CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: evolutionary

[2015] MARVEL'S THE AVENGERS AGE OF ULTRON [TAYANG 23HB APRIL]

  [Copy link]
Post time 14-4-2012 07:48 PM | Show all posts
nak tengokkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2012 02:34 PM | Show all posts
lmbtnya 27hb...aku dh x sabar ni....
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2012 02:41 PM | Show all posts
yg hulk tu guna body sape....sah2 bsr cam giant kan...ke guna animasi kartun jehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2012 08:07 PM | Show all posts
tak sabar nak tgk!!!....my THOR


Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2012 09:51 PM | Show all posts


my dear Hawkeye......
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2012 09:52 PM | Show all posts
tghari tadi terjumpa mag HWM Malaysia..... best sgt2.... hehe

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2012 12:00 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2012 12:29 AM | Show all posts
Apabila adiwira dunia bersatu

Oleh Maiamalina Mohamed Amin (Yang diterbangkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures bagi mengikuti tayangan perdana filem The Avengers di Los Angeles, baru-baru ini)
maiamalina@hmetro.com.my
         
KETIKA menyuarakan hasrat mengarah filem terbaru Marvel Studio ini, Joss Wheldon sedar bahawa beliau akan diuji bukan saja sebagai pengarah, tetapi penulis lakon layar yang bertanggungjawab mengangkat karya The Avengers menjadi suatu yang istimewa.

Tidak hanya perlu tampil berbeza daripada filem adaptasi komik Marvel sebelumnya, The Avengers yang bakal menemui panggung Malaysia bermula 27 April ini perlu kemas dengan setiap watak adiwira ditonjolkan saling melengkapi dan bukan bersaing sesama sendiri.
Wheldon ketika ditemubual wakil RAP di Four Seasons Hotel, Beverly Hills, Los Angeles, baru-baru ini memberitahu bukan mudah baginya mengarah filem terbabit terutama apabila menghimpunkan ramai pelakon ternama yang bertaraf bintang.

Meskipun sudah biasa dengan rutin menulis dan mengarah bagi beberapa siri televisyen serta filem antaranya, Buffy the Vampire Slayer (1997-2003) dan Serenity (2005), akuinya ada sesuatu mengenai The Avengers yang mencabar kredibiliti beliau.


“Perkara paling utama yang membimbangkan saya adalah mengenai pelakon filem ini yang hampir semuanya adalah bintang terkenal di seluruh dunia. Saya terfikir mengenai kerjasama antara kami.


“Terdetik juga di hati bolehkah mereka menerima dan mengikut arahan saya? Tetapi akhirnya kebimbangan itu diatasi apabila kami bersama-sama berbincang ketika saya menulis skrip lakon layar.

“Saya diberi kesempatan meluangkan masa bersama setiap pelakon dan mereka juga tahu saya sedang membina karakter masing-masing. Saya kemukakan idea dan mereka memberi input tambahan bagi mengembangkan setiap watak, maka di situlah bermula ikatan kami,” katanya.

Menurutnya, setiap adiwira cuba ditampilkan unik dan tidak mahu masing-masing berlaga ego mahupun kehebatan. Maklum saja apabila Iron Man, Captain America, The Hulk, Thor, Black Widow selain Hawkeye berkumpul dan menentang musuh yang satu.

Katanya, kecuali Black Widow dan Hawkeye, empat hero lain mempunyai karisma tersendiri dan sudah dikenali, malah agak mustahil untuk meletakkan mereka sebagai wujud bersama-sama.

“Tapi itulah juga yang menarik perhatian saya dan apabila rentak sudah diperoleh, fokus dicapai, akhirnya saya tahu apa yang perlu diperkatakan bagi setiap hero.

“Dengan set penggambaran menakjubkan dan aksi yang luar biasa, saya cuba seimbangkan setiap watak biar wujud keserasian. Saya juga percaya perlu ada unsur humor untuk hidupkan lagi kisah hero ini,” katanya.

Filem ini mengisahkan ikon adiwira Iron Man lakonan Robert Downey Jr, The Incredible Hulk (Mark Ruffalo), Thor (Chris Hemsworth), Captain America (Chris Evans), Hawkeye (Jeremy Renner) dan Black Widow (Scarlett Johansson) serta Nick Fury (Samuel L Jackson) iaitu pengarah agensi keamanan antarabangsa dikenali S.H.I.E.L.D untuk beraksi di bawah payung pasukan Avengers.

Nick terpaksa melakukan demikian bagi menyelamatkan dunia daripada ancaman musuh baru yang lebih berkuasa didalangi Loki (Tom Hiddleston) yang juga adik Thor.

Namun, usahanya bersama Ejen Coulson (Clark Gregg) dibantu Ejen Maria (Cobie Smulders) tidak mudah apabila setiap adiwira itu perlu diyakinkan terlebih dulu.

Selain sarat elemen pergaduhan menentang kejahatan Loki yang cuba menakluk bumi, turut diselitkan unsur kerjasama dan kesepakatan antara adiwira meskipun awalnya mereka tampil dengan ego masing-masing dan saling berlawanan.

Penonton juga berkesempatan melihat bagaimana watak The Hulk terkenal sebagai makhluk hijau yang gagal mengawal kemarahan bertukar menjadi hero dan lebih fokus menentang musuh utama.

Tidak ketinggalan, Captain America yang terperangkap dalam ketulan ais ketika Perang Dunia Kedua perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan di zam yang dan rakan seperjuangannya.

Mengakui dirinya adalah penggemar komik, Wheldon menjelaskan beliau gembira dapat bekerjasama dengan barisan pelakon berpengalaman dan tenaga produksi yang kreatif.

“Tidak dinafikan ada beberapa komik yang mempengaruhi saya untuk menghasilkan skrip dan arahan terbaik bagi filem ini kerana saya sendiri membesar dengan membaca komik berbentuk aksi sejak kecil lagi.

“Saya juga percaya bahawa filem genre adiwira begini akan sentiasa diminati dan tidak lapuk. Ia sentiasa ada peminatnya,” tekan beliau.

Tengah hari itu, sidang media yang dihadiri puluhan wartawan dari seluruh dunia itu turut memberi peluang RAP mendekati pelakon The Avengers.

Turut serta pada majlis berkenaan yang diadakan sehari selepas tayangan perdananya adalah Presiden Marvel Studio sendiri iaitu Kevin Feige. Dia yang jelas gembira dan sentiasa tersenyum sepanjang majlis berlangsung memberitahu tidak sabar menanti reaksi penonton.

Filem berkenaan menelan belanja sekitar AS$220 juta dan kebimbangannya kini ialah jika filem gagal mencapai kutipan pecah panggung.

“The Avengers membariskan semua pelakon ternama dan dikenali seluruh dunia. Sudah tentu saya bimbang jika filem ini tidak pecah panggung. Bayangkan jika tidak (bercakap sambil berseloroh).

“Saya yakin pada kekuatan filem ini dan kita ada pengarah yang kreatif dibantu tenaga produksi yang terbaik antaranya Pengarah Fotografi, Seamus McGarvey yang juga calon Oscar dan pereka Alexandra Byre yang memenangi Oscar untuk rekaan kostum.

“Semua disatukan untuk filem ini dan harap ia akan mendapat sambutan seperti sekuel Iron Man (2008) dan filem Marvel terdahulu,” katanya penuh keyakinan.


HARIAN METRO
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2012 01:51 AM | Show all posts
Nak tgk hari Jumaat neh!
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2012 02:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 21-4-2012 15:00

S.H.I.E.L.D Helicarrier










Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2012 03:31 PM | Show all posts
Berapa byk nak buka thread yg sama daaa
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2012 06:32 PM | Show all posts
Aku konpom tgk Kamis nih!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2012 06:32 PM | Show all posts
Aku konpom tgk Kamis nih!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 10:55 AM | Show all posts
aku nk tgk hujung minggu ni.. Anak aku da excited gile,.. Da nk wat demontrasi jalanan kt rumah semalam..

Gara2 aku ckp filem nih under (pg13).. Rupernyer maksud PG 13 tu ( Parental guidance 13)

PG13 (Parental Guidance 13): Bimbingan ibu bapa untuk kanak-kanak bawah umur 13 tahun. Diperkenalkan pada tahun 2008, untuk filem-filem yang mengandungi adegan yang kurang sesuai ditonton kanak-kanak berusia tidak mencecah 13 tahun, oleh itu memerlukan bimbingan orang dewasa.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 11:36 AM | Show all posts
Post Last Edit by sinbet at 23-4-2012 11:37

Reply 29# intan_smsb


PG13==> lagi satu senang anak nk tya kot jalan cite yg melampau tak di paham dek budak
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 11:42 AM | Show all posts
Reply  intan_smsb


PG13==> lagi satu senang anak nk tya kot jalan cite yg melampau tak di paha ...
sinbet Post at 23-4-2012 11:36



    anak aku gila nak tengok superhero dia jer.. dia dah tuntut nak tengok cerita nih selepas nengok captain america sebab dalam cerita tu ada tunjuk sikit iklan cerita avengers kiranye cam sambungan perjuangan captain america seterusnya...
tu tahun bile tu.. tahun lps tak silap aku.. ahhh ko bayangkan dari tahun lepas depa tuntut nak tengok cerita nih.. abes kalau tak diikutkan mahu anak2 aku lancarkan 'protes' ,..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2012 09:17 AM | Show all posts
ofkos wekend nie serang panggung....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 10:54 AM | Show all posts
the Avengers world premiere dah pun berlangsung yesterday di Los Angeles...... meriah sgt acara red  ...
ladydolph Post at 13-4-2012 04:47 PM



    jgn basah dlm wayang sudeh le
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 11:05 AM | Show all posts
I da siap beli tiket seminggu awal. Jumaat malam layanzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 03:44 PM | Show all posts
tapi dalam byk2 tu yg paling power hulk laa..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.088200 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list