CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi 2011 (LIMA 2011) 6-10 Disember

[Copy link]
Post time 6-12-2011 09:03 PM | Show all posts
Reply 40# along3746


    Ada lagi ke hotel bajet yg kosong???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2011 09:07 PM | Show all posts
Reply 41# solstice


    rasa mcm tipis jer nak dapat hotel bajet yang kosong ni..
    cuba jer lah pegi, tapi stand by lah bw khemah skali..
    mana lah tau kot2 tak dpt hotel boleh tido dlm khemah kat pantai chenang..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 09:08 PM | Show all posts
Reply 42# along3746

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 09:20 PM | Show all posts
how's langkawi ye?

must be nice ...kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2011 01:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by along3746 at 7-12-2011 13:21

Penyerahan Eurocopter bermula Disember 2012


2011/12/07


Eurocopter EC725 Cougar



LANGKAWI: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menerima helikopter baru, EC725 Cougar keluaran firma Eropah, Eurocopter secara berperingkat bermula Disember tahun depan sehingga 2014.

Ia disahkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Eurocopter, Dr Lutz Bertling sambil menyatakan lapan dari 12 unit helikopter ditempah itu sedang disiapkan untuk tujuan penghantaran pertama.



"Pembinaan EC725 Cougar yang ditempah Kerajaan Malaysia adalah mengikut dan proses penghantarannya dijangka tidak akan mengalami sebarang kelewatan.


"Proses latihan untuk pengendalian helikopter itu oleh juruterbang TUDM dijadualkan bermula pertengahan tahun depan di Marignane, Perancis yang menempatkan ibu pejabat, pusat latihan dan loji pengeluaran Eurocopter," katanya ketika ditemui pemberita di Pameran Antarabangsa Aeroangkasa & Maritim Langkawi Ke-11 (LIMA11), di sini hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2011 01:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by Fantaghiro at 7-12-2011 13:47
we want red arrowsss !!!!!!!!!!!!
Eminence Post at 2-12-2011 14:39




                        jota2 kali!!
pesal dah 2x LIMA tadak red arrow ar?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2011 01:40 PM | Show all posts
bestnye....umah mak mertua aku betul2 depan landasan ni....tahun ni tak dapat la tgk...bestnye..nak balik umah mak mertua aku,...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2011 02:44 PM | Show all posts
{:1_1 ...
Fantaghiro Post at 7-12-2011 13:36


bukan ke ada pilot dia mati last month. grounded la kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2011 03:26 PM | Show all posts
Penyerahan Eurocopter bermula Disember 2012

along3746 Post at 7-12-2011 13:20

bagus lah penyerahan sebenar
lebih awal daripada yang dijadualkan

ia mampu meningkatkan moral skuadron helikopter
TUDM secara keseluruhannya

jangan ada pulak puaka cina yang memandai fitnah
heli ni tak boleh terbang nanti dah la
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2011 03:36 PM | Show all posts
bukan ke ada pilot dia mati last month. grounded la kot.
ushioz Post at 7-12-2011 14:44



   bukan sbb tu kot... sbb last ada red arrow thn 2007...2009 dah tadek...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2011 03:47 PM | Show all posts
luftwaffe pn gn eurofighter typhoon ni..klu ada f-22 raptor lg best kot..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2011 05:30 PM | Show all posts
15,000 pelawat hari pertama LIMA 2011


2011/12/07

LANGKAWI: Pameran Antarabangsa Aeroangkasa dan Maritim Langkawi 2011 (LIMA11) mencatatkan kunjungan 15,000 pelawat perdagangan pada hari pertamanya dilancarkan semalam.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perangkaan itu amat membanggakan, malah ia jumlah kunjungan tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah penganjuran acara berkenaan sejak 20 tahun lalu. "Bagaimanapun, perangkaan itu tidak termasuk jumlah pelawat perdagangan pameran maritim di Jeti Awana Porto Malai dan hanya membabitkan ruang pameran aeroangkasa di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC). "Kita menjangkakan jumlah ini terus meningkat apabila pameran mula dibula kepada umum esok, malah sejumlah 70,000 pengunjung disasarkan melawat LIMA2011 sepanjang lima hari acara ini berlangsung," katanya kepada pemberita, di sini, sebentar tadi.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr Ismail Ahmad; Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dan Pengarah Urusan HW LIMA Sdn Bhd, Ahmad Dzuhri Abd Wahab
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2011 06:04 PM | Show all posts
KPDNKK buka kaunter aduan sempena LIMA


2011/12/07

LANGKAWI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) membuka kaunter aduan sepanjang berlangsungnya Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA 2011).

Ketua Pegawai Penguatkuasa Cawangan Langkawi, Azmi Dan berkata kaunter dibuka di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) sejak semalam bagi membolehkan aduan dibuat mengenai harga makanan dan barang-barang. "Ini bagi membolehkan tindakan cepat diambil oleh pihak kami," katanya kepada BERNAMA di sini hari ini. Beliau berkata selain itu pemantauan terus menerus diadakan bagi memastikan peniaga tidak mengambil peluang menaikkan harga barang.

Seramai 30 penguatkuasa dari Langkawi dan cawangan lain membantu menjalankan operasi, katanya.

Azmi berkata pihaknya mengadakan operasi di hotel, restoran dan kedai makan sepanjang berlangsung LIMA 2011.

Pihaknya turut membuka bilik gerakan di pejabatnya dan orang ramai boleh membuat aduan jika peniaga menaikkan harga. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2011 06:22 PM | Show all posts

PESAWAT TUDM MiG 29 'Smokey Bandit ' Squadron 17 membuat pertunjukan pada hari kedua Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2011 (LIMA 2011) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi, hari ini. - Foto Khairul Ghazali
Dec 7, 2011 6:03 pm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2011 06:23 PM | Show all posts
LIMA2011: Ahli Parlimen dibawa meninjau lokasi pameran


2011/12/07

LANGKAWI: Tujuh Ahli Parlimen, termasuk wakil Bebas dibawa meninjau Pameran Antarabangsa Aeroangkasa & Maritim Langkawi 2011 (LIMA11), di sini, petang tadi, khusus bagi memahami konsep penganjuran pameran itu, selain keperluan pemilikan aset strategik yang berperanan penting terhadap aspek keselamatan dan pertahanan negara.

Mereka termasuk Khairy Jamaluddin (BN - Rembau), Nancy Shukri (BN - Batang Sadong), Datuk Zulkifly Nordin (Bebas - Kulim Bandar Baharu) dan Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri (BN - Kuala Nerus). Nancy ketika ditemui pemberita berkata, pendekatan perlu diteruskan kerana boleh mengelak salah faham mengenai pembelian sesuatu aset pertahanan dan keselamatan oleh kerajaan sehingga boleh mencetuskan spekulasi. "Melalui LIMA, kita boleh mendapatkan gambaran jelas kepentingan pemilikan peralatan atau kelengkapan tertentu terhadap negara. Ini boleh mengelak berlakunya salah pemahaman, bukan saja di kalangan Ahli Yang Berhormat, bahkan rakyat," katanya.

Dengan adanya lawatan sebegini, beliau berharap tiada lagi isu negatif ditimbulkan pembangkang seperti pertikaian mereka terhadap kemampuan operasi kapal selam negara hingga menimbulkan kekeliruan.

"Dengan adanya lawatan sebegini, saya percaya tidak timbul lagi isu negatif seperti 'kapal selam tidak boleh menyelam' ,katanya.

Sementara itu, Mohd Nasir ketika ditemui berkata, lawatan semalam jelas membuktikan ketelusan dan keterbukaan kerajaan dalam proses perolehan aset pertahanan dan keselamatan negara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2011 06:24 PM | Show all posts


Orang ramai berpeluang melihat lebih dekat kapal-kapal tentera laut sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA '11) di Jeti Awana Porto Malai, Langkawi pada Rabu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-12-2011 07:28 PM | Show all posts
Juruterbang Malaysia terbangkan pesawat Sukhoi di LIMA


2011/12/07

LANGKAWI: Pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sukhoi SU-30 MKM yang mengambil bahagian pada pertunjukan udara Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi 2011 (LIMA '11) di sini, diterbangkan oleh rakyat Malaysia dan bukan warga Rusia.

Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud, berkata pesawat itu diterbangkan oleh Mejar Mohd Faizal Abu Bakar dan Mejar Hisham Che Halid. Perkara itu dibawa pada perhatian pemberita pada sidang akhbar Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di hari kedua LIMA hari ini. Rodzali berkata, TUDM berbangga mempamerkan Sukhoi di pameran itu yang ramai pelawat mengganggap pesawat tempur serbaguna itu diterbangkan oleh juruterbang Rusia.

"Ini satu kesilapan kerana Mejar Faizal (dan rakannya) yang menerbangkan jet
pejuang itu," katanya.

Sukhoi membuat kemunculan sulung untuk orang ramai di Malaysia pada 2007.
Rodzali juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada tentera
udara dari Australia, Singapura, Thailand dan Perancis kerana menyertai LIMA.

"Kita bangga dengan penyertaan mereka di sini, khasnya Tentera Udara Diraja
Thailand kerana walaupun sedang menghadapi cabaran seperti banjir di Thailand,
tetapi masih mampu menghantar dua pesawat menyertai kita di LIMA," katanya. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 01:50 AM | Show all posts
PM lancar pasukan aerobatik Krisakti


2011/12/06

LANGKAWI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib  ...
along3746 Post at 6-12-2011 20:22


superb show!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 02:17 AM | Show all posts
MIG-29N (Smokey Bandits)













Credit


MIR (Malaysianwings.net)




Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2011 02:40 AM | Show all posts
MIG-29N (Smokey Bandits)
































SU-30 MKM







Credit


MIR (Malaysianwings.net)

Iwan (Malaysianwings.net)



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.066744 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list