CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sutungR

[Penerbit] ** JS ADIWARNA **

[Copy link]
Post time 12-7-2012 12:12 PM | Show all posts
kenapa js adiwarna tidak buat postage percuma mengikut pembelian buku seperti emaknya iaitu JS. postage percuma pun untuk pembelian rm50 ke atas (selepas diskaun). bukan apa, buku2 js adiwarna ni mcm mana nak ckp, dari pemerhatian jarang/kurang orang yang beli.

kalau di jual di website ibunya, JS rasanya lagi cantik ditambah dengan free postage
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2012 11:07 PM | Show all posts
hukhuk setuju ngan mijot

iols ingat nak beli on9 hari tu, sekali tengok postage 12rm...bukunya 16rm...hukhuk...nak dekat sama harga ngan buku....

takpalah tunggu balik raya nnt baru beli kat semenanjung.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 08:18 PM | Show all posts
mcm aku ar, masuk harga pos sama balik dgn harga asal...
tapi beli juga sbb buku2 terbaru js adiwarna tak samai kt seremban lagi + mintak tanda tangan kak su dgn abg imaen...
kalu tak, jangan harap nak teruskan pembayaran...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2012 10:09 AM | Show all posts
Ada sesiapa dah baca buku terbaru Imaen?
Boleh bagi review?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2012 11:44 PM | Show all posts
tergode nak beli buku imaen wpon buku2 dia lain aku tak abis baca lg
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 11:58 AM | Show all posts
Reply 14# qimi08

dah baca Saya Bukan Minah Perasan...best giler citer tu..memang boleh buat gelak la...tahniah penulis dia...nak bagi 4 bintang kat dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2012 07:26 PM | Show all posts
sekadar pendapat.
karya terbaru JS adiwarna boleh ku katakan agak mahal jika nak dibandingkan dengan ketebalannya. rm20 untuk 300+ muka surat. kalau dapat harga seperti buku JS adiwarna yang lain dalam linkungan harga rm16-18 ada lagi baik.

lagi satu, karya terbaru ni, mereka gunakan kertas coklat (mcm novel english dan CESB zaman lama). ada terbaca bahawa kertas coklat ni lagi mahal daripada kertas putih? ada sesiapa yang boleh sahkan? takut tersalah fakta.

untuk yang baru nak membeli secara online, ku cadangkan sila join beli dengan rakan2 yang lain sebab jika pembelian melebihi rm50 (selepas diskaun), postage adalah percuma. jadi sebelum beli, sila tanya kawan2 kot2 ada yang nak beli sekali.

ku juga dah bagi cadangan kt JS adiwarna untuk membuat promosi seerti emaknya JS. free postage
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2012 10:50 AM | Show all posts
sekadar pendapat.
karya terbaru JS adiwarna boleh ku katakan agak mahal jika nak dibandingkan denga ...
mijot Post at 17-7-2012 19:26


kalau x silap saya kertas tu memang mahal sikit.nama kertas tu cream simili dan kertas tu lebih berkualiti.kalau kena air tulisan x kembang dan elok untuk mata...kalau x silap la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2012 06:25 PM | Show all posts
kisah cinta seribu wajah
3 bintang

ni novel yg menghimpunkan cerpen2 yang bertemakan cinta. jadi di sini kita boleh baca pelbagai makna cinta yang disampaikan oleh penulis. sampai sekarang ni, makna cinta yang sebenarnya tak dapat diungkapkan.

paling lawak baca karya pingu toha . merapu betul seperti yang diberitahu sendiri oleh penulis
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 08:02 PM | Show all posts
gadisku, wan adnin - noor suraya
3.5 bintang

kisah pasal adnin, yang kehidupan dia tak sebebas orang lain. kata nenek dia, diorg ni golongan bangsawan jadi kena jaga tatasusila. nak cari jodoh pun kena dikalangan bangsawan. mula2 baca memang kesian sungguh kt adnin sebab terkonkong tapi bila bab seterusnya ada cerita pasal tok bonda, kehidupannya tak begitu cantik, terpikir juga itu sebab dia konkong/pantau kehidupan adnin. tok bonda tak nak adnin jadi macam dia. adnin pun tak nak bangkang to bonda sebab tok bondalah yang membesarkan dia selepas mak ayah adnin tinggalkan dia.

banyak juga pinangan untuk adnin ditolak oleh tok bonda. klimaks citer ni, apabila suatu hari ahmad akhtar telipon rumah tok bonda nak dtg merisik adnin. tapi sayangnya kedatangan keluarga akhtar disambut dingin oleh tok bonda dan pinangan akhtar ditolak. rupanya tok bonda dah ada calon yang sesuai untuk adnin, golongan raja lagi. persiapan pernikahan dibuat, tapi adnin akhirnya sedar yang dia sebenarnya dah suka kt akhtar.

masa hari pernikahan adnin, berlaku satu peristiwa yang memalukan tok bonda adnin. sejarah lama tok bonda terbongkar. rupanya keturunan tok bonda tak jelas/kurang baik. pernikahan adnin dan raja izdhar dibatalkan. selepas peristiwa itu, tok bonda berubah dan berpakat dgn kawan adnin untuk menyatukan semula adnin dan akhtar. akhirnya bersatu mereka semula

*****

seperti biasa, karya kak su aduhai, lenggok bahasanya membuatkan daku terbuai-buai semasa membacanya
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2012 10:51 PM | Show all posts
urusan cinta belum selesai - imaen
3 bintang

kisah utama menganai rauf dan cinta. ditakdirkan bertemu apabali beg tangan cinta diragut dan rauf telah menolong cinta. selebihnya perkembangan hubungan rauf-cinta.

selain itu, penulis ada memasukkan 4 watak pembunuh yang pada mulanya rasa tiada kaitan dgn kisah rauf-cinta, tapi pada pengakhiran cerita terjawab persoalan ku. selain itu, penulis juga memasukkan ada sikit2 perkara yang berlaku di sekeliling kita seperti kisah politik, perkembangan industri penulisan dsb.

kisah ni berlaku sekitar sungai petan. disebabkan ku baru pergi bulan 3 yang lepas, jadi sgt familiar tempat2 yang diceritakan oleh penulis
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2012 06:58 PM | Show all posts
dah habis baca gadisku Wan Adnin...4.5/5

penulisan yang sangat tersusun dalam penggunaan bahasa melayunya...
terbuai buai dengan metafora yang digunanakan..
indahnya bahasa melayu kalau digunakan dengan betul


antara gurindam yg jadi piliahan hati..." andai cinta tak bersambung, dimana nisan nak dipacakkan?"

"benang perak benang baldu, mari menekat atas paya, pandang awak hati rindu, mari dekat pandang saya."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2012 04:28 PM | Show all posts


Khyra seorang murid yang pintar lagi berani. Kebolehan luar biasanya yang ulung ialah dapat memahami bahasa haiwan. Yang seronoknya lagi, Khyra dapat bercakap dengan semua binatang – bahasa naga difahaminya; bahasa jerung pun mudah baginya. Bersama sahabatnya Sally, seekor ulat bulu yang suka membaca, Daisy seekor kucing yang bijak dan Chika seekor burung geroda, mereka dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh manusia, mahupun binatang.

Dalam Cerita 4 – Naga Tasik Chini, Khyra dan rakan-rakan mengembara ke Tasik Chini untuk mencari kewujudan naga di situ. Selain itu, ada juga cerita fasal Jersy Devil yang mengganggu kententeraman haiwan-haiwan lain; seekor kutu yang menganjurkan pertandingan siapa paling busuk; Sally yang merindui gurunya; koloni lalat yang mahu membuka taman tema; katak menipu lalat dengan seminarnya dan Khyra diundang menjadi hakim dalam pertandingan membina ‘istana pasir’ alam haiwan.


* * * * *


ASHADI ZAIN adalah pemegang ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada Universiti Malaya. Beliau sudah Berjaya menulis dan menterjemah lebih daripada 60 buah buku. Mari menambahkan ilmu dan bersantai bersama ASHADI ZAIN!

MAJIDAH MAT JUSOH mendapat ijazah Sarjana Muda Perbandingan Agama dan Usuluddin (minor Psikologi) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Menulis dengan hati adalah terapi, menggali dan meniti ilmu bak jauhari - menjadi falsafah penulisan MAJIDAH MAT JUSOH.


Sumber: http://jsadiwarna.com/siri-khyra ... idah-mat-jusoh.html
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2012 04:03 PM | Show all posts
Ulasan Urusan Cinta belum selesai

Judul: Urusan Cinta Belum Selesai.
Penulis: Imaen
Harga: RM 20 / RM 23
Penerbit: JS Adiwarna Publications & Distributors.
Tahun terbit: 2012.

Saya membaca semua novel umum Saudara Imaen yang telah diterbitkan. Imaen, novel-novelnya memang ada bau sindiran dan sinikal yang kuat. Untuk novel Urusan Cinta Belum Selesai, ia sebuah novel cinta. Ya ia memang sebuah novel cinta. Malah, watak utamanya juga bernama Cinta. Tetapi, ia bukan cerita cinta kosong semata-mata. Cerita cinta Imaen kali ini berbau sindiran politik dan cinta dalam hati. Cuba anda bayangkan cinta dan politik disatukan, apa yang akan berlaku? Itulah yang dipaparkan dalam Urusan Cinta Belum Selesai.  

Ia mengisahkan tentang Rauf, seorang penulis novel Melayu yang juga mempunyai sebuah kedai buku kecil di Sungai Petani, Kedah. Dia seorang penyokong tegar Parti Kebajikan dan sungguhlah, cinta itu memang tidak mengenali perbezaan ideologi politik. Entah bagaimana, hatinya boleh pula terpaut pula pada Cinta, penyokong Parti Bangsa, parti politik yang dimusuhi oleh Rauf. Untuk menambahkan duga hati Rauf, Cinta itu anak kepada bekas YB Parti Bangsa dan Rauf pernah mengoyakkan poster bapa Cinta.

Namun, datang pula Manisyah yang ada rupanya ada iras-iras pelakon Bollywood, Manisha Koirala. Antara Cinta dan Manisyah, mana satu pilihan Rauf? Manisyah, memang dilihat ada hati pada Rauf. Cinta pula, gerak geri dan bahasa tubuhnya tidak dapat ditebak oleh Rauf.

Kenapa nama Cinta yang dipilih oleh penulis? Menurut apa yang ditulis di bahagian kulit belakang, perkataan ‘cinta’ mungkin antara perkataan yang paling banyak ada dalam kebanyakan novel Melayu. Lihatlah, di mana-mana pun kebanyakan judul-judul novel pasti ada perkataan ‘cinta’. Itu belum lagi kalau diselak di halaman-halaman seterusnya. Barangkali, strategi pemasaran kut. Jadi, dengan menggunakan nama Cinta sebagai watak utama, Imaen bebas menggunakan perkataan itu secara berleluasa... Hahaha! Dan, sebenarnya tiada masalah pun dengan perkataan ‘cinta’.

Apabila saya membaca novel ini, sebenarnya ada unsur propaganda dalam novel ini. Perbezaan ideologi politik diceritakan dengan seimbang oleh penulis. Namun, jika kita terus membaca, kita dapat melihat penulis ada sedikit bias dalam membicarakan ideologi politik kedua-dua buah parti. Namun, itu bukanlah masalahnya. Bagi saya, penulis cuba mahu memberitahu apa yang dia mahu beritahu.

Dalam novel ini, kisah Rauf dan Cinta seolah-olah tergantung. Perbezaan ideologi politik satu hal. Perbezaan taraf hidup satu hal. Dan, hal utama sekali, tiada seorang pun di antara mereka yang mahu buka mulut tentang perasaan masing-masing. Memang saya geram... geram... geram! Maaf, terlebih emosional pula.

Lebih haru, kehadiran Manisyah dalam hidup Rauf membuatnya jadi serba salah. Dan, saya mengaku, penulis turut buat saya jadi serba salah. Mahu pilih Manisyah atau Cinta? Sini, kita boleh lihat betapa Rauf itu ada juga sisi nakalnya. Saya merasakan, jika Rauf tak dapat memiliki Cinta, sekurang-kurangnya ada Manisyah yang sudi menunggu. Kasihan Manisyah.  Ya, tapi itulah... Imaen memang suka menulis tentang hero yang antihero. Rauf bukan seorang yang serba sempurna, dan ketidaksempurnaan itulah yang menggerakkan cerita ini.

Secara keseluruhannya, cerita Cinta, Rauf dan Manisyah ini sebuah kisah yang sebenarnya saya yakin ramai yang pernah mengalami. Cerita cinta tak terucap atau takut untuk diucapkan kerana mungkin takut ditolak. Ya, memang perasaan ditolak itu perit.  Jadi, siapa yang akan diterima cintanya, dan cinta siapa yang ditolak. Novel ini bukan seperti kebanyakan novel-novel cinta yang lain. Cinta yang ditolak dalam cerita ini bukan kerana watak itu jahat, seperti kebanyakan novel lain. Orang baik juga selalu ditolak cintanya kerana dalam novel ini, ia bukanlah satu hukuman pun. Perjalanan hidup, begitulah. Dan, Imaen menceritakannya dalam Urusan Cinta Belum Selesai.

Membaca karya Imaen akan membuatkan kita berpijak di alam realiti, dan sebenarnya realiti itu lebih indah. Seperti yang diberitahu oleh penulis, urusan cinta memang tak pernah selesai.

Marilah kita sama-sama meraikan perbezaan pendapat antara kita...


Last edited by qimi08 on 27-9-2012 04:04 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 02:39 PM | Show all posts
sutungR posted on 17-12-2011 08:47 PM
Post Last Edit by sutungR at 17-12-2011 22:11

Antara produk Adiwarna Sdn. Bhd.

Novel ni sangat banyak pengajaran yang boleh diambil.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 02:43 PM | Show all posts
mijot posted on 22-7-2012 10:51 PM
urusan cinta belum selesai - imaen
3 bintang

aku bagi 4 bintang... ceritanya memang tema biasa tapi garapannya luar biasa. aku dah banyak gak baca novel Imaen ni sangat suka sebab mostly citernya tak der la semata-mata cinta jer..lebih kepada kritikan sosial diselang-selikan dengan thriller. Susah dah nak cari penulis novel macam ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2012 11:29 PM | Show all posts
qimi08 posted on 27-9-2012 04:03 PM
Ulasan Urusan Cinta belum selesai

Judul: Urusan Cinta Belum Selesai.

bagi saya kalau nak baca karya imaen memang kena baca dgn hati terbuka.
kalau tak terbuka mesti akan terasa dgn apa imaen tulis.
tapi saya memang suka sggh dgn novel 'urusan cinta belum selesai' ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2012 08:58 PM | Show all posts
mijot posted on 11-10-2012 11:29 PM
bagi saya kalau nak baca karya imaen memang kena baca dgn hati terbuka.
kalau tak terbuka mesti a ...



     


NOVEL BAHARU TERBITAN SEPTEMBER 2012

Kategori: NOVEL UMUM

ISBN: 978-967-0201-59-7

Harga: RM22.00 (SEMENANJUNG MALAYSIA) / RM25.00 (SABAH&SARAWAK)

Inikah cinta?
Untuk terbang tanpa sepasang sayap, melangkah tanpa sepasang kaki, meruntuhkan halangan satu per satu, lalu bersatu menggapai mimpi...


Kasihan Aliya, menjadi anak BUKAN kesayangan keluarga
membuatnya terpaksa menguatkan hatinya. Apatah lagi, hatinya sering terluka dengan sikap pilih kasih keluarga. Namun hidupnya berubah apabila Ariana, kakak kesayangan yang selama ini menjadi idola dan kebanggaan keluarga tiba-tiba berperangai aneh dan
membingungkan Aliya. Si kakak yang sepatutnya berkahwin dengan Abang Zul Kembang tiba-tiba menghilangkan diri.
Aliya Jaafar gadis manis yang gemar menulis ini sedang menyiapkan sebuah manuskrip berjudul Dunia Langka Suka. Namun, tanpa disangka-sangka tulisannya telah dibaca senyap-senyap oleh Amirul. Inilah punca Aliya marah pada Amirul, ditambah pula Si Koko, kucing Aliya yang hilang itu ada pula bersama dengan Amirul. Lalu Amirul telah dituduh sebagai pencuri kucing! Tapi... lama-kelamaan perseteruan bertukar menjadi sebuah persahabatan yang indah.
Amirul tiba-tiba ingin ke Itali untuk belajar membuat biola. Aliya sangat sedih. Cukupkah sepucuk surat dan gelang kulit karang laut yang cantik sebagai pengganti diri, Amirul?
[ii]
Ah, aku tidak peduli! Cuma ada satu perkara sahaja yang aku peduli! Er... tiga perkara sebenarnya...
Amirul. Amirul. Amirul.
Amirul dalam kepala.
Amirul dalam hati.
Amirul dalam kenangan.
* * *

Selepas hiatus yang panjang, penulis yang telah menghasilkan enam buah novel umum, dua siri fantasi remaja dan dua cerpen dalam antologi Kisah Cinta Seribu Wajah ini kembali semula. Idea penghasilan Coklat (yang Manis) sebenarnya muncul sejak tahun 2010 lagi. Namun kerana tugasan harian dan beberapa komitmen lain, idea itu terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.
Sebenarnya JOHN NORAFIZAN suka bereksperimen dengan genre berlainan dalam setiap novelnya. Begitu juga dengan Coklat (yang Manis). Namun, anak kelahiran Johor ini tahu bahawa dia telah menemui sesuatu yang manis dalam novel terbaharunya. Mungkin juga, cara penulisan Coklat (yang Manis) akan jadi ‘trademark’ JOHN NORAFIZAN selepas ini.






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2012 09:05 PM | Show all posts
sutungR posted on 14-10-2012 08:58 PM
NOVEL BAHARU TERBITAN SEPTEMBER 2012Kategori: NOVEL UMUMISBN: 978-967-0201-59-7Harg ...


Ulasan yang di ambil daripada laman fb Si Manis 17 - JS Adiwarna, tentang COKLAT (YANG MANIS)

Ulasan novel Coklat (yang Manis) karya John Norafizan

Apa ya yang boleh saya katakan selepas membaca karya terbaharu John Norafizan ini? Cerita ini memang manis, semanis judul novelnya.

Saya telah membaca dua buah novel umum John sebelum
ini, iaitu Garis-garis Deja Vu dan Odisi Bulan Biru. Buah tangan terbaharu John kali ini, Coklat (yang Manis) bagi saya ialah novelnya yang paling ringan di antara ketiga-tiga buah novel tersebut. Namun begitu, Coklat (yang Manis) bukan ...cerita ringan yang kosong. Ceritanya penuh isi dan sarat dengan kisah kehidupan manusia. Dan, tentulah kejutan-kejutan yang tak disangka. Inilah kekuatan novel ini.

Secara ringkasnya, marilah saya cerita pada anda serba sedikit sinopsis novel ini. Ia mengisahkan tentang Aliya yang menjadi anak bukan kesayangan keluarga. Dia terpaksa menguatkan hatinya dengan sikap pilih kasih keluarga. Namun, hidupnya berubah apabila kakaknya yang menjadi idola dan kesayangan keluarga, Kak Ariana berperangai aneh. Ariana yang sepatutnya berkahwin dengan Abang Zul Kembang tiba-tiba menghilangkan diri.

Aliya sedang menyiapkan sebuah manuskrip berjudul Dunia Langka Suka. Namun, tanpa disangka-sangka tulisannya telah dibaca senyap-senyap oleh Amirul. Ditambah pula, Koko, kucing Aliya ada bersama dengan Amirul. Tapu, perseteruan lama-kelamaan bertukar menjadi sebuah persahabatan yang indah.

Amirul tiba-tiba ingin ke Itali untuk belajar membuat biola. Aliya sangat sedih. Hanya sepucuk surat dan gelang kulit karang laut yang cantik sebagai pengganti diri.

Coklat (yang Manis) bukan semata-mata tentang kisah Aliya dan Amirul. Ia kisah cinta tentang keluarga dan persahabatan juga. Kita boleh ketawa terkekeh-kekeh membaca cerita ini dan seminit kemudian rasa sebak menyelubungi diri ini.

Novel ini penuh dengan kejutan. Bagaimana watak Sania, seorang yang pendiam dan pemalu telah menggemparkan seluruh Mersing dengan satu rahsia yang boleh membuat kita hampir pitam membacanya. Watak Lili yang gila-gila dan periang itu sebenarnya jauh di sudut hatinya ada rasa cemburu dan sedih apabila cintanya sering kali ditolak.

Cerita tentang Amirul yang digambarkan serba sempurna sebenarnya ada satu sejarah silam yang mengharukan. Cerita tentang Aliya yang merasakan dirinya dipinggirkan oleh keluarga sebenarnya seorang yang kuat mental dan emosinya. Cuba bayangkan jika kita sering dibandingkan dengan kakak sendiri serba serbi. Malah, kucing peliharaan keluarga Aliya, Si Koko juga lebih disayangi lebih daripada Aliya sendiri. Namun, Aliyalah akhirnya nanti yang akan menyatukan keluarganya. Sikap Aliya yang sangat sabar dan kental mentalnya itu membawa satu kebahagiaan yang tak terungkap. Mujurlah ada Tok Win, datuk Amirul tempat mengadu memandangkan Amirul sudah terbang ke Itali.

Saya juga suka cerita tentang Ariana, kakak Aliya. Kisah Ariana yang tidak mahu berkahwin dengan Abang Zul Kembang bukanlah cerita kahwin paksa yang tipikal. Ariana tidak mahu berkahwin dengan Abang Zul kerana dia tidak mencintai lelaki itu walaupun mereka kawan sepermainan semasa kecil. Manakala, keluarga mereka berusaha menyatukan mereka bukan kerana mereka sekeluarga kawan baik atau ada penyatuan perniagaan keluarga, sekali gus menambah harta kekayaan mereka. Ada satu sebab besar yang membuatkan Ariana dan Abang Zul Kembang harus disatukan sebagai suami isteri. Sebab yang saya sendiri pun tak jangka. Saya sebagai pembaca, apabila mengetahui sebab besar itu pun entah macam mana seperti perlu menyokong tindakan ibu bapa Ariana dan Abang Zul Kembang. Tapi, jika saya berada di tempat Ariana, saya akan jadi serba salah yang teramat. Ah, hidup memang begitu. Selalu buat kita berada di persimpangan dilema. Jadi, apa kesudahan kisah Ariana ini? Saya tak mahu cerita. Anda baca sendiri.

Coklat (yang Manis), walaupun ceritanya penuh dengan suka dan duka, tapi diceritakan dengan nada yang menarik oleh penulis. Apa yang saya perasan, penulis suka sekali menggambarkan sesuatu perkara itu dengan hiperbola atau metafora yang melampau. Pada sesetengah orang, mungkin nampak keterlaluan, tapi saya suka. Penulisan sebegitu kadangkala membuatkan saya ketawa seorang diri membaca novel ini. Dan, saya mengakui pengakhiran cerita ini sangat manis. Dengan ini saya ingin mengisytiharkan yang penulis berjaya membuat saya menutup novel ini dengan satu senyuman (yang manis juga, kut) Ehem...

Satu lagi, sebelum saya terlupa, manuskrip Dunia Langka Suka yang ditulis oleh Aliya memang menarik. Saya dapat bayangkan berada di dunia Langka Suka yang seakan kisah fantasi itu.
Kesimpulannya, kisah watak-watak dalam novel ini memang sama seperti coklat. Pahit pada mulanya, dan akhirnya akan manis juga. Sama seperti kehidupan kita semua.

Tahniah kepada John Norafizan!

‘Hidup selalu buat manusia menangis, tetapi hidup juga buat manusia ketawa.’ – Coklat (yang Manis).

-Editor JS Adiwarna.

Jika ingin membeli secara atas talian, sila klik link ini:
http://jsadiwarna.com/pesanan/pembelian-online/cara-pembelian.html

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 12:10 PM | Show all posts
Incanto posted on 16-7-2012 10:09 AM
Ada sesiapa dah baca buku terbaru Imaen?
Boleh bagi review?

dah baca UCBS....my personal opinion, konsep penceritaannya mmg gaya imaen...sempoi yang berisi dan yg penting best! Tak rugi beli, antara novel susah letak.

Anyway baru tau pasal adiwarna keluarkan novel2 ber'isi' yang lebih dewasa mcm ni. Cuma ralat sbb susah gak nak jumpa koleksi adiwarna kat bookstore. Nak beli online mahal pulak kos hantar. Harap2 lepas ni js adiwarna offer free postage mcm js jugak.

p/s : suka sangat konsep kertas adiwarna, teringat masa mula2 start baca novel cesb dulu semua guna kertas macam ni. Kalau english novel banyak guna kertas ni kan? Sukaaa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.116485 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list