Post Last Edit by cruisekeanu at 11-12-2011 22:38
Kisah orang cucuk muka bukan perkara baru di dalam masyarakat artis kita. Masyarakat kita pun tahu menilaiyang mana cucuk, yang mana asli walaupun ramai tidak mengaku cucuk. Baru-baru ini, ketika menghadiri sebuah majlis pertandingan masakan, terserempak dengan seorang artis lama yang kini bergelar produser drama dan filem. Mulanya memang tak perasan hinggalah dia melambaikan tangan beruratnya. Lambaiannya dibalas walaupun tidak kenal, bimbang dikatakan sombong. Maklumlah ramai yang nak berkawan I kebelakangan ini, tak tahulah kenapa. Mungkin nak korek gosip kut!Tak kisahlah, yang penting salam mesti bersambut untuk merapatkan silaturahim.
Kembali kisah artis yang perasan tak perasan tadi. Kebetulan dia nak bergegas ke tempat lain, jadi tak sempat berbual panjang. Hinggalah dia berlalu, mata masih ‘buta huruf’ lagi sebab tak ingat siapa dia. Bagaimanapun,selepas diberitahu teman yang turut ada di situ, ternganga dibuatnya sebab memang tiada rupa artis lama itu langsung. Berubah sungguh, maaf cakap, semakinburuk. Kalau kata macam ikan Flower Horn atau disengat tebuan tanah, tetapi hasil ditunjukkan artis itu sangat menyedihkan.
Hairan sungguh, makin tua semakin banyak ditambah jumlah suntikan, tak reti mana satu suntikan kolagen, vitamin Catau plasenta anak biri-biri. Dan entah apa lagi yang akan muncul mengikuti perkembangan teknologi kecantikan hari ini. Tak perlu nak huraikan sebab penampilan artis yang cuba mengubah kejadian Tuhan itu sangat tidak elok. Anda faham-fahamlah sendiri. pun takkan dedahkan siapa artis itu, cukuplah dijadikan iktibar buat semua.
Sumber Gossip : CAK ...Metro Ahad
Cruisekeanu
Nama Cak terpaksa dipadamkan sebab tak suka ... yang penting saya tertarik dengan gossip ini ... tolong uollss tepek gambar artis lama yang gigih dok cucuk muka depa dengan macam-macam benda nih |