CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14661|Reply: 89

Aktress malaysia terpesong akidah ??

[Copy link]
Post time 11-12-2011 12:48 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Leonarzi at 11-12-2011 12:51

mengucapkan kata2 syukur kepada Allah setelah berjaya melakonkan adegan seks di atas ranjang ??


MINGGU ini Bro nak tumpu perhatian kepada artis-artis perempuan di tanah air kita ni, Bro sebenarnya dah bosan sebab kadang kala mereka ni cakap seolah-olah tak guna akal, paling Bro tak suka bila ia menyentuh soal agama.
Baru-baru ni Bro terbaca komen seorang artis perempuan popular yang berkata, dia bersyukur kepada Allah kerana dapat melakonkan satu adegan atas ranjang dengan berjaya, biar pun bagi dia, adegan itu paling mencabar.
Bro geleng kepala membaca komen tersebut kerana biar pun dalam lakonan itu, dia berlakon sebagai suami isteri namun lakonan tetap lakonan, bukan realiti, maknanya kalau dia sentuh bukan mahram, hukum tetap haram.
Tetapi yang anehnya boleh pulak keluar kenyataan, ‘‘Alhamdulillah, saya dapat melakonkan adegan itu dengan berjaya.” - Mak Oi! adegan itu tetap haram di sisi Islam, tak kanlah nama Allah boleh disebut macam tu sahaja!
Bro tak kisah kalau pelakon perempuan itu mahu bersyukur kerana dia berjaya membawa satu watak yang mampu menginsafkan orang ramai melalui mesej yang disampaikan tetapi ini melibatkan babak atas ranjang, jadi berpada-pada la bercakap.
Satu lagi, alasan yang selalu diberikan oleh artis-artis perempuan bila melakonkan aksi-aksi panas ni ialah mengikut cakap pengarah dan demi menghayati watak yang diberikan.
Aduh! Kamu tu kat manusia ada akal, bukan patung atau robot yang boleh dibuat sesuka hati, kalau pun nak menghayati watak dan akur cakap pengarah tak kanlah sampai hendak menggadai maruah sendiri.
Tak bolehkah bagi tau pengarah, tak mahu buat adegan panas tu, yang mana lebih penting digugurkan sebagai pelakon atau menanggung dosa di akhirat kelak?
Sesetengah pengarah tu, dia peduli apa! Yang dia tahu filemnya laris, soal artis tu nanti kena ‘belasah’ dengan orang ramai bukan soal dia, bila ramai orang marah maka tercetuslah kontroversi, bila berlaku kontroversi maka semakin laris filemnya.
Tak kanlah artis-artis perempuan ni tak faham atau saja-saja buat tak faham sebab mungkin mereka juga ada niat bila buat adegan panas ni, nama akan cepat popular, kesudahannya populariti yang dicari, dosa yang diperolehi.
Jangan dok salah pengarah lelaki dalam soal ni, salahkan artis perempuan yang sedia diperalatkan dan terlalu teruja nak kejar populariti atau nak buktikan dia mampu lakonkan semua watak.
Perhatian
Turut menjadi perhatian Bro ialah bagaimana ada artis perempuan kata, ‘‘hanya Tuhan sahaja tahu apa yang ada dalam hati saya’, memanglah betul kenyataan itu sebab mana manusia atau hamba Allah biasa tahu apa ada dalam hati manusia lain tetapi soalnya artis ni bagi komen bila orang bercakap mengenai gambar seksinya yang tersebar di internet.
Memang benar sebagai manusia kita tidak berhak menghukum manusia lain tetapi tidak salah kita sebagai manusia menegur kepada sesuatu perkara yang dianggap satu kemungkaran, macam tu la juga artis berkenaan, kalau dah bergambar seksi sampai segalanya nak tersembol keluar, maka sebagai artis beragama Islam, dia perlu bersedia menerima kritikan dan kecaman orang ramai.
Kalau tak mahu ditegur, dikritik dan dikecam maka jaga tata susila sebagai seorang artis Islam jangan dok perasan bila dah jadi artis maka kita boleh buat apa sahaja sehingga tata susila agama pun mahu dilanggar kononnya hendak menunjukkan apa yang kita ada.
Begitu juga bila Bro tengok artis-artis perempuan menghadiri sesuatu majlis, ada antara mereka ni bak kata orang seperti berkemban, cuba bezanya, kalau orang perempuan biasa berkemban pakai kain batik atau tuala, tapi kalau artis berkemban pakai baju mahal-mahal.
Bro tak faham apa yang mereka hendak tunjukkan. Kita bukannya berada di negara barat, artis barat bolehlah pakai ikut suka hati mereka sahaja tetapi kita ada kat Malaysia sebuah negara yang rakyatnya kaya dengan tata susila dan adat resam serta penuh kesopanan.
Kadang kala malu Bro tengok artis-artis macam ni tak kiralah cantik macam mana pun tapi kalau pakai baju macam baru balik mandi dari sungai atau telaga, hilang semua kecantikan anugerah Allah tu.
Satu lagi Bro nak pesan kepada artis-artis perempuan yang berhasrat bertudung, kalau nak bertudung biarlah kerana Allah SWT bukan kerana dah berjanji dengan manusia.
Bila janji dengan manusia, maka perbuatan itu sudah tidak ikhlas lagi, kesudahannya mulalah pakai tudung ikut ala kadar sahaja, sehingga mencemarkan makna bertudung itu dalam erti kata sebenar.
Yang menjadi masalah ada pula perempuan-perempuan yang akan ikut kononnya atas nama fesyen, bukan fasal niat kerana Allah SWT.
Bro tahu mungkin ramai akan kritik Bro, nanti adala yang akan hantar emel kutuk Bro sebab tegur bab-bab pakai tudung ni, kononnya Bro sepatutnya bagi galakan la, dorongan la dan sebagainya.
Bro bukannya tak galak artis perempuan pakai tudung tetapi biarlah dengan niat dan hati yang bersih, bukan kerana sudah berjanji akan berbuat demikian dengan manusia.
Apabila kita berjanji dengan manusia, belum tentu manusia boleh membimbing kita tetapi kalau kita berjanji dengan Allah dan menunaikannya kerana Allah, insya-Allah, Allah pasti akan memberi petunjuk dan hidayah-Nya.
Okla Bro, berhentikan sini dulu, maklumlah kutuk artis ni nanti ada pula penyokong fanatik mereka marah, tetapi Bro tetap akan tegur sekurang-kurangnya Bro dah guna sedikit kuasa yang ada pada Bro melalui tulisan untuk menegur demi kebaikan semua pihak.
– JUMPA LAGI!
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2011 12:49 PM | Show all posts
tak tau nak ckp apa.. semoga ada yg menegur die..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2011 12:59 PM | Show all posts
pasal maya la neh eh
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2011 01:09 PM | Show all posts
ombak rindu la ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2011 01:10 PM | Show all posts
panjangnya...
cukup baca 10 baris je dah
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2011 01:14 PM | Show all posts
bukan sheols ade nafi ke kata tak cakap camtu pon?
iols tatau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2011 01:17 PM | Show all posts
aku pening nak membaca lah bro
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2011 01:18 PM | Show all posts
dajjal lah tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2011 01:36 PM | Show all posts
kan dia dh nafi
sumber: pusat berita cari/berita harian

Maya Karin cetus kontroversi
Font: [ BB B M S ]
昇asional 昇asional
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2011 01:40 PM | Show all posts
Sabo je la kalu betul dia cakap camtu, kadang2 artis ni ckp mcm otak letak kat lutut!! main cakap je.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2011 02:23 PM | Show all posts
rasanya dah ada benang citer pasal nih...sekian...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2011 02:29 PM | Show all posts
Sape jer yg x seronok dpt berlakon adegan ranjang dgn AA...gembira sorang2 dlm hati dah lar..sekarangkan dah jd kontroversi...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2011 03:32 PM | Show all posts
aku nk jawap mc artis la..no komen.....hihihii
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2011 04:04 PM | Show all posts
bro?eeiiiii......
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2011 04:16 PM | Show all posts
Bukan nak 'menghukum' la, tapi namanya pun jurnalis hiburan, takde nya mencari sumber dari sudut agama pun idak..
Yang dari kalangan ahli agama pun (e.g. Imam Muda, Tanya Asyraf etc) sangat berhikmah dalam menegur..
Takde pun nak mempersoalkan tahap keimanan mereka yang ditegur..
Tuhan je la tahu akibatnya kalo sound direct!!
Contoh, situasi Fauziah Nawi ditegur sorang Ustaz tu, even kata2 Ustaz takde yang salah pun..
Jadi paham le kan kalo 'terguran' tu datang dari sumber cenggini..
Pokoknya, bila satu jari menuding, sentiasalah ingat arah mana yang empat lagi tu menghala..
Dan juga kalo ikhlas lah kata2 si penulis, terima lah ini juga sebagai 'teguran' juga - bukan tempat saya pun nak menegur, tapi mendapat inspirasi plak dari penulis..
Saya bukan le peminat tegar Maya Karin pun..
Cuma ya la, dia pun orang Islam, kenapa jadi isu bila dia acknowledge bahawa Allah itu Tuhannya - even dia sendiri nafi la..
Penghayatan agama tu memang le sepatutnya secara meneyeluruh..
Tapi kita ni memang jauh sekali nak jadi maksum, memang banyak cacat celanya..
Biarlah Allah yang menilai keimanan kita, kerana sesungguhnya itu adalah urusan Nya, bukan urusan mana2 HAMBA!!
Jadi baiklah kita perbaiki kelemahan kita dulu dari nak memandang serong orang lain..
My 2 cents..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2011 04:29 PM | Show all posts
wartawan x de isu lain ke nak kuarkan? mende nie umum la..bukan adegan ranjang je dia boleh kata alhamdulillah..xkan sumenye nak bgtau kat orang...mengong punya wartawan...x de keje ke nak mengaibkan orang selain menabur fitnah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2011 05:24 PM | Show all posts
wartawan yg menambah-nambah dialog..harus la wartawan tu d lahar
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2011 05:42 PM | Show all posts
Noticed that. Not proper bersyukur lepas berlakun adegan ranjang...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2011 05:44 PM | Show all posts
penangan rindu2......
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2011 06:06 PM | Show all posts
rumah siap pahat pon mule lah berbunyi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.273730 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list