View: 2431|Reply: 17
|
Senjata rekaan Dr Mahathir dan Umno
[Copy link]
|
|
Dr M pernah tuduh Musa Hitam agen asing Nazli Ibrahim | December 21, 2011
Tuduhan itu hanyalah senjata rekaan Dr Mahathir dan Umno sendiri untuk memusnahkan pengaruh Musa Hitam dalam Umno dan masyarakat umum.
Tuduhan agen asing atau pengkhianat kepada agama, bangsa dan negara adalah satu senjata yang telah digunakan oleh Umno semenjak dahulu lagi bagi membunuh pengaruh pihak yang menentang pemimpin parti itu.
Ketika Umno bergolak pada tahun 80an sehingga membawa peletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam gara-gara tidak sehaluan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, label agen asing juga telah digunakan oleh Mahathir terhadap beliau.
Setelah Musa Hitam meletakkan jawatan beliau telah bergandingan dengan Tengku Razaleigh Hamzah bagi menentang Mahathir dan Tun Ghafar Baba dalam Perhimpunan Agung Umno yang membawa kepada Umno diisytiharkan sebagai pertubuhan haram oleh mahkamah.
Perkara ini diakui sendiri Musa Hitam di dada-dada akhbar tempatan selepas tidak berapa lama Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari kerajaan dan Umno.
Ketika itu, Anwar juga telah dilabel oleh Mahathir dan pemimpin-pemimpin Umno yang tidak sehaluan dengan Anwar sebagai agen asing kepada Amerika sekaligus dianggap sebagai pengkhianat negara.
Kata Musa Hitam dalam sebuah akhbar media arus perdana ketika itu, bukan Anwar sahaja yang pernah dilabelkan agen asing, malah beliau juga ketika menentang Mahathir turut dituduh dengan tuduhan yang sama oleh Mahathir dan pemimpin-pemimpin yang menyokong Mahathir.
Utusan Khas
Bagaimanapun selepas beberapa tahun kemudian, Musa Hitam yang dilabelkan sebagai agen asing itu telah dilantik oleh Mahathir sendiri sebagai Duta Khas Malaysia ke PBB dan Utusan Khas Perdana Menteri untuk Kumpulan Bertindak Peringkat Menteri Komanwel (CMAG).
Beliau juga diberi kepercayaan oleh Mahathir untuk mengetuai perwakilan Malaysia untuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB (UNHCR) dari 1993 sehingga 1998, dan dipilih sebagai Pengerusi Sesi Ke-52 untuk Suruhanjaya tersebut pada tahun 1995.
Pada tahun 1999, sekali lagi Musa telah dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) sehingga 2002.
Selain itu, beliau turut mendapat kepercayaan kerajaan apabila dilantik sebagai Pengerusi kepada sebuah syarikat kaitan kerajaan (GLC) yang besar dan terkenal.
Apakah mungkin Mahathir dan PM selepasnya mampu memberikan begitu banyak kepercayaan kepada seseorang yang diketahuinya adalah seorang agen asing yang juga pengkhianat negara?
Hakikatnya Mahathir telah memberi kepercayaan kepada Musa Hitam di peringkat antarabangsa kerana mengetahui tuduhan agen asing dan pengkhianat yang dibuatnya sendiri ke atas Musa sebelumnya tidaklah benar.
Sebaliknya Mahathir sedar tuduhan itu hanyalah senjata rekaannya dan Umno sendiri untuk memusnahkan pengaruh Musa Hitam dalam Umno dan masyarakat umum.
Adakah tuduhan agen asing dan pengkhianat negara memang terdapat dalam buku manual ‘Bagaimana memusnahkan pengaruh musuh Umno’ milik Umno?
Apapun, membuat tuduhan terhadap musuh politik sebagai agen asing dan pengkhianat negara hari ini tidak lagi dianggap sebagai senjata yang berkesan.
* Penulis merupakan seorang penulis/wartawan bebas. Selain di FMT artikel lain beliau boleh dicapai di bedukcanang.blogspot.com.
Faham-fahamlah kenapa mahathir suka sangat nak melabelkan pesaing-pesaingnya sebagai agen asing.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tun Musa tiada bulu kening. Dia bersara terus dari umno. Dia kenal sangat umno.
Tahnian Tun kerana anda jauhkan diri dari UMNO. |
|
|
|
|
|
|
|
.....Tun M....umur 86 pun ade senjata lg .... |
|
|
|
|
|
|
|
.....Tun M....umur 86 pun ade senjata lg ....
cmf_lie Post at 21-12-2011 21:04
biasa la tu dia amalkan minum air tongkat ali utk kekuatan senjata dia ha.ha... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# Alvida
..hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
bertahun2 dia kencing rakyat malaysia kononnya dia tak mintak bantuan bank dunia ketika krisis kewangan asia.org malaysia ingat dia betul2 jaguh.
.tapi sekarang tembelangnya pecah.sebelum mati pun aib dia dah terbuka |
|
|
|
|
|
|
|
Tun adalah satu-satunya Pm yg aku paling suka dalam Malaysia ini.Aku tak kisah dia nak kencing ke dia nak kata org Agen asing ke tapi dia adalah PM yg paling berwibawa didalam peringkat antarabangsa dan disegani oleh tokoh-tokoh negara lain.Ini hanya pendapat aku jangan marah ya. |
|
|
|
|
|
|
|
pulak dah,,,, senjata rekaan lak dah....
siang malam, tu jek kejer nyer... |
|
|
|
|
|
|
|
bg pencacai UMNO..Tun M ni dewa suci yg x penah wat salah! |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun tertipu ingat Dr. M bagus masa gawat rupa2 de udang sebalik batu hmmmmmmp |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# golok mail
Bro....belajarlaa bezakan pinjaman daripada Bank Dunia dengan IMF. Beza bro. Kalau setakat baca tanpa berfikir tak payah laaa nak komen2. Jgn laaa jadi pencacai ...menerima, mengikut tanpa berfikir. Pergi study dulu k. Anwar yg putarkan FAKTA, Tun berkata pasal IMF and ANWAR berkata pasal Bank Dunia. Study dulu k... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 7# lyddok
ye aku mmg setuju ngan pandangan ko |
|
|
|
|
|
|
|
20 tawon memblanjakan wang negara sesuka hati...
memang la pembangunan nampak mega tp utang keliling pinggang...huh...
pastu sapa2 yg tk sebulu ngan dia kena pancung abes2an..
manusia jenis apakah ini?
umo 86 tp masih tk mao dok diam2...gunakanlah umo yg masih tersisa utk bermuhasabah diri tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
bersyukur dgn pemerintahan Tun Dr M. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 7# lyddok
sokong 1000%
MCA cuba nak kencing kat dia dulu tapi dia kasi berak kat MCA pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Tun M pandai nangis pnh jadi pengerusi perhubungan umno Kelate.
kunun2 nak rampas negeri kelate... |
|
|
|
|
|
|
|
pada aku tun M tu not perfect, but definitely one of the very best leader in malaysian history.
korang tak setuju?? aku peduli hape?? |
|
|
|
|
|
|
|
pulak dah,,,, senjata rekaan lak dah....
siang malam, tu jek kejer nyer...
denai Post at 22-12-2011 10:33
tu la pasal....
pantang tak menyokong je teross dituduh agen yahudi.
siang malam, tu jek kejer nyer... |
|
|
|
|
|
|
| |
|