View: 28025|Reply: 196
|
'Saya Tidak Kahwini Penyanyi': Musa
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by freekey at 5-12-2011 16:49
PETALING JAYA: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menegaskan beliau sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis blog yang mendakwa dirinya berkahwin dengan seorang penyanyi dalam perkahwinan gilang-gemilang bernilai RM15 juta.
Musa yang bersara tahun lalu berkata, beliau tidak mempunyai wang sebanyak itu untuk dibelanjakan.
"Setiap kali penulis blog melemparkan tohmahan liar, ia akan memberi kesan kepada mereka sekiranya tuduhan tiada bukti.
"Agensi Pencegahan Rasuah telah menyiasat saya berhubung tuduhan rasuah bernilai RM2 juta dan saya bebas daripada tuduhan itu," katanya pada Ahad.
Menurutnya, isteri beliau, Puan Sri Juriah Ahmad tidak terkejut dengan khabar angin tersebut kerana mengetahui perkara itu tidak benar.
"Dia tahu saya tidak akan berkahwin dengan sesiapa saja kerana saya sentiasa bersamanya. Saya hanya ada seorang isteri, empat anak dan enam cucu.
"Jika saya berkahwin lagi, saya tidak akan merahsiakan perkara itu. Ia tidak seperti melakukan zina," katanya.
Desas-desus perkahwinan besar-besaran di antara Musa dan penyanyi Syella Kamaruddin tersiar dalam blog baru-baru ini termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis tersebut selain Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta dan kereta Audi R8 berharga RM800,000.
Syella yang tidak mahu mendedahkan identiti suaminya dipetik sebagai berkata, suaminya tidak menyerupai Musa malah kelihatan lebih muda dan berbadan tegap.
Beberapa keping gambar Syella memotong kek bersama suaminya tersiar dalam beberapa laman blog dan disiarkan oleh media bahasa Cina.
Musa berkata beliau mengajar di Pusat Latihan Perang untuk media di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Jelasnya, beliau telah menolak beberapa tawaran termasuk jawatan diplomatik dan pensyarah di Akademi Anti-Penganas di Langkawi.
"Saya selesa dengan tugas saya sebagai pensyarah pada ketika ini," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
sah-sah bukan beliau. lain sangat rupa bentuk kejadiannya. fitnah sungguh la dorg ni. |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha..salah tetap aku cakap si Syella tu..
sebab dia dah war2kan then tamo tunjuk sapa husbandnya pas tu org lain mesti la nak speku sebab suaminya itu kaya raya dan pemurah untukknya... |
|
|
|
|
|
|
|
"saya dah mati pucuk"
mungkin tak terkeluar ayat sebenar eh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Fuhhh!!!! lega kata wife Musa Hassan.... |
|
|
|
|
|
|
|
si syell tula salah..apa la salahnya bitau laki engkoo tuh..hebat sangat ke nak rahsia2 bagai nih.. kan ler org lain jadik mangsa...choyyy.... |
|
|
|
|
|
|
|
1st tgk gambo mmg xda rupa ex-KPN ne.......
syela yg mengong bt org tertanya2 sape laki dia yg kaya........
ker takot LHDN cari lakimu......... |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg tau bkn dia.. cuma ada iras2 je tengok gambar potong kek tu...x sangka lak boleh jadi besar cam tu..!! |
|
|
|
|
|
|
|
kah...kah...kah... saperlah yang mandai2 tuduh ex-KPN ni kawin dgn syela... cian tauuuuu... |
|
|
|
|
|
|
|
ha'ah kan, x pasal2 musa jd mangsa, laki syella ni pun kureng, x gentleman lgsg, jadilah lelaki sejati n tampillah, klu betol syg sgt kat syella khannn |
|
|
|
|
|
|
|
sbb tue lah kalau dah kawen kena bg tau kat org.... at least x de lah org lain buat dosa speku2 org yg salah....
contohilah zizie ngan bung mokhtar... untung2 dapat title datin gitu.... berbaloi penat lelah semua... |
|
|
|
|
|
|
|
sia2 jah musa ni kena pulas telinga ngan bini dia |
|
|
|
|
|
|
|
....wartawan pun sama....suka bagi pembaca berteka teki |
|
|
|
|
|
|
|
tp pic potong kek tu adala iras2 mukanya... |
|
|
|
|
|
|
|
sian heols kita fitnah.... |
|
|
|
|
|
|
|
dh naik menyampah dh aku nk terteka tekuk. lantak la syella. esok2 org tau jgk. dh byk dh kes penyanyi yg main sorok2 ni last2 kantoi. padan muka |
|
|
|
|
|
|
|
dah ada suami kenapa nak sorok2 lagi apa la punya fikiran.... |
|
|
|
|
|
|
|
Syella yang tidak mahu mendedahkan identiti suaminya dipetik sebagai berkata, suaminya tidak menyerupai Musa malah kelihatan lebih muda dan berbadan tegap.
kalo tak mau dedah, tak payah la cerita dpt umah 5 juta semua...tp sapa suami dia? |
|
|
|
|
|
|
|
xpsl2 aje.....knp pelu nak sorokkan suaminya tu.....ermm...sggh xphm....kat m'sia ni dia xbjalan2 ker atau bjalan2 kat luar negara aje....lambat laun org tau gak suami dia ni....xpelah syella wei...janji ko bahagia.......... |
|
|
|
|
|
|
| |
|