CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3338|Reply: 31

Farah Ingin Rakam Album Berkonsepkan Dakwah..

[Copy link]
Post time 9-12-2011 12:26 AM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia musim kedua, Farah Diana Annuar menberitahu ingin kembali merakamkan album baru tahun hadapan.

Farah, 26, berkata, dia begitu rindukan untuk merakamkan lagu baru untuk peminat setelah banyak menfokuskan kepada bidang pengacaraan dan mendirikan rumah tangga pada Julai lalu.

"Semasa mendapat peluang merakamkan sebuah lagu untuk program Ustazah Pilihan bertajuk Warisan Hawa ciptaan Edry Abdul Halim baru-baru ini membuatkan saya begitu rindu untuk kembali merakamkan album baru," ujarnya ketika ditemui mStar Online.

Farah berkata, untuk album terbaru itu nanti dia ingin merakamkan lagu-lagu dakwah yang santai untuk menarik lebih banyak golongan belia mendengar lagu-lagu berunsur keagamaan.

Ujarnya lagi, dia juga ingin mendapatkan khidmat daripada komposer terkenal seperti Yasin dan Sham Kamikaze untuk bekerjasama dengannya nanti.

"Saya memang sudah lama berminat dengan hasil kerja Yasin dan Sham, jika dapat bekerja dengan mereka adalah satu peluang besar untuk saya," katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kerjaya lakonan, Farah memberitahu dia tidak lagi menerima sebarang tawaran berlakon kerana merasakan tidak sesuai dengannya.

Katanya, sikapnya yang tidak sabar menunggu menyebabkan dia lebih selesa menggalas tanggungjawab sebagai seorang penyanyi dan pengacara.

"Fokus saya kini adalah kepada pengacaraan dan nyanyian kerana ia lebih sesuai dengan saya," ujarnya.

Farah baru muncul dengan program Rasa Halal Laos dan Thailand di Astro Oasis.



Sementara itu, bercakap mengenai kehidupannya sebagai isteri kepada Johan Johari, Farah memberitahu perkahwinan telah banyak mengajarnya erti tanggungjawab sebagai seorang wanita dan isteri.

Farah berkata, walaupun sering berulang alik dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur untuk memenuhi undangan pentas dan mengacara program Nasi Lemak Kopi O, suaminya amat memahami dan sentiasa menyokong kerjaya seninya.

"Sekarang saya menetap di Pulau Pinang dan berulang alik ke Kuala Lumpur pada hujung minggu dan Alhamdulilah suami memahami dan menyokong kerjaya seni saya," katanya.

Ditanya mengenai anak, Farah berkata dia berharap akan dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat kerana merasakan usia 26 tahun sesuai untuk melahirkan anak.

"Masih belum ada rezeki tetapi saya dan suami tidak menolak jika diberikan anak dalam masa terdekat," ujarnya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-12-2011 12:30 AM | Show all posts

Farah sangat cantik dalam kemuncak Ustazah Pilihan Astro Oasis


Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 12:40 AM | Show all posts
Reply 1# freekey


farah breeppp2...comeynya
bila nak ada baby?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 12:43 AM | Show all posts
farah ni tahu tak  gosip pasal makanan majlis kawen dia?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2011 12:43 AM | Show all posts

Reply  freekey


farah breeppp2...comeynya
bila nak ada baby?
scarlett-jo Post at 9-12-2011 00:40

tunggulah org yg kahwin bulan 3 dapat dulu...

   


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2011 12:44 AM | Show all posts

farah ni tahu tak  gosip pasal makanan majlis kawen dia?
jepp Post at 9-12-2011 00:43


napa plak eh?
   


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2011 12:46 AM | Show all posts
Reply 4# jepp


asal mknan mjlis kawen dia?x cdp ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 12:47 AM | Show all posts
Reply 5# freekey


ko ke???retis ke??hehe
insyaAllah,nnti adala rezeki tu,Amiin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2011 12:48 AM | Show all posts
Reply 6# freekey
ada gosip yang kata majlis perkahwinan frh kat putrajaya tu,
bayar xcukup. iols xpaham sgt ctenya.
isk. esok minta tlg sapa2 gali thread tu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 12:49 AM | Show all posts
Reply 7# scarlett-jo
ada hutang lagik. tak cukup bayar duit makanan.
tapi cter cam belit2.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 12:51 AM | Show all posts
Reply 10# jepp

alahai,gitu la pulak....mcm2
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 07:04 AM | Show all posts
cantek nyeee farah...comel jek....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 08:02 AM | Show all posts
Reply  scarlett-jo
ada hutang lagik. tak cukup bayar duit makanan.
tapi cter cam belit2.
jepp Post at 9-12-2011 00:49



    yeke? mana dpt citer ni beb. luaran nmpk semuanya sempurna kan. rumah siap pht bbunyi
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 08:31 AM | Show all posts
comel!
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 03:30 PM | Show all posts
comel dia nih ..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 04:12 PM | Show all posts
x yah la nyanyi lagik..sore x sedap mana pun...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2011 06:26 PM | Show all posts
dia antara artis yang berubah mendadak....yang lain menyusul...alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 10:21 PM | Show all posts
oohh malam tu dia ada nyanyi dalam final Ustazah Pilihan...dia jugak yg jadi host.cm kelakar jugak kdg2 tgk host lepas tu nyanyi tak abis penat sambung jadi host balik hehe.kata mak rezeki dia.tahniah Farah..love farah
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2011 10:17 AM | Show all posts
Farah yg comelllll
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2011 10:31 AM | Show all posts
comeyy la farah...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.092163 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list