letters of offer and acceptance will be inked during the exhibition. However, owing to budget constraints, the government is unable to approve the procurement of larger assets for the air force for the time being.

"This includes the purchase of new-generation aircraft and defence equipment."

Rodzali's comments indicated that the proposed acquisition of multi-role combat aircraft (MRCA) might not take place during the current 10th Malaysia Plan (2010-2015).

It is learnt that the RMAF was evaluating five new-generation jet fighters under its ambitious MRCA programme, worth billions of ringgit, to strengthen its defence capability in protecting the country's maritime assets within the exclusive economic zone, including oil and gas assets like those in the Spratly Islands and the Ambalat oil block off Borneo.

Among the jets considered were France's Dassault Aviation Rafale, the United States' Boeing F/A-18E/F Super Hornet, Europe's Eurofighter Typhoon, Swedish JAS-39 Gripen and Russian Sukhoi Su-35 Flanker-E.

The MRCA programme is to replace 16 Russian MiG-29N Fulcrums purchased in 1995 which are due for replacement by 2015.

"But things could change in the future should funds become available," said Rodzali.

Plans to take delivery of 12 Eurocopter EC725 and four Airbus A400M in 2013 and 2015, respectively, were on schedule, he said.

"The A400M has successfully undergone tests, while the EC725 is expected to be fully assembled by July next year to undergo tests before delivery to us in early 2013."

On the fate of the aging Sikorsky S-61 Nuri fleet, he said the RMAF had proposed for 15 new helicopters as replacements.

"Ideally, we need 27 new helicopters for proper and smooth operations. Should new helicopters not be purchased, then our option is to refurbish the Nuris to complement the EC725 fleet."

Rodzali added that the RMAF preferred to acquire new helicopters instead of refurbishing the Nuri as it would not only incur a huge cost, but also more frequent maintenance.

On Lima 2011, Rodzali said it was an ideal platform to promote the local defence industry while providing exposure for servicemen.

http://www.nst.com.my/local/general/...ensors-1.13723
Reply

Props Report

Rank: 3Rank: 3

Post on 2-12-2011 02:39 PM |All posts
we want red arrowsss !!!!!!!!!!!!
Do I caRe?
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 2-12-2011 04:02 PM |All posts
acara kemuncak LIMA tahun ni
adalah bila ahli2 parlimen pembangkang akan
dibawa masuk ke dalam kapal selam dan merasai pengalaman menyelam
bersama TLDM

itu pun kalau derang terima pelawaan dan berani datang la
always be yourself..
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 2-12-2011 04:03 PM |All posts
acara kemuncak LIMA tahun ni
adalah bila ahli2 parlimen pembangkang akan
dibawa masuk ke dalam kapal selam dan merasai pengalaman menyelam
bersama TLDM

itu pun kalau derang terima pelawaan dan berani datang la
always be yourself..
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 2-12-2011 08:28 PM |All posts
LTAK sedia beroperasi 24 jam sepanjang LIMA 2011

02/12/2011
3:39pm


LANGKAWI 2 Dis. Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di Padang Matsirat sedia beroperasi 24 jam semasa berlangsungnya Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2011 (Lima) 2011 dari 6 hingga 10 Dis. ini jika ada keperluan dan permintaan untuk berbuat demikian.

Pengurusnya, Abdul Halim Othman berkata, ketika ini operasi lapangan terbang itu bermula pukul 7 pagi hingga 11 malam.

"Kita akan melanjutkan tempoh operasi sehingga 4 atau 5 pagi hari ini dan Ahad ini kerana ada permintaan, katanya kepada Bernama hari ini.

Lapangan itu menjadi paling sibuk kerana selain terlibat pertunjukan udara oleh pesawat sempena Lima 2011, ia turut menerima kunjungan pesawat yang membawa mereka yang terlibat dengan Lima 2011.

Abdul Halim berkata, kakitangan tambahan turut dibawa dari lapangan terbang lain untuk membantu terutama di bahagian keselamatan.

Lima 2011 edisi ke-11 menyaksikan penyertaan lebih 400 syarikat dari 56 negara. Bernama
Nothing Bigger Than The Club As Our KING Said!! YNWA!
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 2-12-2011 08:40 PM |All posts
Alangkah bagusnya kalau malaysia ada aerobatik team sendiri... tak perlu panggil ed arrow ker thunderbird ker..
Be positive... Thats my blood type.
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 2-12-2011 09:19 PM |All posts
Frust woo bila dh sunggguh2 lobby tp malaysia tk jd beli.
Pkai je la fulcrum tu smpi hbis.
*GGH member #017
Reply

Props Report

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Post on 2-12-2011 09:28 PM |All posts
Alangkah bagusnya kalau malaysia ada aerobatik team sendiri... tak perlu panggil ed arrow ker thunde ...
kelana36 Post at 2-12-2011 20:40


aritu ada pre-launch acrobatik tim malaysia..kerisakti namanya..

The Kris Sakti (English: Magic Dagger) is the recently-founded aerobatic display team of the Royal Malaysian Air Force.It will make its debut on 2011 Langkawi International Maritime and Air Show on December 2011.

Prior to the founding of the team,the Royal Malaysian Air Force relies on their Fighter Jets (MiG-29,F/A-18D & Su-30 Flanker) and Pilatus PC-7 of "Taming Sari" team for acrobatic acts. On November 19,The Ministry of Defense has announced the creation of a acrobatic team,and the team will be a joint initiative between the private sector and the government.

Royal Malaysian Air Force (RMAF) pilots will fly four German-made, single-engine, propellor aeroplanes as the national aerobatics team during the Langkawi International Maritime and Aerospace (Lima) 2011 exhibition next month.
Defence Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said the Extra 300L monoplanes would be in action as the Kris Sakti, a joint initiative between the private sector and the government, for the Dec 6-10 event at the Langkawi International Airport here.

The Extra 300L was designed in 1987 by Walter Extra, an award-winning German aerobatic pilot and built by Extra Flugzeugbau.

In previous Lima editions, the RMAF put up aerobatic teams like the Taming Sari, comprising Pilatus PC-7 turboprops and others, involving the MiG-29N Fulcrum air superiority and Sukhoi Su-30MKM Flanker jet fighters.

Zahid said the RMAF would also showcase its Boeing F/A-18D strike fighters and the Su-30MKM this year.

Others scheduled to perform aerial displays include the BAE Systems Eurofighter Typhoon, France's Dassault Aviation's Rafale and Sweden's Saab JAS-39 Gripen.

Zahid added other prominent aerospace segment displays included the C-17 Globemaster III, the Eurocopter Tiger, Sikorsky S-92 and AgustaWestland AW149 helicopters.

For the maritime segment, Zahid said the Royal Malaysian Navy's (RMN) KD Tun Razak Scorpene submarine would be present, along with the United States destroyer USS Curtis Wilbur, Korea's ROKS Gang Gamchan, Singapore's RSS Supreme, Australia's HMAS Glenelg and India's INS Kora.

"We will invite all members of Parliament inside our submarine to judge for themselves if the vessel's purchase is worth it," Zahid told newsmen after chairing a Cabinet Committee Meeting on Lima 2011 at the Langkawi Development Authority headquarters in Kuah on Thursday.

Zahid said the organisers expected 38,000 trade visitors and 45,000 civilians for the event, which was expected to bring in RM150 million in tourism revenue.

A total of 403 companies, including Boeing, Airbus, DCNS, Daewoo, Blohm and Voss, Embraer, Sikorsky, Gulfstream, AgustaWestland, Fincantieri, Saab, Eurofighter Typhoon, Sukhoi and Navantia -- from 35 countries have confirmed as exhibitors, a 25 per cent increase from the previous event, two years ago.

There will also be 404 delegations from 57 countries. Zahid added that there would be 26 aircraft exhibits this year as compared with 11 for 2009.

He added that there would be 12 ship exhibits as compared with 10 for the previous event.
   
one day more . . . .
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 2-12-2011 10:03 PM |All posts
Post Last Edit by epal10 at 2-12-2011 22:08

Welcome to LIMA2011 ...Mana satu pilihan TUDM nanti...


Eurofighter Typhoon
   

Rafale


Gripen


FA-18 Super Honet
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 2-12-2011 10:41 PM |All posts
Reply 11# 5229


    Owh ok . Tapi apsal guna prop plane, tak power la. Extra300 untuk solo aerobatic sesuai la.
Be positive... Thats my blood type.
Reply

Props Report

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Post on 2-12-2011 10:44 PM |All posts
Reply  5229


    Owh ok . Tapi apsal guna prop plane, tak power la. Extra300 untuk solo aerobat ...
kelana36 Post at 2-12-2011 22:41


itu saya tak reti nak komen la..fulus tak mengizinkan kot.tapi kita tgk la debut dorang LIMA nanti.kalau impressive boleh la mintak jenis engine jet.
one day more . . . .
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 2-12-2011 10:48 PM |All posts
4 jet pejuang gegarkan LIMA 2011

Oleh ZARINA MD HASHIM


LANGKAWI 1 Dis. - Empat jet pejuang t ...
along3746 Post at 2-12-2011 12:53



    typhoon dah ada sebulan kat sini... dari fpda lagi....anya rasa untuk give a little bit of taste of its capabilities kot....
~PleaseDon'tStandSoCloseToMe,I'mHavingTroubleBreathing~
Reply

Props Report

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Post on 2-12-2011 10:53 PM |All posts
Reply  5229


    Owh ok . Tapi apsal guna prop plane, tak power la. Extra300 untuk solo aerobat ...
kelana36 Post at 2-12-2011 22:41



salah satu gambr exclusive dari forum berkenaan(yg kt watermark tu).nk letak semua byk la pulak

kalau nak taw info lebih sana dah berpage2 dorang bincang pasal nih..
one day more . . . .
Reply

Props Report

Rank: 3Rank: 3

Post on 2-12-2011 11:19 PM |All posts
ada hotel 0 lagi ke kalau nak pg sana
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 2-12-2011 11:41 PM |All posts
Reply 16# 5229


    Ni beli khas untuk cukup kan korum LIMA11 lah ni... hahaha  
Be positive... Thats my blood type.
Reply

Props Report

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Post on 2-12-2011 11:46 PM |All posts
Reply  5229


    Ni beli khas untuk cukup kan korum LIMA11 lah ni... hahaha
kelana36 Post at 2-12-2011 23:41


dop tahula yg tu.harap yg terbaik dari dorang
one day more . . . .
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 3-12-2011 09:31 PM |All posts

UNIT Paskau TUDM mengawal ketat pintu utama ke Tamac bagi mengelakkan berlaku sebarang pencerobohan menjelang pertunjukkan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2011 di Lapangan Terbang Antarabangsa Padang Mat Sirat, Langkawi, hari ini. - Foto Shahrizal Md Noor
Dec 3, 2011 5:42 pm
Nothing Bigger Than The Club As Our KING Said!! YNWA!
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 3-12-2011 09:32 PM |All posts
Penduduk Perlis perlu tingkat imej pelancongan negeri menjelang LIMA


2011/12/03

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu penduduk Perlis terutama di sekitar Kuala Perlis bersedia sebaik mungkin meningkatkan imej pelancongan negeri menjelang Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011 yang akan berlangsung selama lima hari bermula Selasa ini.

Baginda bertitah, melalui penganjuran LIMA 2011, sudah pasti ada pelancong yang mengambil kesempatan melawat keindahan Perlis kerana Kuala Perlis adalah pintu masuk utama ke Pulau Langkawi melalui jalan laut kerana jaraknya yang lebih dekat. "Pemilik premis sama ada agensi kerajaan, swasta dan milik persendirian perlu meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan kerana Perlis khususnya Kuala Perlis adalah pintu masuk utama ke Langkawi melalui jalan laut," titah baginda sempena LIMA 2011 hari ini. Baginda bertitah, usaha meningkatkan kebersihan dan keceriaan ke paras optimum adalah strategi jangka pendek bersepadu menyambut kehadiran pelancong dan ia perlu berterusan sehingga menjelang akhir tahun ini dan selepas itu perancangan yang lebih holistik dan mantap perlu diadakan.

Tuanku Syed Faizuddin Jamalullail juga mahu premis-premis makanan mempelbagaikan masakan dan hidangan supaya para pelancong dan orang ramai dapat menikmati lebih banyak pilihan makanan.

Selain pilihan makanan yang pelbagai, para pengusaha juga perlu bersikap profesional dan memberi layanan mesra kepada para pelanggan termasuk pelancong di samping menawarkan harga berpatutan, keenakan makanan dan layanan yang
pantas.

Baginda juga menyarankan, pihak yang terbabit dengan sektor perkhidmatan memastikan khidmat diberikan adalah efisyen, selesa dan bersifat mesra orang kurang upaya (OKU), kanak-kanak, ibu mengandung dan warga emas.

Baginda bertitah, Kompleks Makanan Laut (Komalaut) dan Masjid Terapung Al Hussain di Kuala Perlis perlu dipromosikan secara besar-besaran sebagai tarikan baru sektor pelancongan.

Sementara itu, Majlis Perbandaran Kangar (MPK) juga sedang memastikan kawasan persekitaran Kuala Perlis berada dalam keadaan yang lebih baik terutama di Laman Brasmana yang terletak berhampiran terminal feri Kuala Perlis kerana ia menjadi tumpuan pelancong untuk menikmati makanan pada petang atau malam.

Sementara itu, tinjauan mendapati ada pelancong ke Pulau Langkawi tidak selesa dengan perbuatan pekerja tempat letak kereta yang mengejar kenderaan dengan motosikal bagi mendapatkan pelanggan supaya menggunakan khidmat parkir mereka.

Tinjauan juga mendapati beberapa lokasi tarikan pelancong di Perlis dibanjiri orang ramai pada hujung minggu termasuk Wang Kelian dan Padang Besar adalah destinasi membeli belah di pinggir sempadan Malaysia-Thailand. - BERNAMA
Nothing Bigger Than The Club As Our KING Said!! YNWA!
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 4-12-2011 05:15 PM |All posts
LIMA 2011: Perkhidmatan udara, laut dan darat dijamin mencukupi


2011/12/04

LANGKAWI: Perkhidmatan udara, laut dan darat dijamin mencukupi bagi menampung permintaan semasa berlangsungnya Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011 mulai Selasa ini.

Pengurus Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Abdul Halim Othman, berkata walaupun tiada penerbangan tambahan dibuat oleh syarikat penerbangan yang mengadakan perkhidmatan ke pulau peranginan ini, syarikat penerbangan terbabit menggunakan pesawat lebih besar bagi menampung permintaan. "Sebanyak 24 penerbangan berjadual diadakan ke Langkawi setiap hari oleh beberapa syarikat," katanya kepada Bernama hari ini. Pada masa ini Penerbangan Malaysia (MAS), Air Asia, Firefly, Berjaya Air dan Silk Air Singapura mengadakan penerbangan setiap hari ke pulau bebas cukai itu.

Bagi laluan laut, perkhidmatan feri penumpang mencukupi dan jika ada permintaan, tambahan perjalanan akan diadakan.

Pengurus syarikat feri, Wong Sie Kiong, berkata lebih 20 feri sedang beroperasi dari Kuala Perlis, Kuala Kedah dan Pulau Pinang ke Langkawi serta sebaliknya.

"Jika perlu, perkhidmatan akan dilanjutkan hingga waktu malam bagi membawa penumpang," katanya.

Sementara itu, Persatuan Tuan Empunya Pemandu Kereta Sewa dan Teksi Langkawi turut memberi jaminan perkhidmatan teksi mencukupi.

Naib Pengerusinya, Mohd Adnan Salleh, berkata perkhidmatan secukupnya akan diadakan di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di Padang Matsirat dan Jeti Kuah.

Katanya, terdapat lebih 800 buah teksi beroperasi di Langkawi.

Beliau mengingatkan pemandu teksi supaya tidak mengambil kesempatan mengenakan tambang berlebihan daripada yang ditetapkan.

"Kita perlu menjaga imej Langkawi sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa," katanya.

LIMA 2011 edisi ke-11 berlangsung dari 6 hingga 10 Disember, menyaksikan penyertaan lebih 400 syarikat dari 56 negara. - BERNAMA
Nothing Bigger Than The Club As Our KING Said!! YNWA!
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 4-12-2011 05:18 PM |All posts
Lima '11: Angkasa Langkawi kembali meriah


2011/12/04



SEBAHAGIAN pesawat pejuang yang tiba untuk pertunjukan sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2011 di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, semalam.


LANGKAWI: Bahang Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA '11) semakin dirasai apabila ruang angkasa Langkawi digegarkan dengan deruman enjin jet pejuang yang mengadakan latihan untuk pertunjukan aerobatik pada temasya yang bermula 6 Disember ini.

Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang tiba di sini sejak dua hari lalu memulakan latihan mulai jam 11.30 pagi semalam menggunakan kira-kira 10 pesawat pejuang MiG-29 Fulcrum, Sukhoi dan F/A-18 Hornets.

Pada keseluruhannya, LIMA11 yang menerima sambutan menggalakkan daripada syarikat industri penerbangan dan perkapalan antarabangsa dan tempatan dijangka tetap meriah walaupun tanpa kehadiran pasukan aerobatik terkemuka Red Arrows.

Sementara itu, beberapa penduduk tempatan yang ditemui ketika menyaksikan latihan pertunjukan udara semalam, menyifatkan pameran dwitahunan itu sangat berfaedah kerana mendedahkan pelbagai teknologi terkini dalam industri penerbangan dan perkapalan.

Marzuki Daud, 51, berkata LIMA11 mampu memberi rangsangan kepada rakyat Malaysia, khususnya generasi muda menyertai industri berteknologi tinggi, pada masa sama menambahkan rezeki penduduk tempatan.

Bagaimanapun, saya tidak faham kenapa pameran udara tidak dibuka kepada umum mulai hari pertama iaitu Selasa ini, katanya.

Rofitah Musa, 39, dari Kampung Bohor Chempedak di sini, berkata LIMA wajar diteruskan kerana ia memberi banyak manfaat kepada peniaga, orang awam dan pelajar.

Sepatutnya pihak sekolah atau institusi pengajian tinggi menganjurkan lawatan ke Langkawi bagi memberi peluang pelajar mempelajari industri angkasa, penerbangan dan perkapalan, katanya.

LIMA 11 yang mempamerkan komponen aeroangkasa berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di Padang Matsirat, manakala segmen maritim di Awana Porto Malai, bakal menyaksikan penyertaan terbesar sejak 1991.
Nothing Bigger Than The Club As Our KING Said!! YNWA!
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 4-12-2011 05:45 PM |All posts
Persiapan LIMA sampai kemuncak


Petugas melakukan pemeriksaan terhadap dua buah pesawat pejuang yang bakal menyertai LIMA 2011 di Langkawi, semalam. - BERNAMA

--------------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR 2 Dis. - Persiapan untuk Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) Ke-11 yang akan berlangsung 6 hingga 10 Disember ini, sudah berada di peringkat akhir.

Jawatankuasa Induk LIMA '11 berkata, LIMA kali ini akan menjadi edisi terbaik sepanjang penganjuran sejak 1991, kerana peningkatan menyeluruh daripada aspek penyertaan pempamer, pesawat dan kapal.

"Pameran tahun ini menunjukkan peningkatan 25 peratus berbanding sebelum ini dengan penyertaan lebih daripada 400 syarikat pempamer dari 54 negara.

"Selain itu, penyertaan 26 pesawat dan 12 kapal perang laut luar negara menunjukkan peningkatan dua kali ganda berbanding penganjuran tahun 2009," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pameran LIMA yang dianjurkan dua tahun sekali ini mampu menjadi medan pertemuan pemimpin industri maritim dan aeroangkasa bagi merebut peluang perniagaan dalam industri tersebut di rantau Asia selain bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain.

"Agensi keselamatan negara seperti Kementerian Pertahanan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal menjadikan LIMA sebagai medium mengeratkan hubungan dengan agensi negara jiran," katanya.

LIMA 2011 yang diadakan di Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dijangka bakal menerima 25,000 pelawat perdagangan, sekali gus mampu menjana pulangan pelancongan RM150 juta kepada negara.

Tetamu kerajaan dan pelawat perdagangan boleh berkunjung dari 6 hingga 8 Disember, manakala pengunjung awam berpeluang menyaksikan pesawat dan kapal perang canggih pada 9 hingga 10 Disember.

Tambahnya, pelbagai syarikat pesawat terkemuka luar negara seperti Boeing, Airbus, DCNS, Daewo, Blom and Voss, Embraer, Sikorsky, Gulfstream, Sukhoi, Navantia dan Dassault Aviation turut mempamerkan aset pertahanan dan komersial yang tercanggih di dunia pada penganjuran kali ini.

"Antara pesawat yang bakal menjadi tumpuan ialah pesawat pejuang F-18 Super Hornet buatan Amerika Syarikat, Eurofighter Typhoon (Eropah), Rafale (Perancis), Gripen (Sweden) dan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sukhoi SU-30.

"Selain itu, kapal terbang pengangkut C-17 Globemaster III, helikopter canggih Eurocopte Tiger HAD, Sikorsky S 92 dan AW 149 buatan Aygusta Westland akan turut menyertai pameran LIMA 2011," ujarnya.

Penganjuran kali ini akan diserikan dengan pertunjukan udara bermula 11.30 pagi hingga 1 petang dari 6 hingga 8 Disember, manakala dua sesi pertunjukan akan diadakan dari 9 hingga 10 Disember bermula 10 pagi hingga 11.30 pagi dan 2.30 petang hingga 4 petang.
Nothing Bigger Than The Club As Our KING Said!! YNWA!
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 4-12-2011 05:51 PM |All posts
Aksi helikopter tempur pada LIMA 2011


Eurocopter Tiger HAD

--------------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR - Tiga buah helikopter tempur bakal beraksi di ruang angkasa Langkawi bagi mempamerkan kehebatan pada Pameran Aeroangkasa dan Maritim Langkawi 2011 (LIMA '11) yang bermula Selasa ini.

Helikopter Eurocopter Tiger HAD dan AgustaWestland AW129 merupakan helikopter penggempur termoden dalam kelasnya yang berupaya untuk memusnahkan kereta kebal dan kenderaan berperisai.

AH-61 pula adalah helikopter penyerang ringan dan tinjauan udara yang terbaharu dari firma Boeing bersaiz sederhana yang dilengkapi dengan sistem persenjataan roket serta sistem avionik moden.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
Nothing Bigger Than The Club As Our KING Said!! YNWA!
Reply

Props Report

1234Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 31-10-2014 01:31 PM , Processed in 0.148940 second(s), 26 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top